Social Icons

Pages

Wednesday, September 11, 2013

Identiti Manusia Gila Kerasukan Syaitan Didedahkan ! Full article


Ini bukan pernyataan main-main tetapi benar, sesungguhnya benar. Kebenarannya adalah beyond doubt atau without any doubt.Kenapa? Sebab penyataan ini bukan datang dari manusia tetapi dari kitab suci, al-Quran.

Persoalannya siapakah orang gila itu? Adakah anda tahu siapakah dia orang gila kerasukan syaitan di dunia ini? Jawabnya ramai, sangat ramai. Antaranya seperti Fatah al-sisi, Basyar Asad dan anda senaraikanlah sendiri. Namun ini bukanlah maksud saya sebenarnya, identiti orang gila kerasukan syaitan di dunia,  mudah diketahui dan boleh dikenalpasti kita semua. 

Persoalan penting yang perlu kita ketahui ialah siapakah dia orang gila kerasukan syaitan di alam selepas berakhirnya alam-dunia ini? Selepas kehancuran alam fana ini? Bukan itu yang lebih penting dan relevan.
    
Inilah dia identiti golongan manusia yang diumpamakan orang gila kerasukan syaitan dan mengapa terjadi sebegitu ngeri!  

Allah Subhanahu wa Taa’la telah berfirman dalam surah al-Baqarah (2): 275, 278 dan 279:- 

“275. orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang gila yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. .. ” 

”278.  Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. 

279.  Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu....” 

Ayat Quran di atas adalah pengendosan secara mutlak mengenai pengharaman Riba secara total sama ada sedikit atau pun banyak dan dalam apa bentuk (transaksi) sekalipun. 2 gambaran di atas iaitu dibangkitkan dan berdiri dalam keadaan dirasuk syaitan dan suatu peperangan dengan Allah dan Rasul-Nya mengesahkan dosa Riba ini sebagai Dosa Besar dan natijah buruk yang akan dihadapi oleh pengamal Riba. 

Selain daripada ayat-ayat Quran di atas, terdapat banyak hadis yang membincangkan tentang keberdosaan besar perlakuan Riba dengan gambaran yang dasyat dan hina seperti antaranya Nabi s.a.w. bersabda yang ertinya :  "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" dan

"Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan Riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) "  

Mengapa Kekaitan Ini.  
Hanyasanya setelah memahami status Dosa Riba ini seperti dihuraikan di atas, barulah kita dapat memahami dan menghayati  maksud kiasan atau amthal yang terkandung pada ayat 275 atas perumpamaan
orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang gila yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu”.  
Inilah Huraian Gambaran Keadaan Penanggung Dosa Riba:-  
 
1. Manusia pengamal Riba yang kini penanggung Dosa Riba ini tidak akan dapat berdiri bangun dari kubur mereka, melainkan seperti berdirinya orang gila yang telah dirasuk syaitan dan direbahkannya. Kelak dihari qiamat Allah Subhanahu wa Taa’la membangkitkan manusia dari kubur masing-masing, semua manusia akan keluar dengan cepat, kecuali manusia pengamal Riba, maka mereka itu bangun lalu jatuh dan juga seperti orang mabuk terhuyung hayang.
 
2. Allah Subhanahu wa Taa’la telah memberatkan perut mereka, sehingga jadi berat pula tubuh mereka nanti dihari qiamat. Setiap kali dia bangun, terjatuh semula, dia cuba bergegas –bersegera bersama orang lain tetapi tidak mampu berbuat demikian.
3. Dikatakan juga bahawa keadaan gila kerana kerasukan itu adalah satu tanda orang yang makan Riba agar dikenali oleh semua manusia lain semasa berdiri saat pengadilan Allah Subhanahu wa Taa’la.  
4. Begitu hina sekali penanggung Dosa Riba diperlakukan Tuhan pada masa dibangkitkan/dihidupkan semula. Identiti dan keadaan mereka sengaja diserlahkan secara begitu hodoh supaya semua manusia mengenalinya. Sangat memalukan. 
5. Pengajaran:- Layanan sebegini buruk telah diterima sedangkan proses bicara belum bermula. Lantas apakah kesudahan nasib manusia ini jika tidak ke neraka.  Sanggupkan kita menerima nasib seperti mereka. Tentu sekali tidak! Keluar dan tinggal Riba sebelum terlambat!     
6.
Kesimpulan:- Ini adalah suatu gambaran, kiasan dan perumpamaan yang didatangkan oleh Allah Azza Wa Jalla di dalam al-Quran untuk mengemukakan suatu makna dan maksud itu secara lebih jelas dan dalam pengertiannya. Perumpamaan, kiasan dan gambaran dibuat dengan mempotraitkan suatu imej buruk dan kedudukan hina yang akan ditanggung oleh pengamal Riba atau penanggung Dosa Riba sebaik sahaja mereka dibangkitkan dan sebagai petanda kepada hukuman yang lebih berat yang akan dihadapinya (Neraka Allah)
.     
SYAITAN. 
 
(‘To Know is Not to love …but to hate’) 

Allah Subhanahu wa Taa’la berfirman dalam surah al-Baqarah (2) 208:-  

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” 

Ayat di atas mengesahkan status Syaitan sebagai musuh Manusia. Musuh yang berkekalan. Musuh No. 1. Tiada kemungkinan langsung makhluk ini  akan suatu masa menjadi sahabat kita.   Syaitan adalah ibarat atau kiasan yang diguna oleh Al Quran dalam menggambarkan keadaan penanggung Dosa Riba atau sebagai punca kepada gambaran keadaan manusia penanggung Dosa Riba.  

Persoalannya, walaupun syaitan telah lama kita kenali tetapi setakat mana kita benar-benar mengetahui mengenainya? Bukahkah mustahab kita mengetahui segalanya mengenai musuh kita demi memudahkan kita mencari kelemahan dan menumpaskannya.     
Ingat, Syaitan adalah punca asal yang menggoda manusia di dunia untuk terlibat dengan Riba, menjadikan manusia penanggung Dosa Riba itu dalam keadaan gila dan merana seperti kerasukan Syaitan itu sendiri.   

CIRI-CIRI DAN SIFAT SYAITAN

Syaitan, Iblis dan Jin. Golongan Makhluk Yang Sama.

Dalam suatu hadith, nabi bersabda yang beerti: “Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian”.  Bagaimanapun dalam ayat 27 surah al-Hijr, disebut bahawa ia dicipta dari (نار السموم) “angin api yang amat panas”. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan memperinci antara satu sama lain bahawa bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.

Syaitan adalah dari jenis makhluk jin sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin. [al-Kahf 18:50]

Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin: Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan. Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut, setelah iblis enggan sujud kepada Adam:

Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. [al-Isra’ 17:63-64]

Kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan iblis – ia tidak termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: “Apakah penghalang yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam. Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:11-12]
Kesimpulan Penting :- Oleh itu iblis dan syaitan adalah dari jenis jin dan bukannya malaikat.
Sifat & Ciri-ciri Syaitan

Sifat dan Ciri-ciri Syaitan adalah banyak antaranya:- 

(1)
Syaitan memiliki kepala [al-Saffat 37:63-65].

(2)
Syaitan memiliki dua tanduk. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang beerti “Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari (selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan”.

(3)
Syaitan memiliki hati, mata dan telinga. [al-A’raaf 7:179]

(4)
Syaitan juga memiliki suara dan boleh bercakap-cakap, membantah, menyoal, membisik dan menghasut dengannya. Semua ini dapat kita ketahui melalui dialog iblis dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.  [al-A’raaf 17:61-64]

(5)
Syaitan memiliki akal. Berdasarkan bantahan syaitan kepada Allah, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah, seperti kata-katanya: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?” “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?”

(6)
Syaitan memiliki tangan dan jari. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.
(7)
Syaitan makan dan minum. Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya”

(8)
Syaitan juga membuang air kecil, khasnya kepada orang yang tidur lena sepanjang malam sehingga matahari naik. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya berkenaan orang yang tidur sepanjang malam hingga pagi hari. Baginda menjawab: Itu adalah orang yang syaitan kencing dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya.

(9)
Syaitan memiliki keturunan.[al-Kahf 18:50]

(10)
Syaitan mempunyai saudara dari kalangan manusia. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan. [al-Isra’ 17:27]

(11)
Syaitan dapat bergerak pantas. Makhluk jin dapat bergerak pantas, sekali pun dengan membawa beban yang amat besar lagi berat. Ini dapat kita ketahui dari sejarah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:  [al-Naml 27:38-39]

(12)
Syaitan dapat bergerak dalam badan manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
 “Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam (manusia) seperti aliran darah”.  
(13)
Syaitan dapat mempengaruhi manusia. Pernah berlaku, ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang beriktikaf di masjid dan isterinya Shafiyyah radhiallahu 'anha datang menziarahi baginda. Kemudian apabila Shafiyyah ingin pulang, Rasulullah mengiringinya hingga ke pintu masjid. Pada saat itu, dua orang sahabat dari kalangan Ansar radhiallahu 'anhuma berlalu dan nampak Rasulullah bersama seorang wanita. Mereka berdua tidak tahu siapakah wanita tersebut kerana para isteri Rasulullah memakai tudung yang juga menutupi muka.

Untuk mengelakkan salah faham, Rasulullah memanggil dua lelaki tersebut dan menerangkan bahawa wanita yang bersamanya ialah Shafiyyah, isteri baginda. Kedua-dua lelaki itu menjawab: “Subhanallah!”, seolah-olah bermaksud: “Maha Suci Allah, tidaklah kami sekali-kali akan berburuk sangka kepadamu wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullah membalas:

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang aneh atau berlainan dari kebiasaan, hendaklah dia serta merta menjelaskan perbuatannya itu kepada orang-orang di sekeli-lingnya bagi mengelak syaitan mempengaruhi orang-orang tersebut dengan sesuatu sangkaan yang buruk.
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتأَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا (أَوْ
قَالَ) شَيْئًا.

“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah. Aku bimbang ia melemparkan keburukan atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua. Rasulullah membalas dengan menerangkan ciri-ciri syaitan yang mampu bergerak dalam badan manusia dan mempengaruhi hati manusia untuk berburuk sangka. Kedua-dua sahabat tersebut pada awalnya tidak berprasangka apa-apa terhadap Rasulullah. Akan tetapi mungkin sahaja syaitan menyelinap masuk dalam tubuh mereka beberapa saat kemudian sambil membisikkan sesuatu yang buruk, konon Rasulullah berdua-duaan dengan wanita yang tidak halal bagi baginda. Maka sebelum syaitan dapat memasuki dan mempengaruhi dengan sesuatu yang buruk, Rasulullah menerangkan bahawa wanita tersebut ialah Shafiyyah, isteri baginda sendiri.
 
(14)
Syaitan mempengaruhi pemikiran manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ حَتَّى يَقُولَ مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ.

Syaitan mendatangi seseorang kalian dan bertanya: “Siapakah yang mencipta itu? Siapakah yang mencipta ini?” sehinggalah ia bertanya: “Siapakah yang mencipta tuhan kamu?” Maka jika ia bertanya soalan itu, mintalah perlindungan dari Allah dan sudahilah (dari melayani fikiran atau pertanyaan sedemikian). 
 
(15)
Syaitan mampu berbisik kepada manusia sebagaimana ia mampu berbisik kepada Adam:

Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” [Ta-Ha 20:120]
 
(16)
Syaitan mempengaruhi imaginasi manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ  فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ.

Sesungguhnya seorang wanita tampil dalam gambaran syaitan dan membelakangi dalam gambaran syaitan. Maka jika seseorang kalian melihat wanita (yang dia tertarik dengannya), maka kembalilah kepada isterinya kerana itu akan menolak (lintasan jahat) dalam dirinya.

(17)
Syaitan mempengaruhi manusia dengan kesakitan. Penyakit adalah sesuatu yang lazim dialami oleh manusia. Akan tetapi syaitan turut serta dengan sesuatu penyakit dengan menambah pengaruh kesakitan, kepayahan, kesengsaraan  dan keluhan yang dialami: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya (ketika menghadapi penyakitnya) dengan berkata:
“Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan siksaan.” [Shad 38:41]

(18)
Syaitan mempengaruhi manusia untuk berbuat jahat. Syaitan mampu mempengaruhi seseorang atau menghasutnya untuk berbuat jahat. Antara kejahatan tersebut ialah mengganggu orang yang sedang solat dengan cara sengaja melintas di hadapannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ  َلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ.

Apabila seseorang kalian solat dengan menghadap sesuatu (yang diletakkan) sebagai penghadang dari (lalu lintas) orang lain, lalu ada orang yang hendak melintas di antaranya dan penghadang itu, maka tahanlah dia. Jika dia enggan (dan tetap berkeras untuk melintas) maka tahanlah dia dengan lebih tegas kerana dia tidak lain ialah syaitan.[34]

Dalam hadis di atas, yang akan melintas di hadapan orang yang sedang solat bukanlah syaitan tetapi orang yang dipengaruhi atau dihasut oleh syaitan. Ini kerana dalam sebuah riwayat lain, hadis di atas diakhiri dengan lafaz “…kerana sesungguhnya syaitan bersama dia.”  Inilah juga yang dimaksudkan sebagai “syaitan-syaitan manusia” dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. [al-An’aam 6:112]

KERASUKAN SYAITAN KE ATAS MANUSIA

Kita telah mengetahui kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal.

Namun adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria seperti yang diperjelaskan dalam surah [al-Baqarah 2:275].

 Kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
 Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.

 Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?

 Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.

 Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.

Dalil yang terdapat dalam hadith.

1.
Dari Matar bin Abdur Rahman Al-A’naq berkata : Telah bercerita kepadaku Ummu Abban binti Al-Wazi’ bin Zari’ bin Amir Al-Abdi dari bapanya bahawa datuknya Az-Zari’ pergi menemui Rasulullah s.a.w dengan membawa anaknya atau anak saudara perempuannya yang sedang gila, datukku berkata : “Ketika kami pergi menemui Rasulullah s.a.w di Madinah, aku berkata kepadanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku membawa anakku atau anak saudara perempuanku yang sedang gila, tujuanku membawanya kepadamu supaya engkau dapat mendoakannya kepada Allah s.w.t”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : “Bawalah anak itu kemari.” Kemudian aku pergi mengambilnya di kenderaanku, lalu aku menggantikannya dengan dua pakaian yang baik dan aku pegang tangannya hingga aku bawa menghadap Rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “Dekatkan anak itu kepadaku kemudian hadaplah punggungnya.” Datukku berkata : “Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil kainnya yang tersimpul dari atas dan bawahnya lalu baginda memukul punggung anak itu sehingga aku melihat putih kedua ketiaknya sambil berkata : “Keluarlah wahai musuh Allah , keluarlah wahai musuh Allah.” Kemudian kedua mata anakku itu melihat dengan pandangan yang sihat tidak seperti sebelumnya, Lalu Rasulullah s.a.w mendudukkan anak itu di hadapannya serta berdoa untuknya kemudian mengusap mukanya. Setelah doa dibacakan oleh Rasulullah s.a.w ini, tidak ada seorang pun di antara rombongan yang lebih baik dari anak itu.

2.
Ata’ bin Abi Rabbah berkata : “Telah berkata kepadaku Ibnu Abbas : “Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?” Saya menjawab : “Ya” Maka Ibn Abbas berkata : “Wanita hitam ini datang kepada Rasulullah s.a.w serta berkata : “Sesungguhnya aku diserang penyakit gila sehingga terbuka pakaian, maka doakanlah untukku.” Rasulullah s.a.w bersabda : “Jika engkau suka bersabarlah, maka bagimu syurga, dan jika engkau suka pula, maka aku akan berdoa semoga Allah menyihatkanmu.” Wanita itu berkata : “Aku akan tetap bersabar, akan tetapi doakanlah kepada Allah supaya pakaianku tidak terbuka.” Lalu Rasulullah s.a.w mendokan untuk wanita itu”.
Wanita tersebut bernama Ummu Zufar, sedangkan penyakit yang dialami oleh wanita tersebut adalah penyakit gila kerana kerasukan jin.

Dalam riwayat yang lain diterangkan bahawa wanita berkulit hitam itu berkata: “Aku takut kalau-kalau penjahat itu akan menelanjangiku.” Sedangkan yang dimaksudkan dengan penjahat oleh wanita itu adalah syaitan (jin).

3.
Ibnu Mas’ud r.a berkata : “Bila Rasulullah s.a.w akan memulai solatnya, maka Rasulullah s.a.w membaca :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أّعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّيْطَانِ الَّرجِيْمِ وَهَمَزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفَثِهِ
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan yang terkutuk, dari penyakit gila yang ditimbulkannya, dari muslihatnya dan dari sya’irnya”

Abdul Karim Naufan berkata : “Hadis ini menunjukkan adanya penyakit gila yang ditimbulkan oleh jin kepada diri manusia, kerana dalam doa tersebit Rasulullah s.a.w berlindung dari al-hamaz, sedangkan ertinya ialah penyakit gila yang menimpa diri seseorang atau kerasukan jin”.

Dari Safiyah binti Huyai r.a berkata : bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِيْ مِنْ ابْنِ ﺁدَمَ مَجْرَىْ الدَّمِ
Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada tubuh anak Adam seperti aliran darah.”

4.
Dari Usman bin Abil r.a : “Ketika aku ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w ke Thaif, pada waktu aku diganggu oleh sesuatu dalam solatku sehingga aku tidak tahu entah solat apa yang sedang aku kerjakan, lalu aku pergi menemui Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w bersabda : “Apa yang terjadi wahai Usman?” Maka aku menjawab : “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah diganggu oleh sesuatu dalam solatku, sehingga aku tidak tahu entah solat apa yang aku kerjakan itu”. Rasulullah s.a.w bersabda : “Itu adalah gangguan syaitan, oleh kerana itu mendekatlah kepadaku”. Maka aku pun mendekatkan diri kepada Rasulullah dan aku duduk di atas kedua kakiku. Lalu Rasulullah s.a.w memukul dadaku dengan tangannya dan meludahi mulutku sambil bersabda : “Keluarlah wahai musuh Allah”. Rasulullah s.a.w berbuat demikian sampai tiga kali, selepas itu baginda bersabda : “Teruskanlah pekerjaanmu”. Usman berkata : “Demi Allah, selepas itu aku tidak pernah diganggu lagi”.


Dalil yang berdasarkan kepada akal.

1.  





2


3
 
Muhammad Al-Hamid berkata: Jika jin bertubuh halus, maka menurut akal mahu pun agama, tidaklah mustahil bahawa ia akan dapat masuk ke dalam tubuh manusia, kerana yang halus akan dapat masuk ke dalam yang tebal, seperti udara dapat masuk ke dalam tubuh kita, atau api dapat masuk ke dalam bara, atau elektrik dapat mengalir di dalam wayar, bahkan seperti air di dalam tanah, debu dan pakaian, padahal ianya tidak sehalus udara dan elektrik.

Sikap bagi orang yang menerima kebenaran ialah menerima dalil-dalil yang memberitahu bahawa jin dapat memasuki ke dalam tubuh manusia. Kenyataannya telah banyak kita saksikan sehingga kita tidak dapat untuk menolaknya. Di dalam hal ini, kita dituntut untuk mengimaninya supaya kita selamat di akhirat kelak.

Al-Qadhi Abdul Jabar Al-Hamazani berkata : “Jika benar hasil dari kesimpulan kami bahawa jin itu adalah makhluk yang bertubuh halus seperti udara, maka tidaklah mustahil makhluk ini akan dapat masuk ke dalam jasad manusia sebagaimana halnya udara dapat keluar masuk ke dalam tubuh manusia”.

Pendapat-pendapat dari Para Ulama’.

1.
Telah dikemukakan pendapat-pendapat dari para ahli tafsir seperti At-Tabari., Al-Qurtubi, Ibnu Kasir dan Al-Alusi Al-Asy’ari iaitu salah seorang tokoh daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia berdasarkan kepada ayat al-Quran daripada surah Al-Baqarah ayat 275.

2.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata : “Kedudukan jin telah dijelaskan oleh al-Quran, As-Sunnah dan kesepakatan para ulama’ Salaf dari umat ini. Begitu juga dapat masuknya jin ke dalam tubuh manusia telah disepakati oleh para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia adalah merupakan perkara yang dapat disaksikan dan dirasakan.

3.
Ibn Qayyim berkata : Kerasukan itu ada dua, (1) Kerasukan kerana roh-roh jahat dan rendah (
2) Kerasukan kerana perangai-perangai jahat.

4
.            



5.    





 6. 
Ibnu Hajar berpendapat, yang dimaksudkan dengan kerasukan jin itu ialah penyakit yang menghalangi organ atau bahagian badan yang utama dari tubuh manusia dalam proses hubungannya antara satu sama lain secara sempurna. Di antara penyebabnya adalah adanya udara berat yang tertahan dalam saluran otak atau udara kotor yang naik ke kepalanya dari sebahagian organ atau bahagian yang utama dari tubuh.

Keadaan ini kadang-kadang disertai dengan tersumbatnya bahagian yang utama dari tubuh sehingga mengakibatkan orang yang berkenaan terhuyung-hayang bahkan jatuh serta mengeluarkan buih kerana banyaknya zat kelembapan. Kerasukan ini adalah gangguan daripada jin, dan hal ini tidak akan dapat terjadi kecuali kepada mereka yang mempunyai kekotoran jiwa, ataupun mungkin kerana memang sengaja jin itu ingin mengganggu manusia.
Imam Al-Qurtubi berkata : “Ayat tersebut merupakan dalil dan alasan yang sangat kuat bagi orang yang mengingkari akan kerasukan jin dan mengatakan bahawa perkara tersebut merupakan pengaruh tabiat atau alasan yang lain bahawa syaitan atau jin tidak dapat masuk pada diri manusia dan tidak akan mengganggunya hingga menjadi gila.”
Al-Hafiz Ibn Kathir berkata : “Orang-orang yang memakan riba, mereka itu tidak akan dapat berdiri kecuali seperti orang-orang yang kerasukan syaitan, iaitu berdirinya tidak normal.”
Pendapat dari Doktor Perubatan 

1



 2
Seorang ilmuan yang berasal dari Amerika bernama Carrington berkata: “Jelas, bahawa kerasukan (syaitan atau jin) setidak-tidaknya merupakan kenyataan yang tidak dapat untuk diabaikan oleh ilmu pengetahuan selama adanya hakikat yang mengagumkan yang mendukungnya.

Dr. James Haislon berkata : ‘Kerasukan jin adalah pengaruh luar biasa yang dilakukan oleh makhluk luar yang mempunyai kesan pada akal dan pada jasad seseorang. Kita tidak dapat mengingkari kemungkinan terjadinya kerasukan makhluk halus.

Dr. Ahmad Sabahi ‘Ihwadhullah berkata : “Kerasukan adalah hasil dari perbuatan roh-roh jahat dan rendah. Untuk menyembuhkannya adalah dengan mengadakan perlawanan melalui roh-roh mulia, baik dan mempunyai nilai yang tinggi, sehingga dengan demikian akan dapat menolak pengaruh dan menentang perbuatannya. Perkara ini dapat dilakukan oleh orang-orang yang soleh.

Kerasukan Syaitan, Hantu Atau Jin.
Fenomena Paranormal Yang Diterima Semua Bangsa  Manusia

 1





2





3






Kerasukan ke atas diri manusia sama ada oleh syaitan, iblis, jin, hantu atau atas apa jua istilah dan terminologi yang digunapakai bagi merujuk kepada suatu kuasa jahat yang halus adalah diterima kewujudannya oleh keseluruhan atau hampir keseluruhan masyarakat dari pelbagai bangsa dan kaum di dunia ini. 

Sebab itu cerita dan kisah hantu atau kerasukan hantu boleh dilihat dalam filem Melayu, Jepun, Korea, India, Cina, Afrika dan lain-lain dan tiada diketahui adanya bangsa atau kaum yang tidak mempercayainya. 

Hatta, masyarakat barat yang kononnya dikatakan maju dari sudut teknologi dan pemikiran sama ada di Amerika, British, Perancis dan lainnya turut mengakui kewujudan kuasa jahat halus yang boleh menganggu dan merasuk manusia dengan istilah seperti the demon, the devil, witchcraft, exorcism dan sebagainya. Sebagai contoh dalam bahasa inggeris, perkataan Poltergeist begitu sinonim dengan kerasukan syaitan/hantu. “A Poltergeist (help·info) is traditionally described as a troublesome spirit or ghost that enjoys terrorizing humans and animals. Typically poltergeists make loud, unexplainable sounds, and move objects around. Rarely poltergeists have been associated with demonic possession.”

Direkodkan dalam Wikipedia, the encyclopedia, “A 14-year-old domestic servant, Therese Selles, experiences poltergeist / spontaneous PK activity in the home of her employer, the Todeschini family at Cheragas, Algeria, as featured on the cover of the French magazine La Vie Mysterieuse in 1911.”

Dalam masyarakat melayu sendiri, kes-kes histeria dari kalangan gadis-gadis muda adalah lazimnya merujuk kepada gangguan atau kerasukan oleh jin. Bahkan kes-kes di mana pesakit-pesakit yang sedang menderita sakit ‘dimasuki’ jin mudah disaksikan secaara ‘live’ di tempat-tempat rawatan penyakit halus seperti di Darussyifa, Bangi. Perlakuan pesakit-pesakit yang mendakwa dirasuk jin ini begitu tidak keruan, meracau, sakit dan menderita dan dalam kes-kes tertentu suara halus seorang wanita boleh bertukar garau kejantanan. 

Jika dibacakan ayat-ayat suci, kedaan mereka semakin meracau, menjadi pemarah, kekadang menangis, jika berdiri pasti tidak stabil seperti hendak terjatuh sehingga boleh bertindak kasar dan ganas. Emosi tidak stabil, mood berubah-ubah, dan dalam keadaan yang lebih serius keadaan seperti tidak siuman atau orang gila. 

Begitu benarlah gambaran keadaan kerasukan syaitan yang dikiaskan kepada keadaan yang akan dialami oleh penanggung dosa Riba. Di dunia kita sudah menyaksikan sendiri kesan buruk yang dialami oleh manusia yang dirasuk syaitan.

Entah bagaimana ngeri dan menakutkan keadaan sebenar yang akan disengsarai oleh Penanggung Dosa Riba.


hisham-ahmad.blogspot.com
to buy buku Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba  sms 0197272817

No comments:

Post a Comment