Social Icons

Pages

Tuesday, January 28, 2014

Anwar dan Kisah Si Luncai Dgn Labu-labunya


Kita sebagai rakyat harus terbuka dengan tindakan Anwar untuk bertanding di kerusi Adun Kajang. Hukum munasabah menyatakan bahawa Anwar dan PKR tidak akan mahu merugikan pengaruh politik partinya. Pasti ada sebab kuat untuk melakukan. 

Tentu ia adalah sebahagian daripada strategi mereka dan keputusan yang diambil telah melalui proses mengambikira semua aspek yang perlu diambil kira dan meramal-ukur kesan baik dan buruk yang mungkin timbul.  Untuk mencapai satu pencapaian yang lebih besar dan penting, tentulah memerlukan pengorbanan yang wajar dan kadangkala risiko yang diambil agak besar tetapi jika berjaya, mungkin mendatangkan pulangan yang sangat menguntungkan.

Anwar adalah orang yang paling berhak dalam menentukan mati-hidup partinya. Sudah tentu strategi yang berterusan diperlukan dalam menghadapi musuh politik yang lebih kuat kedudukannya.
Soal kos tinggi akibat PRK seperti dibangkitkan adalah relevan apalagi dalam suasana kenaikan kos sara hidup sekarang menjadikan rakyat berhak menuntut kepada pulangan manfaat yang lebih tinggi daripada Anwar. Pihak BN walaupun akan menjadikannya sebagai isu, tentu mengganggap ianya ‘ada rahmat disebalik kejadian’, peluang untuk mereka membuktikan kekuatan pengaruh dan ‘jentera politik’ mereka.

Jika keputusan telah dibuat oleh Anwar, maka sekelian rakyat dan parti-parti sekutu yang lain diminta bersabar…. untuk melihat apakah kebaikan bagi mereka atas tindakan Anwar yang terbaru ini. Anwar mestilah bersedia untuk meyakinkan kepada rakyat atas keputusan itu; apa dan bagaimana kebaikan yang akan diraih rakyat atas tindakannya itu khususnya di Selangor.  Saya percaya penjelasan akan diberi Anwar dalam proses kempen bagi PRK itu kelak.

Justeru, biarkanlah… biarkan anwar ‘terjun’ dalam cabaran terbarunya yang berisiko tinggi…  tentu fikirnya, ada strategi politik  hikmah yang tersimpan di dalam ‘labu-labu’nya  - ‘yang akan menyelamatkannya dari lemas’.  

Seperti mana si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Cerita Rakyat: Si Luncai Dengan Labu-labunya[1]

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.

Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”

Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”

Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”

Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”

“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.



Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.


Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.



[1] Ruj: https://www.facebook.com/notes/ada-sesiapa-yang-zaman-kanak-kanaknya-di-tahun-80an-awal-90an/39-cerita-rakyat-si-luncai-dengan-labu-labunya/136140783065201

Cabaran Mereka Lebih Besar.... Tauladan Dalam Mendidik



“Bagaimana harus saya selaraskan ajaran, suruhan Rasul s.a.w. dengan realiti  untuk membesarkan anak-anak di sini yang bagi kami orang Islam, sangatlah sukar dan mencabar . Ada mereka yang menyuruh saya kembali ke negara asal. Tapi saya hendak pergi mana, inilah negara saya.”

Inilah ringkasan soalan diajukan oleh seorang wanita dalam conference ‘Rethinking Islamic Reform’ di Universiti Oxford anjuran persatuan pelajar Islam situ. Melihat wajahnya (yang difokus) menggambarkan apa yang diluahkan datang dari hati yang luhur. Perubahan memek dan kerutan yang banyak dan cepat pada raut-mukanya dalam 1-2 minit soalan dikeluarkan dan dalam keseganannya untuk mengutarakan soalan yang dianggapnya mungkin tidak sesuai di conference berprestij itu, membuatkan kita dapat untuk turut merasai bebanan di jiwa yang ditanggungnya.  

MUngkin kita tertanya-tanya apakah yang besar sangat cabaran mendidik anak di Negara Barat seperti di UK, US dan sebagainya. Begini. Prof Jeffrey Lang[1] pernah dalam satu ceramahnya mendedahkan kerisauan mengenai anak-anak orang Islam daripada generasi ke2 atau ke3. Bagi orang-orang Islam yang datang berhijrah dari luar Amerika Syarikat, biasanya daripada pelbagai negara Islam atau negara susah, mereka adalah kebanyakan orang dewasa yang mempunyai iltizam agama yang baik dan pegangan budaya asal yang masih kuat. Manakala bagi golongan mualaf (termasuk warga tempatan Amerika , kulit putih seperti beliau) mereka pula masuk Islam atas kefahaman dan kesedaran. Mereka ini lebih bersedia untuk menempuh cabaran hidup di kota metropolitan Amerika Syarikat. Namun bagi anak-anak orang Islam, iaitu anak-anak mereka yang lahir di Amerika, mereka lahir dalam budaya Amerika Syarikat dan terdedah kepada pelbagai bentuk pengaruh termasuk yang negatif dan yang sangat negatif. Budaya kebebasan tanpa had dengan keseronakan hiburan dan arus kemodenan menyebabkan mereka merasakan apa yang cuba diwariskan kepada mereka oleh ibubapa mereka mengenai budaya, tradisi dari negara asal begitu dirasa ketinggalan dan menyekat kebebasan. Apabila budaya dan adat ini bercampur gaul dengan ajaran agama, yang kadangkala dirasa bercanggah dengan akal fikiran mereka, logik mereka, mereka mula mempersoalkan kerelevenan agama mereka! Apabila mereka cuba menyuarakan, tindakan mereka ini menerima kemarahan ibubapa …. Lalu maka mereka sekadar memendam rasa, sedangkan hakikatnya mereka mulai menolak agama. Mereka sedikit demi sedikit mengabaikan tuntutan agama dan menjauhi aktiviti kemasyarakatan Islam dikejiranan mereka. Apabila dewasa, agama tiada lagi menjadi pegangan mereka. 

Kembali kepada kisah pertanyaan wanita tadi. Syeikh Hamza Yusuf Hanson[2] , seorang panel jemputan dari Amerika Syarikat  telah memetik hadis ‘ghurabak’[3] dan menjelaskannya sedikit. Kemudian  beliau mencerita sedikit pengalamanya sebagai iktibar.

“Ketika saya dalam penerbangan  menuju Kuwait, disebelah saya adalah seorang rakan wartawan terkenal … ketika dalam penerbangan, ada seorang pramugari menghampiri kami. Tertulis pada nametag, namanya Aisya. Saya tanya darimana asalnya? Senegal, jawabnya. Rakan saya kemudian tertanya “Awak dapat solatkah?” “Ya, katanya.” Kawan saya berkata lagi, “Boleh tak saya Tanya sesuatu lagi? “Ya, Boleh “ katanya. 

“How do you feel about serving wine on the plane? She said; “ it’s really hard but I’d use my lefthand.”

(Bagaimana perasaan awak tentang perlu menghidangkan arak dalam kapalterbang?” “Ia terlalu sukar (berat hati) untuk saya (melakukannya) tetapi saya menggunakan tangan kiri”

Syeikh Hamza menjadi sebak semasa menceritakan pengalaman ini.

Syeikh Hamza merasa sedih dan terharu mendengar jawapan peramugari itu. Dalam keadaan cabaran pekerjaan dan kehidupan, pramugari itu cuba beriltizam menjaga agama mengikut apa yang dia fikir dia rasa itu yang termampu untuk dia lakukan. Dia mengangap dan tahu arak itu jijik dan dosa. Lalu untuk melakukan perbuatan dosa dan keji (menghidangkan arak) dia menggunakan tangan kiri … sbg tanda tidak suka, dan simbol bahawa kiri untuk urusan benda kotor.

Lalu Syeikh Hamza mengakhirkan kata-katanya kepada penanya tadi:

“….  lots of people are struggling out there. So, God bless you.”
(Banyak orang lain diluar sana yang berusaha keras mengharung cabaran. Semoga Tuhan merahmati kamu) 

Mengapa kisah ini?

Saya mempunyai kebimbangan dengan generasi muda melayu kita. Saya melihat bagaimana anak-anak tidak dikawal oleh ibubapa secara wajar dan berkesan bermula ketika di awal remaja. Anak-anak tidak diberikan dan dipantau aktiviti-aktiviti harian mereka (khususnya selepas pulang sekolah atau ketika tidak bersekolah). Mereka membuang masa dan terdedah kepada risiko keburukan yang lain.

Pelbagai faktor kenapa ia berlaku tetapi faktor pertama- utama ialah tiada ilmu, kefahaman, kesedaran dan kemahuan bersungguh untuk melakukannya. Faktor kedua-pelbagai lain ialah seperti isu wang yang tidak cukup-cukup menjadikan  ayah terpaksa bekerja lebih masa, tidak cukup lagi -ibu pula yang bekerja, tidak mendapatkan alternatif jagaan yang baik dikala ibu juga terpaksa bekerja dan pelbagai lagi.   

Masalah yang timbul atas faktor kedua boleh dikurangkan jika faktor pertama dilakukan secara berkesan. Ibu dan bapa mestilah menyusun jadual harian anak-anak mereka setiap hari dan mesti berbuat sesuatu untuk mereka dapat memantau dan memastikan agar jadual harian itu dipatuhi. Sekiranya berlaku keculasan pun, ia masih dalam keadaan terkawal dan sentiasa dapat diperbetulkan.

Saya kasihan melihat anak-anak kampung yang merayau, ke sini sana selepas pulang dari sekolah. Mungkin kedua ibubapa mereka bekerja,atau siibu yang tidak bekerja sibuk dengan urusan lain. Mungkin juga ia dianggap ia suatu keadaan biasa dikampung. Anak-anak ini sihat dan lasak tetapi tanpa kawalan, maka aktiviti masa lapang mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Maka kebanyakan mereka kurang menyerlah dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan agama, dan kemudiannya ramailah yang kelak akan mengikut jejak langkah abang dan kakak mereka bekerja dikilang-kilang berdekatan. 

Sesuatu perlu dilakukan untuk membantu anak-anak kampung ini.

Semasa saya mendaftarkan anak saya di tingkatan 1 sekolah IMTIAZ, Melaka, saya melihat bagaimana keadaan pergaulan anak-anak dan ibubabapa dan keluarga mereka. Begitu mesra dan bahagia. Saya percaya suasana itu mewakili gambaran keadaan yang lebih penting iaitu:-
1.     
             (1) Anak-anak itu dikawal dengan baik,(2)      pelajaran mereka dipantau … 

Seperkara lagi, saya sedikit terkesima melihat kepada kereta-kereta mahal yang dipandu ayah mereka….  (Kebanyakan dari KL dan Selangor). Pasti tiada masalah kewangan untuk anak-anak ini  diberi  sokongan luar yang pelbagai termasuk tutorial berkualiti, kem-kem motivasi dan ganjaran hadiah istimewa yang menanti.   

Sedangkan anak-anak kampung tadi….

hisham-ahmad.blogspot.com


[1] Pakar Matematik, dari seorang Kristian Menjadi Atheis dan kemudian memeluk Islam.
[2] Hanson (warga Amerika kulit putih yang memeluk Islam sejak umur 17-18 tahun dan belajar agama di Timur Tengah lebih 10 tahun) Ilmuan agama terkenal di Amerika Syarikat
[3] Berkaitan - tentang Islam bermula dalam keadaan asing dan kembali kepada keadaan asing,… beruntunglah orang yang asing. Sila googling..

Friday, January 24, 2014

Surah Al-Alaq dan Motivasi Belajar


“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).... Surah Al-Alaq (96) ayat 1”

Wahyu pertama turun di bawa oleh Malaikat Jibril a.s. ketika nabi Muhammad s.a.w. di gua Hiraq. Malaikat Jibril datang dan memeluk nabi Muhammad s.a.w.  lalu berkata “Iqra!” “Bacalah” Jawab Nabi s.a.w. “Saya tidak tahu membaca” 

Setelah 3 kali nabi s.a.w. mengatakan tidak tahu membaca atau tidak tahu apa yang nak dibaca. Barulah Malaikat Jibril mengajar dan menyebut  ayat yang sangat penting. “Bacalah dengan nama tuhanmu” Baru nabi s.a.w. membaca.

Ketahuilah:

“What you think you can’t do alone …  with Allah, you can. This is the power of faith”.

Mari kita dapatkan prinsip dan kefahaman yang tepat.  Perkara asas pada aspek kepercayaan ialah ‘untuk berubah’, iaitu mempunyai ilmu untuk mengubah cara kita melihat diri kita sendiri.

Selalu kita mendengar anak-anak kita mengadu dan mengeluh, “Tak tahu buatlah…” “susahlah..” “Matematik payahlah.”  “English ni tak fahamlah” 

Sebenarnya mereka boleh melakukan. Dengan keyakinan kepada pertolongan Allah dan usaha bersungguh melakukannya,  bahawa apa yang mereka fikir mereka tidak mampu lakukan sendirian, mereka boleh melakukannya. Inilah kuasa keyakinan!”

Justeru, kita mesti mengajar diri kita sendiri dan anak-anak kita untuk melihat dulu kepada potensi, kemampuan dan kebolehan  kita dan anak-anak kita, bukan melihat kepada kelemahan dan kekurangan kita. Inilah perubahan cara pandang yang perlu dilakukan, memandang dengan cara pandang yang betul.

Yakinlah dengan pertolongan Allah dan berusahalah melakukannya.  Itulah peraturan kejayaan.

Moga ada manfaat.

hisham-ahmad.blogspot.com

Thursday, January 23, 2014

Ikut (Cara) Nabi Gerenti Tak Rugi

tempat harapan untuk disemadikan


“Aboon, kau sangat minat Chef Wan. Ni ada 2 kek, yang hijau ni memang aku beli dari anak  Chef Wan sendiri, dia kata bapa dia sendiri yang buat kek ni. Promosi kat supermarket kat bandar itu.”  

“Satu lagi kek ini aku dapat daripada kedai Nek Peah,  dia pun kata yang pembekal kek ini kata  Chef Wan yang buat kek merah ini.” “Kau nak yang mana?” tanya Oos.

“Sebagai peminat Chef Wan, tentulah aku pilih kek hijau ini sebab sahih daripada Chef Wan sendiri!,” Aboon menjawab.

“Tapi yang merah ni ... macam lebih sedap rasanya!” balas Oos.

“Tu aku tak peduli, aku tetap pilih yang hijau sbb aku peminat fanatik dia. ” Aboon bertegas.


“Tipah  sayang (arwah) nenek kan. Ini lagu “Seputih gandum” yang nenek sangat suka masa hidupnya.  Dia ajar abah nyanyi, dan dia suruh ajar cucu-cucunya nyanyi,  kalau cintakan nenek.” Kak Milah mengingatkan adiknya.

“Tapi, Tipah dah upah komposer M.Nusir untuk buat lagu “Semerah Padi” sebagai tanda kasih kepada nenek. Ada lirik tentang kecantikan nenek!” Tipah seperti enggan.

“Sukahati engkaulah Tipah, tapi Kak tak pasti kalau nenek suka. Walaupun memang masih muda nenek cantik. Tapi kalah lagu “Seputih gandum” memang confirm nenek suka. Nenek dulu memang suka makan lempeng dan cekodok!”    

“Betullah tu. Lebih baik buat yang pasti nenek suka!” Tipah mengaku kalah.

“Takpelah, kalau nyanyi lagi baru tu ...sekali- sekala. Tanda sayang juga. Mungkin nenek suka. Tapi ingatlah, utamakan yang  dah pasti nenek suka!” Kak Milah menjelaskan.  

Kenapa pula tiba-tiba saya membuat 2 contoh yg agak mengarut ini. Ini kerana pada penulisan saya tentang selawat syifa, seorang saudara kita telah memberi komen bahawa ia ‘isu khilaf’ yang tak perlu dibincang lagi. Saya tidak bersetuju kerana ia wajar dibincangkan kerana ia sendiri disebut isu. Namun perbincangan itu bukan dengan cara atau bertujuan untuk bergaduh atau menyesatkan mana-mana pemberi dan penyokong pandangan. Sebaliknya perbincangan atas hujah ilmiah. Tujuannya supaya dapat difikirkan mana yang paling baik untuk diamalkan dan sebagainya.

Inilah antara kepentingannya.

Sebagai contoh cuba agak-agak, berapa diantara kita yang dalam sehari melafazkan selawat syifa, munjiyah, tafjiriyyah dan sebagainya dalam masa yang sama membaca selawat ibrahimiah.

Selawat ibrahimiah (versi lengkap) paling kurang dibaca sebanyak 5 kali dalam solat fardu. Selain itu, bergantung juga bilangan solat sunat dalam satu hari. Namun perlu diingati bahawa ia bacaan selawat yang kita diperlukan baca dalam solat.

Persoalannya,  berapa banyak selawat ibrahimiah yang kita baca diluar waktu solat sebagai bukti kita banyak mengingati rasul s.a.w. Selawat Ibrahimiah adalah selawat paling sahih, bersifat tauqifi, dan cara berselawat yang diajar sendiri rasulullah s.a.w. untuk kita melakukannya dan paling confirm disukai rasul s.a.w. dan paling pasti kelebihan dan fadilatnya.

Oleh ia sangat perlu diperbanyakkan untuk diamalkan  diluar solat - mengatasi, jauh mengatasi bilangan selawat-selawat yang lain (yang bukan dari ajaran Rasul s.a.w. sendiri atau yang telah diubahsuai).

Seperti apa yang saya fahami dari nasihat Maulana Asri, pakar hadith tempatan,  ambillah, amalkan dan utamakan zikir/selawat yang pasti sahih dari rasul s.a.w. biarpun ia mungkin tidak sesedap zikir/selawat yang lain, atau dalam bahasa saya walaupun mungkin kita rasakan liriknya, iramanya tidak sesyahdu yg kita biasa amalkan hasil gubahan insan lain yang juga mencintai rasul saw.

Seperti apa yang saya fahami daripada kuliah Dr Zaharuddin  tentang jika tidak silap, pendekatan wasatiy dalam mengamalkan sunnah... dimana jika kita amal / baca lafaz yang tidak sahih daripada rasul s.a.w  (walaupun sedap di halwa telinga kita) dan mengenepikan atau mengurangkan amalan/lafaz yang sahih daripada rasul s.a.w , walaupun tidak salah namun ia rugilah , rugilah- dari segi pahala  dan sebagainya.  Ia tentu bukan cara pendekatan wasathiy dalam memahami atau mengamalkan sunnah nabi.  Wallahu taala alam.

(Untuk pendetailan, sila rujuk semula isu selawat sebelum ini dalam blog saya).

 hisham-ahmad.blogspot.com.

Wednesday, January 22, 2014

Kewajipan Setiap Diri Menjadi Hakim Yang Adil

Inilah adalah pesanan yang penting. Bacalah betuk-betul kerana mungkin kita teralpa walaupun mungkin kita tahu mengenainya.

Ketahuilah kita sentiasa berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi yang memerlukan kita untuk membuat pilihan, keputusan atau tindakan. Ia menjadi penting atau lebih penting, jika pilihan, keputusan atau tindakan itu melibatkan pilihan antara 2 perkara atau lebih dan apabila ia mempunyai kaitan dengan orang lain sama ada berkaitan hak atau tanggungjawab.

Maka ketika itu kita adalah berkedudukan sebagai hakim yang adil kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain yang terkesan dengannya. Inilah tuntutan Allah atas diri setiap insan.

Oleh itu, setiap seorang itu adalah hakim bagi dirinya sendiri. Diri sendiri adalah hakim yang ditugaskan untuk menilai dan mempertimbangkan sebelum kita membuat keputusan dan tindakan itu.

Sentiasalah Menegakkan Dan Menerangkan Kebenaran
dan Berlaku Adillah Kepada Sesiapa Sahaja

Justeru, sifat adil adalah syarat menjadi hakim. Kita diseru dan perlu berlaku adil dalam semua perkara. Keadilan itu menuntut kita mendengar daripada kedua belah pihak secara saksama sebelum membuat keputusan dan memberi penghukuman. Keadilan juga memerlukan kita menolak segala unsur berat sebelah (biased) dan sikap berpihak. Keadilan mengkehendaki agar  pertimbangan dibuat atas hujah, fakta dan dalil bukan emosi. Hanya dengan itu kebenaran diperolehi atau sekurang-kurangnya dapat dihampiri. Selain daripada itu adalah kezaliman. Kezaliman diri sendiri yang akan dipertanggungjawab nanti.