Syukur, rezeki berganda! |
Kisah benar. Apa ertinya? Ia
bukan kisah benar seperti drama swasta yang entah benar, entahkan tidak.
Dakwaan semata-mata. Bagi yang bijak, mereka tidak mengatakan kisah benar, tetapi
‘berasaskan kisah benar.’ Maknanya
mungkin sahaja, yang benar itu sikit dan yang bohong itu banyak.
Kisah ingin ku nukilkan ini ialah
kisah sahih. Berfakta 100% tulen.
Riwayatnya bersanad. rangkaian periwayat diyakini kewibawaannya. Kisah ini diturun
dan dipindahkan dari seorang periwayat kepada periwayat lain, dari satu
generasi ke generasi hingga ia direkodkan dalam buku karangan manusia paling
sahih. Dalam sekian ramai periwayat-periwayat yang pelbagai sifat dan
latarbelakang, telah dibuktikan adanya rangkaian sanad yang sahih di mana
periwat-periwayatnya diterima dari generasi pertama hingga generasi terakhir
hingga ia kemudian direkodkan. Setiap periwayat ini dari setiap generasi telah
diketahui, dikaji dan/atau diterima reputasi agama dan akhlaknya.
Kisah ini adalah kisah dari
hadith sahih dinukil dari Sahih Bukhari.
Kisah Untung 2 kali- (Dah dapat ‘sedap’
dapat makan pulak!)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan :
(maksudnya) “Sedang kami duduk bersama Nabi s.a.w,
tiba-tiba datang seorang lelaki seraya berkata :“ Wahai Rasulullah!
Binasalah aku”.Baginda bertanya : “Apakah yang telah membinasakan kamu”?
Lelaki itu menjawab:“Aku telah mnyetubuhi isteriku dibulan Ramadhan
sedangkan aku berpuasa”.
Baginda bertanya: “Adakah
kamu memiliki hamba untuk di bebaskan”? Beliau menjawab: “Tidak”. Baginda
bertanya: “ Adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan bertuurut-turut”? Beliau
menjawab: “Tidak”. Baginda bertanya: “Adakah kamu mampu memberi makan
60 orang miskin”? Beliau menjawab: “Tidak”.
Sementara lelaki
itu duduk, Nabi s.a.w. berfikir sejenak, sedang kami berkeadaan demikian,
tiba-tiba baginda membawa keluar semanggar tamar seraya bertanya: “Mana dia
si penanya tadi”? lelaki itu menyahut: “Saya disini”. Lalu baginda
bersabda: “Nah! Ambil ini dan bersedekahlah kamu dengannya”.
Lelaki itu
menjawab: “Untuk siapa Wahai Rasulullah!”Sesungguhnya tida sesiapa lagi
di antara dua bukit Madinah) ini yang lebih miskin daripada kami sekeluarga.
(Mendengar kata-kata lelaki itu) Nabi s.a.w ketawa sehingga ternampak gigi.
Kemudian Baginda bersabda : “(Kalau begitu) Pergilah kamu beri makan kepada
ahli keluarga kamu”.
[Al-Bukhari,Mmuhd.Ibn
ismail, Sahih Ak-Bukhari,Dar Ibn Kathir,Al-Yamamah,Beirut, 1987, no: 1834dan
misim ibn Al-Hajjaj Sahih Muslim,Dar Ihya’ At-Turath Al-Arabiyy, Beirut, t.th, No:1111-
buku UKM ]
Pengajaran
Aku sendiri terkedu semasa
membaca kisah ini. Jangan salah faham. Bukan pada keterlanjuran yang dimaafkan
itu. Aku terkedu melihat bagaimana nabi s.a.w. bersikap bergitu lunak, lembut
dan bertimbangrasa. Bayangkanlah, sahabat itu boleh pula seolah-olah
menyarankan agar sedekah itu diberikan kepadanya. Benar, apa yang dia buat
tidaklah salah. Berkata benar. Memanglah dia orang miskin yang layak namun
kalau ambil kira sikap kita sebagai orang melayu ni. Sudahlah dapat keseronokan,
taklarat berpuasa begitu, malulah kita nak beri ‘idea’ agar sedekah itu dapat
kat kita.
Agaknya, kalau ada lelaki mengadu
sebegini kepada kita, macammana? Tidak di’balun’ sudah cukup bertuah. Itulah
bezanya kita dengan Rasulullah s.a.w.
Akhlak pemimpin dan pendakwah.
Hadith ini bersifat hadith hukum.
Hadith yang darinya dicerna dan dikeluarkan hukum-hakam. Oleh itu, perlulah
kita, orang awam atau ilmuan biasa, mendapatkan maklumat lengkap perbahasan
ulama mengenai hukum-hukum yang didapatkan dari hadith itu.
Pesanan.
Oleh itu, jangan ambil
kesempatan. Janganlah tersalahfaham dan jangan sekali tersalah aplikasi hadith
ini pada maksud literal yang kita baca. Justeru, jangan kita pula sengaja kita
melakukan ‘benda itu’ seperti dilakukan sahabat itu dan/atau mengambil
pendekatan penyelesaian atas keterlanjuran itu.
Praktikal Dakwah
Mesej dakwah boleh kita ambil
sebagai panduan. Contohi
perlakuan Perhatikanlah sketsa kehidupan
yang terkandung dalam hadith ini. Lihatlah betapa luhurnya budi pekerti seorang
Rasul melayan kerenah masyarakat. Alangkah mulianya akhlak Nabi s.a.w ketika
menyelesaikan permasalahan umatnya. Baginda tidak sekali-kali mengherdik orang
itu diatas keterlanjurannya, kerana kesanggupannya datang membuat pengakuan
membuktikan keinsafan dan keimanannya. Hanya orang yang beriman sahaja yang
sanggup membuat pengakuan sedemikian. Baginda sentiasa bersedia menyelesaikan
permasalahan umatnya meskipun terpaksa mengorbankan kepentingan dan keperluan
sendiri. Baginda sanggup mengorbankan segala harta untuk menebus dosa umatnya.
Lihatlah gelagat si miskin yang pada mulanya terlanjur melakukan
dosa, tetapi akhirnya mendapat habuan
makanan yang mengenyangkan seisi keluarga. Hadith ini bukan sahaja
memperincikan hukum dan jenis kaffarah (denda) bagi kesalahan berjimak di siang hari bulan
Ramadhan. Bahkan ia juga mendidik hati dan jiwa manusia supaya mempunyai rasa
belas kasihan terhadap sesama insan terutama golongan miskin. Jika pihak syarak
bersedia memaaf dan menggugurkan hukuman terhadap orang miskin, maka golongan
kaya juga seharusnya bersedia memaafkan mereka.
Hisham –ahmad.blogspot.com
salam,,,ble saya buat satu persoalan,,, kenapa wanita selalu dipersalahkan dgn ketiadaan daranya walhal lelaki senang2 sembunyikan kebinatangannya??
ReplyDelete