Mangsa kekejaman ! |
[Penting
: Maklumat tentang dakwaan kezaliman Hajaj (di bawah) adalah dari
kuliah seorang penceramah agama terkenal tetapi kerana mengambil
langkah berhati-hati, saya menimbulkan dalam bentuk persoalan, membuka
ruang kepada sesiapa untuk mengesahkan atau menidakkan. Terimakasih
atas pengkritik saya yang menyertakan bukti rakaman kuliah Maulana
Asri, satu cara yang amat professional dan dihargai. Lalu saya membuat
pindaan.. Bagi pengkritik yang mengkritik secara kasar, jangan nanti
kerana kononya nak membela orang yang dah mati… anda menghina pula
orang yang masih hidup]
Walaupun
begitu … saya baru perasan bahawa orang akan fikir tajuk di atas
ditujukan kepada Hajaj.. Tidak, tajuk ini bagi kisah haji di bawah nanti
. ]
Benarkah apa yang saya dengar, bahawa kekejaman Panglima Islam
bernama Hajaj menembak pecah dinding binaan kaabah untuk menangkap cucu
Saiyyidina Abu Bakar (teka siapa namanya)… lalu menggantungnya didepan kaabah
dan dipanggil ibunya Asmah untuk menyaksikan hasil kreativiti kezaliman itu? Atau
kisah ini adalah tipudaya dalam riwayat
sejarah yang menzalimi nya!
Benarkah juga apa yang saya dengar, kalau Hitler didakwa membunuh
jutaan yahudi kerana demi keselamatan bangsanya, tetapi Fatah Sisi membunuh rakyat sendiri demi keselamatan
Yahudi? Jika benar, mana yang lebih hodoh kekejamannya?
Lalu bagaimana kekejaman Fatah Sisi membunuh atau bertanggungjawab
atas kematian beribu-ribu rakyat Islam yang baik-baik itu dapat dibalas
setimpal dengan kezalimannya? Sedangkan di dalam al-Quran , betulkan saya
jika saya tersilap, adanya ayat yang menyebut lebih kurang bermaksud; siapa
yang membunuh seorang manusia (secara salah) beerti ia telah membunuh seluruh
manusia.
Kalau keadilan di sebahagian negeri di Amerika Syarikat hanya
sekadar penjara seumur hidup kerana tidak menerima ‘capital punishment (death
sentence)”, dan kalau keadilan undang-undang kita hanya menggantung mati satu
nyawa bagi pembunuhan beribu nyawa, lalu dimana keadilannya?
Ini jawapannya.
Sesungguhnya keadilan sebenar akan dijalankan pada hari pembalasan. Ini sangat
logik dan masuk akal. Hukuman dunia tidak memadai, contoh:- kalau nanti kita
dapat menggantung Fatah Sisi atau memancungnya atau menyuntikan dengan cecair
maut atau dikerusi letrikkan dia, atau dicampak ke kandang sekumpulan singa
lapar, itu hanya baru satu nyawa, satu proses kesakitan kematian sebagai
balasan bagi satu nyawa yang dibunuhnya, bagaimana dengan ribuan nyawa yang
lain.
Ketahuilah sesungguhnya Allah swt berkuasa membakar Fatah Sisi melebihi ribuan kali dalam api neraka. Firman-Nya dalam surah
An-Nisa (4): 56:
“Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat
keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali
kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah
adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Berbalik kisah kekejaman di Multazam.
Ini kisah semasa musim haji. Kisah benar. Melalui pengalaman diri
dan penyaksian mata sendiri.
Ketika itu Abu Dubeis berada sekitar di depan Multazam. Lebih tepat
lagi di depan pintu Kaabah sambil memerhatikan suasana. Ketika itu diwaktu
malam. Mungkin selepas solat maghrib. Mulanya timbul hasrat untuk mencuba,
tetapi akhirnya dibatalkan sahaja.
Keadaan begitu sesak dan mencabar di depan Hajar Aswad. Abu Dubeis
melihat polis beruniform bekerja keras mengawal suasana dan kekadang menegur
dan menjerit. Ada kala memukul jemaah dengan belantannya.
Ketika itu ada seorang polis di bahagian bawah di sekitar depan
pintu Kaabah. Tidak tahulah sama ada dia baru sampai untuk bertukar ‘shift’
atau untuk membantu mengawal keadaan. Mereka kelihatan bercakap… antara yang di
atas dan di bawah. Sambil tangan polis yang di atas menunjuk-nunjuk kepada
seorang jemaah sama ada India, Pakistan atau Bangladesh. Polis yang di bawah
kemudian bergerak kearah lelaki itu yang sedang mengadap ke arah pintu kaabah.
Polis itu kini berada betul-betul dibelakang lelaki itu dan menunjukkan isyarat
kepada polis (yang bergayut menjaga Hajar Aswad) itu sambil meminta pengesahan.
Polis di atas kelihatan mengesahkan.
Tup! Satu tendangan berlutut dilakukan kepada jemaah itu dari
belakang. Tup! tup! tup! Entahlah berapa kali. Sudah tak dapat diingati. Jemaah
itu berpaling dan kelihatan kesakitan. Polis itu berbuat selamba. Jemaah itu
kebingungan, ketakutan dan lalu cepat-cepat berlalu pergi. Kasihannya. Abu
Dubeis mengagak, jemaah itu pasti dari kawasan Hajar Aswad dan mungkin telah
menyebabkan kemarahan polis keselamatan.
Sukar untuk tidak mengatakan bahawa polis-polis itu telah berlaku
jahat dan zalim. Polis lain tidak berpuashati, polis lain tolong belasahkan.
Inilah semangat setiakawan dalam kejahilan. Tidakkah kerjasama perkara maksiat
dan dosa, jawabnya, tentulah berdosa juga.
Sungguh berani mereka melakukan kezaliman dihadapan kaabah dan
multazam. Ketika manusia sedang asyik bertawaf. Berakal sempunakah mereka?
Itulah yang kita takuti. Nasihatkan orang-orang yang disayangi, dalam memilih
kerja, perlu berhati-hati. Jangan kerja itu merubah kita dari mulia kepada
durjana.
Kalau kerja kita sudah bergelumang dengan aktiviti kekasaran,
mula-mula pukul kerana keterpaksaan. Sekali-sekala kerana hilang kesabaran,
tidak terkawal kemarahan. Kemudian jadi kebiasaan. Lama-lama, takut-takut jadi kesukaan.
Kalau dah hari-hari. Setiap hari begini, kita takut ia menjadi sebati. Lalu
akhirnya, alah tegal bisa, biasa. [1]
Teringatkan jemaah lelaki tadi. Entah dapat atau tidak, mengucup
Hajar Aswad. Pasti dia telah berjuang hebat untuk mencuba.
Kerana cinta, dia dibelasah. Kerana cinta dia disakiti. Pasti dia
pulang dengan kenangan pahit yang takkan dilupai.
Hisham-ahmad.blogspot.com
Ini adalah sebahagian kisah dpd
isikandung buku Haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf-
Karya Bestari) – karya seorang peguam sivil dan syariah, Beliau mengupas secara
kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa
ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal
tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana
cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain.
[1] Begitulah juga ujian seumpama.
Bidang perbankan Riba dan urusan
kewangan Riba. Mula-mula rasa bersalah
tetapi terlibat beralasankan
darurat. Lama-kelamaan, bila duit asyik ‘masyuk’, hati makin syok.
No comments:
Post a Comment