Isu Selesai, Wardina Minta Maaf Pada Ustaz Don Daniyal. Begitulah dikatakan berakhirnya kontroversi di antara Wardina dan Ustaz Don Daniyal. Inilah posting terbaru tentang mereka. Cuma apa bila saya baca apa yang diulas tidaklah sepenuhnya samaa apa yang ditulis Wardina.
Namun Fakta : Wardina telah minta maaf kepada
Ustaz Don. Cuma apabila dibaca
keseluruhan ayat yang ditulis Wardina,
boleh mendorong pembaca2 cuba
untuk menginterpretasi apa yang tersirat
disebalik yang tersurat. Setuju?
Pengulas menyatakan lagi dlm posting itu : Isu
ini tidak sepatutnya timbul sekiranya Wardina meminta penjelasan secara
peribadi dari Ustaz Don sendiri tanpa membuat sebarang tuduhan melulu di
media social.
Di sini
timbul beberapa isu:-
(1) Mungkin ada
berpendapat cara Wardina menegur dianggap tidak betul. Jika begitu selesailah
apabila dia meminta maaf. Tetapi, persoalan syaraknya, (1) adakah cara dia
menegur itu salah kerana cara yang
dgunakan sahaja? Jika salahpun, apakah
darjah kesalahannya (2) atau kerana dia org awam bukan ilmuan agama? (3) walaupun cara tegurannya salah, adakah
merit/isi tegurannya tidak diambilkira? (4) jika isi teguran itu mempunyai
kepentingan dan ada asas kebenaran pada
apa yang ditegur, maka adakah cara tegurannya itu boleh diterima? Perlu difaham bahawa ada pihak pertubuhan
agama yang menyokong Wardina dan fakta bahawa Wardina belum menuduh tetapi
meminta pihak tertentu membuat semakan? Ata situ… wajarlah penjelasan diberi oleh
ilmuan agama akan kaedah bagaimana org
awam dapat ‘menegur’ seorang ilmuan yang menyebarkan sesuatu di kalangan
masyarakat yang dipercaya sebagai suatu tidak betul pada agama.
(2) Persoalan
kedua penting ialah adakah Wardina telah membuat tuduhan melulu? Maka kajian harus dilakukan secara adil kepada
isi ceramah/komplikasi ceramah yang dikatakan mengandungi fakta tidak betul
atau hadith palsu.
-fakta pertama: apabila isu bani
tamim yang dibangkitkan oleh Ustaz Don telah dkritik hebat oleh beberapa ilmuan
agama lain yang hebat dengan hujah yang bermerit. (Bahkan Prof Ridhuan Tee juga
ada menyebut keraguannya pada isu ini).
Maka ia membuktikan bahawa terdapat
merit pada teguran Wardina pada salah satu isu pada isi kompilasi ceramah itu.
Itu baru satu isu. Belum lain isu-isu yang didakwa terdapat pada kompilasi
ceramah itu.
Justeru atas satu isu sahaja
membuktikan bahawa teguran Wardina ada
asasnya. Maka sesiapa yang kata tiada asas atau melulu, tariklah balik dan
minta maaf?
Untuk isu-isu lain yang serius yang
terdapat pada kompilasi itu, kajian adil perlu dilakukan demi kesahihan fakta
agama. Pun begitu saya dapati ada isu lain yang dijawab oleh ilmuan agama dengan
hujah baik yang serius.
Secara
hipotesisnya, sekiranyalah jika selepas kajian, terbukti benar-benar terdapat
isu-isu serius pada sesuatu ceramah atau kompilasi ceramah itu kerana terkandung
kisah agama tidak sahih atau hadith palsu, sehingga menyebabkan ilmuan-ilmuan
lain terpaksa memberi penjelasan kepada masyarakat bagi membetulkan kefahaman
yang silap, maka ketika itu , mungkin masyarakat berterima kasih kepada orang
yang membangkit isu itu. Mungkin ketika
itu, apalah salahnya kalau ustaz yang tersilap
itu pula meminta maaf, sekalipun dia dia dibela oleh ramai peminatnya dan
sekalipun pihak yang membangkit isu itu di kondem habis-habisan.
Saya
tidak mendakwa atau membela sesiapa tetapi mengharapkan kita melakukan analisa
secara ulul albab kepada sesuatu isu berbangkit.
Sekali
lagi, saya menerima dahulu hujah2 ilmuan-ilmuan yang mengkritik keras dakwaan
ustaz Don yang mengaitkan ‘bani tamim dan melayu’. Saya berharap Ustaz Don atau
ilmuan yang sependapat dapat menjawab secara berhujah.
Berikut-
untuk membuktikan betapa isu – ‘bani
tamim & melayu’ adalah serius ,
bacalah penulisan dibawah yang pernah saya tulis beberapa tahun lalu:- (Untuk versi lengkap,
visit blog saya)
Hisham-ahmad.blogspot.com
Pelik Lagi Ajaib
Kisah Abuya dan al-Arqam
Aku sekadar ingin merujuk kepada sebuah buku yang diberikan
kepada aku beberapa tahun lalu. Buku bertajuk “Abuya Hj Ashaari Muhammad adalah
Putera Bani Tamim. Susunan oleh Mohd Nizamuddin Hj. Ashaari , Laila Ahmad. Kalau
buku lain pasti ada kritikan. Buku ini setebal 92 mukasurat boleh dikatakan secara 100% pro-Abuya dan
al-Arqam atau Rufaqa Corporation.
Sekarang aku hanya ambil beberapa bahagian daripada isi buku itu
sekadar untuk tatapan dan santapan fikiran. Tiada tambahan , original
version. :-
·
·
Di waktu Islam sedang musnah dan binasa
di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan
untuk menyelamatkan kembali agamaNya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani
Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Inilah kerana seperti yang
kita tahu,orang-orang arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah
berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera
Bani Tamim itu sudah nipis arabnya. Rasulullah s.a.w. tidak menyebut salasilah
tetapi banyak memperkatakan tenyang ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab
itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri
dan stail perjuangannya,bukan salasilahnya.
·
Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi
kumpulan atau Jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip
kepada Jemaah Rasulullah s.a.w. kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti
gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu
seolah-olah lahir dari satu ibu ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan
besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka
lakukan. Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril
a.s. sebagai berkata :
فيجمع الله عزوجل
أصحابه على عدد أهل بدر ، أوعلى عدد أصحاب طالوت ، ثلاثة عشر رجلا ، كأنهم ليوث
خرخوا من غابة . قلوبهم مثل زبر الحديد ، لو هموا بآءزالة الجبال لأزالوها عن
مواضعها ، الزي واحد ، واللباس واحد ، كأنما آ باؤهم أب واحد
·
Maksudnya : “Maka
Allah s.w.t mengumpulkan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau
tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari
hutan , hati mereka bagaikan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk
mengubah gunung nescaya boleh di lakukannya . Gaya mereka adalah satu pakaian
mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu,” (Dipetik dari kitab
Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m/s 95 )
·
Apabila Putera Bani Tamim mendapat
daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama
seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan
ibunya Aminah. Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari
segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia
disebutkan di dalam hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah
hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
Mendapat ilmu ilham atau ilmu laduni
Kalaulah kepada para Rasul dan nabi Allah beri ilmu
melalui wahyu manakala kepada para mujaddid diberi jalan singkat oleh Allah
untuk memahami ilmu-ilmu Allah secara ilham atau laduni. Yakni ilmu yang terus
Tuhan jatuhkan ke hati yang bertaqwa. Ertinya mereka menimba ilmu secara direct
dari Allah dan Rasul, bukan dari
hasil pengajian mana-mana system pendidikan dunia yang ada. Ilmu ilham ini
adalah sumber ilmu bagi manusia yang bertaqwa. Inilah ilmu yang paling unggul
kerana ia datang dari saluran Tuhan. Allah
berfirman :
والتَّقُواْاللهص
ويُعَلِّمُكُمُ اللهُ
Maksudnya : “ Bertaqwalah kamu,Tuhan akan mengajar
kamu.”(Al-Baqarah:282)
Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib dari Allah
Para mujaddid
diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh Allah. Seseorang yang mujaddid
sentiasa menerima maklumat dan arahan Rasulullah melalui yaqazah dan mimpi yang
benar. Kekuatan ini adalah senjata paling canggih yang musuh Islam seperti
Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengesan. Para mujaddid menerima panduan dari
Rasulullah tentang bagaimana membangunkan dan membina kekuatan perjuangan
mereka dan usaha –usaha musuh-musuh Islam dalam menentang perjuangan mereka.
Kerana itu mereka selalu berada di depan
dan perancangan musuh-musuh.
Rasulullah SAW bersabda :
اتقوا فراسة المؤمن
، فإنه ينظر بنور الله .
Maksudnya : “ Takutilah firasat orang Mukmin, kerana
mereka melihat dengan nur Allah . “ (Riwayat Tirmizi)
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB PUTERA BANI TAMIM.
Perjuangan putera Bani Tamim ini
jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu :
Abdullah
bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa :
عن ابن مسعود رضي
الله عنه قال : بينما نحن عند رسول الله
صلى الله عليه وسلم إذأ قبل فتية من بني هاشم فلما رآهم النبي صلى الله عليه وسلم
اغرورقت عيناه ، وتغير لونه فقلت : ما نزال نرى فى وجهك شيئا نكرهه ، فقال : إنا
أهل البيت اختارالله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا
وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون الحق فلا يقبلونه حتى
يدفعونها إلى رجل من أهل بيتي فيملأها قسطا كما ملؤوها جورا . فمن أدرك ذلك منكم
فليأتهم ولو حبوا على الثلج ، فإنه المهدي .
maksudnya: “dari Ibn Mas’ud r.a. katanya : “ketika
kami berada di sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan Bani Hasyim (yang diantaranya adalah Hasan dan Husin r.a.) Apabila
terpandang akan mereka,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah
baginda berubah. Aku pun bertanya ,”mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu
yang tidak kami sukai?”
baginda menjawab, “Kami ahlul Bait telah Allah pilih
untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan
penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur
dengan membawa bersama-sama panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu
tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang
lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka
datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah
Al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al-Hawi lil Fatawa,m.s. 71-72
Rasulullah SAW bersabda lagi :
فقال في حديث أبى هريرة : واشوقاه إلى إخوانى ، قالوا يا
رسول الله أو لسنا إخوانك ؟ قال : لا ، أنتم أصحابى ، إخواني قوم يأتون بعدكم ،
يود أحدهم لو يشترى رؤيتي بأهله وماله وفى رواية اخرى ، آمنوبى ولم يرونى .
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW berkata ,”Alangkah
rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku).”
Terkejut para Sahabat lalu berkata ,” Wahai
Rasulullah,bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah berkata, “Tidak. Kamu adalah
sahabat-sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang
datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual’ keluarga dan harta untuk bertemu
denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman denganku.”
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD MENEPATI
CIRI-CIRI MUJADDID.
ABUYA DI
ANUGERAHKAN KARAMAH.
Terlalu banyak
karamah yang Allah perlihatkan kepada Abuya Ashaari Muhammad,antaranya :
·
Ketika Abuya
ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan
bahkan memberi kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji
pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan
dosa, manakala penentang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebaskan
dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd sebagai wadah
baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhirnya dalam
masa 10 tahun,Rufaqa’ Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang
telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali.
Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari
sebelumnya.
·
Selepas ISA, Allah
takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu
lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya
Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan
di luar Negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh
kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan professional, pemimpin masyarakat,
artis dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas,
tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.
·
Kalaulah
tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin,usahawan,ilmuan,karyawan,budayawan,atau
lain-lain,di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang
luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan
sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh,Abuya Berjaya
membangunkan ‘bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah Bandar dengan
system hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal.
Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun
pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan
menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan.
Abuya umpama tafsiran Al-Quran dan Sunnah bergerak
Para Mujaddid membawa tafsiran baru AL-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w. dalam realiti kehidupan sehingga dengan itu manusia lebih
mudah memahami Islam melalui role model yang dibawa oleh para mujaddid.
Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan isi
perjuangan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang
serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi musuh yang hendak
menghancurkan perjuangannya. Masakan ini semua berlaku kalau bukan dia di
monitor oleh Rasulullah s.a.w.
Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib termasuk mimpi
benar.
Abuya selalu
didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi
untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta
memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan
jemaah. Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara
:
1.
Rasa hati yang
kuat untuk bertindak.
2.
Dijatuhkan ke
hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari
situ.
3.
Berbual-bual
secara jaga dengan Rasulullah s.a.w. dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa
jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa
semuanya bukan dari syaitan seperti yang
dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.
Seseorang syeikh tarekat dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar,
Abuya mendapat tahu melalui ilham dari Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah
salah seorang daripada orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan
Islam di akhir zaman.
Maka Abuya pun menghantar wakilnya untuk berjumpa beliau.
Apabila bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi,Syeikh Abdul Jabbar telah
berkata kepada wakil Abuya :
“ kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan
saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).”Walhal secara zahirnya Abuya belum pernah
berjumpa dengannya.
Syeikh Abu Mush’ab ,seorang syeikh tarekat di Jordan
telah menunjukkan buku catatan beliau kepada Abuya Ashaari Muhammad ketika
Abuya berada di Jordan. Di dalamnya bertulis :“Ashaari bin Muhammad pembawa
kebangkitan di Timur akan datang ke Jordan. “ ‘mesej’ itu diterimanya dari
Rasulullah dan Imam Mahdi sebelum kedatangan Abuya ke Jordan.
Syeikh Abdussalam Al-Harras, syeikh tarekat dari Maghribi
memberitahu Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986 :“ kenapa kamu
datang ke mari? Kebangkitan Islam di tempat kamu. Buktinya ialah kamu yang
membawa Islam ke mari.”
Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia
pada Tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-orang Imam Mahdi sdang giat
mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu
katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah.
Belum
sempat Abuya menjawab, Ketua kumpulan itu berkata, “ Tentu kamu tahu, Al-Quran
ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya
rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam sungai
Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat
dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat.
Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa berbincang dengan keluarga terlebih
dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat
dalam air.”
“ Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi
itu, adalah rasa yang Allah memasukkan seperti berlaku kepada ibu Nabi Musa
itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu
yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi
seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi
sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun
akan dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat.”
Syeikh itu menyambung ,”rasa hati seperti ini, kalau
diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada
seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu nabi Musa dan seperti yang kamu
sedang alami,ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal
dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak.”
Dia bertanya lagi kepada Abuya, “Apakah kamu bertemu
dengan Imam Mahdi?” Abuya tunduk agak lama. Akhirnya Abuya jawab, “Itu rahsia
saya.”….
Bab 6. Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim
Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi dan
perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman serta ilham yang
Abuya dapat dari masa ke semasa, sejak 40 tahun yang lalu:
1.
Imam Mahdi adalah
seorang lelaki yang masih hidup dan
sedang dighaibkan oleh Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang
Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.
2.
Di hari
kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca
khutbah di mimbar Masjidil Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah
kerana cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar dan digantikan oleh khatib yang kedua. Hal
yang sama berulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh tidak
berdarah hidungnya maka dia menjadi imam
sembahyang jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi yang dizahirkan
buat pertama kali setelah dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.
3.
Nama Imam Mahdi
ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab
Quraisy dan merupakan ahlul bait.
4.
Imam Mahdi akan
zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia
iaitu sekitar 3 hingga 4 Tahun lagi.
5.
Dari Mekah, dia
akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini
berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.
6.
Dalam tempoh 6
bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Dia hanya berhubungan dengan para
wazirnya untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan. Namun umat Islam
yang sudah tahu tentang keberadaannya mahu berbaiah padanya. Mereka disyaratkan
untuk berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yang berada di
Malaysia.
7.
Program penyerahan
kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah
dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi hakikatnya telah
memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.
8.
Dengan kuasa
daulah yang ada, dengan system pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang
sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika
(Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.
9.
Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih
kurang tujuh tahun. Bila Dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi
Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi
pengikut Imam Mahdi.
Begitulah
kefahaman Abuya tentang Imam Mahdi dan jadual yang akan terjadi. Abuya bukan
sahaja mempromosikan Imam Mahdi bahkan Abuya sedang mempersiapkan jemaahnya dan
team perjuangannya untuk diserahkan kepada Imam Mahdi.
Bab 7. Kesimpulan
…apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam
dan kini Rufaqa ialah jadual Allah untuk akhir zaman…
(Para akhir) Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu
ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan dibelakang tabir dan akan Allah zahirkan
semula ke dunia sepertimana nabi Isa a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam
atau Rufaqa’ iaitu Abuya Ashaari Muhammad sebagai wazir kanan kepada Imam Mahdi
yang membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Ertinya Abuya Ashaari Muhammad adalah
Putera Bani Tamim. Perjuangan mereka akan mendapat sebuah Negara Islam iaitu
Malaysia secara aman, damai dan harmoni. Abuya Ashaari sedang berusaha menagih
janji Tuhan agar jadual kebangkitan yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam
hadis-hadisnya benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!
-
Begitulah hebat
sekali kisah Abuya, Sebahagian
kedengaran macam fiksyen tapi sebahagian mengandungi fakta.
-
Malangnya Abuya,
yang dikatakan Putera Bani Tamim, yang berperanan menyambut dan membantu Imam
Mahdi bagi kebangkitan Islam akhir zaman telah pun meninggal dunia …sedangkan
Imam Mahdi belum menzahirkan dirinya….
-
Lalu?
No comments:
Post a Comment