Social Icons

Pages

Tuesday, August 12, 2014

Kita sayangkannya tetapi reality bites. (Rayuan kepada Majlis Syura)



Sesuatu fatwa atas sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlaku perubahan fakta pada hal sesuatu keadaan yang mewajarkan fatwa itu disemak semula dan kemudian dikekalkan, dipinda atau dimansuh dan digantikan baru. (Cth- Kalau dulu fatwa merokok itu dihukum makruh… kini dimansuh dan digantikan dengan fatwa yang menghukumkan haram). 

Semoga Majlis Syura PAS menyemak semula ‘fatwa’ ‘mempertahankan Khalid Ibrahim’ berdasarkan perkembangan-perkembangan terbaru. 

Kita sedar betapa tegasnya Tuan-tuan guru PAS seperti Tuan Presiden, Mursyidul Am dan Timbalan dan kita juga sedar betapa kerana ia keputusan konsensus kepimpinan ulama tertinggi PAS, yang dibuat atas dasar mencari keredaan Allah, maka ia suatu keputusan yang insya Allah berkat dan mendapat rahmah daripada-Nya. Itulah pegangan kita.  

Namun ia juga adalah fakta agama bahawa tiada jaminan keputusan itu betul dan tepat atau ia mungkin tepat dan betul ketika itu tetapi tidak pada waktu yang lain (selepas itu); maka memahamkan kita bahawa adalah tidak salah untuk ia dipertimbangkan semula atas dasar ia suatu isu penting yang memberi kesan besar kepada matlamat besar yang diusahakan selama ini.

Khalid Ibrahim. Kita sayangkannya kerana kita percaya dia telah banyak berusaha melakukan kebaikan kepada bumi Selangor melalui jawatannya sebagai MB. Kita percaya dia lebih baik dari semua MB sebelum ini. Tetapi kini ada isu yang timbul berkaitan dengannya. Maka Kepimpinan atasan (partinya) mahu menukarnnya. 

Itulah dia realiti dan realiti itu menggigit. 

Saya tidak mahu membincangkan lagi dari sudut 100 alasan kenapa perlu ditukar dan 100 alasan tidak perlu ditukar. Sudah terlalu banyak dibincang dan diketahui.

Saya juga tidak mahu menyatakan agar Majlis Syura menilai semua tafsiran syarak dari sudut keluasan fiqh dalam politik kerana itu amat tidak wajar diajukan kepada ulama-ulama yang itulah kepakaran mereka dan saya berusaha menolak bisikan ragu-ragu atas sedikit kemusykilan saya bahawa:-

(1)  Adakah salah pada pemimpin atasan PKR (1) ingin menukar orangnya pada jawatan itu sekalipun orang itu baik prestasinya apabila mereka meragui integriti orang itu? (2) sekiranya sekalipun jika tidak terbukti isu dakwaan integriti, tetapi kepimpinan atas orang itu tidak dapat bekerjasama dengannya bagi kebaikan pasukan, adakah salah tindakan itu diambil, kerana jawatan itu sangat penting dan relevan dengan kerjasama bagi kebaikan pasukan itu? Adakah tindakan itu salah pada syarak kerana disifatkan menzalimi orang itu? atau masih dibenarkan kerana satu tindakan munasabah dalam keluasan fiqh politik?  

(i)            Ini kerana ketika Khalifah Umar al Khatab menukarkan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai ketua pasukan perang, ia diterima tanpa bantahan sedangkan sebab penukaran, pemecatan jawatan itu tiada kaitan langsung dengan sebab kelemahan Khalid, bahkan prestasinya sangat cemerlang. Kita juga sedar akan hadith yang memberi amaran tentangnya beratnya amanah betapa amanah kepada kepimpinan itu diakhirat kelak satu penyelesalan.

(ii)          Kita juga tahu betapa keadaan system politik pada hari ini berbeza sifat dan dirinya dan demokrasi kita walaupun ada relevannya pada keadilan syarak tetapi system yang menaunginya berbeza dan masih banyak sekularnya. Tafsiran pemimpin dan ketua pada hari tertakluk kepada bidangkuasa yang diperuntukkan undang-undang padanya. Tiada ketua yang benar-benar ketua melainkan berdasarkan hak dan kuasa yang ditetapkan undang-undang. Sebagai contoh seorang ahli PKR tertakluk kepada kepimpinan atasan PKR dan peraturan PKR.

(iii)         Sehingga saya tertanya-tanya sama ada mempertahankan Khalid adalah lebih mendatangkan mafsadah atau maslahah kepada matlamat perjuangan besar bersama Pakatan yang tentulah suatu matlamat yang telah ditentukan sah pada syarak? Dan adakah bersetuju kepada pertukaran (sebagai janji yang telah dibuat dalam Pakatan) suatu yang salah pada syarak? dan mendatang lebih mafsadah daripada maslahah kepada negeri Selangor? Juga risiko perpecahan dalam PAS?    

 Saya mengharap Majlis Syura PAS membincang semula atas dasar berlaku perkembangan terbaru dan perkembangan (buruk) yang kemungkinan berlaku lagi (atas analisa munsabah) dalam isu ini dengan mengambil perkiraan bahawa:-

(1)  Ada kemungkinan beberapa fakta dan faktor telah terlepas pandangan membolehkan ia ditimbang semula secara lebih baik.

(2)  melihat semula kehendak dan hujah sebahagian ahli PAS yang masih mahu kuat bersama Pakatan.

(3)  Pertimbangan akhir sama ada bersedia kepada perpecahan Pakatan, bergerak sendiri atau kesediaan bersama dengan UMNO. Ini kerana sebarang tindakan PAS berikutnya akan dengan mudah dilihat samada kepimpinan Ulama jujur mahu bersama Pakatan atau sebenarnya kelihatan dilihat sedangkan memikirkan jalan keluar (dari Pakatan) tanpa mengecewakan sebahagian ahli bijak pandainya yang tetap mahu bersama Pakatan- TIDAK BOLEH kata nak bersama pakatan (dengan lisan) tetapi sedar bahawa (dengan perbuatan) kita memang tidak mahukan Pakatan itu lagi. (‘Blow hot and cold’).

Saya sebenarnya hairan melihat PAS yang selama ini begitu kuat bersama Pakatan Rakyat dan sangat tidak mahu kepada UMNO (hingga berlaku penyingkiran beberapa orang kuatnya) kerana ketegasan pada matlamat perjuangan (bersama PKR dan DAP) dan dakwah kepada bukan Islam… tiba-tiba sekelip mata kelihatan ketara bertindak seperti  ‘seorang yang sedang memegang kertas “matlamat perjuangan” itu di atas unggun api yang marak menyala.’… kerana mempertahankan satu situasi (difahami) yang isu ketidakadilan dan kesan buruk padanya masih boleh dibahaskan. Tapi tak apalah ini mungkin kehairanan saya sendiri?

Justeru , saya berharap kepimpinan Majlis Syura Ulama dapat duduk bersama melakukan perbincangan akhir dengan kepimpinan PAS Pusat ….  bagi semakan semula untuk membincangkan isu perkara ini dan mendatakang keputusan2 terbaik. 

Kita  berharap kepada keputusan sebulat suara. Namun jika tidak dapat keputusan consensus, kita terimalah keputusan majoriti

…. kecualilah ada kuasa veto dalam buku perundangan PAS.  

Maka dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS akan tiada mempunyai pilihan melainkan ‘samikna wa atakna’… terhadap apa jua keputusan yang dibuat.  

Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment