Antara isu
terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-
1) Raih Taqwa
& Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya
menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan
ini.
2) Bulan
Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran
diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk
dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan
kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk
berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran
Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda
Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti
bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini.
Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal
merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir
puasanya.
4) Kaedah
Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda
Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu
diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah
sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin
mengajak kepada kemaksiatan.
Diringkaskan
dari sumber www.zaharuddin.net/
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment