Sabtu 18-5-2013, menghampiri
jam 6 petang di Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan
(TS-BTS). Saya bersama ibu, bapa, isteri
dan 5 orang anak menaiki bas untuk pulang ke Melaka. Sudah terlalu lama saya tidak menaiki bas
bagi satu perjalanan, dekat atau jauh. Ini kali kedua saya berada di sini.
Pusat perhentian (Bas) ini memang canggih dan cantik. Saya tidak tahu mana satu bas hendak dipilih.
Kaunter tiket banyak. Saya memilih kaunter Transnasional. Seperti ada unsur nostalgia.
Kami bertolak pukul 6 petang.
Keadaan dalam bas selesa. Penumpang tidak ramai. Selain kami 9 orang, terdapat
sekitar 5-6 orang lain. Anak-anak saya bergembira ‘menguasai’ kerusi-kerusi
kosong di bahagian belakang. Tiada apa-apa video dipasang melainkan kedengaran
lagu berbentuk hiburan biasa.
Apabila melepasi sempadan
Melaka, dalam keadaan menghampiri waktu maghrib atau telah melepasi sedikit waktu
maghrib… isteri saya berbisik kepada saya bahawa dia terdengar pemandu bercakap
dalam telefon mengenai bas rosak. Saya memerhatikan keluar dan kedepan. Oh, baru disedari, bas bergerak terlalu
perlahan. ‘Tenaga’ dalamnya bagai diperah untuk menggerakkan ‘badan’ yang
besar. Namun bas tetap terus dipandu. Beberapa
penumpang lain juga kelihatan merasa curiga. Namun pemandu tidak memberi
apa-apa makluman kepada kami.
Saya mengarahkan
anak-anak saya yang seronok bermain
dikerusi-kerusi kosong di belakang agar
duduk semula di bahagian hadapan. Rasa tidak sedap hati. Lebih mudah jika
hendak bersegera keluar jika situasi memaksa, fikir saya.
Tiba-tiba bas diberhentikan,
isteri saya mengatakan ada banyak asap dapat dilihat daripada bahagian depan.
Saya melihat dan terperanjat lalu mengarahkan semua ahli keluarga saya keluar. Suara
saya yang diperkuatkan menyebabkan semua penumpang bersegera bertindak untuk
turun dan keluar.
Saya tidak tahu setakat mana
risiko bahaya… adakah boleh membawa kebakaran!? Tetapi seperti dikatakan’ “hope
for the best prepare for the worst’.
Bayangkanlah betapa kelam-kabut
untuk mengeluarkan dengan segera anak-anak yang tidak begitu kesah apa yang
berlaku dan tidak merasa takut. 13 tahun, 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun dan 3
tahun. Saya perlu mendokong anak bongsu perempuan
saya turun dan keluar. Kalau berlaku
apa-apa keburukan luar dugaan, saya tidak pasti sama ada saya sempat
mengeluarkan mereka semua.
Alhamdulillah. akhirnya, semua
selamat keluar. Apa yang pasti pemandu dan keluar dahulu.
Bas besar tersadai di tepi
jalan, lorong kecemasan. Kami tersadai di tepi jalan tidak jauh dari depan bas.
Disebelahnya curam yang tidak tahu berapa dalam. Hanya jika tergolek ke bawah
barulah tahu. Keadaan makin gelap. Saya sudah
lengoh mendukung anak kecil yang tidak selesa dalam keadaan yang ada. Anak 7
tahun pula memang tidak mudah duduk diam.
Kenderaan besar seperti lori dan bas yang lalu-lalang ditepi/sebelah bas
mewujudkan keadaan cemas. Kalau ada lori melanggar bas ini, tidak tahulah
untung nasib kami. Saya teringat almarhum keluarga pemilik perniagaan Fadilat
Herbs di Melaka (tak berapa pasti nama produk/syarikatnya) yang terkorban
sekeluarga apabila kereta BMW baru mereka melanggar kenderaan yang dletakkan di
lorong kecemasan ini. Begitulah yang saya dengar. Kesemuanya meninggal dunia.
Ketika ini saya sedar bahawa
tidak banyak usaha yang dapat saya lakukan. Haya berserah dan berdoa. Saya
pasrah dan bertawakal, menerima dan memujuk hati untuk bersedia menerima apa
jua ketentuan. Namun lidah dan hati tidak berhenti mengharap kesudahan yang
baik.
Sekian lama, kami dalam
‘comfort zone’. Bila keluar sahaja dari zon itu, kami di uji. Ujian tidaklah
besar mana tetapi bagi kita yang sudah biasa dengan keselesaan, ia cukup menguji.
Anak-anak selama ini juga berada di dalam zon selesa. Sentiasa ada ibubapa ,
dato dan makwe (nenek) untuk hampir semua perkara. Makan, minum, belajar,
kemudahan pengangkutan ke sana sini selain tempat bermanja dan mengadu.
Saya terkenang ujian-ujian
yang dilalui oleh kanak-kanak yang lain khususnya di Palestin dan Syria. Kesengsaraan
dan penderitaan yang ditanggung. Ujian yang dihadapi tidak terbanding dan tidak
dapat dirasionalkan oleh akal-budi dan rasa kemaknusian. Kita juga kekadang
merasa sukar untuk menjustifikasikannya dengan logik dan fikiran munasabah.
Bagaimana sebahagian manusia boleh terlalu begitu tersangat jahat dan
kejam?!.
Biarpun begitu, keyakinan
kita tetap teguh sesungguhnya Allah Maha Adil.
“Dialah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya…”
(al-Muik:2)
“dan ketahuilah Bahawa
harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan
Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar” (al-Anfal, 8:28)
“Patutkah
manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Ankabut
29-2)
“dan
orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
ugama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan
dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya” (Ankabut 29:69)
Kembali. Akhirnya kami semua
selamat. Tidak berapa lama dalam penungguan, sebuah bas tiba dan mengambil
kami. Di dalamnya dipasangkan rakaman video majlis maulud yang dipenuhi
pelbagai selawat atas nabi s.a.w. Antara
yang menjadi pilihan ialah
“Ya hana na..” yang bermaksud
“alangkah beruntungnya kami”…
Oh, hampir saya terlupa.
Terdapat satu perkara yang menjadi kemusykilan ialah tentang isu ‘code and
conduct’ seorang pemandu atau protokol keselamatan. Sekiranya bas tidak lagi
selamat di pandu atau apabila di dapati ada masalah pada bas, mengapa tidak
segera berhenti pada tempat yang selamat? Mengapa terus dipandu sehingga sampai
berasap … dan akhirnya tempat diberhenti sangat tidak sesuai dan berisiko
?
Perkara ini perlu
diperjelaskan oleh pihak Transnasional segera.
Transnasional perlu lakukan
transformasi, jika tidak mereka terdedah kepada liabiliti.
http://hisham-ahmad.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment