kecacatan yg mulia utk dibantu |
Alhamdulillah isinya sebuah majalah Islam ”Q & A” terbitan Galeri Ilmu. Tapi, mengapa pula dihantar kepada aku. Salah orang ni? , aku tak pernah order pun. Kalau belipun sekali-sekali. Bukan aku tak suka, maklumat dan ilmunya aku hargai, kalau aku ada peluang baca ’free’ tentu aku baca.
Cuma ikhlas bagi aku majalah-majalah islamik dipasaran agak mahal... ada itu hampir RM10.00. Terlalu cantik, terlalu bergrafik, terlalu berkualiti- bagus tapi kalau itu menjadikan harganya begitu... aku rasa aku tak dapat bersetuju. (Aku pernah menulis secara khusus berkaitan masalah ini dalam blog aku.)
Kembali kepada cerita asal. Aku pun mulai baca. Sehinggalah aku terbaca artikel dalam majalah itu bertajuk ”Riba Dosa Pelik”. Lah, ni artikel aku dari buku aku. ”Syurga lebih hampir tanpa Riba”. Aku juga pernah posting dalam tranungkite, FOC aje. Patutlah Galeri Ilmu bagi aku majalah ni. Tolong iklan buku aku sekali lah tu. Aku pun terus membaca sehingga ada terjumpa satu artikel yang penting untuk ku kongsikan bersama pembaca. Jawapan seorang pakar kewangan Islam bila ditanya tentang apa masalah yang wujud dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Dr Asmadi Mohamed Naim, UUM, beliau mengatakan bahawa peratusan elemen yg tidak patuh syariah melebihi had limit dibenarkan badan pengawasan syariah, SSM dan juga ada 2 lagi alasan lain. (Bermakna ia tidak diterima sebagai saham syariah di pasaran saham BSKL?).
Apabila diberitahu tentang adanya Fatwa (Kebangsaan) yang mengharuskan dan menghalalkan ASB , lalu pakar itu berkata:
(1) susah nak jawab kerana fatwa telah dikeluarkan.
(2) Fatwa terkemudian oleh majlis Fatwa Selangor mengharamkan ASB.
(3) Keputusan Fatwa Kebangsaan berserta saranan-saranan tertentu
(4) Setahunya, tiada perisytiharan lanjut dibuat PNB atas saranan –saranan itu.. kiranya ada, hebahkan lah.
(5) Jika benar sekalipun ASB adalah harus, mengikut fatwa itu, pelabur masih wajib membersihkan sebahagian Dividen kerana ia diperolehi daripada aktiviti haram... sedekah sebahagian dividen (tapi tak sebut peratusan).
Pandangan saya :
Wahai ummat Islam, seperti mana Allah memerintahkan kita menggunakan akal fikiran, maka jawablah persoalan saya ini:-
1. Agak-agaknya dari kata-kata pakar itu, adakah dia bersetuju dengan fatwa harus itu?
2. Sekiranya kita analisa sedikit mengunakan logik munasabah dari ayat-ayat pakar di atas tadi (yang berhati-hati) adakah sebenarnya ASB masih bermasalah di sisi Allah?
3. Sekiranya peratusan tertentu terpaksa dikeluarkan kerana untuk tujuan pembersihan, bermakna jumlah dividen tahun berkurangan bukankan bermakna lebih baik dan lebih selamat masukkan pada yang 100% patuh syariah seperti Tabung Haji?
Sama ada,
Benar atau tidak ASB telah bersih, suci atau sebenarnya masih kotor dan ternoda? - Tuan-puan putuskan lah sendiri atas dasar ilmu dan iman.
Bagi saya, saya yakin keputusan yang saya buat lama dahulu iaitu (meleburkan ASB saya) sebelum keluar keputusan fatwa yang menghalalkan dan mengharus ASB - adalah antara keputusan paling baik dan betul yang saya pernah buat dalam urusan kewangan saya.
Di bawah ini saya bawakan beberapa hujah ketidak setujuan yang tertulis dalam buku Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba – untuk artikel bicara lengkap -detail sila baca di blog saya.
(Hisham-ahmad.blogspot.com)
Bicara Fatwa ASB
Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Inilah keputusan terakhir dan terkini yang diketahui. ASB telah disahkan sebagai halal dan wang pendapatan daripadanya adalah halal.
Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.
ALASAN-ALASAN YANG MENGINGKARI HUJAH-HUJAH KEHARUSAN ASB DAN KEHALALANNYA.
Bagi yang tidak bersetuju hujah dan pandangan di atas, menyatakan bahawa sekalipun harta merupakan Daruriyah dan perlu diberi kedudukan istimewa dalam menentukan hukum tetapi sejauh mana takat keistimewaan itu sendiri? Apakah ia boleh melampaui batas-batas halal dan haram? Ramai memandang situasi Darurat seperti itu tidak wujud di negara ini. Masih ada banyak pintu rezeki yang jelas halalnya, dan masyarakat Islam tidak akan musnah walaupun tidak terlibat dalam aktiviti seperti itu.
Menurut
seorang ilmuan kewangan Islam yang tidak terlibat dengan majlis JKF
tersebut, orang ramai adalah harus menyertai ASB disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat.
Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama
juga seperti majlis penasihat syariah yang ada di institusi kewangan
Islam. (Mungkinkah pernyataannya seperti kurang bersetuju dengan
penemuan fatwa itu?)
Ilmuan itu
turut menyatakan bahawa hujah Maslahah amat boleh diperdebat dan
dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita
inginkan).
Daripada bergantung kepada
Maslahah yang mungkin dari kategori Maslahah yang tertolak (Mulghah)
kenapa tidak diubah sistem dan isinya kepada cara pelaburan Islam.
Betulkan cara akadnya, kedudukan penjamin ketiga, cara pembahagian
untung, nisbah pelaburan di tempat haram dan lain-lain. Bila nilai
peratusan tertentu katakanlah 30% berada dalam pelaburan yang jelas
haram seperti Riba maka sudah tentu ada kesannya pada keuntungan dividen
atau bonus pelabur.
Nabi bersabda yang ertinya
: Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram
jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram). Ia
juga suatu yang bertentangan dengan Maslahah utama dalam menghapuskan
industri Riba apabila nilai peratusan itu (katakan 30 %) menyokong
industri Riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut ertinya :
"Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan
untuk mendatangkan kebaikan”.
(1) | Benarkan tidak mencukupi kaunter halal atau syarikat pelaburan yang halal untuk dilabur oleh dana ASB di dalam atau luar negeri atau syarikat halal itu tidak mempunyai trek rekod keuntungan yang baik? |
(2) | Apakah pengecualian dan kelonggaran dalam bentuk Maslahah itu benar-benar wajar dan menepati syarat-syaratnya? Apakah benar ASB diperlukan untuk Maslahah umat Islam di Malaysia? Apakah benar-benar tiada alternatif lain? Adakah benar terlalu sukar untuk membuang unsur Riba dan haram daripada ASB? |
(3) | Adakah terpakai alasan Maslahah bagi individu pula? Adakah wujud seseorang itu memerlukan ASB atas alasan hajat/hajiah? Adakah ia suatu Maslahah bagi seseorang individu Islam di Malaysia untuk melabur ASB sedangkan dia mempunyai banyak pilihan kaunter pelaburan halal? Adalah diketahui terdapat mereka yang telah membebaskan diri daripada ASB ini, bagaimana pula ia menjadi suatu keperluan atau Maslahah kepada seseorang yang lain? |
(4) | Dalam pada itu, tindakan mendapatkan pinjaman (Riba) dari bank konvensional untuk tujuan pelaburan ASB adalah masih disepakati
sebagai haram oleh Majlis JKF Kebangsaan dan semua mufti-mufti
Malaysia. Tidak diketahui berapa ramai orang Islam yang mendapatkan
pinjaman konvensional untuk pelaburan ASB dan berapa jumlah wang yang
terlibat tetapi ia adalah suatu yang benar-benar wujud. Seseorang
kakitangan muslim yang pernah dikenali mesra daripada sebuah perbankan
(konvensional) di Malaysia begitu aktif mempromosikan skim pinjaman bagi
tujuan pelaburan ASB dengan antara katanya yang diingati ”inilah
pelaburan terbaik dan paling selamat untuk menolong orang melayu... tapi
orang melayu tak banyak duit.... perlu dibantu dengan pinjaman ASB
..... wang dividen ASB boleh menampung bayaran bulanan pinjaman
itu”. |
(5) | Walaupun
ASB dihukumkan harus dan halal kerana antaranya atas dasar Maslahah
atau sebab lain walaupun mengandungi elemen Riba, adakah ia merujuk
hanya kepada wang pelaburan yang telah sedia ada? Bagaimana pula
kedudukan & keinginan pelabur baru untuk melabur dan pelabur sedia
ada yang ingin menambah pelaburan? |
(7) | Teori-teori itu kelihatannya saling sokong menyokong dengan tujuan membenarkan, bahkan meluaskan ruang untuk membenarkan apa yang pada asalnya dilarang. |
(8) | Seseorang mukalaf dihukum oleh Allah berdasarkan pilihannya sendiri kerana sama ada berbuat baik atau jahat, tidak kira teori apa yang dia bergantung harap, jika pada Allah ia tidak betul, dia juga sendiri yang akan menanggung bagi pihak dirinya? |
(9) | Sebenarnya banyak kemusykilan timbul daripada fatwa menghukumkan harus tapi tidak diperjelaskan atau (jika ada) tak pula didedahkan penjelasannya. Mari kita lihat semula fatwanya. (i) Hukum melabur dalam Skim ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. (ii) umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. |
(10) | (i)
Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja umat Islam tidak kira kaya, miskin,
memerlukan atau tidak memerlukan; boleh melabur dalam skim ASB. Tidak
terhad kepada pelabur sedia ada atau pelabur baru. Sesiapa sahaja boleh
melabur dan menambah pelaburan. Seisi keluarga boleh menyertainya.
Adakah begini maksudnya? Jika begitulah maksudnya, Ia seperti melampaui
tujuan dan objektif penggunaan alasan-alasan yang membenarkannya
(Darurat dan sebagainya). (ii) Kesan implikasi daripada hukum halal dan
harus ini, pemasaran ASB akan menjadi lebih rancak dan bersemangat
kerana tiada lagi halangan syarak, usaha untuk memikat pelabur-pelabur
baru (umat Islam) pasti akan ditingkat dan digiatkan lagi. Seolah-olah
natijahnya lesen (halal) Darurat digunakan untuk mengembang biak
aktiviti-transaksi Riba. |
(11) | Kekeliruan : (i) Apakah kaitan dan kepentingan Maslahah kepada ekonomi Islam atau ekonomi umat Islam, sekiranya seseorang yang stabil ekonomi peribadinya dan dulu meragui kehalalan ASB, kini meyakini kehalalannya dan merancang untuk menyertai skim pelaburan ASB? Adakah kebenaran fatwa itu menambahkan (memburukkan) atau mengurangkan situasi Darurat kepada ekonomi umat Islam? Adakah ia juga akan menyebabkan pertambahan bilangan umat Islam yang berhajat secara kelompok sedangkan dia tidak berhajat pada agama untuk melindungi harta atau kerana kemiskinan? (ii)Bagaimanakah kedudukan seseorang yang stabil kewangan peribadi, tetapi mahu menyertai skim ASB sekadar hendak mendapat untung dan dividen yang baik sedangkan tiada hajat pada agama (untuk melepaskan kesukaran atau memenuhi keperluan). (iii) Fatwa ini kelihatannya memberi kebebasan mutlak kepada semua umat Islam menyertai skim pelaburan ASB, sedangkan semasa kita mencari alasan-alasan syarak untuk mengharuskannya, kita menemui istilah-istilah pengecualian (Maslahah, Darurat, Hajiat) ini. Bukankah istilah-istilah pengecualian ini mempunyai syarat dan had-had batasannya. Tetapi bila kita membenarkan, kita tidak pula menyangkutkan kepada apa-apa syarat dan had batasan yang merupakan sebahagian daripada diri istilah-istilah (teori-teori) pengecualian itu. (iv) Adakah pinjaman Riba dibenarkan untuk menyertai skim ini memandangkan skim ini memang ada sebahagian wangnya berunsur Riba? Adakah pembiayaan mana-mana bank Islam dibenarkan untuk membeli sijil aset pelaburan skim ini memandangkan ia kini telah halal? Sudikah kini BIMB dan bank Muamalat menyertainya? Menyediakan pembiayaan untuknya? Bagaimana kedudukannya pada pihak Suruhanjaya Sekuriti, diiktiraf sebagai lulus syariah? Rasanya tak, tak tahulah sekarang. (v) Adalah mungkin sepatutnya fatwa yang mengharuskan dan menghalalkan ASB itu meletakkan beberapa syarat seperti berikut :- (1) Selagi mana terdapat Riba, pelaburan ini terhad hanya kepada pelaburan yang sedia ada, tidak boleh ditambah wang pelaburan. (2) Individu Islam tidak boleh melabur sebagai pelabur baru, melainkan individu itu yakin dia memang berhajat untuk memenuhi keperluan dirinya. Ini pun pelik, sebab sekiranya seseorang itu mempunyai RM1,000-00 atau RM10,000-00 dalam pelaburan ASB nya, bagaimana pula dia dianggap terpaksa untuk memenuhi hajat atau keperluan bagi menambah pelaburannya demi untuk mendapat lebih sedikit pulangan dividen sedangkan dalam masa yang sama ada skim pelaburan atau simpanan halal seperti Tabung Haji dan lain-lain. |
|
Apabila melihat kepada sesuatu keputusan oleh pihak berkuasa agama seperti mufti dan apabila terdapat perbezaan pandangan antara beberapa mufti, sarjana syariah atau ilmuan kewangan Islam, orang awam mengalami kekeliruan terhadap beberapa perkara.
(1) | Apakah sebenarnya kedudukan dan kepentingan sesuatu JKF pada hukum syarak yakni di sisi Allah? Maksudnya dari sudut kesan hukum dan pandangan yang dibuat? |
(2) | Sekiranya diterima suatu JKF sebagai badan authoriti yang sah yang dilantik bagi sesuatu negara, apakah perbezaan dari sudut kekuatan dan keterpakaian pandangan mereka berbanding pandangan sarjana bebas maksudnya pada hukum yakni di sisi Allah? |
(3) | Sekiranya ASB diputuskan oleh JKF sebagai halal dan wang daripadanya boleh digunakan untuk zakat, adakah di sisi Allah ianya juga halal dan sah? |
(4) | Sekiranya ia tidak diketahui, samada di sisi Allah dikira sah dan halal, bermakna ia mungkin tidak halal dan sah? |
(5) | Sekiranya ia sebenarnya di sisi Allah tidak sah dan halal? Maka apa kesudahan kepada mufti dan orang awam yang percaya dan bergantung kepada fatwa mufti negara? Adakah orang awam itu dikira kembali berdosa? |
(6) | Adakah kiranya apabila mufti khilaf dalam ijtihad, beliau masih tidak berdosa dan dianggap masih mendapat 1 pahala kurang-kurangnya? Demikian itu juga, maka adakah orang awam yang bergantung dengannya dikira tidak berdosa? (Sekiranya mufti benar-benar ikhlas dalam memberi fatwa tetapi tersilap di sisi Allah). |
(7) | Jika seseorang yang diberikuasa membuat fatwa telah membuat fatwa dengan mengikut kepentingan diri atau pihak ketiga, maka dengan itu dia dikira berdosa disisi Allah, maka adakah orang awam yang jujur ikhlas bergantung padanya juga dikira berdosa? |
(8) | Sekiranya hukum dosa itu dikira/kembali semula, maka begitu jugakah kembalinya kesan (dosa) makan harta haram atau kesan Riba (yang berada dalam perutnya, perut anak-anaknya)? Kesan kedudukan haji dan umrahnya? Zakat dan sedekahnya? |
(9) | Terdapat juga situasi di mana fatwa atau pandangan hukum dikeluarkan oleh mufti atau ahli agama, di mana dalam memberi jawapan dan fatwa, mereka menyatakan akan adanya dua pilihan iaitu (1) pilihan Darurat (2) pilihan ketakwaan? Jika seseorang muslim itu hendak menjaga (lebih) ketakwaan dan berjaga-jaga (untuk lebih selamat) maka disaran jangan libatkan diri walaupun ada kelonggaran seperti Darurat, Maslahah dan sebagainya. Ini dikatakan untuk mengelakkan dari mengambil risiko terlibat atau termakan sesuatu yang haram atau syubhah. Apa maksudnya di sisi Allah? Kalau difahami, adakah maknanya memilih pilihan yang bersandarkan alasan Darurah atau Maslahah merupakan pilihan berisiko di sisi Allah? |
(11) Menyedia jawapan-jawapan yang baik kepada soalan-soalan jangkaan yang timbul atas suatu fatwa atau pandangan agama yang dikeluarkan khususnya fatwa-fatwa ’panas’ dan kontroversi adalah suatu kerja tidak mudah dan mungkin bersifat fiqh andaian (yang tidak digemari oleh Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hambal tapi diterima di sisi Imam Abu Hanifah) tetapi di era kontemporari dengan letusan maklumat tidak bersempadan, ia amat mustahak untuk memberi kefahaman yang baik kepada masyarakat awam yang kini sudah terlalu terdedah kepada pelbagai maklumat, bersifat suka bertanya dan mahu melihat hujah dan authoriti disebalik keputusan atau fatwa itu.
(12) Salah satu tujuan isu ASB dikemukakan dan dibicarakan ialah untuk kita melihat bagaimana suatu produk atau transaksi yang pada asalnya bersifat haram atau mengandungi elemen haram dan kadangkala haramnya sesuatu itu kerana mengandungi Riba yang dosanya sangat besar, namun masih diharuskan atau dihalalkan kerana diberi pengecualian dan kelonggaran (dari hukum asal iaitu dosa dan haram) atas wujudnya alasan dan sebab Maslahah, Darurat, Hajiyat dan/atau sebagainya.Persoalan seterusnya yang lebih penting setakat mana alasan-alasan kepada pengecualian itu akan digunapakai? Setakat mana keluasan tafsirannya? Kita telah saksikan....
Hisham-ahmad.blogspot.com
Penulis buku: Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba
"The E-cigarettes smok vape suppress addiction to a certain extent smok vape
ReplyDeleteand Atomizer vape Smok Nord 2 accessories,as a vape shop,sell all vape tank product near ,check it out"