Social Icons

Pages

Wednesday, September 18, 2013

Penyelesaian Masalah Saf Solat Tidak Rapat, Akhirnya!

Pernah kita, anak remaja kita, org muda kita  dan jemaah solat kita menangis semasa solat kerana ayat yg dibaca atau ujian hidup yg melanda. Betulkan saf solat segera!
Semalam, melalui satu kuliah oleh seorang ustaz ternama di Melaka dan mudir atau pengerusi bagi di pusat pengajian pondok , fakta ini didedahkan iaitu:

“Di dalam mazhab Syafie, duduk tahiyat akhir adalah disunnat duduk tawaruq (duduk tahiyat secara meletakkan ponggong atas lantai), makruh duduk secara iftirasy (duduk tahiyat atas kaki kiri). Namun hukum makruh itu hilang apabila keadaan tidak mewajarkan untuk dia duduk secara tawaruq.”


Isu & Masalah Sekian Lama:-

1.      Mentaliti majoriti masyarakat melayu, mereka begitu memfokuskan pengataan pertama ayat di atas pada kedudukan hukum iaitu ‘duduk tahiyat akhir adalah disunnat duduk tawaruq, duduk secara iftirasy pula adalah makruh. Makruh ini difahami boleh menjejaskan atau mengurangkan nilai pahala pada sudut itu.  

2.   Mentaliti ini kemudiannya dinatijahkan dengan tindakan bahawa majoriti masyarakat melayu sentiasa atau selalu mengusahakan untuk duduk secara tawaruk  tidak kira dalam apa kedaan pun.
3.  
    Kebanyakan mereka ini dari generasi abah dan atuk kita dan cara begini telah menjadi satu kebiasaan berpuluh tahun yang kini, amalan biasa ini mulai diwarisi oleh generasi pelapis, anak-anak mereka. 

4.      Tabiat atau kebiasaan yg begitu lama ini menimbulkan dua (2) kesan atau keadaan. Keadaan pertama (1) ialah jika saf sempit, maka ia menyebabkan berlaku ketidak selesaan kepada jiran solat disebelah kanannya. Kadar ketidakselesaan jiran solatnya bergantung kepada ‘kecomelan’ tubuh insan yang melakukan duduk tawaruq  ini. 

5.      Kesan atau keadaan kedua (2) ialah ia menjejaskan kerapatan saf solat jemaah dan inilah fokus perbincangan saya kali. Namun bagaimana pula ia dikatakan begitu, mengapa ia berlaku dan jika benar, setakat mana seriusnya? 

Mari kita lakukan sedikit analisa  mudah.

1.      Mentaliti majoriti menyukai duduk tawaruq kerana lebih selesa. Apabila hukum agama turut mengatakan duduk tawaruq lebih baik (bermakna lebih pahala dan lebih diredai-Nya) sedangkan duduk iftirasy boleh menjejaskan pahala, maka kesannya selagi boleh duduk tawaruq akan diusahakan. Akhirnya ia menjadi habit kebiasaan sejak kecil hingga saat umur sekarang. 

2.      Apa yang berlaku ialah apabila solat mula hendak didirikan, mereka mula merancang membuat kadar keluasan yg memadai untuk duduk tawaruq yang selesa pada tahiyat akhir nanti. Lalu mereka mulai berdiri secara menjarakkan diri dari jiran solat sebelah kanan. 

3.      Apabila imam menyuruh lurus dan rapatkan saf dengan suruhan yang lazimnya ‘ala-kadar’, sebahagian makmun ini seakan macam bergerak tapi sebenarnya sebenarnya tidak beralih daripada posisi asal, sebahagian yang lain pula bergerak sedikit merapatkan diri tapi masih tidak rapat secara yang patut dan wajar. 

4.      Kaki dikangkang luas agar kaki mereka kelihatan seperti berdekatan dengan kaki bersebelahan padahal apabila masuk rakaat kedua dan seterusnya, barulah kaki-kaki mereka dirapatkan semula pada kadar munasabah untuk tujuan berdiri selesa lalu mempamerkan bahawa memanglah terdapat lopong atau ruang terpisah antara seorang makmum dengan makmun yang lain. 

5.      Sekalipun pelbagai usaha telah dilakukan dan pesanan berulang telah diberikan oleh imam, namun jika anda pergi kemana-mana masjid dan surau, hal keadaan yang sama masih terus wujud secara berleluasa.  Jika ti ada usaha  berkesan dilakukan maka keadaan ini akan berlanjutan sehingga ke akhir zaman atau sehingga tiba hari kehancuran. 

6.      Oleh itu tindakan ini adalah perlu dilakukan:-

1.      Imam mesti memesankan makmum semua agar bahu mesti dirapatkan sampai terasa dengan bahu jiran solat.  Kalau kaki juga dapat dirapatkan lagilah baik.

2.      Makmun-makmum regular yg dah dada ilmu dan kefahaman jangan malu-malu kucing, mereka harus segera berada di barisan hadapan  saf satu dan menunjukkan tindakan yg mereka faham dan bagi membantu imam dalam hal ini termasuk menunjuk ajar makmum yg tidak faham. 

3.      Imam menjadi lebih berani dengan memeriksa dan memastikan dulu kerapatan saf jemaah sebelum memulakan takbir, pasti secara lembut berhemah dan bijaksana.   

4.      Imam memesan agar sesiapa yang tidak dapat melakukan tawaruq akibat sempit, badan besar dan sebagai maka wajar melakukan duduk iftirasy pada tahiyat akhir.   Jangan bertegas pada duduk tawaruq.

5.      Kaki diusaha untuk ditegakkan kehadapan (kerana membantu kerapatan saf), bagi yang dah terlalu lama mencapah kakinya, berusahalah bersungguh-sungguh, insya allah lama-lama pasti boleh. Ramai telah membuktikannya. 

6.      Ada satu analogi menarik bahawa bahawa saf tidak rapat bukan masalah kaki tapi masalah hati. Maka imam nasihatkan makmum jangan merasa geli atau malu untuk rasakan antara bahu dengan bahu dengan rasa yang cukup terasa kerana ia bukti hati yang tidak bermasalah dan lebih disukai Allah swt.  

7.      saya percaya cara-cara ini dan tambahan cara lain (jika ada) akan memberi kesan peningkatan kesedaran dan menyebab berlaku perubahan positif tetapi ia tidak mudah atau sebenarnya terlalu sukar untuk mencapai tahap perubahan yang dikehendaki (80%  ke atas). 

8.      Oleh itu fikirkan saranan langkah ekstrem ini:-

(1)   Pandangan hukum dalam mazhab kita yang memakruhkan  duduk iftirasy pada tahiyat akhir perlu dimansuhkan atau tidak dipakai lagi sebaliknya menerima dan mewar-warkan duduk iftirasy dan duduk tawaruq sebagai 2 pilihan yang sama kedudukannya atau keutamaannya. Bukankah duduk iftirasy pada tahiyat akhir diiktiraf pada mazhab lain dalam lingkungan ahlul sunnah wal jamaah? Bukankah kedua cara duduk ini tetap dalam lingkungan sunnah?

(2)   Apabila bertembung 2 sunnah antara sunnah tawaruq dan sunnah saf rapat, sunnah saf rapat adalah lebih tinggi keutamaannya. Maka saf  rapat diutamakan dan sunah tawaruq jika menjejaskan kerapatan saf hendak ditinggalkan. 

(3)   Apabila dilihat pada situasi kejahilan berleluasa atau kesan buruk yang berlaku pada zaman sekarang atas kepincangan saf maka, sunah iftirasy pada duduk tahiyat akhir adalah lebih besar keutamaan dan kedudukan daripada sunah tawaruq. Maka sunat tawaruq hanya dikhususkan keutamaannya bagi imam dan solat bersendirian.

(4)   Oleh kerana masalah kepincangan saf ini telah begitu lama berlanjutan dan kesukaan amalan tawaruq ini terlalu susah untuk diubah kerana telah menjadi satu kebiasaan pada keselesaan amalan dan kini mulai diwarisi oleh generasi muda dan atas keadaan kejahilan yang masih berleluasa, atas kelemahan atau kelekaan ummat untuk melakukan perubahan dan bertindak secara efisyen walaupun mempunyai ilmu mengenainya sedangkan kepentingan kerapatan saf ini adalah bukti kesepaduan dan kekuatan ummah, maka tindakan segera dan ekstrem perlu diambil  iaitu:-

 
-          satu ketetapan atau peraturan perlu dibuat atau mungkin ketahap satu fatwa dikeluarkan  agar semua makmum dikehendaki agar merapatkan saf  secara bahu ke bahu dan dikehendali duduk secara iftirasy semasa tahiyat akhir kecuali mereka yang mampu duduk tawaruq dengan hanya mengambil ruang tempat seperti mana semasa mereka duduk iftirasy.(*)

Cuma apa pulak kesan jika berlaku perlanggaran? Apabila ia difatwakan, saya tidak tahu atau tidak pasti sama ada boleh dihukum haram dan berdosa bagi yang ingkar kerana ingkar merapatkan saf tetapi mungkin berdosa jika dengan duduk tawaruq itu meyebabkan jiran solat disebelah disakiti secara fizikal dan terganggu khusyuknya?

 
-          [* iaitu apabila dipercayai duduk iftirasy pada tahiyat akhir dapat merapatkan saf  solat secara berkesan]

-          Fikir-fikirlah lah.  


Kerapatan Saf Solat Jemaah

Dalil: Banyak, Kuat dan Sahih.  

Antaranya daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “luruskan saf-saf kamu, sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat.” (riwayat al-Bukhari, Kitab: Azan, Bab: Iqamah al-solah min tamam al-solah, no:723, Muslim, Kitab: al-solah, bab: taswiyah al-sufuf wa iqamatiha… no:973).



Dalam hadis yang lain, daripada al-Nu’man bin Bashir telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah s.a.w. selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.” (Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-Sufuf…, no:978, Abu Daud, Kitab: al-Solah, bab: Taswiyah al-Sufuf, No: 663, al-Tarmidzi, Kitab: al-Solah, Bab: Ma ja fi iqamati al-Saf, no: 227.)



Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan”. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm: 443).



Pendapat ini juga dipersetujui oleh Imam al-Nawawi. Beliau berkata, “Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika bersaf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati”. Sementara Qadi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan, “Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)”. Hal itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (iktidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah keldai.



Imam al-Kirmani menyimpulkan, “Akibat dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya”.Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajipan. Juga lafaz ‘amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib.



Selain itu, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jemaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Umar bin Khattab r.a. pernah memukul Abu Uthman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm:447). Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, “Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?” Dia menjawab, “Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian”. (al-Bukhari, no: 724).Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas bahawa kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf dalam solat. Solat yang ditunaikan tanpa meneliti kepada kelurusan saf serta tautannya dengan saf-saf yang lain akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

5 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Satu perkongsian yang menarik. terima kasih.

    Saya ada mendengar satu pandangan seorang sahabat saya. Maaf, saya lupa sumbernya.

    Katanya, pada zaman khalifah Umar al-Khattab, saf diluruskan dgn pedang di belakang tumit untuk menunjukkan kepentingan meluruskan saf.

    Kaedah untuk meluruskan saf.

    Maknanya setelah merapatkan saf, menetapkan kedudukan dengan meluruskan saf dengan menyamakan belakang tumit dengan orang sebelah.

    Ibu jari kaki kanan tidak dialih sepanjang solat. Dari takbir, qiam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sehinggalah tahiyyat akhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam tuan.

      Ya benar itu. Persoalannya kenapa tidak dapat dilakukan sampai sekarang?

      Sebenarnya tiada usaha bersungguh-sunggguh dilakukan khususnya pada yang ada kuasa, dari kerjaan, pejabat agama, imam, kadi, pegawai syarak, ibubapa sampai kepada individu itu sendiri.

      Delete
  2. Itu dalam bab meluruskan saf. Seperkara yang paling penting adalah dalam perkara rukun solat. Ada yang baca Fatihah secara bacaan "berSAKTAH" yakni tidak berhenti pada tanda berhenti dan tidak pula di "WASAL"kan bacaannya. HARAM hukumnya jika membaca Fatihah secara bacaan "berSAKTAH"

    Wallhu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu lagi isu yang serius apalagi kalau dilakukan imam yang lazim samada di masjid atau surau. Perlu diambil tindakan segera. tkasih.

      Delete
  3. Assalamualaikum Tuan!
    Dalam terjemahan hadis di atas tidak menyatakan tentang merapatkan saf.
    yang ditekankan adalah tentang meluruskan saf.

    Para sahabat ada yang membawa pedang semasa menunaikan solat berjemaah yang mana pedang itu diletak disebelah sisi mereka samada di sebelah kiri atau kanan. Maka yang pasti jarak makmum dengan makmum yang lain di dalam Saf yang sama adalah agak ketara....
    Minta pencerahan dari Tuan...
    Wassalam

    ReplyDelete