Social Icons

Pages

Tuesday, August 19, 2014

MRT & Integriti Bangla bernama Ali

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Satu tindakan yang ada nilai integriti!

Apapun,tidak kisahlah tentang perletakkan jawatan itu... isu integriti isu kewibawaan dia. Isu yang lebih utama ialah 'isu nyawa yang melayang!"

Hakikatnya kematian telah berlaku. Siasatan mesti dilakukan. Jika terbukti wujud kegagalan menyediakan suasana kerja yang selamat atau berlaku aspek pengabaian dan kecuaian pada soal keselamatan maka 'so called' "kecuaian korporat" itu perlu dihukum.... dan waris dipampas seadilnya.


Bangla... ke tak bangla, nyawanya tetap sama nilainya dengan kita, saudara seakidah ...disisi-Nya. 

Saya terkenang sekitar 10 akhir ramadan yang masih tidak lama berlalu. Seorang bangla bujang bernama Ali yang kerap berjemaah di surau kg saya telah mengucapkan salam perpisahan kpd saya untuk pulang ke Bangladesh... dia akan bertolak ke KLIA pada malam itu juga. (Sedih rasanya tidak sempat buat farewell party untuk nya).

Ali telah berada 7 tahun di Malaysia tanpa pernah pulang walau sekali,  ke Bangladesh. Imagine!

Itulah harga integriti yang perlu dibayar.. (tiru ucapan MB Selangor) untuk Ali mencari rezeki halal untuk diri, ibubapa  yang dikasihi ....

Katanya, dia takkan kembali lagi ke Malaysia untuk bekerja. Memadai apa yang diperolehi ... Bila saya tanya mahu kahwin.ke.? dia senyum ...dan mengangguk. Keluarganya mungkin sudah menguruskan apa-apa yang patut.

7 tahun dia bersabar ....

Saya percaya dia berakhlak baik. Bukti...

Walaupun tinggi, bujang dan setampan Hitrik Roshan, tiada dengar cerita ada gadis tempatan yang digodanya.............atau dibawa berdua-duaan atau bersunyi-sunyian...

hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment