Kekejaman sedang berleluasa berlaku di Syria, Mesir, Iraq, Myanmar,
Afrika dan banyak lagi tempat di muka bumi ini. Bagaimana dengan Malaysia?
Memali? Fikirlah sendiri.
Selagi ada orang zalim, selagi itu ada risiko berlaku kekejaman,
kezaliman. Risiko kepada kezaliman, meningkat berkali ganda sekiranya kuasa
(pemerintahan, politik) berada di tangan orang zalim.
Kezaliman, kekejaman juga pernah disaksi berlaku di tanah yang
diberkati, Mekah Mukaramah. Bahkan, dilakukan dihadapan kaabah. Depan multazam.
Di musim Haji.
Sungguhlah kekejaman itu tidak mengenal tempat! Sebabnya, manusia
yang kejam itu tidak mengenal erti kemanusiaan! Jadi apa hal perlu dibezakan
tempat untuk berlaku kejam dan zalim.
Sukar untuk percaya? Percayalah.
Ini kisah semasa musim haji. Kisah benar. Melalui pengalaman diri
dan penyaksian mata sendiri.
Ketika itu Abu Dubeis berada sekitar di depan Multazam. Lebih tepat
lagi di depan pintu Kaabah sambil memerhatikan suasana. Ketika itu diwaktu
malam. Mungkin selepas solat maghrib. Mulanya timbul hasrat untuk mencuba,
tetapi akhirnya dibatalkan sahaja.
Keadaan begitu sesak dan mencabar di depan Hajar Aswad. Abu Dubeis
melihat polis beruniform bekerja keras mengawal suasana dan kekadang menegur
dan menjerit. Ada kala memukul jemaah dengan belantannya.
Ketika itu ada seorang polis di bahagian bawah di sekitar depan
pintu Kaabah. Tidak tahulah sama ada dia baru sampai untuk bertukar ‘shift’
atau untuk membantu mengawal keadaan. Mereka kelihatan bercakap… antara yang di
atas dan di bawah. Sambil tangan polis yang di atas menunjuk-nunjuk kepada
seorang jemaah sama ada India, Pakistan atau Bangladesh. Polis yang di bawah
kemudian bergerak kearah lelaki itu yang sedang mengadap ke arah pintu kaabah.
Polis itu kini berada betul-betul dibelakang lelaki itu dan menunjukkan isyarat
kepada polis (yang bergayut menjaga Hajar Aswad) itu sambil meminta pengesahan.
Polis di atas kelihatan mengesahkan.
Tup! Satu tendangan berlutut dilakukan kepada jemaah itu dari
belakang. Tup! tup! tup! Entahlah berapa kali. Sudah tak dapat diingati. Jemaah
itu berpaling dan kelihatan kesakitan. Polis itu berbuat selamba. Jemaah itu
kebingungan, ketakutan dan lalu cepat-cepat berlalu pergi. Kasihannya. Abu
Dubeis mengagak, jemaah itu pasti dari kawasan Hajar Aswad dan mungkin telah
menyebabkan kemarahan polis keselamatan.
Sukar untuk tidak mengatakan bahawa polis-polis itu telah berlaku
jahat dan zalim. Polis lain tidak berpuashati, polis lain tolong belasahkan.
Inilah semangat setiakawan dalam kejahilan. Tidakkah kerjasama perkara maksiat
dan dosa, jawabnya, tentulah berdosa juga.
Sungguh berani mereka melakukan kezaliman dihadapan kaabah dan
multazam. Ketika manusia sedang asyik bertawaf. Berakal sempunakah mereka?
Itulah yang kita takuti. Nasihatkan orang-orang yang disayangi, dalam memilih
kerja, perlu berhati-hati. Jangan kerja itu merubah kita dari mulia kepada
durjana.
Kalau kerja kita sudah bergelumang dengan aktiviti kekasaran,
mula-mula pukul kerana keterpaksaan. Sekali-sekala kerana hilang kesabaran,
tidak terkawal kemarahan. Kemudian jadi kebiasaan. Lama-lama, takut-takut jadi
kesukaan. Kalau dah hari-hari. Setiap hari begini, kita takut ia menjadi
sebati. Lalu akhirnya, alah tegal bisa, biasa. [1]
Teringatkan jemaah lelaki tadi. Entah dapat atau tidak, mengucup
Hajar Aswad. Pasti dia telah berjuang hebat untuk mencuba.
Kerana cinta, dia dibelasah. Kerana cinta dia disakiti. Pasti dia
pulang dengan kenangan pahit yang takkan dilupai.
Ini adalah sebahagian kisah dpd isikandung buku Haji 2013
bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf- Karya Bestari boleh
didapati di Pesta
Buku Antarabangsa 2014 (bermula 24 April).
hisham-ahmad.blogspot.com
[1] Begitulah juga ujian seumpama.
Bidang perbankan Riba dan urusan
kewangan Riba. Mula-mula rasa bersalah
tetapi terlibat beralasankan
darurat. Lama-kelamaan, bila duit asyik ‘masyuk’, hati makin syok.
No comments:
Post a Comment