Inilah luahan
seseorang kepada aku. Betapa Syiah telah merampas saudaranya yang sangat
dikasihinya. Mungkin buat selama-lamanya.
Inilah secebis
dari kisah benar.
Hasil
kefahaman aku akan kisahnya, ku coretkan di sini seolah-olah melalui
penceritaannya.
Aku mempunyai empat
saudara lelaki, dua orang abang dan dua orang adik. Aku dan mereka sudah
mempunyai keluarga sendiri. Hubungan kami tidaklah banyak berbeza, seperti
keluarga orang lain juga. Pada kelazimannya, baik dan mesra. Namun sekali
sekali, ‘disulami’ dengan sedikit selisih faham atau perkara yang mengecilkan
hati, tetapi ia tidaklah lama. Apa yang keruh tidak begitu mengambil masa untuk
menjernih semula.
Antara keempat--empat
mereka, adikku yang seorang ini mempunyai sikap yang sukar ditandingi oleh
sesiapa. Tidak juga oleh saudara-saudara
lelaki yang lain, sekalipun yang lain-lain mempunyai kelebihan tersendiri.
Selain
daripada kebaikan-kelebihan yang biasa ada pada lelaki-lelaki baik yang lain, dia
seorang yang serba ringkas dalam penampilan. Bersederhana.Baiklah, itu
mungkin masih sifat baik yang biasa.
Istimewanya,
dia seorang yang bersifat memudahkan dan segera dalam memberi pertolongan.
Bersifat
memudahkan? Segala yang berkaitan dengan sakit, susah, perselisihan sesame manusia,
dipandang dan ditangani secara mudah kerana baginya, itu sekadar masalah-masalah
biasa, kecil pada ujian dunia. Sedangkan aku sedari cabaran bagi dirinya, tidaklah
ringan juga. Dia sentiasa menjauhi sengketa, tidak suka kepada umpat keji dan
kata nista. Apabila orang mengadu rasa sakit hati dengan sikap orang lain,
paling biasa keluar dari mulutnya “dahlah, sudahlah, biarlah…”.
Apabila
diminta pertolongan, belum didengan dia enggan. Bahkan dia bersegera dalam menghulurkan. Apabila
dihulurkan, dia melakukan dengan kesungguhan. Tiada balasan diharapkan.
Walaupun dia
terpaksa memggunakan kereta sendiri. Tentulah paling kurang kos minyak pasti
ada, tetapi dia tidak meminta walaupun dirinya sendiri bukanlah berada. Bila
aku hulur sedikit wang, dia mengatakan ‘takapa’
‘tak payah’ tapi bila digesa dia menerima jua.
Sebagai kakak,
aku mengerti, itu tanda poketnya tidak berisi.
Dia berterimakasih atas pemberianku yang tidak seberapa. Terima kasihnya
pula yang begitu beria-ria sedangkan aku yang dibantunya.
Hidup keluarganya
secara sederhana. Tidaklah bermaksud tidak menikmati hidup. Makanan yang sedap
dimasak dan disantapi, perkara yang perlu turut dibeli tetapi tidak ada
pembaziran, tiada unsur keterlaluan. Tiada perabut mahal atau mewah dalam
rumah, tiada barang hiasan yang sekadar untuk keseronokan tatapan. Tiada pengaruh materialistik untuk memudahkan
Dajjal menang.
Sebenarnya,
setelah dia berkahwin, sikap mulianya itu tidak berubah dan tidak pernah
berkurangan.
Kini
anak-anaknya telah besar. Ramai. Anak gadis sulung telah bekerja setelah
mendapat PHD. Sebahagian yang lain berada di universiti.
8-10 tahun
sebelum itu, ketika mana dia dan keluarganya menziarahi, dalam keadaan hubungan
persaudaraan yang mesra dan bahagia, dia dan isteri ada memberikan kami
beberapa buku untuk dibaca. Anakku mendapati buku itu memang menarik perhatian.
Buku agama yang membicarakan sesuatu atas
isu yang berlainan. Sisi agama yang tidak pernah diketahui atau tidak pernah
diambil peduli.
Tanpa kami
sedari, sesuatu telah berlaku.
Sesuatu yang
tidak diingini, tidak diduga telah menimpa mereka. Sekeluarga.
Masa berlalu.
Hingga
beberapa tahun yang lalu.
Walau
kemesraan masih kekal sama tetapi ada
sesuatu pada mereka yang berbeza.
Suasana
dalaman rumah mereka juga berbeza.
Bukan kami
sahaja merasa kejanggalannya, saudara mara yang lain pun begitu juga.
Ada gambar
foto besar berbingkai digantung ditengah ruang antara ruang depan dan dapur. Nampak
seperti tokoh agama atau pemimpin luar negara yang kelihatan begitu ‘islamik’
tetapi kami terasa ganjil melihatnya. Tidak sama dengan ulama atau tokoh agama
yang biasa.
Buku-buku
agama yang sengaja diletak sini dan sana juga agak berbeza. Banyak membicarakan
sisi sensitif dalam agama. Memuliakan segolongan menghinakan segolongan. Golongan
Sabiqun atau Awwalun dalam islam. Hingga, ada jenis produk makanan dan minuman
dari negara Islam yang tidak sehaluan pada pegangan.
Ada juga
lain-lain tanda yang menimbulkan curiga.
Hinggalah
anakku berkesempatan menziarahi mereka… lalu darinya anakku berkata;
“Sesuatu yang
serius telah berlaku… mereka sudah keluar dari pegangan tradisi turun temurun. Bukan sahaja keluar mazhab yang empat .”
“Mereka telah
meninggalkan kumpulan ahli sunnah wal jamaah dan memeluk Syiah !”
“Mereka kini
menampakkan identiti mereka… secara tidak langsung mereka mengisytiharkan siapa
diri mereka sekarang!”
Lalu anakku teringat beberapa tahun dahulunya,
tentang buku-buku yang diberikan bapa saudaranya. Buku berbau syiah. Buku-buku agama syiah.
Bermakna
adikku dan keluarganya telah lama bertahun-tahun sebelum itu didakyah Syiah.
Sehingga mungkin dalam diam, mereka telah memeluknya.
Kini setelah
‘iman’ dirasa teguh, mereka mendedahkan
identiti secara tidak lagi sembunyi.
Perlakuan dan pandangan mereka membuktikannya.
Saudara mara
merasa bingung.
Adikku dan
isterinya tetapi berlaku biasa.
Kebaikan dan
kemesraan tetap sama.
Antara kami, persaudaraan
masih kuat bertautan.
Anakku,
bagaimanapun curiga. Ada sesuatu yang dirasa tidak kena. Syiah, setakat yang
diketahui, tidaklah indah pada hakiki.
Lalu, setakat
mana keikhlasan mereka? Sekalipun adik beradik dikasihi, syiah mungkin lebih utama
dihati.
Anakku mula
membaca dan membaca. Kesimpulannya, ada kerisauan mendalam yang dirasa.
Anakku kemudian
menunjukkan sikap terbuka, menghampiri bapa saudaranya demi untuk lebih
memahami syiah itu apa sebenarnya?
Sepura-pura manusia, akhirnya terkeluar dari mulut isterinya, rasa tidak suka kepada Sahabat utama, Abu
Bakar dan lain-lainnya. Anakku pernah juga
cuba didakwah, antaranya diajak menghadiri kuliah.
Masa berlalu
lagi.
Tiba-tiba isu
syiah kembali menghantui. Peristiwa kekejaman Syiah di Syria menyedarkan semula
betapa bahayanya Syiah kepada kita. Kali ini, di seluruh negara, kempen
kesedaran, usaha-usaha membendung pengaruh syiah giatm sana-sini dilaksanakan.
Syiah di
Malaysia berusaha ditentang habis-habisan.
Kezaliman Syiah
di luar negara didedahkan. Segala keburukan Syiah dari hujung rambut ke hujung
kaki semua dilondehkan.
Adikku dan keluarganya
turut menerima tamparan. Tentulah tidak selesa , merasa dipantau dan dicuriga.
Mereka
sekeluarga mulai menjauhkan diri. Selalu tiada dirumah, ke sana ke sini tanpa
diketahui, ke mana sebenarnya mereka pergi?
Adik
kesayanganku ini.
Dia semakin
membawa diri. Sukar untuk dihubungi. Seolah-olah dia merasa dia sebab itu dia
perlu berbaik dan bermesra, dakwahnya tidak lagi berjaya. Syiah telah diburukkan dengan begitu
berleluasa. Mungkin dia tidak mampu lagi mengharungi tribulasi dan onak duri.
Kalau dulu
masih ada ibu kami, yang suka tidak suka kami masih harus bersama berkerjasama.
Kini ibu telah tiada. Adikku yang taat pada ibu, bila ibu telah tiada, tiada
apalagi yang dapat menahannya.
Anakku ada
berkata, “Ibu, bagi pakcik (syiah) ini, orang awam kita dianggap jahil (tiada
ilmu) kerana tidak mendapat maklumat (kebenaran) Syiah. Moga Allah mengampunkan
mereka!”
Maka anakku menyahut
dalam hati “maknanya tiada pelepasan bai golongan ilmuan. Habislah golongan
ustaz sunni seperti Maulana dan Dr Asri… !”
Termasuklah
diri anak ku sendiri, yang telah tahu tapi tidak mahu.
Kenapa saudara ku itu
terpedaya? Anakku berpendapat, pakciknya yang baik itu memang ingin mencari
kebenaran. Malangnya, dia tergesa dalam perubahan. Emosi mengatasi akal fikiran.
Dia gagal menilai dengan keadilan.
Apabila didakyah dengan syiah oleh guru agama syiah yang ada di Melaka, ilmu
yang kurang menyebabkan dia terpedaya. Sepatutnya, dia berjumpa ilmuan sunnah
yang mampu memberi pencerahan atas apa jua kekeliruan.
Anakku melalui metodologi ini sebelum cuba
memahami syiah. Hasilnya satu-satu ‘hujah’ tembelang syiah terburai. Syiah sangat tidak logik dengan akal sangat
tidak serasa dengan fitrah.
Saudaraku
itu mungkin kini sudah terlalu jauh
pergi…. sukar untuk dipujuk kembali.
Aku kesal. Aku
merasa semasa pendakyahan syiah ketika yang dahulu itu, puak ahlul sunnah sedang
lena diulit mimpi indah dalam tidur dan lekanya.
Hari itu.
Baru beberapa
hari berlalu.
Hari
pernikahan anak bongsuku.
Isteri adikku itu
ada singgah. Sekadar bertanya khabar.
Makanan yang
banyak sedia untuk dijamu, tidak dijamah walaupun satu. Alasannya, sudah
kenyang. Dia kemudian meminta izin untuk
pergi. Ada urusan penting menanti, barangkali.
Esoknya.
Hari
perkahwinan. Majlis meraikan jemputan dan saudara mara.
Adikku,
saudara ku ini tidak muncul tiba.
Itu bukan
sifat adik lelaki kesayangku. Tidak pernah ia melakukan begitu.
Apalagi kepada
aku. Kakak yang paling disayanginya dan paling menyayanginya.
Aku termenung.
Kesedihan.
Selama ini aku
fikir , persaudaraan kami begitu utuh dan kukuh. Biarpun dia sudah menjadi
Syiah.
Namun,kini
terbukti ia terputus juga.
Syiahlah
dalangnya.
Syiah yang
merampasnya dari kami.
Syiah yang
memisahkan dia dari kami…
keluarga, saudara…
darah dagingnya sendiri.
Ya Allah
Kembalikan
dirinya kepada kami
Dan kepada jalan
hidayah
Meninggalkan kesesatan
Syiah…
kembali
kepangkuan Ahlul sunnah Wal Jamaah.
In Sya Allah. Amin.
Ya Rabbal
Alamin.
Wallahu taala
alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment