Social Icons

Pages

Thursday, March 6, 2014

Kekeliruan Kita Hari Ini dan Kemunculan Dajjal



Dunia hari ini mungkin berada dalam keadaan kebenaran yang diselaputi asap seperti ada disebut dalam satu hadith nabi. Apakah maknanya? 

Adakah ia bermaksud bahawa kebenaran dan kebaikan tidak dapat dilihat jelas kerana sering dikaburi dengan keburukan dan kejahatan. Antara persepsi negatif yang tinggi dan realiti negatif yang tinggi, saling menyaingi, mana sebenar lebih tinggi. Dahulu suatu perkara yang jelas salah, kini dah tak nampak sangat macam salah kerana semakin dilakukan oleh ramai orang. Bahkan ia mungkin diterima sebagai suatu keadaan yang biasa. Akhirnya yang salah dilihat sebagai betul, yang betul dilihat sebagai salah. Apa yang mungkar dilihat sebagai makruf, manakala yang makruf dilihat sebagai mungkar.

Sebagai contoh berkaitan generasi muda ialah budaya ‘ber-couple’ iaitu berdua-duan, membonceng motor bersama, belajar berdua,  tonton wayang dan lain-lain yang seumpamanya di mana kesemua itu adalah siri-siri perlakuan mukadimah ke arah dosa besar zina. Ia amalan kotor tetapi dianggap perkara biasa dan diterima masyarakat. Akhirnya ia menjadi budaya kita.

Manakala jika ada anak gadis dan teruna yang tidak melakukan perkara yang sama, mereka pula yang merasa terasing, pelik dan seperti ‘kera sumbang’. Inilah apabila yang salah dan dosa dianggap betul dan baik manakala yang baik dan betul dianggap salah dan pelik.  

Perkara yang sama menimpa alam pekerjaan, apabila yang tidak mematuhi masa kerja dianggap perkara biasa manakala yang patuh pula dianggap pelik. Manakala dalam bab rasuah pula, saya tidak pasti jika ia telah samapai ke peringkat menjadi budaya kita tetapi apa yang jelas ia diberi jenama, label atau ‘nafas’ baru seperti politik wang, duit kopi dan lain-lain.

 Dulu Kassim Selamat dihina oleh ‘ibu mertua’ kerana tidak layak atas status ahli musiknya tetapi hari ini berduyun-duyun muda mudi mencuba nasib menguji bakat untuk menjadi penyanyi, pelakon dan pelawak.  3 bidang idaman masa kini. Tanyalah mana-mana mufti setakat mana bidang mereka ini dalam keadaan realiti hari ini, memberi manfaat kepada agama dan umat. 

Terdapat banyak lagi kekeliruan yang membingungkan. Fikirkanlah sendiri. Dalam keadaan begini, siapa pula yang masyarakat jadikan tempat rujukan; adakah golongan Ruwaibidah atau ilmuwan yang benar? 

Melihat kepada sekian macam pendapat dan pandangan yang bodoh, pelik, tidak masuk akal, tidak rasional dan/atau menyakitkan hati yang dilontarkan di tengah masyarakat pada hari ini atas pelbagai isu, adakah golongan Ruwaibidah boleh ditafsirkan sebagai wujud juga dikalangan pemimpin politik, golongan ustaz, penjawat jawatan tinggi atau bagaimana? 

Semua kekeliruan ini berpunca kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita berfikir, melihat dan menilai sesuatu. Faktor utamanya ialah:-

Apa yang penting di sisi Allah, tidak lagi penting di sisi kita.

hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment