adakah ini rupanya nanti? |
Persoalannya
siapakah orang gila itu? Adakah anda tahu siapakah dia orang gila
kerasukan syaitan di dunia ini? Jawabnya ramai, sangat ramai. Antaranya
seperti Fatah al-sisi, Basyar Asad dan anda senaraikanlah sendiri. Namun
ini bukanlah maksud saya sebenarnya, identiti orang gila kerasukan
syaitan di dunia, mudah diketahui dan boleh dikenalpasti kita semua.
Persoalan
penting yang perlu kita ketahui ialah siapakah dia orang gila kerasukan
syaitan di alam selepas berakhirnya alam-dunia ini? Selepas kehancuran
alam fana ini? Bukan itu yang lebih penting dan relevan.
Inilah dia identiti golongan manusia yang diumpamakan orang gila kerasukan syaitan dan mengapa terjadi sebegitu ngeri!
Allah Subhanahu wa Taa’la telah berfirman dalam surah al-Baqarah (2):-
“275.
orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang gila yang dirasuk syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. .. ”
Setelah
kita memahami status Dosa Riba melalui maklumat dari pelbagai sumber
termasuk dari siri artikel riba dari saya yang telah beberapa kali
terpapar di web ini (sila rujuk Blog) barulah kita dapat memahami dan
menghayati maksud kiasan atau amthal yang terkandung pada ayat 275 di
atas perumpamaan:
"orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang gila yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu”.
Inilah Huraian Gambaran Keadaan Penanggung Dosa Riba:-
1. | Manusia pengamal Riba (semasa di dunia) yang kini bertukar status kepada manusia penanggung Dosa Riba (semasa di alam kebangkitan) tidak akan dapat berdiri bangun dari kubur mereka, melainkan seperti berdirinya orang gila yang telah dirasuk syaitan dan direbahkannya. Kelak dihari qiamat Allah Subhanahu wa Taa’la membangkitkan manusia dari kubur masing-masing, semua manusia akan keluar dengan cepat, kecuali manusia pengamal Riba, maka mereka itu bangun lalu jatuh dan juga seperti orang mabuk terhuyung hayang. |
2. | Allah Subhanahu wa Taa’la telah memberatkan perut mereka, sehingga jadi berat pula tubuh mereka nanti dihari qiamat. Setiap kali dia bangun, terjatuh semula, dia cuba bergegas –bersegera bersama orang lain tetapi tidak mampu berbuat demikian. |
3. |
Dikatakan
juga bahawa keadaan gila kerana kerasukan itu adalah satu tanda orang
yang makan Riba agar dikenali oleh semua manusia lain semasa berdiri
saat pengadilan Allah Subhanahu wa Taa’la.
|
4. | Begitu
hina sekali penanggung Dosa Riba diperlakukan Tuhan pada masa
dibangkitkan/ dihidupkan semula. Identiti dan keadaan mereka sengaja
diserlahkan secara begitu hodoh supaya semua manusia mengenalinya.
Sangat memalukan. |
5. |
Pengajaran:- Layanan
sebegini buruk telah diterima sedangkan proses bicara belum bermula.
Lantas apakah kesudahan nasib manusia ini jika tidak ke neraka.
Sanggupkan kita menerima nasib seperti mereka. Tentu sekali tidak!
Keluar dan tinggal Riba sebelum terlambat!
|
6. | Kesimpulan:- Ini
adalah suatu gambaran, kiasan dan perumpamaan yang didatangkan oleh
Allah Azza Wa Jalla di dalam al-Quran untuk mengemukakan suatu makna dan
maksud itu secara lebih jelas dan dalam pengertiannya. Perumpamaan, kiasan dan gambaran dibuat dengan mempotraitkan suatu imej buruk dan kedudukan hina yang akan ditanggung oleh pengamal Riba atau penanggung Dosa Riba sebaik sahaja mereka dibangkitkan dan sebagai petanda kepada hukuman yang lebih berat yang akan dihadapinya (Neraka Allah). |
Full article will be posted in my blog..soon in sya Allah….
Siapa
nak beli buku Riba tulisan peguam syarie dan peguam sivil “Syurga lebih
Hampir Tanpa Riba’ boleh sms -0197272817 – ia bukan jenis biasa buku
riba di pasaran tapi – banyak sentuhan isu kontroversi, sensasi dan
sensitif yang relevan dengan reality hidup orang islam di Malaysia.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment