“Wahai
orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang
beriman. (al-Baqarah: 278).
oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai
larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat,
maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian)
kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa.(al-Baqarah : 279)”
Mengapa
Dosa Riba itu Pelik?
Biarpun gambaran dosa Riba adalah besar, namun saya merasakan
bahawa dosa Riba kurang dihayati dan diimani oleh umat Islam di Malaysia ini.
Jika benarlah begitu, ia mungkin kerana 2 sebab iaitu (1) ia telah bersarang dalam
urusan kewangan dan ekonomi sehingga menjadi habit buruk yang diterima, dan (2)
Akibat kurang ilmu, ia dianggap dosa Pelik?
(1) Dosa Riba ini sebenarnya dosa yang ’pelik’ dan berbeza daripada
kebanyakan bentuk dosa-dosa besar yang lain. Pelik maksudnya ialah pelik
merujuk kepada sikap dan respon manusia terhadap Dosa ini.
(2) Masih terlalu ramai yang terlibat tetapi berbuat tidak tahu
(walaupun tahu). Sebahagian mereka pula ada yang mula berfikir, berniat atau
ketahap merancang untuk melepaskan diri namun usahanya tidak
bersungguh-sungguh.
(3) Ada tu pula tidak begitu perihatin dalam urusan kewangan
peribadi kerana walaupun mereka memfokuskan kepada bank Islam namun masih ada
sebahagian kecil urusan mereka yang berada dalam Riba- kepada mereka kita
katakan bahawa kadar 1 transaksi Riba yang serius adalah atas minimum wang Riba
sekitar RM50-00 sahaja. Oleh itu, sebagai contoh jumlah RM50-00 yang dibiarkan
di dalam akaun simpanan Riba, sudah merisiko panas api neraka.
(4) Sebahagian manusia merasa kehairanan dan kebingungan kerana tak nampak di mana rasa besar sangat dosanya berbanding dosa berzina dan dosa minum arak atau sebagainya. Mereka tak nampak kesan buruk kepada diri dan keluarga. Untuk mereka, kita katakan bahawa mereka sendiri yang gagal memahami tanda-tandanya.
(5) Dosa Riba adalah Dosa Besar. Malah lebih besar daripada
setengah dosa –dosa besar yang lain. Namun kedudukannya agak ’pelik’. Tiada
kuatkuasa atas kesalahan dan perlakuan Riba itu. Tidak seperti kesalahan zina.
Bagi kes Zina, ada penguatkuasaan ada jabatan yang memantau perlakuan dosa ini,
sehingga sampaikan timbul dakwaan dikatakan ’mengintip’ atau ’mengendap’.
(6) Seterusnya bagi kes zina, ada proses bicara di mahkamah, ada
hukuman denda dan penjara (walaupun bukan hukuman mengikut ketetapan syarak).
Tapi tiada kuatkuasa sedemikian terhadap amalan Riba. Bahkan entahkan ada
entahkan tidak, pandangan serong masyarakat kepada pelaku dan pengamal Riba.
Mungkinkah pengamal2nya orang-orang kaya dan berduit yang kadangkala penyumbang
terbesar dana masjid dan surau dan penyedekah juadah paling lazat semasa
kenduri tahlil? Namun kita dimaklumkan oleh ustaz Dosa Riba lebih berat
daripada berzina yang bukan sekali tapi banyak kali (tak ingat jumlah
perbandingannya.? Lantas apa maksudnya?
(7) Tiada perundangan atau undang-undang di Malaysia sama ada pada
pihak sivil atau pihak syariah, pada peringkat pusat atau jabatan agama negeri,
yang menghalang kita melanggan produk Riba. Jadi macammana nak rasa bersalah
atau berdosa? Atau macamana nak salahkan orang Islam yang melanggan jika ia
dibenarkan untuk dilanggan?
Kesimpulannya. Riba adalah dosa yang Pelik kerana biarpun ia dosa
besar yang betul-betul besar tetapi tidak diberikan ’P E N G H O R M A T A N’
yang selayak baginya... oleh kerajaan dan masyarakat kita.
Kesannya, ia dengan itu menimbulkan salah tanggapan , keraguan dan
ketidakyakinan tentang status Riba sebagai Dosa Besar dan/atau telah
menimbulkan perasaan dalam hati kebanyakan manusia bahawa dosa besar Riba ini
tidaklah sebesar mana. Astaghfirullah.
Ingatan.
Amalan Riba telah terlalu meluas. Melibatkan wang dan perbankan. Tunjang Industri kewangan. Keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan Riba masih menguasai pasaran jauh mengatasi perbankan Islam. Ini menunjukkan terdapat lambakan produk Riba di pasaran samada dalam bentuk pinjaman, pelaburan, simpanan,kredit kad dan sebagainya.
Ingatan.
Amalan Riba telah terlalu meluas. Melibatkan wang dan perbankan. Tunjang Industri kewangan. Keperluan nafsu dan keseronokan. Pada masa kini, kekuatan perbankan Riba masih menguasai pasaran jauh mengatasi perbankan Islam. Ini menunjukkan terdapat lambakan produk Riba di pasaran samada dalam bentuk pinjaman, pelaburan, simpanan,kredit kad dan sebagainya.
Kekuatan wang yang besar pada dana-dana Riba ini membolehkan
produk-produk Riba di iklankan, di promosi, ditonjolkan, digambarkan dan
divisualisasikan secara yang begitu menarik dan hebat, jimat dan menguntungkan.
Proses penyebaran maklumat pengiklanan dan promosi yang begitu
meluas dengan kadar kekerapan yang tinggi dilakukan melalui pelbagai media massa
(televisyen, radio, akhbar-akhbar, internet, cineplex, pusat-pusat
membelibelah, di majlis dan festival-festival, rumah ke rumah, panggilan
telefon, pos, sistem sms, kenderaan-kenderaan awam, banner dan poster, di
premis-premis perbankan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka sampai hadir
’dalam mimpi-mimpi kita’.
Penawar-penawar Riba ini digembeling oleh suatu kumpulan manusia
yang begitu fokus dalam kerja dan perniagaan mereka. Begitu mesra bersemangat
dan efisyen dalam tugasan dan perkhidmatan mereka, menjadikan kita sentiasa
gembira dengan mereka dan produk mereka dan kita akan kembali dan kembali
kepada mereka bila sahaja kita memerlukan. Kita dan generasi kita kekal menjadi
pelanggan setia.
Justeru, seorang lelaki muda yang mempunyai pengetahuan mengenai
ilmu Riba dan penghayatan agama yang sederhana, Baru setahun dua bekerja dan
mengumpul wang. Ingin berumah tangga, ingin membeli kereta, ingin membeli
rumah, namun masih tidak cukup wang biarpun gajinya agak boleh tahan. Penat
berfikir untuk menyelesaikan masalah, lalu beliau singgah masuk ke sebuah pusat
membeli-belah untukkononnya me’relax’kan minda.
.... tiba-tiba siteruna dihampiri gadis jelita dan manja dari kaunter promosi oleh suatu bank (konvensional) di sebuah pusat membeli belah dengan lembut bersopan ia berkata ”Abang, singgah sekejap.. kami ada tawaran istimewa kredit kad.. syarat kelulusan mudah.”...dengan senyuman melirik ayu. Lantas apa berlaku?
one thing lead to another... satu perkara membawa kepada suatu
perkara lain dan akhirnya tanpa disedari berlaku keterlanjuran yang
disesali.............
Penyelesaian
Sementara.
Oleh itu kaedah menangani dosa Riba adalah berbeza. Ia perlukan
kekuatan diri sendiri. Tiada bantuan daripada pihak berkuasa atau
undang-undang. Tiada paksaan!. Benteng cegahan hanya disandarkan kepada
kekuatan akidah dan iman.
7/7/2013
Berminat. Bagi
sesiapa yang merasa perlu untuk mendapatkan maklumat lebih khusus, anda boleh
membaca buku tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Syurga Lebih
Hampir Tanpa Riba’ terbitan Galeri Ilmu Buku ini berbeza daripada buku riba
yang lain kerana terdapat bicara khusus melibatkan aspek realiti seperi isu
riba di mahkamah, kes mahkamah berkaitan riba, Fatwa Pakar Luar negara, Fatwa (Mufti)
Johor, Bicara khusus kerjaya-kerjaya seperti peguam, perbankan dan sebagainya, Isu Darurat dan ketidakberdosaan
riba? dan banyak lagi. Bagi buku motivasi meninggal riba, anda boleh baca buku “Dosa
Perang Dengan Allah” terbitan Kemilau Publika oleh penulis yang sama. (Berminat
sms: 019-7272817 - atau emel hishambp@yahoo.com.my)
No comments:
Post a Comment