Social Icons

Pages

Sunday, June 1, 2014

Babi Macam Biskut -Kejap ada kejap takda



Kejap ada, kejap takda. Macam biskut apa tu? Oreo? Entahlah, dah lupa. Kini, babi pun nampaknya macam tu juga. Kejap ada dalam coklat , kejap dah takda pulak.

Mula-mula tu, kajian dibuat buktikan ada babi dalam coklat, maka jelas hukumnya haram.

Lepas itu Pengerusi Majlis Fatwa kata; walau ada babi tapi halal atas hujah Umum al Balwa. 

Sekarang, kajian terbaru- buktikan -babi dah takda dalam coklat, maka halal.  

Kasihan kepada mereka yang dah terbuang coklat-coklat itu ke tong sampah, kalau agak-agak masih boleh diambil balik, ambillah. Sayang kalau membazir. 

Kasihan juga bagi yang dah terlanjur menjolok tekak untuk memuntahkan coklat yang dah ditelan dan begitu juga jika ada yang telah menelan air tanah untuk menyamak sisa-sisa babi yang sedang dicerna didalam perut sebelum khasiatnya dihantar melalui urat darah ke seluruh tubuh. 

Tidak kisah lah apa-pun.  

Engkau semua buatlah apapun kajian atau fatwa, yang pasti aku dah keluarkan fatwa sendiri bahawa aku dan keluarga takkan sentuh lagi coklat tu kerana:-

bukan sekadar dah hilang selera! 

…tapi dah hilang PERCAYA!

hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment