I, ke si hitam manis itu? |
Abu
Dubeis sentiasa ingin bertawaf sehampir kaabah. Pusingan lebih cepat habis.
Bermakna ibadah tawaf boleh dilakukan banyak kali. Abu Dubeis pernah bertawaf
ditingkat atas, terasa berbeza jauhnya jarak untuk menghabiskan 1 pusingan.
Jarak satu pusingan lengkap di atas mungkin memerlukan lebih dari 3 kali
pusingan lengkap di bawah. Kalau 7 pusingan?
Tentulah, bertawaf di bawah lebih
menguntungkan dari sudut hasil bilangan. Namun ingat, adanya sudut kiraan
berbeza. Bahawa pahala mengikut juga kadar susah payah dalam melakukannya.
Begitulah,
keadilan buat nenek tua yang berkerusi roda melakukan tawaf melalui pusingan
yang besar.
Maha adilnya
Allah Yang Maha adil.
Bagi
tawaf dikawasan kaabah, setiap kali pusingan tawaf dilakukan, tidak dapat tidak
kita akan melihat kepada bucu atau sudut Rukun Hajar Aswad. Disitulah
terdapatnya ‘Hajar Aswad’, iaitu yang disebut dalam bahasa inggeris ‘The Black
Stone’ bermaksud ‘Si Batu Hitam’. Si
batu hitam yang sentiasa kelihatan manis. Memadailah disebut ‘si hitam manis’.
Si hitam manis yang menggamit perasaan. Sentiasa menyebab jiwa manusia
disekelingnya bergelora.
Selama
musim haji, dan sepanjang bertawaf entah berapa banyak kali, Abu Dubeis telah
mengalami dan menyaksikan beberapa perkara pelik. Mungkin tak pelik sangat,
tapi perlu juga diceritakan. Hai! ini semua gara-gara si hitam manis yang menggoda..
Kisah
Cinta 1
Semasa
bertawaf melepasi Rukun Yamani, sambil merenung ke arah Hajar Aswad, Abu Dubeis
pernah di tawarkan perkhidmatan untuk membantu Abu Dubeis mencium Hajar Aswad.
Tawaran ini bukan sekali bahkan tiga kali.
Ketiga-tiga tawaran ditolak oleh Abu Dubeis secara terus, tanpa membuka
peluang untuk mereka mengusulkan terma-terma rundingan.
Masih diingati salah
seorang di antara mereka, yang susuk tubuhnya sedikit gempal dan tidak tinggi.
Orang Indonesia. “Mau cium pak”. Dia dapat mengesan Abu Dubeis orang
Malaysia, serumpun dengannya. “Walaupun aku berjubah arab, tak pakai beg
atau lencana tabung haji, namun muka melayu aku ni tak boleh nak sorok,”
bisik Abu Dubeis bergurau dengan diri sendiri.
Sebenarnya mungkin kita hairan,
bagaimana susuk tubuh yang tidak besar itu mampu membantu kita. Mereka bergerak
dalam kumpulan kecil 2-3 orang dalam membantu pelanggan mencapai hasrat untuk
mencium Hajar Aswad. Bayangkanlah sampai ke peringkat ini, ada ‘business
deal’.
Tidak
tahulah berapa banyak kali tawaran ini telah dibuat? Tidak tahulah juga berapa
banyak kali tawaran ini telah disambut, diterima. Tidak diketahui juga jumlah
sebenar ‘nilai dagangan’ transaksi perniagaan ini dalam setahun. Pastinya
bernilai jutaan, jika dalam rupiah.
Siapa
yang tidak jatuh hati kepadanya. Siapa yang tidak menaruh hasrat untuk
menciumnya. Biarpun hitam, tarikannya menggamit perasaan. Siapa yang lalu,
pasti tidak dapat tidak, akan tertoleh, biar sekilas pandang. Namun bukan semua
berani menghampiri untuk meluahkan rasa di hati. Cabarannya sukar sekali. Ia
idaman setiap lelaki.
Mulanya
terasa hairan, kenapa sampai 3 kali dia ditawarkan. Perkhidmatan untuk ciuman.
Barulah Abu Dubeis sedar dan perasan. Semasa bertawaf, setiap kali tiba
dipenjuru itu, pandangan pasti terarah
ke situ, lidah menjadi kelu, mata merenung sayu. Hati dilanda rindu. Rindu yang
bukan sebarangan. Rindu bayangan.
Mungkin
ketika itulah geng indon ini perasaan. Melihat Abu Dubies seperti kepinginan.
Rasanya inilah yang mereka fikirkan; “Wah! ini bapak dari Malaysia bisa jadi
pelanggan. Ongkosnya pasti lumayan. Tengok muka, begitu kasihan, kesayuan.
Begitu dahagakan ciuman. Tapi enggak ada keberanian. Sekadar menaruh hati dari
kejauhan. Bagai pungguk rindukan bulan”.
Bagi Abu
Dubeis. Dia cinta tapi dia tak tergamak membayar. Dia yakin itu salah. Itu
cinta yang ternoda. Jika dapat mencium pun, apalah ertinya. Dia akan berusaha
sendiri, tak kisahlah kalau perlu berkali-kali. Sekadar terdaya, dengan ingatan
untuk tidak menyakiti sesiapa. Dia
memohon Allah agar dia tidak menyakiti, juga tidak disakiti. Dia akan
berdoa dan merintih selalu dan sentiasa. Dia yakin, jika Allah mengkehendaki,
ia pasti berlaku. Dia memohon agar ia berlaku. Jika dapat sekali. Dia mahu
meminta lagi. Lagi dan lagi.
Untuk
kisah cinta 2 dan kisah cinta 3, boleh didapati dalam buku Haji 2013, bertajuk
Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf-
Karya Bestari boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa 2014 (bermula 24
April). – karya seorang peguam sivil dan syariah, Beliau mengupas secara
kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa
ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal
tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana
cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment