Social Icons

Pages

Friday, May 9, 2014

Kesian Kelantan. Terbukti? Belum kondusif lagi...



Kesian Dato Mohd Amar, TMB Kelantan.  Dia bukan sahaja terpaksa memahamkan  Dato Wee (MCA) yang masih banyak tidak faham, tetapi terpaksa pula berhadapan dengan Dr Asri dan Dr Musadad yang kelihatannya dapat dianggap sebagai tidak bersetuju lagi dengan hasrat Kelantan. Itulah apa yang dapat disaksikan dalam wacana anjuran Kumpulan Karangkraf, ‘Hudud: Bersediakah Kita?’

Isunya ialah selagi mana suasana yang kondusif itu tidak dibuktikan. 

Sekiranya dikatakan Dr Asri dan Dr Musadad ini mewakili sebahagian suara ilmuan islam kita dan mendapat sokongan sebahagian daripada masyarakat Islam, adakah secara tidak langsung bermaksud masih ramai dari masyarakat Islam yang merasakan bhw belum masanya untuk hudud di  Kelantan, iaitu atas isu yang sama…suasana belum kondusif? 

Saya suka kepada ketelusan perbahasan wacana ini tetapi terfikir sama ada ia sesuai dibicarakan dihadapan umum termasuk didepan bukan islam apabila terdapat pertentangan dari aspek sama ada syarat bagi perlaksanaan hudud telah dipenuhi atau tidak; termasuk isu ‘suasana kondusif’ itu sendiri. Pad hujahan Dr Asri dan Dr Musadad itu sendiri seakan menyatakan kepada kita bahawa terdapat berapa aspek lain yang sepatutnya diutamakan dan dilaksanakan Kelantan, tetapi dianggap tidak dilakukan. Masih bnyk perkara perlu diperbetulkan. 

 Bagaimana sekalipun bahasa yang berlapik dan lembut digunakan….  maksudnya tetap dapat ‘ditangkap’… hudud belum patut dilaksanakan dahulu

Oleh itu, dalam keadaan masih ramai ilmuan islam sendiri yang tidak begitu jelas dan masih mempunyai banyak keraguan pada aspek perlaksanaan hudud  itu sendiri, tentulah ia sekadar menambah sebab dan alasan kuat bagi MCA, DAP dan sekian ramai bukan Islam untuk menolak hudud itu.

Kata orang bukan Islam ini;  “sarjana islam sesama sendiri masih tidak begitu yakin sesama mereka tentang perlaksanaan hudud oleh Kelantan ini!”

Lalu orang bukan islam menggulung  perbahasan mereka dengan hujah yang sama yang kerap  diulang pakai  oleh sarjana2 Islam itu: 

terbukti sekarang suasana atau keadaan belum kondusif!….”


saya ;- apako benda kondusif itu? apa standardnya? apakah benar sekarang ini belum kondusif lagi? apakah benar perlu syarat kondusif itu? nantikan beb...  

hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment