Social Icons

Pages

Tuesday, September 3, 2013

Kekejaman Hatta Di Depan Multazam (Kaabah) Part 1

Manusia juga dipanggang!
Sungguhlah kekejaman itu tidak mengenal tempat! Sebabnya, manusia yang kejam itu tidak mengenal erti kemaknusiaan! Jadi apa hal perlu dibezakan tempat untuk berlaku kejam dan zalim. Benarkah apa yang dengar, bahawa kekejaman Panglima Islam bernama Hajaj menembak pecah dinding binaan kaabah untuk menangkap cucu Saiyyidina Abu Bakar (teka siapa namanya)… lalu menggantungnya didepan kaabah dan dipanggil ibunya Asmah untuk menyaksikan hasil kreativiti kezaliman itu? 

Benarkah juga apa yang dengar, kalau Hitler, kafir didakwa membunuh jutaan yahudi kerana demi keselamatan bangsanya, tetapi Fatah Sisi , muslim membunuh rakyat sendiri demi keselamatan Yahudi? Jika benar, mana yang lebih hodoh kekejamannya?  

Lalu bagaimana kekejaman Fatah Sisi membunuh atau bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu rakyat Islam yang baik-baik itu dapat dibalas setimpal dengan kezalimannya?  Sedangkan di dalam al-Quran , betulkan saya jika saya tersilap, adanya ayat yang menyebut lebih kurang bermaksud; siapa yang membunuh seorang manusia (secara salah) beerti ia telah membunuh seluruh manusia. 

Kalau keadilan Amerika hanya sekadar penjara seumur hidup kerana tidak terima ‘capital punishment (death sentence)”, kalau keadilan undang-undang kita hanya menggantung mati satu nyawa bagi pembunuhan beribu nyawa, lalu dimana keadilannya? 

Bagi anda semua umat Islam diluar sana,  kalau ditanya … bagaimana keadilan agama anda, Islam dalam menjawabnya? Apakah hukum hudud mampu memberi keadilan kepada mangsa? 


Bersambung … 


Hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment