hati lu ilkhlas siapa tahu...so, kasi cabut periksa... |
Pas
sememangnya Parti Politik Islam dengan kepimpinan ulama yang tulin.
Tiada siapa dapat meragui lagi! Sebab itu ia kekal utuh hingga sekarang
dan perlu sentiasa di sokong oleh mereka yang mahukan keadilan da
membenci kezaliman.
Kerana
itu apabila 3 ‘suara agama tertinggi’ parti itu iaitu Mursyidul,
Presiden dan Timbalan Mursyidul bersepakat dalam keputusan atas
kedudukan Khalid Ibrahim maka ia menyebabkan keseluruhan ahli dan
penyokong akan patuh atau merasa terpaksa untuk patuh. Mereka merasa
selamat berada di bawa ‘naungan’ keputusan itu kerana semua yakin ia
dibuat untuk mencari keredaaan Allah, sekalipun-sekalipun mereka yang
merasa terpaksa untuk patuh itu merasa ia keputusan yang tidak tepat
atau merugikan.
Kerana
merasa terpaksa patuh (tetapi tetap patuh) walaupun tidak setuju maka
mereka berusaha untuk meminta, memberi pandangan dan mencadangkan agar
Majlis Syura dan Presiden dan kesemua yang menyokong secara tidak
berbelah kepada keputusan itu agar menilai, menyemak dan mengkaji semula
keputusan itu; sama ada atas alasan ada fakta material yang mungkin
telah terlepas pandang atau kerana berlaku perubahan-perkembangan baru
yang mungkin mewajarkan ia dilakukan.
Walaupun
begitu, mereka yang terpaksa patuh (dalam keikhlasan dan kebimbangan
akan ketepatan keputusan itu) telah menyampaikan rasa keresahan- ketidak
setujuan mereka dengan pelbagai sebab, alasan, hujah dan keterangan dan
dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah. Cuma, segelintir pematuh
-pematuh ‘paksa’ ini mungkin dianggap telah melampaui had kewajaran pada
cara dan kaedah pernyampaian ketidak setujuan …
… tetapi maafkanlah mereka!.
Mengapa?
Sebab a dibuat kerana sayang…. dan sebahagian daripada alasan dan hujah bantahan mereka ada kemunasabahan yang mewajarkan kita memahami
mengapa mereka kurang/tidak bersetuju dan sukar memahami kebijaksanaan keputusan yang
dibuat.
Maka, simpatilah ‘pematuh-paksa ini’dan dengarlah mereka …
…kerana
mereka juga mempunyai penyokong yang tidak sedikit dan mungkin kerana
kewujudan merekalah …. masyarakat non muslim lebih mudah didampingi
untuk didakwah. Mereka juga adalah bukti betapa PAS adalah bersifat
terbuka kepada kritikan dan bersifat mengutamakan hujah dan keterangan
bukan ‘jubah dan serban’. Kepentingan perkara ini lebih mendesak dalam
era fitnah dahsyat pada hari ini seperti yang berlaku di Iraq
dan Syria oleh kerja jahat kumpulan ISIS apabila usaha jihad Islam dan
hudud digambar dengan cara begitu jelek ….’
‘Give people what they derserve’.
Adillah kepada mereka…
…Janganlah
mendakwa dan menjatuhkan hukum pengkhianat, munafik atau sebagainya..
hukumlah mereka hanya selepas dibicarakan dan diputuskan. Janganlah
berlebihan dalam tafsiran wala dan bara … dan tafsiran hadith
Ruwaibidah. Adillah pada fakta… kerana fakta berubah dan berbeza.
Justeru ...
Kecuali
kepada pencaci dan pengkomen dari golongan ‘musang berbulu ayam’, saya
menasihatkan penyokong kepimpinan ulama dan PAS berhentilah daripada
mengutuk, memberi gelaran dan panggilan buruk, menghina, menyindir dan
memburuk-burukkkan mereka dalam apa jua bentuk dan keadaan. Segala
sejarah dibuka, gambar foto dipapar dan ditafsir, segala label diberi,
segala anggapan buruk dibuat… web ini telah menjadi alat utama dan
efisyen bagi tujuan itu.
Bagi
golongan ustaz dalam PAS pada apa jua peringkat, nasihat dan tegurlah
penyokong-penyokong anda kerana daripada kalangan mereka mungkin terlalu
banyak sokongan yang membawa rebah dan membolehkan musuh-musuh menyusup
menyala dan memarakkan tohmah, kerosakan dan fitnah. Jangan kita
biarkan ‘kaki pukul’ kita membelasah dan kita senyum dibelakang. Jangan
kita mencetuskan lagi … dan memarakkan lagi situasi ini dengan kata,
tindakan atau diam kita.
Bersabarlah hingga 17hb ini.
Kemudian terimalah …atau tinggalkan.
Al-Quran, Ali imran (3) ayat 159
“maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment