gambar hiasan |
Tanpa
Wardina menimbulkan isu ini, saya mungkin tidak sedar kewujudan telaga B
dan kisah pelik berkaitan telaga B itu. Tanpa mengetahui sumber kisah
itu datang dari Dr Zulkifli, tentulah sukar untuk saya percaya kisah
yang dicerita oleh Ustaz Don tentang telaga B itu.
Namun
apabila membaca baca sumber yang didedahkan oleh Dr Zulkifli, saya
masih ‘risau’ dalam diam, bukan kepada kewujudan telaga B itu, tetapi
kerana kisah yang diceritakan itu kerana ia masih sukar untuk diterima
oleh akal fikiran saya. Walaupun begitu, saya menghargai pengemukaan
dalil dan keterangan itu.
Ringkasan hasil penjelasan Dr Zulkifli:-
1.
setelah dikemukakan hadith, athar dan pandangan ulama, sebagai tarjih,
maka Dr Zulkilfi lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh
orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. (Dikuatkan
oleh pendapat Ibn Qayyim dan pendapat Ibn Mandah).
2.
Manakala kisah-cerita yang diambil oleh Ustaz Don daripada Dr Zulkifli
ialah diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi yang
diyakini oleh beliau. (Kehebatan Imam al-Zahabi diketahui).Kisah hampir
sama diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, disebut dalam buku Bi’ru
Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya
Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri. Imam Ibn Hajar al-Haitami juga menyebut
cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an
Iqtiraf al-Kabair.
3.
Secara adil, Dr Zulkifli menyatakan mungkin ada sebahagian ilmuan yang
tidak menerima kisah ini dengan merujuk pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu
Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, yang mengatakan riwayat kisah itu
batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat)
kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera.
4.
Walaupun ada yang tidak setuju, dengan nukilan membenarkan kisah itu
oleh ramai ulama. Dr. Zulkifli berpendapat; tidak ada masalah untuk
mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya
sebagai dalil.
Lalu sedikit analisa saya.
Kesimpulannya, pada saya, kewujudan telaga B ini adalah benar dan dipercayai. Namun kisah yang diceritakan mengenai ‘dialog dengan roh orang mati’
adalah isu yang lain. Berdasarkan ia bukan bersumber hadith atau hadith
sahih, tetapi dibenarkan oleh beberapa ulama yang terbilang, maka
tentulah sesiapa boleh memilih untuk percaya atau tidak percaya.
Namun
setelah merujuk kepada beberapa sumber hujah yang lain, saya memilih
untuk tidak mempercayai kisah ‘dialog dengan roh orang mati’ itu dan
mempercayai kisah itu sebagai tidak berlaku kerana dan atas alasan:-
(1) menerima pandangan pentahqiq (Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi) di atas yang dimaklumkan sendiri oleh Dr Zulkifli,
(2)
sekalipun jika benarlah dikatakan Imam Zahabi ada merekodkan kisah ini
dalam kitabnya, tanpa bukti dalil hadith yang sahih, saya tidak dapat
bersetuju dan memilih mengikut akal fikiran munasabah saya bahawa kisah
ini lebih wajar untuk tidak dipercayai berlaku.
(3)
Tetapi saya memilih untuk percaya bahawa Imam Zahabi sebenarnya telah
tidak merekodkan kisah itu dalam kitabnya, berdasarkan pandangan bahawa
kitab al-Kabair yang banyak dicetak dan dijual dipasaran hari ini adalah
kebanyakan versi palsu yang dinisbahkan kepada al-Zahabi. Kitab
al-Kabair yang asli adalah amat ringkas dan ia tidak mengandungi
kisah-kisah dan hikayat-hikayat, dan dalamnya tidak wujud kisah telaga
Barahut. Kitab asli ini telah ditahqiq oleh Syaikh Muhyiddin Mistu dan
dicetak oleh Maktabah Dar al-Turath, Madinah. Bahkan, Dr Abdul Basit
yang mempunyai salinan kitab Muhyiddin Mistu itu telah memberi
penjelasan bagaimana penulis ini menjumpai manuskrip asal kita Kabair yg
ditulis oleh Imam Zahabi. Adalah tidak munasabah juga bagi keperibadian
Imam Zahabi, seorang yang begitu terkenal dengan sifat ketelitian dalam
memastikan kesahihan periwayatan dalam kitab-kitabnya, tiba-tiba ada
satu kitabnya yang longgar dan memuatkan kisah2 yang tidak sahih.
Akhir kata,
dalam keadaan terdapat 2 kemungkinan mengenai kisah ‘dialog dengan ruh’
di Telaga B itu, saya berpandangan bahawa, tidak menceritakan kisah ini
kepada orang awam adalah lebih baik daripada menceritakannya kepada
orang awam, khususnya di zaman sekarang ini.
Apakah
pengajaran atau mesej yang cuba disampaikan dari kisah itu? Apa
kebaikan penceritaan kisah ini contoh, jika di buat di dalam satu dewan
di hadapan generasi muda? Kalau sekadar mesejnya untuk menakutkan
manusia agar jangan aniaya orang, jangan pecah amanah, maka ianya boleh
disampaikan melalui pelbagai kisah sahih yang lain.
Kisah
dialog dengan ruh atau ada yang menyebut kisah ‘menyeru ruh’ dari
telaga itu mempunyai mesej keburukan halus kerana boleh disalahguna dan
diselewengkan bagi tujuan sesat dan khurafat.
Bayangkan
bagaimana kalau ada orang atau kumpulan tertentu, selepas mendengar
cerita pelik itu, mengatakan bahawa setelah mereka selalu melakukan
kenduri tahlil, maka mengapa tidak pergi mencari telaga itu untuk
menyeru roh-roh nenek moyang mereka. Jika tiada jawapan di situ, adakah
maknanya roh-roh nenek moyang berada dalam keadaan baik. (Jangan ada
nanti pakej pelancungan yang ambil kesempatan, sudahlah.)
Bagaimana
kalau tiba-tiba bomoh yang cuba mengesan MH370 menggunakan alat-alat
pelik dan dihukum sesat mendapat idea tentang kisah di telaga ini? atau
menggunakan hujah kisah di telaga itu?
Kisah itu juga mempunyai unsur materialistik, masih tetap berkait dengan wang.
Maafkan saya, saya masih tidak dapat melihat kebijaksanaan penceritaan itu kepada masyarakat.
Bagaimana
kalau agaknya, telaga zam-zam tidak ditutup dan masih terbuka kepada
orang ramai yang pergi haji, setelah kisah ini diketahui umum?
Wallahu taala alam.
hisham ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment