Social Icons

Pages

Thursday, October 30, 2014

Malaysia negara Islam?, selesaikan ini dulu...




Suatu ketika dahulu,  pandangan yang lebih kuat di'dengung'kan dikalangan orang Islam ialah Malaysia bukan negara Islam atau sekular. 

Begitulah mereka secara 'sukarela atau dipaksa' menerima pentafsiran yang dibuat melalui kes mahkamah terawal tentang Islam dalam perlembagaan persekutuan.

Pandangan saya, keadaan semasa itu ialah suara majoriti orang Islam tidak kuat kedengaran menafikan status sekular itu, menjadikan pemimpin-pemimpin pihak memerintah jua ‘pasrah’.  Hanya PAS yang berusaha berjuang ke arah menegakkan negara Islam.  

Namun kini scenario berubah. Kerana kefahaman yang lebih baik tentang agama atau kerana ada kepentingan tertentu, Malaysia kini di’dengung’kan pula sebagai negara Islam.  Sebahagian pemimpin Islam dari pihak pemerintah juga  menyatakan pandangan mereka bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Pelbagai kajian juga dibuat oleh mereka yang ikhlas. Peguam Islam  menulis bagaimana perlembagaan persekutuan masih mempunyai roh islam atau bukan secara total bersifat sekular. Dr Asri juga ada memberikan pandangan yang baik. Semoga Allah memberi ganjaran atas usaha ikhlas mereka yang ingin menegakkan islam dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang yang ada.

Namun, kepada pemimpin-pemimpin Islam dari pihak pemerintah yang menyatakan Malaysia ini negara islam, kepada mereka saya saya katakan;  “tolonglah selesaikan isu dibawah ini dulu dengan segera kerana ia antara bukti penting dan kuat bahawa negara ini negara Islam”

“Iaitu agar Keputusan mahkamah syariah atau perintah hakim mahkamah syariah (termasuk dan khususnya dalam kes hadanah- isu akidah) tidak dibatalkan atau tidak diketepikan oleh mahkamah sivil atau hakim mahkamah sivil.”

[Kes terbaru membabitkan integrity mahkamah syariah]

 In 2009, the religious court in Ipoh had granted Muhammad Ridhuan Abdullah, who was formerly known as K. Pathmanathan, the custody of his three children, Tevin  Darsiny,  17, Karan Dinish, 16, and Prasana, 6, after he unilaterally converted them to Islam.

The following year, the High Court in Ipoh granted kindertgarten teacher M. Indira Gandhi full custody of all three children and Ridhuan was ordered to return Prasana Diksa to Indira.
On May 30 this year, the Ipoh High Court cited Ridhuan for contempt and issued a warrant of arrest against him after he repeatedly failed to hand over Prasana Diksa to Indira.

Indira had also obtained a recovery order from the High Court to compel the police to locate Ridhuan.

No comments:

Post a Comment