Saya
tersangat jarang tonton rancangan ustaz Don di TV Hijrah. Mungkin
sekali-dua. Itupun secara tidak sengaja. Jadi saya akui saya bukan
peminatnya. Jangan salah faham, sebabnya kerana saya memang sangat
jarang tonton TV dan kedua saya mengutamakan ustaz-ustaz ‘youtube’
terbaik pilihan saya sendiri dari yang ‘dipaksakan’ atas saya oleh
pilihan mengikut selera stesyen TV.
Apapun
saya tahu kepopularitian Ustaz Don dan saya hormati peranannya dalam
mendidik umat khususnya golongan muda. Kerjanya memberi peluang dakwah
yang luas. Bukan semua orang ‘bertuah’ dapat buat perkara baik setiap
hari, disukai dan dibayar gaji.
Alkisah,
saya adalah peminat web tranungkite dan web al-ahkam. Melalui keduanya,
saya turut tahu mengenai kisah-video2 berkaitan Ustaz Don. Ini adalah
lumrah kehidupan ilmuan agama berstatus selebriti. Sentiasa menarik
minat masyarakat.
Sebagai
bukan peminat Ustaz Don, justeru saya membaca dan menonton kisah-video2
berkaitan Ustaz Don kerana tarikan pada ‘isu agama’ yang timbul
daripadanya. Antaranya isu (1) Bani Tamim dan (2) Syeikh Ali Jumaah dan ikhwanul Muslimin.
Saya mulakan dahulu dengan penjelasan Ustaz Don tentang kedua isu di atas. Ringkasnya, Ustaz Don tidak bersetuju atas sikap segolongan pihak atau
asatizah yang menggunakan rakaman video sekerat (bukan rakaman penuh)
untuk berhujah dan mengkritiknya. Baginya ia cara tidak wajar. Antara
alasannya, adanya nasihat agar tidak menjadikan bahan youtube, google
atau bahan internet bagi tujuan seperti apa yang telah dilakukan
kepadanya. Biasanya orang buat video sekerat untuk tujuan propaganda.
Ustaz
Don kemudian mengatakan bahawa tentang dua isu di atas, apa yang dia
kata, dia tidak kata dia betul (dalam memberi pandangan), boleh jadi dia
salah (tersilap). Dia bagi (pandangan) berdasarkan apa yang dikata oleh
para ulama. Antara yang dia rujuk pasal Bani Tamim ialah dia berdiskusi
dengan Ustaz Badli Shah. Ini sekadar pendapat dan teori, boleh jadi
betul atau salah. Bukan bersifat qatie.
Manakala,
tentang isu Syeikh Ali Jumaah dan Ihkwanul Muslimin, dia dapat
(maklumat) daripada Ustaz Mahadir Hj Jol. Ustaz ini kongsi pendapat
dengan dia, bukan pendapat Ustaz Don. Dia sebarkan.. biar jadi buah
fikiran (semua), (agar dapat) fikir sama-sama.
Pandangan saya:
Secara adil, saya dapat rasakan kesedihan dan nada emosi Ustaz Don.
Sesiapa ilmuan pada situasinya mungkin akan rasa kecewa jika merasa
dikecam dan dikritik keras kerana apa… dari nada dan butirannya, apa
yang dikata dari dua isu di atas adalah satu pandangan atau teori yang
boleh membawa kepada dua kesimpulan, betul atau salah, justeru mungkin
pada kefahaman saya, dia merasa tidak wajarlah dia dia dikritik atau
dikecam begitu sekali. Mungkin ia sekadar dimaksudkan sebagai satu
lontaran idea. Kelihatannya Ustaz Don orang yang baik, dan baik hatinya.
Saya
tidak setuju dengan kaedah video sekerat ini. Ia menimbulkan anggapan
adanya motif propaganda, namun saya juga tidak menolak kemungkinan dalam
kes ini, sipembuat tidak berniat jahat tetapi sekadar ingin memfokuskan
kepada isu berbangkit.
