we hereby declare war ... |
Memang keras perkataan di atas. Tidak peduli kita kalau ia
perlu difahami secara literal @ harafiah atau kiasan @ sindiran. Mana-mana satu
pun cara bacaan, tiada bezanya pada hakikat.
Hakikatnya entah berapa ramai orang
Islam telah dimasukkan babi atau unsur babi dalam tubuh mereka, …. atau secara
ringkas dibabikan. Perlakukan dibabikan pada tubuh itu adalah tanpa kerelaan,
maka ia umpama satu jenayah perkosa, rogol, ceroboh terhadap tubuh badan.
Kasihan kepada sesiapa yang telah
memakan coklat babi itu!
Terasa dikhianati tapi siapa sebenar yang khianat itu,
sebenar-benarnya?
Coklat itu sendiri atau syarikat kaya sekian lama berjasa membantu
ekonomi negara yang takkanlah kerana nila setitik rosak ‘arak’ sebelanga atau
adakah ianya sipemantau agama yang diletakkan harapan padanya kerana dah memang tugas mereka atau
keseluruhan sistem yang kecewa dan semakin mengecewakan kita?
Baru sekarang kita rasa dikhianati. Apabila
satu kes dibukti. Bagaimana tentang pelbagai produk makanan lain. Bagaimana dapat difahami antara :-
(1)
batas minima halal pada syarak atas hujah selagi tidak
dibuktikan haram ia adalah halal atau jika pada ‘surface’nya halal ia adalah
halal, (walau ada sebenarnya ada elemen haram pada kandungannya, tanpa
diketahui)
(2)
kepada mengelakkan syubhat dengan nasihat agar meninggalkan
yang meragukan.
(3)
Hingga kepada tujuan maksima, iaitu mencari keberkatan pada
makanan yang halal, baik tanpa elemen syubhah dan meragukan.
Ilmuan-ilmuan agama banyak mendatang
perbahasan tetapi kurang merujuk pada realiti kes dan contoh-contoh real dan
praktikal seperti ada di pasaran, seperti yang kita dan anak-anak kita makan.
Kita lihat bagaimana banyaknya jajan-jajan bukan sahaja buatan cina tempatan
tapi dari tanah besar cina yang tiada tanda halal yang entah apa bahan-bahan yang
digunakan khususnya pada pelbagai coklat, gula-gula dan manisan dan dijual pula
dengan harga sangat berpatutan. Ia dijual begitu berleluasa dan menjadi mamahan
dan kunyahan kegembiraan anak-anak kita termasuk di sekolah agama, pusat
tahfiz, sekolah pondok, tadika Pasti atau bukan Pasti dan lain-lain. Saya menyaksikan sendiri.
Tentulah mereka yakin halal walau
tak Toyyib, dan tentu mereka juga rasa tidak ada unsur syubhat, meragukan ..
kalau tak, takkan mereka tergamak, sanggup jual, tapi takkanlah pula ada keberkatan.
Persoalan;- apa ukuran agama
sebenar-benarnya secara ilmiah dan amalan praktikal pada isu ini?
Kita lihat bagaimana tema promosi bank
islam iaitu mencari yang halal itu fardu. Lagi, ada ilmuan yang menekan kepada
memastikan logo halal jakim atau yang diiktiraf yang mengandungi no siri sebagai satu syarat
tugasan orang Islam dalam melepaskan tanggungjawab mencari dan memastikan yang
halal.
Sebaliknya ada ilmuan lain pula mengatakan selagi mana pada luaran yang
terlihat adalah halal, maka halallah. Buat apa nak pergi sampai ke dapur. Ada
contoh hadith-hadith diberikan yang boleh dijadikan kes bandingan
@ kiasan contoh keadaan. saya masih ingat lagi lama dahulu, ceramah Ust Samsuri betapa baiknya (wajib?) kita bertanya mee yang digoreng di kedai makan itu? Kalau dia ambil mee cina sebab tahan lama, nanti agak-agak boleh tahan lama dalam neraka. Gitulah, yang ingat dan yang tak diingat. Tidak jelas penekanan ustaz adalah ia isu halal haram atau berkat tidak berkat? Inilah sebahagan contoh perbezaan pandangan yang perlu diperbahaskan kembali dan didatang rumusan panduan terbaik dan difahami.
Tolonglah wahai ustazah pilihan atau
ustazah solehah termasuklah yang semanis kurma atau grup pencetus ummah sekalipun merasakan diri daie
bukan mufti, juga imam-imam muda atau lebih baik yang menggelarkan diri mereka grup
ulama muda –selagi mereka tidak terpaksa letak jawatan bila dah tua, atau panel-panel Tanyalah
ustaz, tidak kisah lah jika ada ustaz-ustaz itu yang menjadi ikon produk sunnah
dari kurma, buah tin, zaitun yang dijampi yang dapat bantu membersihkan hati (tetapi macammana
nak bersih - takkan nak makan ini sahaja kerana malangnya kami terpaksa makan
juga produk tak sunnah? seperti nasi, cekodok, ayam, biskut, mee tiaw, mee goreng, perut tahu, bebola-bebola
daging, ikan dan bla-bla-bla hingga kepada pelbagai jajan, coklat, gula-gula
dan sebagainya) atau kami minta masa 10 minit sahaja daripada Ustaz Don daripada
30 minit masanya untuk menjelaskan isu ini sebagaimana sebahagian masa itu
pernah diguna untuk menjawab isu kontraversi dan sensasi melibatkan diri
sedangkan ini isu sensasi dan kontroversi melibatkan ummah ini.
Perjelaskan kepada kami sejelas Kristal … panduan yang berkesan dan praktikal.
Agak-agaknya tanpa kita sedari
berapa banyak bahan haram, syubhah yang masuk ke perut anak-anak orang Islam?
lihat tingkatan ketakutan di bawah:-
1. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat oleh bukan Islam.
2. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat dan dan dijual oleh orang islam yang bahan mentahnya dibuat oleh bukan Islam
3. bayangkan berapa ramai orang bukan Islam yang benar-benar faham halal dan haram dan diantaranya pula berapa ramai pula yang melaksanakan dan mematuhinya
4. bayangkan betapa banyak pelbagai makanan yang dijual tanpa cop tanda halal sebahagian produk tempatan sebahagian produk negara cina atau luar negara
5. bayangkan betapa banyak produk yang ada cop halal tanpa no siri, atau cop halal buatan sendiri, iaitu cop halal yang di cop sendiri
6. betapa banyak cop halal yang sah bernombor siri -tapi tidak pernah ditelefon dan disahkan -yang jika ditelefon - tarikh sah halalnya dah berakhir - cop halal luput tarikh
7. bagaimana coklat yang dapat cop halal yang bernombor siri yang sahih tapi ada BABI atau sebahagian dari gen BABI . Jika begini, apa jaminan produk cop halal sah yang lain.
8- bayangkan pula cara pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa agama melayani syarikat 2 pengkhianat itu. Adakah anda puashati bahawa ia dibuat kerana menegakkan syariat Allah dan kepentingan ummah 'without fear and favour'?

Akhirnya, pada siapa kita dapat
lagi bergantung harap - melainkan kepada Allah dan usaha kita sendiri.
Justeru, sudah tiba masanya kita ambil langkah berhati-hati lebih tinggi menepati nasihat baginda nabi (saw)- yang sebahagiannya yang saya ingat dan tak ingat iaitu ‘tinggalkan apa yang meragukan ...kepada yang tidak meragukan’

-sementara menunggu jawapan
panduan dan bimbingan terbaik dan praktikal daripada ilmuan-ilmuan agama kita.
Dan Allah jua yang maha mengetahui.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment