Pada satu ketika di waktu malam
yang telah lalu, saya bersama seorang teman sekampung telah menemui seorang
yang berpengaruh dalam kampung saya yang dikenali
dengan nama Sidang atau Tok sidang iaitu
umpama ketua kampung. Tujuannya ialah untuk mencadangkan satu projek pendidikan
dan program dakwah dilakukan. Ia bukan cadangan gitu-gitu sahaja. Ia
berbekalkan kertas kerja berbelas mukasurat. Sejak itu setelah 1-2-3 bulan
berlalu … ia terdiam begitu sahaja.
Sesungguh mengarap idea di atas
helaian kertas itu tanpa mengharapkan habuan keduniaan sudah merupakan satu
yang bukan mudah, namun untuk menggerakkannya adalah langkah yang lebih payah.
Apalagi tanpa sokongan yang kuat…tapi saya percaya masih ia boleh dimulakan,
dijalankan dan dijayakan.
Projek saya itu ringkasnya ialah
apa yang saya rasa lebih penting untuk dilakukan sebagai aktiviti agama
berbanding sekian banyak aktiviti lain yang sekian lama secara tradisi
dilakukan. Antaranya, saya mahu mewujudkan kelas secara kerap bagi didikan
anak-anak kecil dan remaja khususnya, program berterusan, merangkumi pelbagai
aspek, ziarahi rumah kerumah dengan pendekatan dan matlamat yang sama dan
berbeza seperti dilakukan jemaah tabligh,
program melalui kerjasama semua keluarga, dari tuition pelajaran sekolah
hingga perkara dakwah.. saya mahu ditalaqi dan tasmik kemampuan solat, bacaan
fatihah seluruh anak muda, saya mahu program penghayatan solat jemaah yang
berbeza biar dalam 5 tahun dapat sekurang-kurang 5 saf, saya nak mereka
menghafaz makna surah-surah lazim dalam solat jemaah, saya hendak mereka
menghayati tanggungjawab kepada palestin, Syria dll… . Banyak lagi kalau nak
cerita. Saya nak kami semua bekerjasama mencari tenaga pengajar ‘free’ dpd
anak-anak kampung yang berjaya, saya nak tabung dana ditubuhkan dan macam-macam
lain. Ini bukan projek 1 tahun ini projek 5, 10 tahun atau lebih bagi kampung
ini. Biar anak yang keluar mungkin professional seperti doktor, jurutera atau
pensyarah tetapi memahami agama dan berjiwa daie. …. ….
Malangnya, pada sayalah, seperti
mana di kampung ini mahupun ditempat lain, kebanyakan kita masih dengan cara
yang sama … maksud saya pada melakukan aktiviti-aktiviti bersifat agama.
Kadangkala saya tidak faham kenapa dan apa kebaikan yang mereka lakukan …
sedangkan di atas semua itu, banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat dan
wajar untuk dilakukan. Kiranya ianya perlu untuk dilakukan, mengapa tidak dilakukan dengan cara yang
lebih baik. Satu contoh, saya bingung melihat kesungguhan mereka mengalunkan
qasidah… dan mengajak kami yang muda menyrtainya, .. sedang kita tidak mengerti
apa makna dan ceritanya.
Saya merasa prihatin dengan kanak-kanak
dan remaja , setelah habis waktu persekolahan, masa berbaki hari itu, habis
begitu sahaja. Melepak sana sini dan bermain-main. Bermain-main dan
melepak sana-sini. Seperti tiada jadual
dan disiplin aktiviti harian mereka. Saya
memahami bahawa antara sebabnya ialah bapa atau ibu atau keduanya mungkin
sedang bekerja. Kalangan anak-anak muda,
begitu ramai terpalit dengan najis rokok dan kerana pelajaran yang kurang
cemerlang, kebanyakan tertumpu dikilang-kilang bagi pendapatan tidak seberapa
dan jaminan kerjaya yang sukar diduga. Manakala anak-anak gadis pula, ramai
yang tidak menutup aurat , dan dari sudut kerjaya juga, tidak jauh berbeza.
Saya juga melihat betapa saf
solat jemaah berlegar antara satu saf hingga dua, kekadang tiga. Tapi lazimnya diwaktu … maghrib. Kalau ada
geng bangla datang, atau jemaah tabligh berkampung , barulah meriah suasana.
Begitulah. Aktiviti kuliah bukan takda….ada, tapi kehadiran masih lebih kurang
sama. Begitulah. Kaedah ustaz-ustaz sama sahaja. Kitab dibaca.. itu juga, sama.
Sekarang ini dua ustaz menggunakan kitab yang sama… sedangkan disana melambak
lagi kitab-kitab yang pelbagai tajuk dan rupa.
Sinikalnya, malam tadi, ketika
imam dan beberapa jemaah senior belajar tajuwid peringkat fatihah, anak-anak
muda dan kanak-kanak melepak dipangkir tepi surau berbual mesra sambil menyedut
dan menghembus asap. Kalau dosa itu diukur pada kadar sedutan dan hembusan sesuai
dengan sedut-tarik udara yang Allah kurnia.. entahlah berapa banyak
catatan dosa.
Kalau ada ceramah perdana, malam
nisfu syaban dll, penuhlah surau dengan riuh rendah manusia, tetapi esok subuhnya … kemana perginya
mereka? Ada sesuatu yang tidak kena?
Something is missing …. Kita perlu
melihat adakah ini yang kita mahukan …. Maaf … adakah ini yang Allah
mahukan… Adakah kita sudah berpuashati ?
Saya hanya ingin agar kami ahli-ahli
jemaah yang komited dengan surau dan sebilangan mereka yang prihatin diluar
untuk mengunakan akal kita, berbincang dari masa kesemasa tentang perkara ini.
Sesungguh semasa saya melalui
tadarus Quran berserta terjemahan pada Ramadan yang lalu, saya telah menemui
begitu banyak ayat-ayat yang memerintahkan kita ….
untuk kita berfikir, menggunakan
akal fikiran, untuk memerhatikan, untuk mengambil pelajaran, untuk mengetahui, …
dan seumpamanya…
Inilah sekurang-kurang-kurangnya:-
al-Baqarah
44. Patutkah
kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu
sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
76. dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman
Rasulullah) bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: "Kami
telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka
berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) Dengan
apa Yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di Dalam Kitab Taurat
mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) Yang dapat
mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? tidakkah kamu berakal?"
197. (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa
bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya
(dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri,
dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa
mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah
diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana
Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta
sedekah); dan bertaqwalah
kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
219. mereka
bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula
kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah:
"Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan
kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
266. Adakah
seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma)
dan anggur, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai Dalam
kebun itu Segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak
anak cucu Yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan Yang
membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
269. Allah
memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan
hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan
akal fikirannya.
Ali imran 13, 191
13. Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada
(peristiwa) dua pasukan Yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan
(orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama
Allah), dan Yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. mereka (yang kafir itu)
melihat orang-orang Islam Dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya
berbanding Dengan mereka sendiri. dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa Yang
dikehendakiNya, Dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran
Yang memberi insaf bagi orang-orang Yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
191. (Iaitu)
orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami
dari azab neraka.
Al maidah 100
100. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sama Yang buruk Dengan Yang baik,
Walaupun banyaknya Yang buruk itu menarik hatimu. oleh itu bertaqwalah kepada
Allah Wahai orang-orang
Yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Al anam 80, 81,
80. dan ia
dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai
Allah, padahal Sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? dan Aku
pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa Yang kamu sekutukan Dengan
Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan
Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil
pelajaran?
81. "Dan
Bagaimanakah Aku hendak takutkan apa Yang kamu sekutukan Dengan Allah itu (yang
tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut Bahawa kamu
telah sekutukan Allah Dengan sesuatu Yang Allah tidak menurunkan sebarang
keterangan kepada kamu mengenainya? maka Yang manakah di antara dua puak itu
Yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
Al araf 86, 179, 204
86. "Dan
janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, Dengan menakut-nakutkan
dan menghalangi orang-orang Yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu
pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. dan ingatlah semasa
kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah Bagaimana
akibat orang-orang Yang berbuat kerosakan.
179. dan
Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi)
tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata
(Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai
telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka
itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang Yang lalai.
204. dan apabila
Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Al anfal 60
60. dan sediakanlah untuk menentang
mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan
dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan
Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain
dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa
sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Yunus(10) 67,
67. Dia lah Yang
menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang
terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi
tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum Yang mahu mendengar
(keterangan-keterangan Yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
Yusuf (12) 26, 27, 109, 111
26. Yusuf pula
berkata: "Dia lah Yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya
tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada
bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari
depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari
orang-orang Yang dusta.
27. dan jika
bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari
orang-orang Yang benar".
109. dan
tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang
lelaki dari penduduk bandar, Yang Kami wahyukan kepada mereka. maka mengapa orang-orang (yang
tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan
Bagaimana akibat orang-orang kafir Yang terdahulu dari mereka? dan (ingatlah)
Sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh
itu, mengapa kamu (Wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
111. Demi
sesungguhnya, kisah
Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang
Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam
Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan
apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia
sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.
Ra’du (13) 4, 14, 16,
17, 19,
4. dan di bumi
ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan
padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar
(kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang
sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada
bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
14. Kuasa
menerima Ibadat Yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda Yang
mereka sembah Yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan
sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang Yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air
supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai
kepadaNya. dan tiadalah Ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu
melainkan Dalam kesesatan.
ö16. Bertanyalah (Wahai Muhammad):
"Siapakah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, Patutkah
kamu menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan
Penolong, Yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri,
dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang Yang buta
Dengan orang Yang celik? atau Adakah sama, gelap-gelita Dengan terang?
atau Adakah makhluk-makhluk Yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah
mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi
kesamaran kepada mereka?" katakanlah: "Allah jualah Yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
17. ia
menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan
airnya) menurut kadarnya Yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya,
kemudian banjir itu membawa buih Yang terapung-apung. dan dari benda-benda Yang
dibakar di Dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas Yang
diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal Perbandingan
tentang perkara Yang benar dan Yang salah. adapun buih itu maka akan hilang
lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda Yang berfaedah kepada
manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan
misal-misal perbandingan.
19. maka Adakah
orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu
(Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang
mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.
Ibrahim – 19, 22,24, 28,
1. Alif, Laam,
Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad),
supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur
kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa
lagi Maha Terpuji.
22. dan
berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah
menjanjikan kamu Dengan janji Yang benar dan Aku telah menjanjikan kamu lalu
Aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan
Kuasa mempengaruhi kamu selain daripada Aku telah mengajak kamu lalu kamu
terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi
salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu
juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi Aku telah
kufur ingkarkan (perintah Tuhan) Yang kamu sekutukan daku denganNya".
Sesungguhnya orang-orang Yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan
tempatnya) beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya.
24. tidakkah
Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang
baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya)
tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
28. tidakkah
Engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir Yang telah menukar
kesyukuran nikmat Allah Dengan kekufuran, dan Yang telah menempatkan kaum
mereka Dalam kebinasaan?
An-nahl (16) 11, 12, 13, 68, 69, 90
11. ia juga
menumbuhkan bagi kamu Dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok
zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari Segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya Yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
Yang mahu berfikir.
12. dan ia memudahkan
bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang
dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu
memahaminya.
13. dan apa-apa
jua Yang dijadikan untuk kamu di bumi Yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga
untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi kaum Yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
68. dan Tuhanmu
memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok
kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.
69. kemudian makanlah dari Segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan
peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan
itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada
Yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.
90. Sesungguhnya
Allah menyuruh berlaku
adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan
melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta
kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya.
Toha : 112
112. dan sesiapa
Yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal Yang soleh, sedang ia beriman,
maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun
dari pahalaNya.
Al anbiya; 97
97. dan
hampirlah datangnya janji hari kiamat Yang benar, maka Dengan serta-merta
pandangan mata orang-orang Yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata Dengan
cemas): "Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya Kami telah tinggal Dalam keadaan Yang melalaikan Kami
daripada memikirkan perkara ini, bahkan Kami telah menjadi orang-orang
Yang menganiaya diri sendiri".
al haji (22) 46
46. oleh itu,
Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat
kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat
memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar?
(tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang
sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada.
Al Nur : 35
35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk
Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang
berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula
(jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan
minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang
bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya
(tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu -
Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia
tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah
sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah
mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan
Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Al Furqan : 44
44. atau Adakah Engkau menyangka Bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa
Yang Engkau sampaikan kepada mereka)? mereka hanyalah seperti binatang ternak,
bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
Al Qasas 46, 60, 71, 72
46. dan Engkau
juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan
memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari
Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya Engkau memberi amaran kepada kaum (mu)
Yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga
mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
!
60. dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) Yang diberikan
kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan
perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua Yang ada di sisi Allah (yang disediakan
untuk orang-orang Yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu
memahaminya?
ö
71. katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya
hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang
dapat membawakan cahaya Yang menerangi kepada kamu? maka mengapa kamu tidak
mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"
72. Katakanlah
lagi: Bagaimana fikiran
kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke
hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat
membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? maka mengapa kamu
tidak mahu melihat (dalil-dalil dan Bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
Al ankabut : 15
15. maka Dengan
itu Kami selamatkan Dia dan pengikut-pengikutnya Yang turut bersama Dalam
bahtera, dan Kami jadikan bahtera
itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf)
kepada sekalian makhluk.
Al Rum – 21,22,23,24, 28, 37,
Sajadah 26, 27
Al zumar (39) 9 , 15, 17,
18, 27, 49.
Ghafir(40) 58