Namun
sefaham saya dari kata-ata penjelasan Ustaz Don, Ustaz Don tidak
menafikan bahawa dia memang ada berkata tentang 2 isu di atas, dan
kelihatannya, dia memang ada berkata seperti pada rakaman itu. Namun
Ustaz Don tidak pula mempertahankan pandangannya dari sudut membawa
hujah dan bukti dalam dua isu di atas, sesuatu yang saya harap ia
dilakukan (tetapi tidak dilakukan). Ustaz Don juga tidak menarik balik
teorinya. Walaupun dia berkata bahawa teorinya mungkin salah mungkin
betul, dia tidak pula berkata teorinya salah. Maka sebab itu tiada sebab
untuk minta maaf.
Saya simpati .. tetapi saya tidak mahu menyentuh isu emosi dan teknikel. Mari kita fokus pada merit. Iaitu isi atau ‘content’.
Isunya:-
Ustaz Don adalah ilmuan agama terkenal. Lontaran atau pandangannya
dalam ‘isu agama’ apalagi dalam dua isu di atas adalah munasabah
dianggap suatu perkara besar dan serius kerana risiko kesannya kepada
umat. Justeru, beliau mempunyai tugas berhati-hati yang tinggi.
Itulah
yang mungkin difikirkan Wardina. Mungkin juga saya. Mungkin juga sekian
ramai orang awam. Antara orang awam ini sendiri ada pelbagai tingkatan
ilmunya dalam memahami pandangan isu agama yang dilontarkan oleh Ustaz
Don. Saya percaya terdapat ilmuan agama lain yang lebih sensitif dalam
isu ini sedangkan bukan tujuan mereka untuk mengenakan Ustaz Don.
Isu 1 Bani Tamim.
Semasa saya menonton rakaman tentang isu Bani Tamim oleh Ustaz Don,
saya sendiri tergamam dan tidak setuju. Ada rasa sedikit gelihati. Saya
merasa pandangan itu tidak logik. Saya tambah kecewa dengan pandangan
itu apabila hujah, alasan dan bukti yang diberikan ustaz Don ialah
sekadar adanya pandangan atau perbincangan ulama dengan teori ta dan
mim. Dalam bahasa undang-undang, hujah dan bukti itu ialah – tiada.
Itu
rasa peribadi tetapi diasaskan kepada pengetahuan antaranya saya pernah
membaca buku oleh (jika tidak silap saya sama ada anak atau penyokong
kuat Syeikhul Arqam, Ashaari. Betapa Ashaari adalah keturunan Bani Tamim
yang akan menyambut kedatangan Imam Mahdi. Akhirnya Imam belum muncul,
dia dah ‘pergi dulu’. Terbuktilah dengan sendiri, kebohongannya.
Inilah rasa gusar orang awam dengan sedikit ilmu mengenai isu ini.
Kegusran
ini diperkuatkan apabila saya menonton rakaman video ustaz Salman (jika
tidak silap) dalam web al-ahkam yang mengkritik secara tegas pandangan
atau teori mengenai isu Bani Tamim seperti dilontarkan oleh Ustaz Don,
dengan hujah dan bukti dikemukakan ketahap meyakinkan dan beliau juga
menjustikasi kritikan kerasnya dengan merujuk kepada (manhaj)
ulama-ulama terdahulu khususnya dalam isu serius.
Justeru,
demi bersikap adil, saya berharap Ustaz Don dapat menjawab secara
ilmiah dan bermerit jika ingin mempertahankan pandangan atau teori yang
dilontarkannya. Beliau tidak boleh menganggap teori ‘pelik agama’ yang
dilontar ketengah masyarakat itu sebagai sekadar ‘gitu-gitu’ sahaja
dengan berdalilkan adanya diskusi ulama, nak terima tak terima, sudah.
Mana kajian, mana sumber, mana analisa, mana bukti?
Masyarakat
mungkin sangat tidak mahu ilmuan agama bersikap begitu… saya tidak
suka, saya rasa Wardina juga tidak suka dan saya percaya tiada dari
kalangan golongan terpelajar yang suka (cara begitu).
Isu (2) Fatwa :
fatwa atau pandangan Dr. Ali Jumaah (macam maksudnya tentera Mesir boleh tembak
rakyat-halal darah-bermakna termasuk terhadap ikhwanul muslimin), saya
sangat tidak setuju dengan fatwa ini dan dengan tindakan Ustaz Don melontarkan pandangannya dalam isu ini.
Saya hormati hak bersuara Ustaz Don untuk melontar
idea itu. Kekecewaan besar saya adalah pada justifikasi atau unsur
justifikasi yang diberikan tentang merit diri Dr. Ali Jumaah dalam (atau untuk kita) menilai ‘kebenaran’ fatwanya.
Ia ibarat mengambil perkiraan unsur-unsur
‘mistik’ (tidak terjumpa perkataan yang lebih sesuai) dan menolak
fakta-fakta logical, bukti persekitaran yang terlalu zahir dan jelas. (Saya percaya Dr Yusuf Qaradhawi pasti menolak fatwa itu dengan hujah
berdalil nas Quran dan hadith serta akan fikiran yang adil dan munasabah
.... yang lebih hampir kepada kebenaran.)
Saya gusar dengan gaya fikir dan cara pandang begini
oleh ilmuan agama dalam menentukan antara hak dan batil dalam isu yang
realiti.
(Adakah
seorang yang (dikatakan atau mendakwa) bermimpi jumpa nabi s.a.w. (yang
tak dapat dibuktikan) selepas itu terjamin daripada melakukan kesilapan
dan dosa. Adakah ini cara nilai pada syarak).
Tidak ketinggalan pula, ada diselit dakwaan provokatif dan
berat berkaitan peranan salafi wahabi.... adakah dengan itu menguatkan
alasan untuk menyokong 'kehalalan' fatwa itu??
Tentang
isu rakaman video ‘kompilasi hadith palsu’ berkaitan Ustaz Don, cara rakaman video itu dihasilkan adalah tidak wajar dan wajar
dianggap bagi tujuan memalukan Ustaz Don. Rakaman sebegitu perlu
dikecam.
Sepatutnya
buatlah rakaman perbahasan secara ilmiah dengan mendatangkan hujah,
bukti dan keterangan.
Apapun, sekali lagi, ada kegusaran saya jika
kisah-kisah pelik yang diceritakan oleh Ustaz Don itu tidak sahih, ia
menjadi sangat serius jika dikaitkan dengan rasul s.a.w atau sahabat2
baginda. Saya mengharap ustaz Don memberi penjelasan kredibel dalam
hal ini.
Akhir
kata, saya percaya bahawa isu-isu yang berlaku tidaklah sampai
menghilang kredebiliti Ustaz Don. Dia wajar diberi sokongan untuk terus
berkhidmat kepada umat. Popularitinya sebagai selebriti ikutan
dikalangan generasi muda masih membawa manfaat yang besar; selekeh-lekeh
pun kewujudan Ustaz Don mengurangkan perhatian anak muda kita kepada
budaya mungkar dan selebriti2 parasit, seperti Lady Gaga.
Saya
masih dapat merasa keikhlasannya. Cuma apa yang salah tetap salah, apa yang tidak baik itu tetap tidak baik.
Saya harap agar selepas ini dia
lebih berhati-hati; dengan (1) mengutamakan kesahihan dalam memberikan
pandangan yang mempunyai isu atau kaitan agama, (2) membawa dalil,
diikuti dengan penilaian secara logik, rasional dan saintifik, mengikut
kemampuan dan (3) memfokuskan kepada merit isi daripada kata-kata emosi.
semoga ustaz Don terus maju jaya dengan kewibawaan ilmu yang lebih disenangi semua lapisan golongan awam termasuk dari kami yang menyukai manhaj penyampaian ilmu seperti di sebut di atas.
Wallahu taala alam.
Bakal Peminat Ustaz Don.
hisham-ahmad.blogspot.com
assalamualaikum,
ReplyDeleteya saya setuju dgn pandangan tuan tu..
Salam.
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan sahabat.