Hari
itu, anak saya darjah 4 dan darjah 2 melepak dengan saya di pejabat, sambil study
ringan. Saya pula buat kerja saya. Anak saya darjah 4 yang menelaah bahasa
melayu kemudian bertanya; “abah, apa maksud ‘bolak-balik’? Saya terdiam kejap
kemudian menjelaskan pada mereka lebih kurang beginilah’ “maksudnya macam orang
yang tidak tetap pendirian, kejap cakap macam ni, lepas itu cakap lain, atau
bila dia buat satu keputusan, kemudian dia tukar, lepas itu tukar lagi. Lebih
kurang macam itulah.”
Setelah
menghampiri waktu zohor. Saya pun kata, “Dah jom balik, kita singgah beli
aiskrim..cepat kalau lambat tak sempat, nak solat.” Mereka bergegas berkemas.
Setelah
naik kereta dah bergerak balik, saya tiba-tiba berkata “alah, tak jadilah nak
beli aiskrim, balik teruslah rumah (Surau depan rumah).”
Tiba-tiba
anak saya yang darjah 2 menjadi geram sambil merayu kepada saya dengan kata-kata
akhirnya “……. ,abah ini bolak-baliklah!”
Saya
terkesima mendengarnya.
Cepat
sekali saya “dibelasah.” Mereka tidak tahu saya tukar keputusan atas sebab yang
munasabah … kerana adik kecil mereka batuk, (nanti nampak dan hendak)…. tapi mereka pasti ada jawab
balasnya juga (seperti kita berhenti dahulu makan tempat lain, habis baru
balik) dan saya juga pasti ada jawab balasnya (seperti tak sempat, kerana dah
nak azan).
Begitulah, akhirnya sebagai ‘Presiden’ rumah, maka saya tetap tukar keputusan saya… kerana percaya itulah paling baik.
Begitulah, akhirnya sebagai ‘Presiden’ rumah, maka saya tetap tukar keputusan saya… kerana percaya itulah paling baik.
Saya
tersenyum bila terkenangkan kes kekecohan PAS kesan ‘pertukaran’ keputusan
Presiden PAS. Bagi sekian ramai, mungkin pada mereka Presiden PAS dianggap ‘berbolak-balik’!.
Satu sikap tidak terpuji apalagi datang
dari pemerintah tertinggi parti Islam.
Maka
rasa marah manusia-manusia yang marah tidak dapat dibendung lagi,… lalu
disampaikan secara jelas dan keras, secara sindiran atau kutukan. Lalu kemarahan
mereka ini disambut dengan kemarahan oleh mereka yang marah dengan kemarahan
kepada Presiden PAS. Lalu sekali lagi, rasa marah itu disampaikan secara jelas dan
keras, secara sindiran atau kutukan.
Rasa
marah yang saling sambut –menyambut dan balas membalas (‘mutual
and reciprocal’) itu dicucuh marak oleh
pengadu-pengadu domba, akhirnya menjadi api amarah dan unggun fitnah yang menyala membakar dengan sang syaitan dan iblis berjoget bersorakan dikelilingnya. Wallahua alam.
Saya
pada asalnya juga marah dengan perubahan keputusan Presiden PAS. Saya juga seperti
terasa ada unsur bolak-balik yang berlaku. Kemudian saya sedar siapa saya untuk
marah? Siapa pula yang saya marahkan? Dan apa manfaat untuk saya marah? Tiada. Saya menjadi sabar dan tenang.
Sebagai
mana kisah saya dengan anak-anak saya tadi,
saya percaya Presiden yang thiqah itu tentulah ada sebab yang kuat
menukar ijtihad keputusannya dan tentulah amat sukar untuk dia lakukan tetapi
dia meyakini ia perlu dilakukan. (Saya tidak katakan keputusan itu semestinya
tepat.)
Sepertimana
kita percaya Anwar Ibrahim tidak mungkin mahu menjahanamkan partinya (yang lahir
suci dari kezaliman besar suatu ketika dulu, sekalipun kini kita bingung kenapa dia
tetap mahukan isterinya sebagai MB pada harga risiko tertinggi)…. kita juga
percaya Presiden PAS begitu juga. Tidak mungkin beliau mahu menjahanamkan
Partinya. Beliau tahu ia suatu keputusan yang sukar, mengundang tekanan, cabaran
dan berisiko besar kepada perpecahan ahli-ahli dan penyokong partinya… suatu risiko tertinggi.
Maka
Presiden Pas tidaklah berbolak balik. Saya
juga tidak marahkannya (lagi) .. saya memilih memaafkannya atas apa yang dilakukan …
sekalipun kalaulah mungkin …seandainya nanti keputusan itu dilihat sebagai tidak
tepat.
Terimalah…
keputusannya atas dasar ia datang dari ketua tertinggi dan disokong badan kuasa agama tertinggi parti. Maka ia perlu dihormati selayaknya.
Tetapi tidak mengapa untuk kita tidak bersetuju. Tiada jaminan keputusan itu tidak silap. Boleh jadi juga ia satu keputusan yang merugikan! Tapi suarakan ketidak setujuan secara bernas, berhemah dan berhujah, tidak cara maki dan caci.
Sebagai contoh, pandangan yang diberi oleh Setiausaha, Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS yang berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor. Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS. (http://www.malaysiakini.com/news/274151)
Tetapi tidak mengapa untuk kita tidak bersetuju. Tiada jaminan keputusan itu tidak silap. Boleh jadi juga ia satu keputusan yang merugikan! Tapi suarakan ketidak setujuan secara bernas, berhemah dan berhujah, tidak cara maki dan caci.
Sebagai contoh, pandangan yang diberi oleh Setiausaha, Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS yang berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor. Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS. (http://www.malaysiakini.com/news/274151)
Kepada
semua, yang marah dan yang marah kepada yang marah. Janganlah marah atau
berhentilah marah!
Firman
Allah (bermaksud): (Assyura
(42) : 36-37)
“36. Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu
adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan
lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan Hanya kepada Tuhan mereka,
mereka bertawakkal.
37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi
dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah
mereka memberi maaf.”
Ayat
pertama di atas menyatakan bahawa; “sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah
kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih
kekal.”
Sesuatu
perkara yang kita dapat atau nikmati adalah hanya sebagai kemudahan, kesenangan,
keperluan (utilities, worldly life) yang bersifat keduniaan. Dalam erti kata
lain ianya tidak penting, sementara dan tidaklah begitu bermakna
(insignificant) apalagi jika dibandingkan dengan perkara baik yang akan
diberikan kepada orang beriman di akhirat.
Keseronokan
sebenar itu adalah di syurga. . “dan yang ada pada sisi Allah lebih baik ….”
Dunia ini lebih hampir (depan mata kita) tetapi lebih
rendah statusnya (is closer and inferior) dan ia adalah benda yang kita gunakan
di sini, apa yang Allah ada di sisi-Nya untuk kita kelak adalah lebih baik dan
kekal (khairun wa abqa) (is longer lasting).
Semua ada yang ada disisi kita didunia ini adalah ada jangka hayatnya dan hayat mudanya.
Rumah makin buruk, makin rosak. Pakaian makin lusuh. Kereta mulai meragam. Semuanya menjadi susut nilai. Kawan dan teman, kadangkala membawa diri masing-masing, sibuk dengan urusan sendiri, berhijrah, berpindah. Umur makin tua. Tenaga makin kurang, lemah.
Kuasa politik juga akan hilang!
Kita tahu setiap perkara yang kita miliki dan kita rasa seronok dengannya tidak kekal lama. Kita tahu setiap perkara dunia yang bermatian kita usaha dan kejarkan, hanya sementara, tidak lama dan untuk sementara. Ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita mati.
Justeru
mengapa tidak kita bekerja keras dan fokus untuk suatu yang lebih baik , lebih
kekal dan jauh lebih istimewa… kepada sesiapa yang bukan sekadar beriman tetapi benar-benar beriman (for
those who really believe).
Allah tidak berkata kepada orang beriman yang umum sekalipun ia termasuk juga tetapi ia lebih khusus kepada mereka yang benar-benar beriman dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.
Golongan ini meletakkan keyakinan yang eksklusif bagi pergantungan penuh mereka kepada Tuhan mereka. Mereka sedar bahawa apa yang ditawarkan oleh Tuhan mereka di alam akhirat (syurga) itu adalah lebih baik dan lebih kekal, menunjukkan mereka meletakkan kepercayaan kepada janji Tuhan mereka bagi tawaran akhirat itu sekalipun ‘something you have not even seen, touch or smell, only heard about’ adalah memadai untuk mereka mempercayai kata-kata Tuhan mereka. Itulah yakin (trust) dan bertawakal.
“Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.”
Mereka yang beriman tadi adalah golongan yang menjauhi dosa besar dan segala bentuk ketidakmaluan, kehinaan (shamelessness).
Fawahisy, (Shamelessness) adalah ketidakmampuan, kegagalan untuk mengawal emosi, godaan dan kekangan nafsu, syahwat , contoh ada rasa amarah, lalu melepaskannya. Anda tidak dapat mengawal diri. Seseorang yang tidak malu tentulah tidak sukar juga untuk dirinya menjadi marah atau melepaskan kemarahan.
Mereka juga melindungi diri mereka daripada dosa besar dan segala perkara yang menjatuhkan maruah dan mendatangkan kehinaan. ( All form of shameless).
Inilah dia
tentang kawalan kemarahan atau menangani panas baran. Iaitu bila sahaja kita menjadi marah, atau
berlaku kejadian yang boleh dan dapat membangkitkan marah kita, maka kita
ingati bahawa mereka yang beriman ini, dalam kedudukan ayat ini ialah mereka
yang apabila marah mereka memaafkan :-
Bila mana mereka
marah, mereka memaafkan. Tidak tertulis ayat itu, apabila mereka marah, mereka
sabar atau mereka menenangkan diri… tetapi apabila marah, apabila mereka
menjadi marah… mereka memaafkan.
Memaafkan
adalah pada kedudukan yang lebih tinggi. Adalah suatu yang sudah sukar untuk
menenangkan diri, menahan diri atau
bersabar, …tetapi untuk memaafkan… ia suatu tindakan yang begitu mulia,
merangkumi dan diatas tingkatan sifat mulia yang lain seperti sabar.
Ganjaran
kepada sifat ini sangatlah besar. Tidak dapat digambarkan.
..to bet angry
and then calm down, it is hard enough.
Bayangkan
seseorang membuatkan kita sangat marah….. tetapi kepada orang-orang yang benar-benar
beriman dan bertawakal kepada Allah… yang mahukan ganjaran di akhirat yang
lebih baik dan lebih kekal….akan mampu bukan sekadar untuk bersabar dan menenangkan
diri tetapi mampu memaafkan….
Betapa hebat
dan tingginya standard yang Allah tetapkan bagi orang-orang beriman. Mungkin ini
bukan satu kemestian (mandatory) bagi orang biasa, tetapi itulah sifat dan ciri
mereka yang berada di kelas tinggi itu, disisi pandangan Allah s.w.t. Itulah
syaratnya jika kita mahu berada dalam golongan itu.
“40.
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, Maka barang siapa
memaafkan dan berbuat baik. Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.
Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. “
“Maka
pahalanya atas (tanggungan) Allah..” Fa ajruhu…a’lallah.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment