[Puisi dipapar atas rasa takjub, pelik dan kecewa. Takjub- malam tadi, di surau, punya ramai manusia. Pelik - pagi subuh, mana menghilang majoriti mereka?. Kecewa - Ini rasanya kesan salah faham keutamaan dalam agama]
“Jom Solat Jemaah Setiap
Waktu”
Ya Allah.
kami ragui jika kami memiliki keberanian,
tapi masih menyimpan keinginan
ke bumi Palestin menjadi sukarelawan,
ke bumi Palestin menjadi sukarelawan,
jika bertuah, syahid
menjadi ketentuan,
mati di pandangan manusia
hidup di sisi Tuhan yg Esa!
Biarlah jasad kami bersemadi
Nun jauh dari keluarga dikasihi
Ia hanya
jauh dimata tapi dekat dihati.
Namun bagaimana kalau ditakdir kami harus
dahulu menderita
diseksa zionis israel manusia durjana?
Kecut hati begitu terasa
...
lalu langkah (kesatria) terhenti sebelum bermula.
Ya Allah.
Kami juga tidak mempunyai banyak wang dan
harta,
untuk berinfaq kepada manusia.
Simpanan yang ada sekadar budget di
hari tua.
Sedekah yang dibuat sedikit, sekali sekala
Kami juga tidak tahan lapar,
berpuasa sunat, begitu mencabar
isnin dan khamis, bolehlah...
tapi itupun dah sukar
tapi itupun dah sukar
Pernah ada yang mengajak berdakwah ,tapi kami tidak mampu buat,
payah berhadapan dengan masyarakat.
Kita buat baik takut dibalas kata kesat.
Ah!
Banyaknya alasan, banyaknya dalihan.
Wajarkah menjadi hujah di mahkamah tuhan?
Wajarkah menjadi hujah di mahkamah tuhan?
Lemahnya
jiwa, malu terasa. Lalu dihati kami berbicara,
“Ya Allah dari pintu apa, dapat kami
yang hina memasuki syurga?”
Ya Allah
dengan baki usia dan sisa kudrat,
dengan baki usia dan sisa kudrat,
apa lagi kebajikan yang boleh kami buat,
.... yang kami terlarat?
Allahu akbar, Allahu akbar...
Sayup-sayup…. kami terdengar azan dilaungkan,
Kami membersih diri , berwuduk dan
berpakaian
lalu melangkah dengan semangat,
menuju surau yang tidak begitu dekat…
tapi jika bermotor… taklah jauh sangat,
Kami tahu kepentingan solat,
secara berjemaah, besar fadilat
selangkah menghapus dosa selangkah meningkatkan darjat.
Ya Allah!
Kami janji akan istiqamah,
tidak
akan tinggalkan solat jemaah.
Biar susah, biar payah... panas, hujan
kami redah.
Inilah amalan kami harapkan.
Asbab satu pintu ke syurga idaman.
Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah,
Tiada Tuhan Melainkan Allah,
Allah Maha Besar.
hisham-ahmad.blogspot.com
blog
;- “invite mankind to Allah’s paradise”
No comments:
Post a Comment