Social Icons

Pages

Wednesday, August 28, 2013

10 Dalil mengapa Sinar Harian Perlu Pohon Maaf?


lubang kubo siapa!
Susulan artikel tentang tajuk temubual “DALANG KONFLIK MESIR DIDEDAH”  Sinar Harian. Ini adalah 10 dalil kenapa SH perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia secara berterusan seminggu pada muka hadapan, jika tidak ditakuti ribuan tuntutan mungkin difailkan, tidak di mahkamah dunia, tetapi Mahkamah Akhirat.
Hanya dengan kemaafan, SH boleh bersinar semula secara harian di bumi Malaysia ini!

10 Dalil itu :

1.    Memberi ruang dan peluang kepada wakil penzalim regim mesir untuk menyatakan kebatilan dan fitnah di dalam akhbarnya

2.    Menyebabkan mungkin ratusan atau jutaan rakyat mengalami kejutan dan kesedihan yang sebahagiannya mungkin mengalami gangguan dan tekanan kerana terbaca.

3.    Menyebabkan mungkin sebahagian dari pembaca yang asalnya telah percaya kepada kebenaran menjadi keliru lalu mempercayai kebatilan (anggapan mereka, takkanlah SH tergamak siarkan penipuan penzalim.. )  

4.    Menyebabkan mungkin yang baru nak ambil tahu, lalu terbaca… maka itulah yang disangka benar

5.    Menyebabkan mungkin ‘grevious and serious irreparable damage’ kepada rakyat Malaysia, mesir dan keadilan itu sendiri … 

6.    Menyebabkan penggunaan tajuk yang terlalu keras dan melampau iaitu “DALANG KONFLIK MESIR DIDEDAH” –sedangkan tajuk ini dipercayai  hasil kreativiti wartawan atau editor takkan atas kehendak Prof itu?

7.    Menyebabkan satu kesimpulan bersifat ‘menakutkan’ apabila dibaca isi jawapan Prof itu, maka jawapan kepada siapa Dalang Konflik Mesir itu adalah tidak lagi tidak bukan iaitu Dr Mursi dan/atau Ikhwanul muslimin. 

8.    Gagal menyunting atau memastikan penggunaan ayat yang berpatutan seperti antaranya ayat “Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu”  ini menunjukkan bahawa melalui keterangan (palsu) Prof ini, maka gambaran jelas telah diperolehi.

9.    Gagal memberikan soalan-soalan kritis dan mencabar bagi mengimbangi atau mendedahkan ketidakmunasabahan cerita Prof itu.

10. Gagal menunjukkan kualiti kewartawanan yang bagus dan hebat dalam menegakkan keadilan hatta pada orang yang ditemubual kerana anda mewakili bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi keadilan …

Akhirnya , sebelum meluluskan untuk penyiaran laporan temubual itu, adakah anda merujuk kepada panel syariah anda untuk menyemak sama ada halal atau haram menyiarkan isi temubual apabila kemungkinan besar kesan mudarat atau mafsadah yang akan timbul adalah  terlalu besar berbanding kesan maslahah atau kebaikan yang timbul (atas prinsip keterbukaan ke-war-tawanan!) .
Hisham-ahmad.blogspot.

Tuesday, August 27, 2013

Ingat Nak Seru Kempen Boikot Sinar Harian...!


Please –baca ni sebab aku kupas baik dan panjang.

thank you v much media krn sifat adil mu dlm m'benarkan penzalim m'bohongi rakyat
Semalam aku puasa. Pagi Selasa ini teringin nak menyantap roti tampal. Sementara menunggu aku mengambil dan membaca akhbar Sinar Harian yang disediakan (free) di kedai tu. Memang tak mudah aku beli akhbar … 

Baca punya baca, hinggalah ketemu tajuk “Dalang Konflik Mesir didedahkan”.  Aku pun baca hingga habis. Tapi baru pertengahan cerita, aku dah rasa semacam. Rasa menggelegak kat dalam badan. Gigil tangan aku masa tu, kalaulah Prof tu ada depan aku, mungkin tanpa aku sedar tak sedar, aku sepuk dia dengan roti tampal.  Aku siap imaginasi lakonan menyepuk roti tampal tu ke mukanya.

‘Bang, kuah kari takda, kuah dal je ada!”.

Tersentak aku.  “dal pun ok!” kata aku kat mamat kedai tu. Kacau daun betul. Rupanya roti aku baru sampai. Nasib baik. Takut sedar-sedar muka mamat kedai ni pulak yang kena sepuk dengan rotinya yang digubahnya sendiri.

Aku gagahkan juga menghabiskan roti tampal tu dalam mood yang tidak baik. Aku juga tidak sabar untuk memberi respon bertulis terhadap temubual wartawan Sinar Harian tu dengan Prob Selim tu.  Namun biasalah, ada je gangguan keje lain. Tangguh, tangguh, semangat pun lendur dan luntur. Tup-tup dah malam, dah tengah malam.

Aku  pun .. ingat sebelum tidur, jengah jap tranungkite via Tab 2 aku. Tengok juga respon pembaca kepada artikel aku tentang ‘Bersih dan Haji’. 

Surprise! Ada 3 artikel tentang temubual wartawan Sinar Harian tu dengan Prob Selim tu. Ya aku dah jangka. Pasti ada insan sehati sejiwa … yang merasa sakit hati sama. Fastabiqul khairat… siapa cepat… dia dapat pahala berlipat … Nampaknya dua saudara kita dah mendahului saya.

Bagaimanapun saya tidak dapat baca artikel lain secara sempurna. Bateri dah nak kiok.

Cuma saya berminat nak mengulas kenyataan akhbar wartawan Sinar  Harian di lamaan Tranungkite ini [Kenapa kami siar kenyataan Prof Dr Mohammad Salim?] dan beginilah ulasan saya kepada Wartawan tu:-


1.    Simpan dulu terimakasih anda.. kami tak mahu.



2.    Alasan untuk beri ruang dari sudut pandangan berbeza tentang krisis … dah dijangka … tapi tak cukup untuk mewajarkan apa yang anda siar kerana :-



(1) Isu kezaliman ini terlalu serius … fakta kebenaran adalah sejelas Kristal atau seterang matahari sehingga semua mata hati dan mata akal dapat membezakan dan memutuskan antara penzalim dan mangsa kezaliman.



(2) Memberi ruang kepada kepada wakil jurucakap penzalim yang nyata adalah tidak patut … kerana kesannya pasti ada sebahagian masyarakat yang akan terkeliru, yang mengambil kesempatan (bg pro Fatah sisi) dan mereka yang menjadikan hujah yang batil ini untuk menegakkan yang batil..



(3)  Mengapa kita harus menjadi ‘dalang’nya. Tidakkah kita boleh jatuh berdosa (besar) jika ada yang insan yang terpedaya .. tertipu .. bahkan ada yang kemudian menghukumkan bahawa kematian rakyat itu adalah bukan syahid tapi sia-sia (kerana bersetuju dengan hujah Prob  Salim tu)



(4) Etika kewartawanan tetap tertakluk hukum agama…  ayat Quran ada mengatakan … tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa.. jangan bekerjasama atas dosa dan permusuhan..



(5) Ini bukan kes debate atas sesuatu isu.. ada peratus mungkin dia betul, mungkin pihak satu lagi betul, spt  54% 46% , 50%-50%, 60%-40%. - Ini kes yang 100% - 0%. Yang salah jelas,  yang betul jelas.



(6)  Apakah stand anda wahai wartawan , wahai akhbar sinar Harian? Adakah masih ada keraguan pada fikir atau naluri akan siapa yang zalim dan siapa yang teraniaya … bahawa … mangsa yang bergelimpangan itu …  siapa... bagaimana kalau ibu atau anak kita…



(7) Anda ingat Asma – remaja yang dibunuh di tembak curi oleh sang bacul ..   adakah dia bersenjata… adakah dia berbahaya… atau sebenarnyan dia telah menjadi target sniper kerana ingin mematahkan jiwa ayahnya… antara pemimpin Ikhwan..



(8) Suatu yang sukar.. untuk saya terima .. ialah tajuk temubual anda … “DALANG KONFLIK MESIR DIDEDAH” … SANGAT PROVOKATIF..   apabila dibaca habis… bukan kah maksud tajuk itu menunjukkan bahawa dalang itu adalah ikhwanul muslimin dan mursi dan penyokongnya



(9) Saya sangat faham tektik tajuk ala provakatif –sbb ia juga style saya.. tapi saya .. non commercial basis ..dan  ia untuk menarik rakyat kita menyokong ikhwan dan rakyat mesir (Rujuk semua artikel saya tentang mesir dan Syria (blog saya) dan di web ini)



(10)      Tapi tajuk provokatif “DALANG KONFLIK MESIR DIDEDAH” itu jelas umpanan terbaik bagi menarik ikan untuk menyambar umpan itu yang akhirnya terbukti beracuun…

3.    Maafkan kerana emosi ini di atas. Tapi kali ini saya berikan secara fakta logic atas saya rasakan kesilapan anda dari sudut temubual itu menjadikan hasil temubual itu tidak pada tahap kewartawanan yang professional dan hebat , yang saya fikirkan..harapkan

(1) Anda membiarkan Prob Selim itu dengan version kisah merapunya.. padahal terdapat banyak kemusykilan daripada ceritanya itu..



(2) Bermakna sebagai wartawan hebat anda patut bertanya soalan =soalan yang mencabar sekurang-kurang meimbangi kemerapuannya. Sekiranya soalan anda bagus… apapun jawapannya … pembaca akan dapati dia gagal menjawab secara memuaskan hati.



(3) Merujuk sebahagian isi kandung temubual itu pada tulisan yg dikuningkan khusus pada bergaris.



(4) Satu ayat ‘sakit’ yang digunakan : Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan.



(5) Soalan anda dalam satu ayat membuka peluang untuk dia bercerita berterusan. Tolong tanyakan Prob Selim itu antaranya:-



(a) Dr Mursi telah menang secara demokrasi dan adil. Jika ada kelemahan mengapa tidak boleh sabar sampai pilihanraya yang akan datang? Diganti secara proses demokrasi? 



(b) Kalau boleh bersabar 30 tahun dengan Hosni Muhapak kenapa tidak boleh bersabar dengan Mursi – 1 tahun? Come on .. 1 tahun ! pasti Prob itu bingung kerana 1 tahun terlalu singkat tempoh pemulihan.  



(c)  anda patut ada maklumat tentang banyak perkara baik pada ekonomi yang dibuat oleh Mursi dan anda cabarkan Prob itu dengan data dan bukti.  

                                                                                                                

(d) kalaupun kumpulan pencarot.. upss Tamarod tu rakyat Mesir ada hak ..  kenapa pula Tentera Zalim itu nak rampas kuasa?



(e)   Bagaimanapun, kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis. Mereka gunakan kawasan ini sebagai sasaran di Kaherah.  Kami … maknanya sahih dia wakil kepada regim Fatah sisi.  Logik ke rakyat bawa semua senjata (yg didongengkan itu.)  lepas itu yang banyak mati ..rakyat itu sendiri. Kalau ada pun 1-2 orang itupun agen barua fatah sisi untuk buat kacau ini yang logic.



(f)   Patut wartawan tanya.. .Rakyat Malaysia susah nak percaya kata-kata Prof macam ini sebab ‘sound illogical’ …   sbb yang mati,  masjid yang dibakar, hospital yang dibakar, tengok kalau Prob Selim itu ternganga.  Kenapa pula sniper hanya target orang tertentu ? Dan antaranya gadis remaja?



(g) Sebahagian daripada mereka bersurai secara aman tetapi sebahagian lagi memulakan serangan tembak, membakar jalan, menggunakan molotov cocktail dan dalam keadaan ini polis terpaksa mempertahankan diri dalam usaha menamatkan keadaan itu. Dalam serang balas itu, pastinya ada yang maut daripada kedua-dua pihak, 25 peratus yang terkorban adalah polis. -Merepek dan mudah dipatahkan .. sikit pun dia tak nak sebut yang beribu mati ialah rakyat.. dia pakai peratus aje itupun peratus polis…  makna peratus rakyat 75%.



(h) Mereka mahu membunuh sesama sendiri kerana mahu syahid. Mereka mahu dibunuh “Kami mahu syahid dan kami mahu anda bunuh kami,”. Amaran ini dilakukan untuk memalukan polis dan kerajaan. bunuh semasa sendiri! Manusia kalau nak menipu berterusan …. Asal boleh nak dalih .. merapulah jadinya!



(i)   Oleh itu, polis memberi tempoh tiga minggu untuk berunding tetapi perkara itu tidak berlaku. Keadaan semakin parah dan Mesir lumpur. Persoalannya, adakah polis menggunakan kekerasan, jawapannya adalah tidak. Pandai dia pusing cakap.. dia kata polis.. tak sebut pun askar.. sbb dia tahu askar fatah sisi yang bunuh habis rakyat……




(6) Saya dapati soalan anda masih soft dan kurang efektif sedangkan banyak soalan adil yang patut ditanya … sebagai seorang menjunjung kewartawanan yang berani dan berkualiti.., fikir sayalah.    

4.    Akhir sekali saya tidak perasan jika ada catitan minta maaf. Yalah, kalau tidak salah, apa perlu minta maaf. Kadangkala kita rasa kita tak salah, tapi bagi orang lain, kita telah melakukan kesalahan, sebab kesan perlakuan kita hati orang telah terluka… saya yakin majoriti rakyat terluka dengan luka yang teruk.   


5.    Jadi biarkan saya minta maaf kepada anda atas apa yang telah terpaksa saya katakan ini. Tiada sebab komersial, melainkan ikhlas atas prinsip keadilan dan kebenaran.

6.    Namun, siapapun tidak lepas dari kesilapan… walau terasa geram ingin sahaja mengisytiharkan kempen boikot .. tapi tak jadilah… bak kata dia… artikel dan laporan sebelum ini masih banyak sokong ikhwan. Harap mereka ambil iktibar…

7.    Nasihat saya.. 


(1) saya faham etika wartawan… beri ruang kepada dua pihak … beri keadilan bersuara kepada kedua pihak yang bersengketa. Itu tugas utama media yang adil…  sebab pembaca yang memutuskan ..  ini hak asasi akhbar. 



(2) tapi itu etika moral berdasarkan pandangan manusia … secara lazim samalah pada syarak tapi .. tetapi ada sedikit berbeza pada syarak –rujuk panel syariah anda. Kerana syarak lebih halus …  ada unsur dosa dan pahala..  dan jika ada percanggahan antara hak (asasi) manusia dan ketetapan al-Quran dan sunnah , maka terbatallah hak asasi manusia.



(3) Maksud saya prinsip buka ruang kepada 2 pihak adalah betul tetapi secara 80-% to 90%  atau even 99% tetapi bukan secara 100%. Iaitu tidak pada semua perkara atau kes.



(4) Kes Syria dan Mesir adalah pengecualiannya, ia adalah termasuk pada 1% yang anda tidak boleh langsung beri ruang dan peluang  kepada pihak yang telah jelas salah .. dan jahat dan kejam dan zalim dan terlalu kejam dan terlalu zalimmmmmmm.



(5) Bagaimana kita nak menjawab nanti… bila ada manusia di Malaysia yang terkeliru lalu menyifatkan kematian ribuan rakyat itu kematian khawarij atau sia-sia.. 



Cukuplah jika ada ustaz sorang tu and the geng  yang diberi ruang untuk mengeluarkan kenyataan bingung dan membingungkan tentang
Mesir. !

Hisham-ahmad.blogspot.
  


https://www.facebook.com/hisham.ahmad.1420?ref=tn_tnmn

Monday, August 26, 2013

Bersih 3.0 & Ibadah Haji. kat mana relevannya?


ARTIKEL YANG PERLU DI BACA OLEH BAKAL HAJI...!

"Thousands of Malaysians gathered at Dataran Merdeka for a peaceful assembly. Police dispersed the crowd wit teargas and water cannons after demonstrators reacted strongly to the appearance of an opposition leader!!!


Begitulah apa yang berlaku pada demo 'BERSIH 3.0'!
Itulah balanya apabila nak Bersih sangat!

Hairan bin ajaib! ada juga yang tidak suka pada Bersih. Tapi kenapa eik? Kenapa ada manusia yang tak suka kepada BERSIH.Pastinya bukan semua suka kepada Bersih.

Tapi adakah bermaksud mereka suka kepada Kotor? Sebab lawan bersih adalah kotor.Tidak mengapalah. Bagi yang nak Bersih, bersihlah ia, bagi yang tak nak Bersih... terserahlah mereka... kalau tidak mahu bersih takut jadi kotor pula.

Sekadar seloka di atas tadi. Bawah ini baru serius.


Apalah kaitan pula Bersih ngan Haji? Tentu. Tentu ada kaitannya. Bersih sangat relevan bahkan sangat penting kepada Haji.

Relevannya :- 

Musim haji telah hampir tiba. Dalam kesibukan apa pun, pasti sebahagian orang Islam sedangkan menyediakan mental dan melengkapkan ilmu untuk pergi menunaikan haji. Kadangkala sebahagian bakal jemaah haji begitu memfokuskan kepada pengisian haji di Mekah khususnya dari segi rukun dan wajib haji dan lain-lain ibadah di Madinah, lalu terlupa bahawa terdapat persediaan yang perlu dilakukan seawal dari sekarang sebelum tiba waktunya untuk mereka berlepas ke langit tinggi menuju tempat paling suci.  

Mereka perlu melalui proses bersih terlebih dahulu.   

MENUJU ALLAH

Pergi haji ertinya menuju Allah yang esa. Justeru, ia perjalanan yang diberkati tanpa kepentingan duniawi, melainkan ketaatan kepada Allah yang tidak berbelah bagi,  dengan harapan kepada haji mabrur, impian tertinggi. 

Hati mesti dibersihkan. Kos pembiayaan haji juga mesti dari sumber yang bersih. Segala unsur yang tidak bersih, mesti dikeluarkan sehingga ia bersih sebersih-bersihnya. Persediaan juga mesti dilakukan. Persediaan yang bersungguh dan menyeluruh. 

Persediaan Menuju Allah.

1. Pembersihan Diri dan Harta
Bersih 1.0

Kos pembiayaan haji dan segala yang berkaitan dengannya mestilah dipastikan bersih dan bebas dari sumber haram, syubhah dan meragukan. Segala pendapatan dan simpanan yang sedia ada yang telah bercampur dengan yang haram atau syubhah, maka langkah pengiraan dan pengasingan dilakukan. Peratusan yang haram diasingkan ke dalam satu akaun. Bagi yang syubhat dan meragukan, dalam satu akaun. 

Manakala yang halal dan bersih dalam satu akaun. 3 akaun berasingan. Semua akaun islamik.
Jika ia dalam bentuk aset atau harta, maka penyelesaian adalah secara rapi dan berhati-hati. Jika ia haram boleh ditebus dengan wang yang halal pada harga pasaran yang adil, maka wang yang haram itu diasingkan pada akaun yang khas baginya tadi. Jika tidak boleh ditebus, maka mungkin perlu dijual bagi mengasingkan yang halal dan yang haram mengikut kadar peratusannya. Jika tidak harta itu perlu digunakan untuk maslahah awam tanpa kepentingan diri mengikut peratusan yang dianggarkan sebagai haram.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi tujuan penyelesaian dengan ukuran dan panduan bahawa yang haram itu tidak boleh dinikmati untuk kepentingan diri dan keluarga dan perlu dimanfaatkan bagi kepentingan umat Islam semua. Pengiraan peratusan adalah secara adil dan munasabah. Sesungguhnya Allah jua yang mengetahui apa yang ada (keikhlasan) di dalam hati manusia.

Bersih 2.0

Bagi kerja atau kerjaya yang masih terlibat dengan perkara yang menyebabkan pendapatan itu haram 
atau syubhah, ia mestilah ditinggalkan segera dan serta merta mengikut syarak. Sekiranya ia menimbulkan mudarat yang berat, mungkin ia perlu dilakukan secara teliti dan berhati-hati. Namun sekiranya ia melibatkan haram yang jelas dan dosa besar seperti kerja melibatkan pelacuran, penzinaan, jenayah, rasuah dan Riba, tiada alasan penangguhan, melainkan perlu dihentikan serta-merta (pada yang haram itu). 
Setakat ini, tiada alasan darurat yang mewajarkan kerana masih ada ruang mencari rezeki halal yang lain. Hatta meminta sedekah, jika terpaksa, lebih wajar daripada melakukan yang haram tadi. Tapi janganlah! ia sekadar bandingan.

Walaupun begitu, sekiranya ia pada kerjaya yang bercampur unsur haram dan syubhah tapi masih ada unsur halal, seperti menyanyi dan bermain muzik, maka dapatkan maklumat jelas tentang keadaan mana yang ia jatuh harus dan keadaan mana yang ia boleh jatuh haram. Hentikan yang haram, boleh teruskan yang harus. 

Bersih 3.0

Semua yang haram atau syubhah yang telah dimakan, pakai atau digunakan sehingga ia tidak munasabah untuk dikembalikan semula untuk disedekahkan. Maka bertaubat adalah pilihan yang ada, yang wajib dilakukan. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat.

Adakah kita masih memerlukan bukti dan dalil terhadap kebenaran ini. Bukankah kita semua sedia mengetahui akan amaran Rasulullah s.a.w. mengenai seseorang yang melakukan perjalanan jauh, berambut kusut penuh debu, mengangkat kedua-dua tangannya ke langit dan berkata, “Ya Rab, Ya Rab.” Jika makanannya haram,  minumannya haram,  pakaiannya haram dan biayai dengan yang haram, maka bagaimana doanya boleh diterima?” [1]

Fikirkanlah! Apalah guna bersusah payah kesana, jika ibadah dan doa tidak diterima.

2. Penyediaan Bekalan

Takwa adalah sebaik-baik bekalan.
  [2]
Bermaksud, “Berbekallah dengan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-ku, wahai orang yang berakal.”

Jelaslah kepada kita bahawa persediaan, perancangan dan bekalan adalah perlu dalam melakukan sesuatu perkara. Begitu jua dalam ibadah haji. Bekalan takwa adalah bekalan terpenting yang dapat mempertahankan jatidiri (keikhlasan, kesabaran, kekusyukan) dalam beribadah dan dalam menghadapi pelbagai ujian. 

3. Jangan melakukan kefasikan dan maksiat. Jangan berkata lucah, berbantah, berdebat atau melakukan perlakuan seumpama dengannya.

Kesemuanya disebut jelas oleh Allah s.w.t. dan rasul-Nya sebagai faktor-faktor yang boleh merosakkan haji atau menghalang kepada pencapaian haji mabrur. Justeru elakkan segala elemen dan unsur yang boleh membawa ke arah perkara buruk di atas.

Tentunya, perintah Allah s.w.t. secara khusus dalam hal larangan berbantah dan berdebat menunjukkan kepentingan setiap umat Islam menjalinkan dan memelihara hubungan yang baik. Jenis-jenis komunikasi yang berisiko membawa ke arah perselisihan, pertelingkahan dan pergaduhan perlu dijauhkan. Oleh itu, topik-topik  seperti politik, bola dan yang sia-sia, tinggalkan sahaja. Sebaliknya, tanam tekad untuk bersikap baik kepada semua dalam sebarang masa, di mana jua berada, pada apa jua suasana. 

4. Bertaubatlah Atas Segala Dosa

Bertaubatlah sentiasa. Imam al-Qurtubi dipercayai mengatakan bahawa “Para ulama bersepakat bahawa bertaubat adalah fardu ke atas semua mukmin.”

            Penghulu Istighfar. Baca, amal dan hayatilah,  ‘Allaahumma anta Rabbii laa illaaha illaa ant, khalaqtanii wa ana ‘abduk, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastata’t, a’uuzu bika min syarri maa sana’t, abuu ‘u laka bi ni’matika ‘alayya, wa abuu’u bi zanbii, faghfir lii, fa innahu laa yaghfiruz zunuuba illa ant’. “Ya Allah, Engkaulah tuhanku, tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkaulah yang menciptaku dan akulah hamba-Mu. Aku berada di bawah ketaatan kepada-Mu dan janji-Mu, berdasarkan setingi-setingi kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan perbuatanku. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu di atasku. Aku juga kembali kepada-Mu dengan membawa dosaku, maka ampunkanlah untukku kerana sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau”.

            Kata Baginda : “Sesiapa yang menyebutnya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum petang maka dia tergolong dalam penghuni-penghuni  syurga. Sesiapa yang menyebutnya pada malam hari pula dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum subuh maka dia juga tergolong dalam penghuni-penghuni syurga”.
           
            Fakta Sunnah :-

            Amalan Sayyidul Istigfar (Ibu Istighfar) adalah sahih berasaskan hadith sahih dan ganjarannya juga adalah sahih. Kategori amalan : Sangat merugikan jika tidak diamalkan. Inilah dia:-

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
“telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar telah menceritakan kepada kami Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Al Husain telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Busyair bin Ka'b Al 'Adawi dia berkata; telah menceritakan kepadaku Syaddad bin Aus radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam;

"Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; kamu mengucapkan: 'ALLAHUMMA ANTA RABBI 
……. LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA.

 Baginda bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni surga.' [3]

5. Penyediaan IImu. Antara Syarat Utama Bekalan Takwa

Untuk menunaikan haji yang sah, sudah tentu memerlukan ilmu dan kefahaman memadai dalam bidang dan urusan haji, seperti pada rukun dan syaratnya. Sahlah haji itu.  Namun ilmu itu sahaja sudah pasti tidak memadai untuk membolehkan kita mendapat haji yang mabrur.
Kita mesti menguasai ilmu dari semua segi pada banyak aspek lain. Tentulah ilmu-ilmu meliputi segala perkara yang perlu bagi seorang insan muslim dan mukmin. Ilmu akidah dan tauhid. Ilmu berkaitan rukun Iman dan rukun Islam. Ilmu solat, Ilmu puasa dan lain-lain bagi menyempurnakan peribadatan khusus. Begitu juga ilmu-ilmu dalam hal muamalat dan sebagainya. Kita haruslah mendapat sebanyak mana ilmu fiqh untuk menjamin bahawa ibadah dan urusan harian adalah betul.

Ilmu-ilmu ibadah khusus ini seperti ilmu haji dan ilmu solat ini sudah tentu tiada yang lebih baik melainkan mengikuti sunnah nabi. Ilmu mengikuti sunnah nabi pasti bersandarkan dalil terkuat pada syarak iaitu hadith-hadith Nabi. Hadith-hadith sahih.    

Adalah berbahaya sekiranya kita beramal haji secara mengikut sahaja orang lain. Jika yang diikuti itu betul, betullah. Jika yang diikuti itu salah, salahlah. Setiap seorang insan muslim dan mukmin sepatutnya ada kemampuan untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang sahih, dan membuat pilihan dan keputusan yang betul dari pelbagai maklumat yang didatangkan.  Pernah dikisahkan tentang adanya jemaah-jemaah haji yang mengusap tiang dan dinding dengan kain selendang/serban di maqam Nabi dan Masjid Nabawi dengan kepercayaan ia perbuatan yang betul. Mereka mengikut sahaja perbuatan beberapa ‘syeikh’. Padahal syeikh-syeikh itu adalah pekerja yang bertugas mengelap dinding, tiang dan sebagainya dalam masjid Nabawi bagi tujuan pembersihan. Mereka terpersona sekadar melihat janggut tebal dan panjang syeikh-syeikh itu, lalu terpedaya.

Bertanyalah kepada orang yang berilmu, sehingga anda mengerti. Kerana Allah telah berfirman, ertinya : “Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”. Rasul juga telah bersabda : “Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk di kurniakan kebaikan,  maka ia nescaya memberi kefahaman dalam agama”.

Matlamat dan Manfaat. Destinasi dan Impian Hati

Menuju Allah melalui peribadatan haji tentulah bermatlamatkan mencari keredaan Allah Azza Wa Jalla. Destinasi impian bagi mendapatkan janji-janji yang dijanjikan. Inilah antara yang dijanjikan:-

1. Syurga Sebagai Manafaat Tertinggi
Hadith Sahih. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dan Haji mabrur tiada balasan melainkan syurga” [4]

2. Sesuci Tanpa Dosa Ibarat Anak Yang Baru Dilahirkan
Hadith Sahih. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang mengunjungi rumah ini (Kaabah) kemudian tidak rafath (bercakap lucah) dan tidak berbuat fasik, maka akan kembali (bersih daripada dosanya) seperti dia baru dilahirkan oleh ibunya.” [5]

3. Ganjaran Pahala Solat Yang Berganda
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu solat di masjidku lebih afdal seribu kali daripada solat di masjid-masjid yang lainnya kecuali Masjid al Haram, satu solat di Masjid al Haram lebih afdal daripada seratus ribu kali solat di masjid-masjid yang lain” [6]

4. Pahala Jihad Fi Sabilillah
Pahala ibadah haji disamakan pahala jihad fi sabilillah untuk orang yang lemah dan wanita. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :“Jihadnya seseorang yang sudah tua dan anak-anak, orang lemah dan wanita adalah haji dan umrah” (HR Nasai, sanad hasan) Diriwayatkan pula oleh Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Haji adalah jihad semua orang yang lemah.”

5. Nikmat Rindu Serindu-Rindunya. 
Ini. Saya ada-adakan sendiri. Tiada nas saya ketahui. Sekadar rasa manusia. Selepas kembali ke tanah air, ke sisi keluarga, dari masa ke semasa atau disuatu ketika, sesudah beberapa lama berlalu, anda kemudiannya pasti merasa rindu. Rindu kepada tanah suci dan bumi nabi.  Mekah dan Madinah. Rindu, serindu-rindunya.

Ini adalah sebahagian daripada perbahasan ilmu di dalam salah satu bab, buku haji (2013) bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - karya seorang peguam sivil, syariah. Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain. 

(Ingin membeli sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my) atau cari di kedai buku.. kedai buku  di Mydin Melaka ada... 

 http://hisham-ahmad.blogspot.com





[1] Rujuk HR Muslim
[2] Surah al-Baqarah 2: 197

[3] HR Bukhari. [No. 5831 Kitab 60. Doa]
[4] Rujuk HR Bukhari, HR Muslim

[5] Rujuk HR Bukhari
[6] Rujuk HR Ahmad