Adakah
sesiapa diluar sana berminat untuk sertai jika ditubuhkan atau
dilancarkan kelab di atas? Baiklah. Tidak kisahlah kalau kita gelarkan
ia sebagai persatuan, pertubuhan, kumpulan atau apa jua istilah selagi
ia bermaksud baik. Jenama, brand atau identiti ‘ibadurRAHMAN’ itu
sangatlah hebat atau tinggi statusnya menjadikan orang ramai mungkin
malu atau tidak mahu menyertainya tetapi marilah kita bermaksud bahawa
ia sekadar satu usaha bersama untuk menjadikan diri kita memahami
kepentingan identiti, jenama atau status ini lalu berusaha untuk
mencapai status atau kedudukan itu. Baiklah, saya buka rahsia di sini.
Sebenarnya
Kelab ini memang telah wujud tetapi persoalannya adakah kita layak
berada di dalamnya? Jika tidak lagi, mahukan kita menjadi salah seorang
dari ahli ini? Kelab ibadurRAHMAN.
Walaupun
begitu, saya peringatkan di sini untuk menjadi ahli Kelab adalah tidak
mudah kerana anda perlu memenuhi beberapa syarat ketat ditetapkan namun
ketahuilah ganjarannya amatlah berbaloi.
Inilah dia pengenalan dan syarat pertamanya. (Syarat kedua akan menyusul terlebih dahulu dalam Blog).
Hamba-Hamba AR-RAHMAN
Allah
S.W.T. telah melalui Al-Quran yang mulia pada surah al Furqan iaitu di
bahagian akhir surah itu bermula dari ayat ke-63 hingga ke akhir ayatnya
yang ke-77, membicarakan suatu kelompok atau golongan manusia yang
diiktiraf sebagai golongan mukmin terpilih di sisi-Nya, dikenali dengan
istilah “ `»uH÷q§9$# ߊ$t7Ïã” iaitu “IbadurRAHMAN” (Hamba-Hamba AR-RAHMAN).
Allah S.W.T telah berfirman bahawa :
(bermaksud) “dan
hamba-hamba (Allah) AR-RAHMAN, ialah mereka yang berjalan di bumi
dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan
perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” [1]
Tafsiran Pertama[2].
Golongan IBR berjalan dengan ketenteraman dan kewibawaan, tanpa lagak
kuasa dan kesombongan. Jika orang-orang jahil mengejek/mengutuk mereka
dengan ucapan yang buruk, mereka tidak membalasnya dengan ucapan yang
buruk pula, akan tetapi mereka memaafkan, membiarkan dan tidak membalas
melainkan dengan perkataan yang baik. Sebagaimana Rasulullah s.a.w.
tidak membalas perbuatan jahil mereka melainkan dengan kesabaran dan
lembah lembut. Mujahid berkata (Qalu salama) iaitu mereka mengucapkan
kebenaran.
Tafsiran Kedua.[3]
Golongan IBR mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri jiwa mereka yang
istimewa, dengan tingkahlaku dan cara hidup yang luhur. Mereka adalah
contoh-contoh hidup yang sebenar bagi kelompok manusia yang dikehendaki
Islam dan contoh-contoh jiwa yang mahu dibentuk oleh sistem pendidikan
Islam yang benar. Merekalah kelompok yang wajar menerima layanan dan
perhatian Allah di bumi. Seluruh manusia adalah terlalu rendah di sisi
Allah untuk diberi layanan dan perhatian andainya tidak ada kelompok
hamba-hamba kesayangan-Nya yang sentiasa bertawajjuh kepada-Nya dengan
merayu dan berdoa.
Inilah
sifat pertama dari sifat-sifat Golongan IBR, iaitu mereka berjalan di
bumi dengan gaya berjalan yang senang dan mudah, tidak ada lagak
pura-pura dan buat-buatan, tidak ada langkah angkuh dan sombong, tidak
ada lagak lucah dan rendah akhlak. Seperti gerakgeri-gerakgeri yang
lain, gaya berjalan juga membayangkan sahsiah seseorang dan mencerminkan
perasaan-perasaan yang tersembunyi di dalam jiwanya. Jiwa yang tenang,
serius dan bermatlamat mencerminkan sifat-sifatnya pada gaya berjalan
tuannya. Dia kelihatan berjalan dengan gaya yang normal, yakin, serius,
bermatlamat, sopan, tenang, gagah dan bersungguh-sungguh.
Dengan
kesungguhan, kesenangan, ketenangan dan tumpuan perhatian kepada
persoalan-persoalan besar yang memenuhi jiwa, mereka tidak menghiraukan
ketololan-ketololan yang ditunjukkan oleh orang-orang yang bodoh dan
dungu. Mereka tidak membabitkan hati, waktu dan daya usaha mereka dengan
mencetuskan perkelahian-perkelahian dan perdebatan-perdebatan dengan
orang-orang yang dungu dan bodoh.
Mereka enggan bertikam lidah dengan
orang yang mengajak bertikam lidah tanpa tujuan “Dan apabila
mereka disapa oleh orang-orang yang jahil (dengan kata-kata yang sesat)
mereka menjawab dengan kata-kata yang damai”. Mereka berbuat
begitu bukan kerana lemah, tetapi kerana jijik dan segan, juga kerana
memelihara waktu dan tenaga dari terbuang sia-sia di dalam tindak tanduk
yang tidak layak dengan seseorang yang mulia, yang sibuk dengan
tugas-tugas yang lebih penting, lebih mulia dan luhur.
Bersambung ….
hisham-ahmad.blogspot.com
"This is a Vape Blogs smokclub brings together vapalien the best e-cigarette products currently on the market, the latest reviews, player discussions and discounts esmokvapor
ReplyDelete"