Social Icons

Pages

Saturday, June 1, 2013

Riba; Anda berperang dengan Allah





Riba; Anda berperang dengan Allah
Oleh Hisham Ahmad
ISBN 978-967-361-036-5
Tarikh Terbit: Disember 2011
Jumlah Muka Surat: 248
Harga: RM17.00/RM20.00

Sinopsis :
Hal amalan Dosa Riba sama seperti amalan dosa-dosa yang lain. Untuk tidak melakukannya, memerlukan ilmu dan iman. Sudah tentu seorang yang takutkan azab Allah akan mengambil endah isu Riba ini sedangkan seorang yang biasa dengan maksiat, tidak akan ’ambil pusing’. Apakah seorang penzina itu mengambil peduli untuk tidak mengamalkan Riba?

Oleh itu pendekatan pemyelesaian yang disarankan dalam buku ini ialah dengan mengembalikan diri kita kepada perkara asas dan utama iaitu penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan menyedarkan diri kita bahawa kita sememang dan sebenarnya telah berada atas jalan yang benar dan betul untuk mendapatkan kemuncak kebahagian yang hakiki di Syurga Allah.

Cuma kita perlu kekal dan kukuh dalam penghayatan kedua panduan tersebut dan banyak bersabar. Perjalanan hidup masih jauh dengan ujian-ujian yang menanti disepanjang perjalanan khususnya dari anasir godaan dan kedengkian musuh No. 1, Syaitan yang terkutuk.

Berbanding ilmu atas dosa-dosa lain yang telah menjadi pengetahuan umum, ilmu berkaitan Riba lebih khusus, bersifat semasa dan payah. Namun kerana kepentingannya, ilmu ini mesti dituntut dan difahami.

Buku ini menghajatkan matlamat agar pembaca-pembaca muslim dapat:- Mempunyai kefahaman mencukupi mengenai Riba; Bermotivasi kuat untuk membuat tindakan sepatutnya atas Riba; Meninggalkan atau menjauhi Dosa Riba itu dan berdakwah (amal makruf & nahi mungkar) menentangnya

No comments:

Post a Comment