kematian ditangisi |
Sebenarnya
bukan sahaja di masjid, dimana-mana sahaja di bumi Allah, sekiranya ada
peluang untuk mengerjakan ibadah ini, jangan sekali diabaikan. Itulah
dia ibadah solat jenazah.
Di
Mekah dan madinah, ramai juga orang melayu-Islam yang lebih
mengutamakan solat sunat ba’diah daripada solat jenazah. Sedangkan kita
boleh tunaikan dahulu solat jenazah mengikut Imam. Seingat saya,
biasanya selepas solat fardu, imam terus memulakan solat jenazah.
Semaklah dengan sahabat-sahabat yang baru kembali menunaikan haji.
Ingatan mereka pasti lebih dipercayai
Berdoalah sentiasa dengan memasukkan di dalam doa kita dua (2) permintaan ini:-
(1) “Ya
Allah, ya Tuhan kami, akhirkan hidup kami dengan sebaik-sebaik kematian
dan janganlah diakhirkan dengan kesudahan yang buruk. …..”
(2)
“Ya Allah! ku pohon jua kematian di tempat yang mulia, dikebumikan di
tempat yang mulia, Ya Allah, di perkuburan baqi (madinah) atau di
jannatul Makwa (Mekah)”.
Dalil & Keterangan:-
Keutamaan Meninggal Di Madinah
Khalifah Umar r.a. pernah berdoa demikian:“Ya Allah, kurnialah daku syahid di jalanmu, dan jadikanlah matiku di negeri Rasul-Mu” [1]
Kelebihan Baqi’
Baqi’
ialah sebuah pemakaman di Madinah, dimana bersemadi lebih dari 10 ribu
sahabat, isteri dan anak-anak nabi, serta sebahagian tabiin dan mereka
yang selepas itu. Menziarahinya adalah sunnah. Rasulullah pernah berdoa
memintakan ampun bagi penghuni Baqi’. [2]
Terdapat
banyak hadith yang menyatakan tentang keutamaan perkuburan Baqi’.
Satunya daripada Aisyah r.a., yang mengatakan bahawa ketika itu adalah
malam gilirannya bersama Rasulullah s.a.w, namun baginda keluar pada
bahagian akhir malam untuk menuju Baqi’ dan mengucapkan, ertinya:
“Semoga kedamaian Allah ke atasmu, wahai tempat kediaman orang-orang
yang beriman. Apa yang dijanjikan datang kepadamu esok hari telah datang
kepadamu setelah sedikit penundaan dan sesungguhnya kami, kalaulah
Allah memberikan kehendakNya, akan mengikutimu.Ya Allah! Ampunilah
orang-orang yang berada di dalam
Maqam Al-Ghardaq.” [3]
“Semoga
kedamaian Allah keatas penduduk daripada tempat kediaman ini (iaitu,
tanah perkuburan) daripada orang-orang yang beriman dan umat Islam, dan
semoga Allah memberikan rahmat ke atas mereka yang telah pergi
mendahului kami, dan mereka yang datang kemudian, dan sesungguhnya
kami kalaulah Allah mengkhendaki, mengikut kalian”. [4]
Justeru,
sanggupkah kita untuk dikebumikan dibumi yang beribu batu jauh dari
kampung halaman, dari keluarga dan sanak saudara? Tentu sekali sanggup,
jika ia di dua tempat tersebut. Lalu, seandainya orang tersayang kita
meninggal di sana dan dikebumikan, insya Allah ianya suatu kebaikan.
Kematian yang mendapat keampunan dan keredaan.
Bukankah itu yang terbaik
buat orang yang tersayang?
Doa Penting
Perhatikan
doa di bawah ini. Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan dari membaca,
selepas tahiyat akhir sebelum salam. Doa ini masyhur dan sohih.
“Allahumma
inni auzubika min azabi jahannam, wa min azabil qabri, wa min fitnatil
mahya wal mamat wa min fitnatil masihid dajjal. Ya muqollibal qulub,
sabbit qulubana a’la dinika wa ala to a’ tika”
Maksud “Ya
Allah, aku berlindung daripada azab neraka jahanam dan daripada azab
kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada seluruh
keburukan fitnah Dajjal. [HR Muslim] Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.” (Sahih Bukhari)
Ini
sahih doa Nabi. Sahih cara Nabi. Kenapa agaknya Nabi s.a.w. baca
sedangkan Nabi s.a.w. tentulah selamat dari azab api neraka, bahkan
kubur baginda adalah taman syurga. Nabi juga gerenti selamat dari fitnah
hidup dan mati. Justeru, kenapa ya?
Pasti
salah satu jawapan logiknya, ialah doa ini termasuk ajaran nabi kepada
kita untuk kita baca. Kita yang patut baca. Kita yang sangat perlukan
maksud doa itu. Bukan nabi, tapi kita ini!
Adakah
doa ini telah diketahui oleh ahli keluarga termasuk diri sendiri?
Berapa ramai yang hafaz? Hafaz dan amalkan dalam solat? Adakah ia ada
dimasukkan dalam silibus pelajaran solat semasa di sekolah.
Sketsa Doa
Masihkah
kita ingat ketika mana bumi Afghanistan bermandi darah atas serangan
negara Kuffar Russia. Pejuang mujahidin Afghanistan berperang
mempertahankan negara, Islam, harta dan nyawa. Oleh itu, pada syarak ia
perjuangan di jalan Allah, insya Allah melayakkan kepada kematian
syahid. Kita juga mendengar kisah-kisah pelik dan ajaib seperti
mujahidin Afghanistan mendapat ‘pertolongan langit’. Namun
ramai terkorban dalam perjuangan. Kematian syuhada, menjadi ganjaran.
Bagi yang hidup, meraikan kejayaan. Afghanistan menang. Tentera Kuffar
berundur keluar. Afghanistan selamat dari dijajah. Memerintah negara
sendiri adalah nikmat dari Illahi.
Namun
kemudian, di bumi Afghanistan. Kita didengarkan dengan kisah-kisah
perselisihan sesama sendiri dan pergaduhan. Pertempuran yang membawa
kematian dan kemusnahan. Berlaku perebutan kuasa dan pemerintahan.
Sehingga Afghanistan menjadi lemah, mundur dan ketinggalan. Lalu, kuasa
kuffar yang lain, Amerika Syarikat mula campurtangan, tanpa banyak
tentangan, tanpa perlukan kekuatan angkatan perang.
Apa relevan dengan doa tadi
Mereka
yang mati pada masa peperangan, mereka syahid dijalan kebenaran. Dimata
dunia dan dimata orang-orang tersayang yang ditinggalkan, tentulah
dianggap kasihan dan suatu kehilangan. Keseronokan dunia telah berakhir
untuk mereka.
Namun
selepas kemenangan. Beberapa tahun kemudian, bumi Afghanistan dilanda
fitnah yang dahsyat, ujian yang berat. Berlaku perang saudara,
pertempuran dan pembunuhan sesama mereka, kerana pemerintahan, kuasa
atau apa sahaja alasan dan punca, ia tidak lagi perlu untuk diperkata.
Terkenanglah
kita kepada golongan mujahidin yang dulu terkorban semasa peperangan.
Kematian itu tidak sedikit membawa kerugian keduniaan. Mereka itu
mungkin mengamalkan doa untuk perlindungan dari fitnah dunia, lantas
Allah mengabulkan doa mereka.
-
Mereka memperolehi kematian indah dan mereka juga selamat dari fitnah.
sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com
Berminat: sebahagian isi artikel ini juga adalah daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf
- Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau
hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif
dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita
solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad),
mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817,
hishambp@yahoo.com.my)
No comments:
Post a Comment