Daya survival Iman! |
IBADURRAHMAN
(Siri 2). Mereka adalah kelompok manusia terpilih & istimewa di
sisi Allah. Identiti mereka perlu dikenalpasti dan sifat-sifat mereka
perlu dikaji dan difahami. Tidak kira apa jua kedudukan keturunan anda,
kekayaan atau kemiskinan anda, status pekerjaan anda, keelokkan atau
kekurangan paras rupa anda, kekuatan atau kelainan upaya tubuh badan
anda … di atas mukabumi … ia tidak menghalang anda untuk menjadi ahli
kumpulan atau kelompok ini – golongan IbadurRahman.
Hamba-Hamba AR-RAHMAN
Allah
S.W.T. telah melalui Al-Quran yang mulia pada surah al Furqan iaitu di
bahagian akhir surah itu bermula dari ayat ke-63 hingga ke akhir ayatnya
yang ke-77, membicarakan suatu kelompok atau golongan manusia yang
diiktiraf sebagai golongan mukmin terpilih di sisi-Nya, dikenali dengan
istilah “ `»uH÷q§9$# ߊ$t7Ïã” iaitu “IbadurRAHMAN” (Hamba-Hamba AR-RAHMAN). (Disebut selepas ini “Golongan IBR”)
Sifat Pertama Golongan IBR
Allah S.W.T telah berfirman bahawa :
(bermaksud) “dan
hamba-hamba (Allah) AR-RAHMAN, ialah mereka yang berjalan di bumi
dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan
yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” [1]
Tafsiran Pertama[2].
Golongan IBR berjalan dengan ketenteraman dan kewibawaan, tanpa lagak
kuasa dan kesombongan. Jika orang-orang jahil mengata mereka dengan
ucapan yang buruk, mereka tidak membalasnya dengan ucapan yang buruk
pula, akan tetapi mereka memaafkan, membiarkan dan tidak membalas
melainkan dengan perkataan yang baik. Sebagaimana Rasulullah s.a.w.
tidak membalas perbuatan jahil mereka melainkan dengan kesabaran dan
lembah lembut. Mujahid berkata (Qalu salama) iaitu mereka mengucapkan
kebenaran.
Tafsiran Kedua.[3]
Golongan IBR mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri jiwa mereka yang
istimewa, dengan tingkahlaku dan cara hidup yang luhur. Mereka adalah
contoh-contoh hidup yang sebenar bagi kelompok manusia yang dikehendaki
Islam dan contoh-contoh jiwa yang mahu dibentuk oleh sistem pendidikan
Islam yang benar. Merekalah kelompok yang wajar menerima layanan dan
perhatian Allah di bumi. Seluruh manusia adalah terlalu rendah di sisi
Allah untuk diberi layanan dan perhatian andainya tidak ada kelompok
hamba-hamba kesayangan-Nya yang sentiasa bertawajjuh kepada-Nya dengan
merayu dan berdoa.
Inilah
sifat pertama dari sifat-sifat Golongan IBR, iaitu mereka berjalan di
bumi dengan gaya berjalan yang senang dan mudah, tidak ada lagak
pura-pura dan buat-buatan, tidak ada langkah angkuh dan sombong, tidak
ada lagak lucah dan rendah akhlak. Seperti gerakgeri-gerakgeri yang
lain, gaya berjalan juga membayangkan sahsiah seseorang dan mencerminkan
perasaan-perasaan yang tersembunyi di dalam jiwanya. Jiwa yang tenang,
serius dan bermatlamat mencerminkan sifat-sifatnya pada gaya berjalan
tuannya. Dia kelihatan berjalan dengan gaya yang normal, yakin, serius,
bermatlamat, sopan, tenang, gagah dan bersungguh-sungguh. Dengan
kesungguhan, kesenangan, ketenangan dan tumpuan perhatian kepada
persoalan-persoalan besar yang memenuhi jiwa, mereka tidak menghiraukan
ketololan-ketololan yang ditunjukkan oleh orang-orang yang bodoh dan
dungu. Mereka tidak membabitkan hati, waktu dan daya usaha mereka dengan
mencetuskan perkelahian-perkelahian dan perdebatan-perdebatan dengan
orang-orang yang dungu dan bodoh. Mereka enggan bertikam lidah dengan
orang yang mengajak bertikam lidah tanpa tujuan “Dan apabila
mereka disapa oleh orang-orang yang jahil (dengan kata-kata yang sesat)
mereka menjawab dengan kata-kata yang damai”. Mereka berbuat
begitu bukan kerana lemah, tetapi kerana jijik dan segan, juga kerana
memelihara waktu dan tenaga dari terbuang sia-sia di dalam tindak tanduk
yang tidak layak dengan seseorang yang mulia, yang sibuk dengan
tugas-tugas yang lebih penting, lebih mulia dan luhur.
Sifat Kedua Golongan IBR
Allah S.W.T telah berfirman bahawa:-
z`ƒÏ%©!$#ur šcqçG‹Î6tƒ óOÎgÎn/tÏ9 #Y‰¤fß™ $VJ»uŠÏ%ur ÇÏÍÈ [4]
Bermaksud: “dan
mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat
kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri”
Tafsiran Pertama.[5] Ayat diatas dirujuk bersama kepada ayat “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan diakhir-akhir malam, mereka memohon ampun.” (Surah a-Dzariyat: 17-18)
Tafsiran Kedua.[6] Kegiatan
hidup Golongan IBR diwaktu malam pula ialah aktiviti taqwa dn
bermuraqabah dengan Islam, menginsafi kebesaran-Nya dan takut kepada
azab-Nya. Ayat ini menonjolkan gerak sujud dan berdiri bagi ibadat solat
untuk menggambarkan kegiatan Golongan IBR di waktu malam ketika
manusia sedang tidur nenyak. Merekalah golongan yang banyak mengerjakan
ibadah solat kerana Tuhan mereka di waktu malam. Mereka bertawajjuh,
berdiri dan sujud kepada Allah yang tunggal sahaja. Mereka mengabaikan
tidur yang rehat dan nyaman kerana mengerjakan ibadat yang lebih
mendatangkan kerehatan dan kenikmatan kepada jiwa mereka. Mereka sibuk
bertawajjuh dan menghubungkan jiwa raga dengan Allah. Ketika manusia
tidur nenyak, mereka asyik berdiri dan sujud (mengerjakan solat). Ketika
minat manusia menghala ke bumi, minat mereka menjulang ke ‘Arasy Allah
Yang Maha Penyayang, Maha Besar dan Mulia.
Bermaksud: “dan
juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah
azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah
mengertikan 66. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan
tempat tinggal Yang amat buruk";
Tafsiran Pertama.[8] Azab
neraka Jahannam itu tetap dan terus menerus tanpa henti. Ia juga adalah
seburuk-buruk tempat pemandangan dan seburuk-buruk tempat menetap.
Tafsiran Kedua.[9] Ayat di atas menjelaskan
perasaan Golongan IBR terhadap Neraka. Dalam sujud bangun mereka dan
ketika minat dan harapan mereka menjulang tinggi kepada Allah, hati
mereka dipenuhi rasa taqwa dan rasa takut kepada azab Neraka Jahannam
dan mereka berdoa “Wahai Tuhan kami, jauhkan ‘azab Neraka Jahannam dari
kami kerana azabnya adalah suatu keseksaan yang kekal. Sesungguhnya
Neraka Jahannam itu seburuk-buruk kediaman dan tempat tinggal”,
sedangkan mereka belum lagi melihat Neraka Jahannam, tetapi mereka
percaya kepada kewujudannya dan dapat membayangkan rupa bentuknya dari
keterangan-keterangan yang sampai kepada mereka di dalam al-Quran dan
menerusi lidah Rasulullah s.a.w. Perasaan takut mereka yang luhur itu
merupakan hasil dari keimanan yang mendalam dan buah dari tasdiq yang
kukuh. Mereka bertawajjuh kepada tuhan mereka dengan penuh rendah diri
dan khusyuk supaya Allah menjauhkan azab Neraka Jahannam dari mereka.
Mereka tidak merasa aman dengan kegiatan mereka mengerjakan ibadat solat
di waktu malam. Kerana hati mereka dipenuhi rasa takwa , mereka
memandang kecil dan sedikit kepada amalan-amalan ibadat mereka. Mereka
tidak menganggapkannya sebagai satu jaminan keamanan dari azab api
neraka andainya mereka tidak diselamatkan limpah kurnia Allah, keampunan
dan kemaafan-Nya dan rahmat-Nya yang menjauhkan mereka dari azab Neraka
Jahannam.
Ungkapan
ayat ini membayangkan seolah-olah neraka Jahannam itu mengganggu dan
menunggu setiap manusia. Ia membuka mulutnya untuk menelan siapa sahaja
dan menghulurkan tangannya untuk menangkap yang dekat dan yang jauh. Dan
kelompok Golongan IBR sentiasa merasa ngeri dan takut kepada azab
Neraka Jahannam itu dan mereka memohon kepada Allah supaya menjauhkan
Azab Neraka dari mereka dan menyelamatkan mereka dari gangguan dan
tangkapannya.
Kata-kata
mereka menggigil semasa memohon kepada Allah kerana takut dan cemas
“Kerana azab-Nya adalah suatu keseksaan yang kekal’ yakni tetap tidak
terpisah dan bercerai tanggal dengan seseorang. Inilah yang menjadikan
‘azab Neraka Jahannam itu begitu ngeri dan menakutkan “sesungguhnya
Neraka Jahannam itu seburuk-buruk kediaman dan tempat tinggal”, adakah
lagi tempat kediaman yang lebih buruk dari Neraka di mana manusia
tinggal kekal di dalamnya? Di manakah erti tempat tinggal sedangkan dia
menggelupurkan atas pucuk api siang dan malam?
Bersambung ….
[1] Al-Qur’an, Al-Furqan
(25) :63
[2] Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 4) oleh Dr Abdullah Bin Muhammad Bin
Abdurrahman Bin Ishaq Alu Syaikh (Terjemahan) mukasurat 509
[3]Tafsir Fi
Zilalil Qur’an, Terjemahan Dato Yusoff Zaky Haji Yaakob mukasurat 182-183
[5] Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 4) oleh Dr Abdullah Bin Muhammad Bin
Abdurrahman Bin Ishaq Alu Syaikh (Terjemahan) mukasurat 509
[6]Tafsir Fi
Zilalil Qur’an, Terjemahan Dato Yusoff Zaky Haji Yaakob mukasurat 182-183
[7] Al-Qur’an, Al-Furqan
(25) :65 dan 66
[8] Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 4) oleh Dr Abdullah Bin Muhammad Bin
Abdurrahman Bin Ishaq Alu Syaikh (Terjemahan) mukasurat 510
[9]Tafsir Fi
Zilalil Qur’an, Terjemahan Dato Yusoff Zaky Haji Yaakob mukasurat 182-183
"This is cheap vape suppress addiction to a certain extent SCAR-18 Kit
ReplyDeleteand Atomizer vape SMOK SCAR-P3,best vape Scar P5 kit vape acccessory kit of vape"