kalau anda bawah ini makna anda di tempat mustajab doa |
Ia
adalah masalah realiti dan oleh kerana ia adalah suatu situasi yang
kita jarang alami, ia mungkin menguji pengetahuan dan ilmu agama kita.
Malangnya kita perlu akui hakikat bahawa sebagai orang awam atau
sebagai orang biasa, ilmu fiqh yg khusus dalam situasi yang khusus
mungkin tidak kita miliki lalu meletakkan kita dalam situasi yang
‘gabra’ atau ‘bingung’ untuk melakukan apa yang betul, sedangkan guru
agama tiada ketika itu untuk dirujuk , dan masa pula agak singkat dan
suntuk.
Perhatikan kisah benar di bawah ini.
(Isu Solat Jumaat Di Jeddah)
Selepas
Tawaf Wada’ sebelum subuh, rombongan jemaah Abu Faruq (Pakej Tabung
Haji Travel) diarahkan agar solat subuh di hotel dan perlu bersiap-sedia
di dalam bas untuk bertolak keluar dari Mekah menuju Jeddah. Hati Abu
Faruq memanglah tidak berpuashati kerana baginya amat tidak wajar untuk
tidak dibenarkan solat subuh di Masjid sedangkan semasa tawaf wada’
selesai, tidak beberapa lama kemudiannya azan subuh pun berkumandang.
Terpaksa jualah akur kepada peraturan yang tidak disukai kerana tidak
patut dan adil pula kalau menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu
dirinya.
Abu
Faruq tidak pasti sama ada kerana ada jemaah yang lambat kerana solat
subuh di masjidil haram, atau masalah lain, atau sekadar untuk pastikan
jemaah telah bersedia lebih awal, jemaah akhirnya bertolak agak lewat.
Bas bertolak keluar selepas solat subuh pada hari jumaat.
Setelah
sampai di hotel di Jeddah, kebanyakan jemaah haji berehat di Hotel atau
dibilik masing-masing. Setelah beristirehat seketika, Abu Faruq
kemudiannya keluar dari hotel dan berjalan merayau disekitar kawasan
hotel tersebut melihat suasana persekitaran. Kelihatan sunyi dan suram.
Berbeza sangat dengan Mekah dan Madinah. Abu Faruq bertemu dengan 2
orang lelaki dari rombongan pakej yang sama. Seorang daripada mereka
ialah lelaki sebaya yang bersolat di udara secara bertayamum menggunakan
bedak tayamum. ‘Graduate US’.
Abu Faruq, seperti biasa menegur dan bertanya tujuan mereka. “Kami cari Masjid untuk solat Jumaat.” Kata salah seorang dpd mereka.Terperanjat Abu Faruq.
“Yelah, hari inikan hari Jumaat”, luah Abu Faruq.
“Astagfirullah! langsung orang tabung haji tidak sebut apa-apa pasal solat jumaat di Jeddah ini”, bisik Abu Faruq dalam hati.
“Eh! kitakan musafir!?”, kata Abu Faruq, macam bertanya, macam bukan bertanya.
“Taklah, kita kan dah duduk lama di Mekah, tak miss solat jumaat. Lepas itu, kita bertolak dari hotel (Mekah) tadi selepas subuh, bermakna kita kena solat Jumaat. Lainlah kalau sebelum subuh dah keluar dari Mekah” si rakan sebaya memberi ‘kuliah pendek’.
Abu Faruq mengangguk kecil. “Malunya aku. Si mamat poyo belajar kat US ni lebih prihatin” kata hati Abu Faruq. “Tahu, takpe”, kata Abu Faruq lagi dalam hatinya.
Pernah
juga dia mendengar kaedah fiqh seperti itu. Namun hatinya masih keliru
seperti sedikit kurang bersetuju. Benarkah telah terlucut status musafir
atau masih terfardu solat jumaat atas mereka?
Mereka berada di tempat yang begitu asing, baru pertama kali. Masjid pun tidak tahu kemana. Orang tempatan pun belum dijumpa.
Inilah
akibatnya bila ilmu cetek. Tinggal hanya semangat nak beribadah. Masa
ini baru nak berbincang cari penyelesaian. Padan muka!
Namun
kerana ia berkaitan solat fardu. Abu Faruq tidak mahu ambil risiko.
Lalu dia menyertai lelaki berdua itu mencari masjid disekitar kawasan
yang sunyi dengan kewujudan bangunan-bangunan yang suram.
Alhamdulillah!
Ketemu jua. Tidak begitu jauh. Memang dari luar, susah untuk kita
perasan. Bangunan biasa tanpa kubah. Waktu masih awal. Tempat solat
sederhana luas. Namun bila masuk waktu dan ketika khutbah dibaca, orang
begitu ramai dan sesak. Entah dari mana mereka semua muncul. Tadi sunyi
sepi. Subhanallah! Masya Allah!
Ketika
itu. Ada satu yang Abu Faruq kecewa. Mengapa mereka ( 2 rakan jemaah
tadi) tidak bawa kepada perhatian semua jemaah dan guru agama. Sekiranya
ada perbezaan pandangan. Masing-masing boleh buat pilihan.
Maka, hanya sebahagian kecil sahajalah yang bersolat jumaat hari itu.
Persoalannya.
Adakah masih ada kefarduan kepada jemaah haji Malaysia itu untuk
menunaikan solat jumaat dalam situasi itu dan ketika itu?
Jika
ada rombongan jemaah haji mengalami situasi yang sama ini pada tahun
ini , apakah tindakan paling mengikut sunnah nabi s.a.w. berdasarkan
hadith-hadith sahih?
Minta ustaz-ustaz kat luar sana beri jawapan?
Saya menantikan pandangan yang lebih baik atau terbaik.
Bagaimana
sesiapa ingin tahu sebahagian hujah dan dalil, saya ada sedikit
sebanyak jawapan kepada isu ini:
Hukum solat Jumaat bagi orang
musafir[1].
Menurut pendapat majoriti fuqaha, seseorang yang menghadiri suatu perjalanan atau musafir yang mencukupi syarat-syarat mengqasarkan solat, tidak diwajibkan untuk menghadiri solat Jumaat. Ini adalah kerana tidak diterima sebarang riwayat bahawa Nabi s.a.w. ada melaksanakan solat Jumaat dalam mana-mana ekspedisi atau peperangan atau perjalanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya. Ini juga dicontohi oleh para sahabat beliau r.a. di mana tidak dinukilkan sebarang riwayat dari mereka, samada ketika masa kehidupan Nabi atau selepas kewafatan beliau, bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir. [2]
Walaubagaimanapun amat dianjurkan seseorang yang bermusafir itu agar tetap berusaha untuk menghadiri solat Jumaat berjemaah sebagai mengelak dari pergeseran dengan pendapat lain yang mengatakan solat Jumaat tetap wajib sekalipun bagi orang musafir.
Pendapat yang mewajibkan ini berhujah atas
dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan bahwa seseorang yang
musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat. Oleh kerana tiada dalil yang
mengecualikan suasana musafir, maka hukum solat Jumaat ini kembali pada
perintah asal, iaitu tetap wajib bagi semua orang, mastautin mahupun musafir.
Tambahan lagi Nabi s.a.w. tidak
mengecualikan seorang musafir dari solat Jumaat tetapi hanya mengecualikan
mereka yang terdiri daripada wanita, budak belum baligh, orang sakit dan hamba
sahaya. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam Jumaat adalah benar, wajib
atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya,
wanita, anak-anak atau orang sakit. [3]
Adapun riwayat yang berbunyi Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke atasnya solat Jumaat
kecuali wanita atau orang musafir atau hamba sahaya atau orang sakit adalah
tersangat daif kedudukannya. [4] Demikian
juga sebuah lagi riwayat lain yang bermaksud Tidak wajib Jumaat atas orang
musafir adalah juga daif kedudukannya. [5]
Ada juga yang memilih hukum pertengahan dengan mencadangkan agar orang yang bermusafir tidak wajib melaksanakan solat Jumaat ketika dalam perjalanan tetapi hanya melaksanakan ia ketika di persinggahan atau apabila berada di destinasi. [6]
Pernah sekali suatu rombongan perdagangan dari Syam tiba di kala Nabi s.a.w. sedang memberi khutbah solat Jumaat lalu para jemaah terus keluar dan menuju kepada rombongan tersebut sehingga yang tertinggal di masjid hanya 12 orang sahaja. Solat Jumaat itu diteruskan dengan jemaah yang 12 tersebut tanpa apa-apa halangan atau pembatalan dan tidak pula diulangkan. [7]
Kedudukan sahihnya ialah apabila sahaja sesuatu solat Jumaat itu menepati syarat-syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum, maka itu adalah mencukupi sebagai syarat sah solat tersebut. Imam asy-Shaukani menganalisa: Ketahuilah, tidak ada landasan dalil untuk mensyaratkan jumlah 80, 30, 10, 9 mahupun 7 orang, begitu pula sahnya Jumaat hanya dengan satu orang sahaja. Pihak-pihak yang menganggap sahnya Jumaat hanya dengan 2 orang sahaja beralasan bahawa jumlah ini adalah berdasarkan hadith dan ijma'. Mereka berpendapat tidak ada dalil yang mengsyaratkan jumlah tertentu padahal jemaah dalam solat apajua sudah sah hanya dengan 2 orang, tidak ada perbezaan antara solat Jumaat dan solat jemaah. Dan tidak ada nas dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bahawa solat Jumaat tidak sah kecuali dengan jumlah sekian-sekian orang. Pendapat inilah yang paling kuat dan rajih menurut saya. [8]
Hisham-ahmad.blogspot.com
Ini adalah sebahagian kisah dpd isikandung buku Haji
2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf- Karya Bestari) –
karya seorang peguam sivil dan syariah, Beliau mengupas secara kritis dan
argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji.
Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat,
solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg
hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain.
(Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
[1] Hasil maklumat daripada buku
ditulis oleh ilmuan merangkap kapten kapalterbang.
[2] Rujuk Prof. Dr. Wahbah Zuhaili -
Fiqh dan Perundangan Islam, 2/284-286 ; Shaikh Sayid Sabiq - Fiqh-us-Sunnah,
2/252.
[3] Rujuk Nail-ul-Authar, 3/527 (Sunan
Abu Daud - no: 1026) (maksud hadith dari Thariq bin Syihab r.a.) disahihkan
oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani.
[4] Rujuk Nail-ul-Authar,
3/527-528. Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi
dari Jabir bin Abdillah r.a. dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani.
[5] Rujuk Subul-us-Salam,
2/236. (Maksud hadith dari Abdullah ibnu Umar r.a. diriwayat oleh at-Thabrani
dalam al-Ausath, didaifkan kedudukannya oleh Imam as-Sha'nani)
No comments:
Post a Comment