Sekitar antara bulan akhir tahun 2010 dan
awal tahun 2011, kecoh di kawasan sekitar kampung Bukit Pegoh, Melaka,
berhampiran kampung tempatku. Terdapat banyak kertas poster tertulis bomoh
syirik digantung di kedai, ditampal di pokok dan di macam-macam tempat lagi.
Isunya ialah bomoh (gelaran oleh yang mereka tidak menyukainya) atau ustaz
(yang berubat dengannya) melakukan pengubatannya dengan mendapatkan bantuan
sahabat-sahabatnya “yang tidak kelihatan”. Kategori ‘invisible’. Memang
kecoh ketika itu.
Sedihnya operasi perubatan yang semacam
itu berada dalam kawasan madrasah (Madrasah Darul Aitam di mana ada pusat
penempatan atau pembelajaran anak-anak yatim- Dulunya dikatakan ada pusat
tahfiz) yang dipantau, dinasihati atau dibimbingi seorang ustaz hafiz al-Quran.
Seorang yang sering memberi kuliah di masjid-masjid. Jasanya pasti besar sebab
jarang saya menemui orang dalam bidang agama mendapat pangkat Dato.
Disitu juga ada pusat/kelas tadika (JAIM)
bagi kanak-kanak sekitar 5- 6 tahun. Anak saya juga pernah belajar di sana.
Bilik operasi perubatan itu betul-betul berhampiran atau dibelakang kelas
budak-budak tadika itu. Ada ustaz yang mempunyai ‘telo’ keindonesiaan,
di situ mengajar ilmu pengetahuan agama. Seorang yang bernampilan baik dan
berilmu. Ustaz ini juga ada mengimamkan solat jumaat di masjid kampung itu.
Rasanya, ustaz-ustaz ini tidak sedar bagaimana modus operasi perubatan itu.
Kalau tahu, takkan dibiarkan operasi bidaah dolalah itu terus berlaku.
Entah berapa lama operasi perubatan itu
telah berjalan. Memang terdengar bantahan-bantahan atas kisah-kisah kepelikan
dengan cara rawatan tetapi seperti tidak dihiraukan, menimbulkan satu persoalan
, adakah seperti mendapat ‘pembelaan
atau perlindungan?.
Akhirnya, segolongan umat Islam di situ
tidak tertahan lagi lalu bangkit dengan menunjukkan kemarahan dan bangkangan.
Mereka percaya amalan perubatan itu berunsur sihir atau syirik. Sekian banyak
poster ditampal di banyak tempat di persekitaran itu sebagai protes dan
bantahan keras. Bagaimana tak keras, poster-poster itu dengan jelas menyatakan
“Awas Bomoh Syirik”. Ia tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi siapa makan
cili, pedasnya, dialah yang terasa. Aduan juga dipercayai ada dibuat kepada
pihak berkuasa agama.
Mulanya saya fikir, betulkah dakwaan dan
bagaimana mereka hendak buktikan? Sihir, syirik atau keduanya. Pasti susah,
tidak mudah.
Rupa-rupanya ada asas pada dakwaan.
Bahkan dakwaan telah dibuktikan. Pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka telah
mengeluarkan arahan supaya operasi perubatan alternatif itu ditutup serta
merta. Disebut adanya pengakuan perawat itu
sendiri akan kerjasama sahabat-sahabat
‘halus’ dalam operasi perubatannya. [Rujuk Surat Jabatan Mufti Melaka bertarikh
10/2/2011 bernombor rujukan JMM/BFB/351/670/01 (27) oleh Dato Wira Haji Rashid
Redza Bin Hj Md Salleh merujuk kepada mesyuarat 29/12/2010]. Bahagian notis
fatwa ini ditampal pada papan notis pada sekian banyak masjid-masjid di Melaka. (Seorang Ustaz dari Bukit Pegoh juga ada
mengatakan fatwa yang sama ada
dikeluarkan pihak Jakim , tetapi saya belum sempat untuk memeriksanya).
Maka saya pun merasa lega. Isu ‘bomoh syirik’ dianggap selesai. Golongan yang menegak maaruf dan
mencegah mungkar, kepada mereka, kami semua terhutang budi. Inilah sunnah nabi,
yang utama lagi terpuji. Semoga mereka dirahmati. Ikhlas doa dari kami.
Insan-insan yang sekadar memerhati.
Masa berlalu. Suatu hari saya terserempak seorang pemuda dari
kampung itu. Memang seorang yang saya ketahui sebagai pembangkang amalan
perbomohan itu. Terperanjat saya di maklum ia di katakan masih wujud. Itulah
beberapa lama selepas kejadian itu.
Masa terus berlalu. Saya pun dah lupa. Sehinggalah beberapa hari
lepas. Saya bertemu seorang ustaz dari kampung itu. Hasil jawapan kepada
pertanyaan, masih terdapat operasi rawatan perubatan di situ cuma dikatakan
bahawa orang/perawatnya ialah orang lain tetapi dikatakan kemungkinan modus operandinya
sama.
Justeru, perkara ini mewajarkan siasatan segera dilakukan oleh
pihak berkuasa agama Negeri Melaka khususnya dari jalinan kerjasama oleh pihak
Jabatan Mufti, Bahagian Siasatan,
Penguatkuatkuasaan dan sebagainya.
Ketahui! segala perlakuan, tindakan dan amalan yang berunsur syirik
, jika ada dilakukan di mana-mana, maka tindakan segera menanganinya perlu
dilaksanakan segera kerana syirik adalah kezaliman besar.
http://hisham-ahmad.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment