Social Icons

Pages

Sunday, September 29, 2013

Sistem Yang Mengjengkelkan ...apalah daya kami!


Pagi beberapa hari lepas saya tonton TV 1. Segmen  siaran langsung bicara haji bersama Prof. Madya Dr Mohd Najib. Antara isi perbincangan ialah bahawa buat sekali lagi dan entah sudah berapa banyak kali, kita diperingatkan dan ditegaskan “tentang kepentingan rezeki halal untuk bekalan pergi menunaikan  haji”. 

Ini adalah satu fakta yang tidak boleh dipertikai. Sejelas cahaya matahari terik yg memancar ditengah hari.  

Tetapi tiba-tiba hati ini merasa sakit…  sakit apa? sakit hati! … maka kesannya, terhasilah coretan ini … straighly direct from the bottom of  a grievously injured heart. 

Persoalan sumber rezeki halal yang sentiasa menghantui kita semua dalam suasana hidup yang penuh kepincangan di  bawah sistem yang menjengkelkan. 

Sistem Riba yang sekian lama mencengkam perbankan dan kewangan tentulah memberi kesan sekian lama kepada pelbagai syarikat, pertubuhan, institusi dan manusia-manusia pelbagai rupa yang suka atau terpaksa, perlu  berurusan dengannya sebagai sebahagian urusan kerja mereka.  Semua ini akhirnya membentuk pendapatan dan wang simpanan  mereka. 

Sistem perundangan sekular yang masih bersarang dalam pentadbiran keadilan negara melibatkan sekian ramai manusia untuk mengerakkan dan menjayakannya bagi tempoh yang lama sejak merdeka, tentulah juga menghasilkan sumber pendapatan dan wang simpanan mereka.

Sistem pentadbiran dan pengurusan tanpa ketelusan dan integriti mewujudkan gejala rasuah, salah laku, pecah amanah iaitu dari yang serius hinggalah kepada ketidak cekapan, culas dan malas. Semua ini akhirnya membentuk pendapatan dan wang simpanan  mereka dan mereka yang terlibat dengannya. 

Sistem nilai sosial yang tergelincir dari ketetapan syarak memekarkan pertumbuhan dunia hiburan maksiat yang bukan sahaja melalaikan tetapi menjadi antara punca keruntuhan  akhlak, kecelaruan  akidah dan hilang keinginan kepada ilmu bermanfaat yang membawa kepada pelbagai elemen negatif lain. Betapa ramai manusia yang terlibat dalam kerja mengembangkan budaya mungkar dari yang dibelakang tabir hingga yang terlalak terlolong di atas pentas.  Semua ini akhirnya membentuk pendapatan dan wang simpanan  mereka. 

Sistem pendidikan yang tidak berkesan kemudian melahirkan generasi-generasi yang tiada ilmu mencukupi  dan  tiada ketahanan diri akhirnya kelak kemudiannya tumpas lalu  mangsa yang dinoda oleh  sistem-sistem di atas tadi dan begitulah, sekian banyak sistem-sistem pincang yang lain.

Lalu timbul pula dialog-dialog pincang dari sistem yg pincang:-

“Ustaz bolehlah, jadi penasihat syariah bank islam, gaji besar,  pendapatan halal …mudahlah bagi fatwa haramkan ini dan itu. Saya ini dah 20 tahun kerja bank riba. Dulu itu yang ada kat negara kita ni…  Ini nak tukar bukan senang. Duit ni menjadi sebahagian daripada belanja pergi haji saya”  

“Berpuluh tahun saya simpanan di ASB. Dulu hampir saya nak keluarkan semuanya sebab ada yang kata haram, lepas tak jadi sebab fatwa terbaru kata halal dan harus. Kini macam ada golongan tertentu yang masih mempertikaikan katanya tak lulus kat kaunter syariah BSKL? Betulkah. Bingung saya. Dah 2 kali saya pergi haji pakai duit ASB”

“saya hairanlah, Haji Dol tu pejuang parti politik islam  bukan main kalau cerita halal dan haram yang kerajaan langgar dan tunggang terbalikkan, tapi habis cerita terus dia ambil rokok dunhill dia, nyala dan puss… puss. … panggil jin. Pastu, kedai runcit dia , pun ada jual rokok….. kalau hisap rokok haram, jual rokok tak dikira jual barang haram ke, tak dosa ke? Pendapatan rokok tu tak haram ke? Sebab aku tengok cashier dia campur je duit rokok dengan duit roti yang aku bayar!”

“saya pakai baju ketat ni sebab mudah nak kesan berat badan naik atau tidak… kalau sendat sangat tu tanda , badan dah naik  … seksi tu kebetulan saja… lagipun sebagai penyanyi  saya banyak buat konsert amal …  cari  wang untuk org susah dan cacat” 

“Abah, cupak apa gantang ?  misqal apa ? kata seorang pelajar sekolah agama yang akan menghadapi peperiksaan agama  …” “Abah pun tak tahu, yg abah tahu ukuran berat dan pepatah secupak takkan jadi segantang” “Abah, ngapa mereka tak tukar kepada gram atau kilogram … kan mudah faham?”   

Begitulah antara sekian banyak dialog–dialog pincang oleh manusia-manusia pincang kesan daripada sistem-sistem pincang.

Jadi, fikirkan …. Wahai ustaz-ustaz, jangan sekadar berkata pada perkara-perkara yang  mudah tapi kabur. Pastikan rezeki anda halal.. halal …halal. Itu semua dah tahu?  Tunjukkan , jelas dan berikan panduan. Contoh katakanlah:-

“Awak nak pergi haji, pastikan guna duit halal. Tapi sebenarnya dalam apa jua pun bukan haji saja kena halal, semua kena halal. Jadi, pastikan semua pendapatan awak halal. Kalau awak kerja  bank Riba, kalau jawatan penting melibatkan produk riba, bertaubat dan usaha cari kerja lain segera. Kalau tak ada begitu ada kaitan dengan produk  riba pun atau sikit-sikit sahaja urusan Riba, usaha juga cari kerja lain. Dalam pada itu, pendapatan awak itu asingkan sebahagiannya bagi peratusan anggaran penglibatan Riba itu dan sedekahkan pada maslahah awam.  Jangan sokong bisnes Riba, tunjukkan rasa tidak suka kepada industri Riba. jika awak dapati , kerajaan tidak begitu serius dalam menangani usaha untuk menamatkan industri Riba, maka anda kena beri peluang kepada pihak yang serius untuk menangani isu Riba ini… bla, bla..bla…bla”.

No comments:

Post a Comment