Social Icons

Pages

Saturday, June 28, 2014

Ramadan. tiada pilihan, antara celaka dan...



Jom sumbang wang ke akaun Syria Care!
 Tahukah kita, jika, seandainya dan kalaulah kita meneliti makna literal hadith di bawah ini, tentu kita akan merasa gerun untuk kita berbuat ‘bodoh’, ‘tidak kesah’ atau ‘lantaklah’. 

Sebaliknya kita pasti akan memberikan perhatian agar usaha bersungguh dapat dilakukan supaya kita tidak mendapat kesudahan yang mengerikan atas pilihan yang bodoh dan merugikan.

Itulah dua pilihan yang ada. Dua pilihan sahaja. Tidak kurang, tidak lebih, hanya dua. Pilihan itu ada ditawarkan secara rasmi pada bulan Ramadan.

Jangan ingat saya main-main atau bergurau senda, kerana ‘tak kuasa’ dan ini bukan masanya. Nanti termasuk dalam ‘kata dusta’ yang menjejaskan kesempurnaan puasa. Ini adalah kes serius dan top priority’ sebab ia datang dari doa malaikat yang diaminkan nabi. Ya, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang kita amat sayangi. 

Kita perlu pilih salah satu. Kalau kita tidak pilih, ia tetap akan pilih untuk kita. Sama ada secara sedar, tidak sengaja atau terleka. Justeru pastikan pilihan kita tepat, buat pilihan sekarang ini kerana masih sempat, nanti kalau dah terlambat, terdedah kepada musibah dan laknat.
Pilihan apa? Inilah dia. 

Pilihan antara mendapat kecelakaan atau mendapat keampunan.

Maknanya,  pada Ramadan ini, kita tiada pilihan melainkan terpaksa memilih antara pilihan untuk mendapatkan keampunan atau kecelakaan. 

Jadi, bila dah pilih keampunan kenalah berusaha keras memenuhi syarat dan termanya tapi kalau pilih kecelakaan.... takkan lah ada orang islam nak pilih ini!

 Terjemahan hadith :  
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 

Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Oppps!, Maaf, jangan lupa, wahai saudara-saudariku semua. 

Ada 2 lagi perkara tersangat penting dalam hadith ini untuk diberi perhatian dan tanpa tangguh, diambil tindakan, iaitu berkhidmat kepada kedua orang ibubapa atau (jika seorang telah mati), salah satu daripadanya dan kewajipan berselawat apabila nama baginda disebut atau didengari orang menyebut nama baginda  nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam

Wallahu taala alam 

hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment