mati memperjuang kebebasan -mati syahid |
“Saya ingin jadi lawyer! Saya ingin jadi doktor! Saya ingin jadi PM! Saya ingin jadi film maker!”
“Tidak kisah apa jua cita-cita kita dan anak-anak kita dalam urusan
kerjaya di dunia asalkan halal, baik dan berguna. Namun sebagai umat
Islam, kita mesti sewajarnya mempunyai misi dan cita-cita yang sama .
Apakah dia?
Pada
mulanya saya merasakan bahawa cita-cita yang dikongsi bersama ini patut
diberi julukan 1 Malaysia 1 Cita-cita tetapi mungkin tidak sesuai
kerana ia khusus untuk orang Islam. Cita-cita yang perlu dikongsi
bersama ialah cita-cita untuk mati syahid…. Sebagaimana sering dinyanyi,
atau dinasyidkan … Syahid itu cita-cita kami.
Syahid adalah cita-cita kami.
Bicara kematian & ingin mati syahid
Dalam
bicara soal kematian, kita sentiasa berdoa agar diberikan pengakhiran
hidup yang baik, dan tidak diakhirkan dengan kesudahan yang buruk. Umat
Islam di negara ini meninggal dengan pelbagai musabab kematian. Kita
sendiri tidak tahu musabab kematian apa yang akan kita akan lalui bagi
menuju alam barzah. Asalkan ia kematian yang baik (dengan keampunan),
itu yang penting.
Namun
kita sedar sebolehnya kita tidak mahu melalui kematian yang
memenderitakan atau kelihatan ngeri dan memenderitakan melalui pandangan
luaran. Sepertimana sering tersiar dan terpapar di t.v. dan akhbar.
Tidak perlu saya memberikan contoh dan perincian. Kemalangan kenderaan
dan penyakit yang membawa kesakitan antara musabab yang dianggap lazim
bagi kematian. Bila sahaja, ketika kita memandu kereta, sama ada kita
tercuai atau pemandu lain yang tercuai, risiko sentiasa ada antara
minima hingga maksima. Cedera ringgan, parah, koma atau kematian.
Sedangkan
di atas semua itu, kita tahu betapa tingginya nilai kematian seorang
syuhada. Syahid di sisi Allah. Syahid yang sebenar. Sebagaimana
sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang terkorban di medan perang melawan
kuffar. Sahabat seperti Umar, Ali, Uthman yang dibunuh. Sebahagian
sahabat ini meminta syahid dalam medan perang, lalu Allah mentakdirkan.
Kisah Syahid Atas Permintaan
(1) Demi Allah, Bukan Untuk Ini Aku Mengikutimu [1]
Setelah diberi bahagian rampasan Perang Khaibar, seseorang sahabat bergegas menemui Nabi s.a.w. Dia berkata, “Apa ini, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Itu adalah bahagianmu.” Dia berkat , “Wahai
Rasulullah, demi Allah bukan untuk ini aku mengikutimu. Tetapi, aku
mengikutimu agar busur panah mengenai ini (sambil menunjukkan ke
lehernya), sehingga aku mati dan masuk syurga.” Nabi s.a.w. memandangnya sambil berkata, “Jika engkau jujur kepada Allah, pasti dia memberikan kepadamu.” [2]
Lalu
lelaki tersebut menyertai satu peperangan dan gugur sebagai syahid. Ini
bukan suatu yang pelik dan aneh. Anehnya ialah panah musuh itu
betul-betul mengenai tempat yang dia tunjukkan kepada Rasulullah (iaitu
lehernya). Mereka membawa jenazahnya kepada Nabi s.a.w. Baginda
mengembalikan telapak tangannya dengan rasa terkejut sambil berkata, “Betulkah dia? Dia telah jujur kepada Allah sehingga Allah memberikan kepadanya.”
(2) Demi Allah Sungguh Menakjubkan!
Sebelum
Perang Uhud berlangsung, setiap sahabat berdoa kepada Allah dengan
pelbagai doa. Namun yang menakjubkan adalah doa Abdullah ibn Jahsy.
Beliau berdoa, “Ya Allah, aku meminta kepadamu agar esok ada salah
satu pasukan kafir yang betul-betul kuat. Aku dan dia saling bertarung
hingga aku dapat membunuhnya. Lalu kau berikan kepadaku salah satu
pasukan kafir yang betul-betul kuat, yang aku dan dia saling bertarung
hingga dia membunuhku, merobek perutku, memutuskan telingaku, dan
memotong hidungku. Dengan begitu, aku akan menemui-Mu pada hari kiamat
dalam keadaan demikian. Dan ketika engkau bertanya kepadaku, “Mengapa
hal ini boleh terjadi padamu, Abdullah? Akan aku jawab, ‘Demi Engkaulah
wahai Tuhan. Sehingga dia pun berkata, Engkau telah jujur.”
Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah apa yang diucapkan oleh Sa’d ibn Abi Waqqas. Beliau bercerita, “Aku
terus mencarinya (Abdullah). Demi Allah, aku lihat sesuatu yang
menakjubkan. Kulihat perutnya robek, telinganya putus, hidungnya
terpotong, dan disampingnya ada dua orang kafir yang terbunuh.”
Ketahuilah, jika engkau jujur kepada Allah, pasti Allah akan memberikannya kepadamu. Sanggup?
“Dan
jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan
mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki;
(Dan
juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid)
yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan
berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum )
sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak
pula berdukacita”.[3]
Doa Mati Syahid
Berdoalah
untuk mati syahid. Berdoalah bagi kematian seorang syuhada. Usah kita
gentar dan berbelah bagi. Berdoalah. Mintalah sejujur rasa dan hati.
Untuk
mengurangkan rasa ngeri dalam diri, kita juga memohon agar Allah s.w.t
mentakdirkan ia berlaku ke atas kita, ketika dan saat itu kita bersedia.
Benar-benar bersedia. Kita juga berdoa agar ia dipermudahkan bagi kita,
dan kita diberi kekuatan untuk mengharunginya.
Bagaimana ia akan berlaku, tentulah kita tidak tahu. Sekiranya Allah mengkehendaki, pasti ianya terjadi.
Walaupun begitu wahai saudara-saudaraku…
Ada suatu rahsia indah untuk dikongsi.
Sekiranya mati syahid itu tidak tercapai pada realiti, martabat seumpama masih boleh perolehi.
Bagaimana begitu? Apakah aku permainkan perasaan mu? Tidak. Sabarlah dahulu.
Hadith Sahih.
الرابع
:عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ
وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم
-،قَالَ:"مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ
مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ". رواه
مسلم.
Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan
benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’,
meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.” [4]
Hadith
ini menyatakan bahawa ketulusan niat membolehkan seseorang mencapai apa
yang telah dicita-citakan dan seseorang yang berniat untuk mengerjakan
suatu amal kebaikan, maka dia diberi ganjaran pahala, meskipun dia tidak
berpeluang mengerjakannya. Begitu juga jika dia mengimpikan mati
syahid…
-
Lalu apa lagi yang melekakan kita?
sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com
Berminat: sebahagian isi artikel ini juga adalah daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf
- Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau
hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif
dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita
solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad),
mahu susah atau muassasah dan lain-lain. (Berminat sms: 019-7272817,
hishambp@yahoo.com.my)
No comments:
Post a Comment