Social Icons

Pages

Thursday, November 20, 2014

Respon Telus Atas Titah Yang Tulus



Respon ini susulan membaca laporan Sinar tentang titah utama  Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan ucapan  bertajuk "Amanah Asas Kepimpinan Berintegriti" pada Konvensyen Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 2014 di Cyberjaya, hari ini.

Tuanku yg dikasihi rakyat sekelian
di dalam dan di luar Kelantan.

Membaca sekian banyak kisah Tuanku dengan keperibadian mulia dan tinggi, maka saya tersentuh untuk memberi pandangan dari hati.

Segala isu berbangkit tentang amanah dan integriti dalam menjalankan kerja atau tugas pada semua bidang, pada apa jua jawatan/peranan adalah merujuk kepada tajuk 'amalan  profesionalisme dalam kerja'. 

Sedihnya, apa yang berlaku pada hari ini, apa yang yang hendak dicapai ialah kecemerlangan profesionalisme tetapi apa yang dialami sekarang ialah kegagalan profesionalisme.

Pada pengetahuan umum dan saya, masalah kegagalan profesionalisme ini telah tersangat banyak dibincang tapi masih gagal. Buktinya banyak tetapi paling tidak boleh disangkal ialah seperti pada Laporan Ketua Audit Negara. 

Ketirisan dan kepincangan berterusan berlaku dan berulangan berlaku, pada jumlah yang banyak.

Pada kesedaran saya, solusinya perlu kepada 2 faktor utama iaitu (1) profesionalisme pada kerja mesti beracuan Quran dan Sunnah dan (2) mesti dilaksanakan, dipelopori pihak pemerintah.

Kerajaan mempunyai kekuatan sumber, tenaga dan wang. Hanya yang perlu ialah kekuatan keinginan dan kesungguhan untuk melakukan. Hasrat mesti tulus dan perlaksanaan mesti telus. Tindakan perubahan mesti menyeluruh, tidak boleh sebahagian-sebahagian atau separuh-separuh.   

Pemimpin-pemimpin yang memerintah negara tentulah lebih dituntut untuk mengamalkan profesionalisme dalam kerja mereka. Kerja mentadbir negara adalah kerja yang lebih besar, berat tetapi utama dan mulia. Tanggungjawab menjaga rakyat dan negara adalah prioriti yang mesti didahulukan dari kepentingan diri dan keluarga. 

Mereka lebih perlu kuat dan amanah untuk sentiasa memastikan negara ini dirahmati Allah S.W.T. Pemimpin-pemimpin tentunya sedar dari mana datangnya kuasa mereka. Allah S.W.T. berfirman; Maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami memberi kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.” 

Ayat di atas menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. yang memberikan kedudukan kepada Zulkarnain (Pemerintah hebat menguasai dunia) sebagai pemerintah dan Allah S.W.T. yang mengukuhkan kekuasaan dan kerajaan Zulkarnain.

Inilah peringatan yang adil kepada pihak pemerintah yang berkuasa  mengurus-tadbir negara mengikut kebijaksanaan pemikiran dan kehendak mereka. Dalam apa keadaan pun, kuasa mereka dan setiap tindakan mereka tidak boleh terpisah dari dikaitkan dengan  Allah S.W.T., tetap tertakluk kepada-Nya.

Sekiranya kuasa ini ‘dipisah’ dari Allah, maka ia menjadi fahaman materialisma dan ketika itu pemimpin-pemimpin bukan lagi aset kepada negara tetapi liabiliti yang boleh memusnah negara. Sesungguh Allah S.W.T. telah juga berfirman;   Bermaksud; Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan  dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Semoga kita mendapat apa yang Allah SWT janjikan apabila syarat kita telah penuhi;

Bermaksud“Dan (Tuhan berfirman lagi) “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi ....”[1]

Justeru, jika kerajaan serius … benar-benar serius… benar-benar ikhlas dan serius…demi Allah, antara perkara pertama perlu dilakukan ialah …

 rombakan menyeluruh (pengurusan dan pentadbiran) terhadap MAS berdasarkan Quran dan Sunnah bagi mencapai profesionalisme yang diredai Allah dengan langkah pertama memisahkan arak dari MAS secara farak kekal, memastikan aurat dipelihara  dan dimudahkan urusan ibadah solah dalam mesin terbang itu.

Allah jua yang maha mengetahui. terimakasih. 

hisham-ahmad.blogspot.com


[1] Al-Qur’an, Al-A’raf  6: 96

Friday, November 7, 2014

BULI. Khas Buat MRSM Ulul Albab



Kenapa saya khususkan kepada MRSM Ulul Albab?  Satu kerana saya menghargai jasa menteri yang bertanggujawab melakukan transformasi terhadap MRSM. Transformasi  bersifat taqarub-illahi.
Kedua, saya mempunyai sebab peribadi. Bagaimanapun, jika ada kebaikan pada apa yang saya bicarakan, bolehlah dijadikan panduan dan pandai-pandailah sesuaikan dengan keadaan.

Semua bapa dan abang-abang yang pernah bersekolah asrama pasti mempunyai pengalaman sendiri dalam hal buli. Sukar mengatakan buli tidak wujud. Ia hanya persoalan seburuk mana ia berlaku, sekerap dan seteruk mana pembulian itu?

Semasa saya disekolah agama di Selangor sekitar tahun 1984… buli telah berlaku. Seingat saya, kebanyakan pelajar lelaki ketika masuk asrama ditingkatan satu, lazimnya berbadan kecil sama ada belum baligh atau baru baligh.  Manakala fizikal atau tubuh pelajar tingkatan dua dan tiga (khususnya tingkatan 3) jauh lebih besar. Pelajar tingkatan satu yang buat pertama kali meninggalkan rumah dan pertama kali tinggal diasrama adalah bersifat ‘penakut’ kepada senior mereka menjadikan mereka mudah diugut, digertak dan dibuli.

Buli secara fizikal atau  secara halus memang berlaku secara agak kerap dan dan ia boleh berlaku dalam keadaan bila-bila masa, apabila peluang terbuka. Sentiasa sahaja ada pelajar senior yang ingin membuli (secara ringan) tetapi  terdapat beberapa orang yang boleh disifat sebagai kaki-buli kerana melakukan secara keterlaluan dan selalu mencari peluang untuk membuli seakan ia telah menjadi hobi mereka.

Pelajar tingkatan 1 yang kebanyakannya hidup dalam ketidak tenangan ini berusaha mengelakkan dari tertembung kaki buli ini, tetapi ia menjadi tidak mudah jika sikaki buli memang sengaja mahu bertembung. Lagi, manakan mudah mengelak jika tinggal bersama seasrama.

Pengalaman menyaksikan bahawa kaki-kaki buli ini sebenarnya menunjuk  berani dan mengambil kesempatan atas sifat takut atau sifat tidak melawan, pelajar-pelajar junior mereka. Sebab itu bukan semua dibuli. Akibat kerap membuli, sifat zalim mulai sebati dalam diri. Mereka menjadi biasa melakukannya.  Biasa bertukar suka. Bila dah suka, tentulah kena buat selalu.

Mangsa-mangsa yang dibuli, sebahagiannya mengambil alih tugas zalim itu bila mereka pula berstatus  senior. 

Apabila saya memasuki Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang) pada tingkatan 4, pada awal minggu orientasi kami, wakil tak rasmi pelajar tingkatan 5 yang pada mulanya kelihatan sebagai pembuli telah membuat perisytiharan kepada kami bahawa tradisi zalim itu tidak akan diteruskan oleh mereka. Betapa hebatnya senior itu , kerana memulakan ‘sunnah’ yang baik dan menghentikan tradisi zalim yang mungkin diwarisi sejak zaman firaun, diturunkan kezaman Husni Mubarak… di wasiatkan kepada Fatah Sisi…. dan entah macam mana telah di’eksport’ ke negara kita. Asal jangan melalui pelajar kita di sana, sudahlah (ini dimaksudkan sebagai gurauan).

inilah coretan ringkas sedikit kisah dulu tentang buli.

Satu kesimpulan atas pengalaman saya ini ialah punca utama buli gagal dibendung secara efektif ialah kelemahan pihak sekolah khususnya sistem penjagaan keselamatan, pengawasan di asrama.  Mereka seperti berpegang kepada anggapan bahawa ‘ia hanya berlaku disekolah lain, tidak mungkin disekolah aku’.   Tiada mekanisma pencegahan, tiada pengawasan berkesan, hanya menunggu kepada pengaduan. Barulah sibuk… atau buat-buat sibuk!


Kini, berita kes-kes buli kecoh semula. Satu di MRSM, bukan sekadar dibelasah tapi sampai hendak diseterika. Terbaru, rakaman pembulian melibatkan anak-anak yatim. Ini yang dirakam dan dapat ditonton, atau yang diadukan dan didedahkan. Bagaimana dengan yang tidak dapat dirakam, didiamkan atau di’konspirasi’  agar didiamkan?  Siapa berani kata ia masih tidak banyak berlaku? Tanyalah suara hati semua lelaki yang pernah tinggal diasrama? Samada ia pernah dibuli … yang menyaksikan kejadian buli…. atau yang pernah melakukan dosa-dosa buli?

Menyaksikan aksi ganas budak berbaju hitam itu… masing-masing boleh analisa sendiri. Mangsa—mangsa yang mungkin lebih ramai, mungkin lebih besar tidak ada maknanya jika pengecut atau tidak mampu berfikir secara terbaik atas apa tindakan terbaik untuk dibuat pada masa itu. Kita tidak salahkan mereka, kerana reaksi kita dulu pun lebih kurang sama.

Satu pembulian dikalangan budak pandai. Satu pembulian dikalangan budak hidup susah atau tiada ibu atau bapa. Apa pengajaran daripadanya?Fikirlah sendiri.

Baiklah. Mari kita berimaginasi. Pelajar yang tergamak memukul berlebihan sampai sanggup gunakan sterika, bagaimana kalau sudah besar nanti diberi jawatan sebagai pegawai  risikan atau soalsiasat  bagi Jenderal Fatah Al-Sisi? Atau pengawal penjara yang menjaga tahanan ISA? 
Manakala, pelajar yang beraksi serangan bertalu-talu itu pula bila besar nanti ditugaskan sebagai pengawal yang mengawal peserta demonstrasi bersih, dan dia dibekalkan dengan machine-gun?  

Selesai imaginasi. Sedar semula.

Bagaimana jiwa anak-anak muda ini. Bagaimana sifat zalim telah menguasai diri. Wajarkah dibela dengan alasan ia sekadar ‘adrenalin rush.’  Walaupun pada undang-undang mereka belum dewasa (belum 18 tahun) tapi ingatlah pada syarak mereka telah dewasa (jika dah baligh pada umur 12-13 tahun). Kedudukan orang yang dewasa pada syarak tidak kira ia berumur 15 tahun atau 51 tahun , bebanan tanggungan dosa adalah sama. Tanggunglah sendiri.

Baiklah. Mari kita pergi kepada sedikit cara penyelesaian  … khusus untuk MRSM Ulul Albab. Saya pun ada kerja lain nak buat ni.

     1.  Melayani dosa buli mengikut apa yang layak baginya. Kita mesti anggap buli itu satu kezaliman yang dibenci Allah swt. Tidak boleh lagi ada anggapan alah biasalah, budak-budak lelaki. Ia satu dosa yg serius. Ia sifat zalim yg tidak patut kita pupuk. Apa beza kita nanti dengan bangsa yahudi-zionis.  Semua pelajar mesti diberi gambaran yang jelas keberdosaan ini dan betapa tidak berbaloi ia dilakukan. Dunia dan akhirat. Malah dosanya mungkin menghantui kita sepanjang hidup. Sila baca kes seorang pelajar sekolah agama Izzudin Perak yang bertukar menjadi murtad dan membenci guru-ustazah-rakan-rakan dan agamanya yang antara puncanya ialah terjejasnya psikologi dan perasaannya apabila sentiasa dibuli dan diejek semasa zaman sekolah tanpa tidak dapat pembelaan yang wajar.  

     2.       Sentiada berawas dan bersedia. Kita tidak suka ia berlaku tetapi kita mesti pijak pada realiti bahawa buli  masih dirasa banyak berlaku atau kita mesti berawas bahawa ia boleh bila-bila masa sahaja berlaku. Kita tidak mahu, kerana tidak bersifat ‘alert’ atau awas , berlaku buli melampau yang menyebab kecederaan teruk, kematian atau kecederaan pada emosi, mental atau psikologi.

    3.       Kita bersangka baik dengan pelajar ulul albab kita tetapi kita mesti sentiasa bersangka buruk dengan syaitan yang sentiasa berkeliaran disekeliling mereka. Sejarah membuktikan sentiasa ada sahaja pelajar yang berjaya dihasut hingga hilang pertimbangan lalu berlaku buli. Bila dah belasah, dan disorakkan, hilang akal… seterika pula nak diambil. Agaknya, kalau ada pisau atau pistol yang boleh dicapai?

     4.       Pelajar-pelajar diajar berawas dan bersedia. Jika ia berlaku kepada sesiapa sahaja diantara mereka, mereka mesti tahu apa nak buat. Warden-warden sewajar, diwaktu-waktu tidak disangka melakukan pemeriksaan mengejut dibilik-bilik asrama.
   
     5.       Perlu ada mekanisma yg tepat dan efektif. Sekiranya berlaku situasi buli atau suatu keadaaan yang membawa kepada buli, apakah mekenisma dalam berhadapan dengannya. Apakah semua pelajar telah diajar tentangnya? Sebagai contoh, apabila berlaku kejadian kecemasan seperti kebakaran, maka terdapat protocol dalam menyelamatkan diri.

     6.       Pelajar-pelajar wajar mampu mengenal tanda-tanda akan berlakunya buli, jika begitu apa perlu dilakukan. Atau buli telah mulai berlaku. Apa yang perlu dilakukan? Atau buli mulai melampau, Apa yang perlu dilakukan?  

     7.       Sebagai contoh dalam kes pelajar yang membuat serangan ganas dalam video itu? Apa yang perlu dilakukan oleh mangsa? Apa yang perlu dilakukan oleh saksi? Apa yang perlu dilakukan oleh rakan seumur penzalim dan yang dizalimi? Mesti ada rakan sebaya yang bersedia membantu.

Contohnya, rakan pelajar tingkatan satu yang dibuli aray rakanya mesti terus sms warden atau bergerak ke bilik air telefon warden atau ibubapa. Mesti ada kerjasama baik dan seorang warden yang bertugas dalam hal ini. Telefon adalah penting. Pelajar mesti jangan berahsia dengan ibubapa, laporkan terus ibubapa. Setiap kawan ada no telefon ibubapa beberapa kawan yang lain. Jangan sampai, pelajar yang dan tercedera dibiarkan sampai sehari menderita kerana nak sembunyi dari ibubapa atau warden gagal bertindak tepat dan cepat.

     8.       Perlu diwujudkan kumpulan penyelamat dikalangan pelajar. Pasti ada belajar baik, kuat dan berani. Lahirkan jiwa pelajar yang suka membantu orang lain, yang suka menghentikan kezaliman. Tiada ‘ikatan janji setia sehidup semati’ dalam melakukan kezaliman, no brotherhood dalam kerjasama dosa. Pelajar bermasalah sebenarnya hanya beberapa orang. Kalau bersatu menentangnya pasti dia takut.

    9.       Saya masih ingat ketika saya ditolak oleh pelajar yang dikenali sebagai kaki buli  dan ditolak ke dinding oleh pelajar tingkatan 3 itu kerana tidak puashati saya lama  bermain pingpong (sebab tidak kalah dan dia mahu ambil alih tempat saya… sedangkan dia boleh minta baik-baik). Dia kemudian bergaya seperti mahu menumbuk saya. Seorang pelajar tingkatan 3 berbadan lebih tegap dan besar tetapi baik dan berani telah menghalang dan menyelamatkan saya. Pelajar yang baik itu saya masih ingat namanya dan kini hasil risikan saya, dia adalah pemegang DR falsafah dan berstatus Prof Madya di sebuah universiti.  

    10.   Psikologi pelajar. Antara kurang ajar dan hormat. Ia mesti diajar secara wajar bertepatan al-Quran dan Al-Sunnah bukan ikut rasa hati dan fikir sendiri. Pelajar junior jangan kurang ajar, pelajar senior jangan harapkan penghormatan lebih kadarnya.
  
    11.   Timbangtara. Pelajar –pelajar diajar cara menyelesaikan konflik antara mereka. Mungkin perlu ada jawantakuasa timbangtara dikalangan pelajar bagi menyelesaikan masalah antara mereka. Penal Rayuan, barulah kepada guru-guru. Mereka diajar menyelesaikan masalah dan konflik secara hujah dan bukti … bukan secara menghayun tangan dan kaki.

    12.   Haram filem ganas, samseng melayu dan seumpamanya.  Saya terbaca teguran Wardina (jika benar dari Wardina) dan saya menyokongnya. Bagi yang tidak berpuashati, saya katakana “tidak  usahlah melawan suara hati kepada kebenaran dan akal fikiran yang bijaksana, bahawa kebaikan filem-filem ini, jika ada, adalah sedikit shj manakala kesan buruk nya adalah melampau-lampau.” (Pada arak itu ada sedikit kebaikan, tetapi keburukannya begitu besar)

     13.   Tadabur al-Quran. Kelebihan sekolah Ulul Albab. Ini jawapan penyelesaian mendalam dan menyeluruh. Sepatutnya, isu buli menjadi sangat mudah dikendalikan di tempat di mana Quran di hafaz. Tapi ingat syaitan dihantar mungkin kategori peguam, pakar motivasi,  kaunselor, dai atau ulama mereka.

    14.   Masa pelajar MRSM Ulul Albab sangat suntuk. Tiada masa untuk dibazirkan. Program & aktiviti lain mesti yang bukan sahaja bermanfaat tapi antara yang paling manfaat. Jika menjemput penceramah, atau tokoh luar, dapatkan yang terbaik bukan sekadar pada nama tapi isi yang hendak dibicara. Bukan penceramah yang datang bicarakan pasal air jampi, jual minyak wangi, kayu kokka atau sebagainya. Utamakan sunnah-sunnah yang sahih berteraskan hadith-hadith sahih. Utamakan kepada pembentukan manusia berkualiti.
  
    15.   Penekanan kepada program tadabur ayat Quran. Pilih yang paling relevan kepada mereka. Contoh memahami ayat yang menyuruh berlaku adil. Ayat-ayat tentang kepentingan sabar, syukur. Ayat –ayat ibadur rahman. Banyak sangat.  

   16.    “…dan hamba-hamba (Allah) AR-RAHMAAN, (yang diredai-Nya) ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” Ayat 63 surah Furqan.

     17.   Dan (ingatlah), ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 6-7)

     18 .   “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (Kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.(Surah al-Maa’idah 5:8)\

     19.   Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan Hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.  Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf. (Assyura (42) : 36-37)

Semua ayat ini sebagai contoh jika dianalisa dan disampai oleh mereka yang terbaik… dan dikaitkan dengan realiti hari ini. Subhan Allah, pasti menusuk ke hati...

termasuk hati pembuli. 

Wallahu taala alam.

Hisham-ahmad.blogspot.com

Wednesday, November 5, 2014

Bersyukur Atas Ujian Berat... Pilihan Tepat


“Jika kamu bersyukur….. Nescaya AKU tambahkan Buatmu…"  Begitulah janji-NYA.

Saya merasa bersyukur apabila membaca luahan terbaik seorang bapa yang diuji dengan kematian anak secara yang menyayatkan hati. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.

“KUALA BERANG - “Walaupun ujian ini berakhir dengan berita duka dan bukannya seperti diharapkan, saya tetap bersyukur kerana dapat kembali anak saya setelah empat hari kami sekeluarga menunggu tanpa khabar berita,” luah Azman Othman, 50. Menurut Azman, walaupun begitu terasa kehilangan anak bongsunya, Ahmad Rafikin yang disahkan lemas setelah dilaporkan hilang Sabtu lalu ketika menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, dia reda atas segala ketentuan Ilahi.”

Di dalam Surah ibrahim  (14) ayat 7; Allah berfirman … bermaksud; “ … tatkala Tuhanmu mengisytiharkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti aku akan menambah kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

 Jika kita lihat ayat-ayat sebelumnya, nyatakan kisah ayat ini adalah berkait dengan kisah nabi Musa a.s. dan Firaun.   

Firaun, raja yang zalim bermimpi seakan-akan api datang dari Baitul Maqdis sehingga ke Mesir. Api itu memusnahkan rumah dan bangunan, sehingga tiada satupun tertinggal kecuali kepunyaan Bani Israil. Firaun memanggil ahli sihir dan ahli kaji bintang, untuk membuat takwilan mengenai mimpi itu. Lalu mereka mengatakan, akan lahir seorang anak lelaki dari Bani Israil. Lelaki terbabit kelak akan mengusir kerajaan Firaun dan menggantikan agama Firaun.

Disebabkan takut mimpi itu menjadi realiti, Firaun memerintah dibunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israil.

Dipendekkan cerita, maka Firaun sebagai raja mengeluarkan polisi atau undang-undang zalim agar semua kanak-kanak lelaki Bani Israil dibunuh (disembelih). Kempen dan program pembunuhan besar-besaran ini dilaksanakan melalui rejim tenteranya. 

Bayangkanlah untuk entah berapa tahun lamanya, Kerajaan Firaun melaksanakan polisi atau kempen menyembelih anak-anak lelaki dari Bani Israil. Tempoh lamanya pembunuhan itu berlaku mungkin beberapa lama sebelum Musa lahir dan sehingga Musa menjadi anak muda yang mampu menentangnya.  

Bayangkanlah betapa ramai kanak-kanak dan bayi lelaki yang telah disembelih dan dibunuh. Bayangkan darah-darah yang tumpah ke bumi. Bayangkan keluarga yang ketakutan dan menderita. Penderitaan yang seperti tidak berkesudahan. 

Allah s.w.t. sendiri mengiktirafnya sebagai ujian yang besar.

Bayangkanlah juga, kemudian, ketika mana Musa a.s. , membaca ayat itu ketika berkhutbah atau berceramah kepada kaumnya, umatnya, pasti ramai ibubapa atau ahli keluarga yang anak-anak mereka telah disembelih. Perhatikan ayat Quran tadi yang dibacakan Musa a.s.

“Apabila Tuhan-Mu mengisytiharkan --  š öNä3š/u c©Œr's?ŒÎ)ur
Mungkin pada fikiran manusia, dalam keadaan kesengsaraan, musibah dan kesedihan yang menimpa kaum Musa a.s. , tentulah apa yang perlu mereka diperingatkan ialah agar ‘bersabar’.

Tidak ayat itu tidak menyebut  wa iz taazan rabbukum …. Lain sabartum … laiza dannakum”  iaitu “ Sesungguhnya jika kamu bersabar, pasti kami akan menambah kepadamu.

ó öNä3¯RyƒÎV{Oè?öx6x©ûÈõs9š öNä3š/u c©Œr's?ŒÎ)ur

Bayangkanlah, Allah tidak minta kita manusia yang menderita itu bersabar tetapi lebih tinggi daripada itu iaitu bersyukur. Apabila bersyukur dalam keadaan sedemikian pasti didalamnya terkandung juga kejayaan dalam bersabar.

Apa pula balasan dan ganjaran kepada kesyukuran ini. Sebagai balasan dan ganjarannya, Allah akan tambah bagi kamu.

Perkataan ‘La azi dan na kum’   adalah suatu jawapan dalam bentuk paling tegas dan jelas. Penekanan paling kuat. ,

Perkataan ‘La azi dan na kum’ yang jika diterjemahkan secara kasar (di mana terjemahan tidak akan memberi maksud yang tepat), ialah seumpama Allah menyatakan dalam bahasa penuh ketegasan bahawa; “aku berjanji aku akan tambahkan, perbanyakkan bagi kamu.”

Apa yang menakjubkan lagi ialah Allah tidak menyebut pada ayat itu (secara khusus) apakah perkara yang akan ditambah, diperbanyakkan bagi mereka yang bersyukur. Walaupun pada terjemahan, ada yang meletakkan dalam kurungan perkataan ‘nikmat’ tetapi sebenarnya pada bahasa ia tiada… dan tujuannya, rahsia dan hikmahnya ialah ia dibiarkan terbuka luas bagi segala macam bentuk kebaikan, manfaat dan nikmat. Bermakna, Allah s.w.t. yang maha mengetahui apa yang kita mahukan dan apa yang baik untuk kita , akan memberi, menambah dan memperbanyakkan untuk kita apa jua sama ada  anak-pinak, harta, wang, kasih sayang, ilmu dan lain-lain.[1]

Pengajaran… saya percaya semua telah jelas pengajarannnya.

Semoga si bapa dan keluarga tadi diberikan ‘pertambahan’ oleh Allah s.w.t pada apa yang sangat mereka perlukan dan penting buat mereka. Allah juga yang lebih mengetahui apa yang lebih baik dan terbaik untuk manusia.

Semoga di syurga, mereka disatukan.

Pertambahan yang memberikan keuntungan kepada mereka dunia dan akhirat.

Pertambahan yang istimewa daripada –Nya atas kehilangan yang sementara.

Hisham-ahmad.blogspot.com   


[1] (Syarahan) Ustaz Nourman Ali Khan