Kritikan Ilmiah Ustaz Solleh, Penulis "Sehingga Quran terpahat di hati mu".
Saya rasa mungkin ramai yang telah bosan dengan isu ‘perselisihan’[1]
diantara Ustaz Don dan Pn. Wardina, tetapi saya juga percaya lebih
ramai yang masih prihatin dan ‘dahaga’ untuk mendengar dan meneliti
kedudukan ‘ isu-isu agama bersifat pelik tapi serius’ yang merupakan
isi dan asas kepada ‘perselisihan’ antara 2 selebriti itu.
Kita
tidak lagi mempedulikan Wardina dan Ustaz Don,. sebaliknya memfokuskan
kepada isi-substantif kepada isu-isu agama bersifat pelik tapi serius
iaitu ‘Isu Bani Tamim’, ‘isu ikhwanul muslimim’, ‘telaga Baharut’ ,
“isu suluh rambut nabi’ dan lain-lain.
Saya
sedar kewujudan 2 golongan yang suka dan tidak suka, yang membela dan
tidak membela, malah ada yang cuba melihat niat dan motif secara lebih
jauh lagi, sehingga isu wahabi disauk-sekali.
Apa
yang telah dilontarkan ke hadapan kita adalah lebih besar daripada diri
2 selebriti tersebut. Maka kita kini tidak lagi berminat untuk bicara
tentang mereka…. kini ia bukan lagi tentang diri mereka, tetapi isu-isu
agama bersifat pelik dan serius ini sewajarnya diberi perhatian dan
dikaji demi kepentingan kepercayaan kita dalam beragama.
Maka ketepikan segala sentimen peribadi dan fokus kepada isi isu-isu itu.
Mengapa penting:-
Saya cuma mengharapkan kita semua bersifat ulul albab dalam menilai
sesuatu dan adil dalam meneliti hujah dan keterangan. Isu-isu yang
timbul adalah serius dan jika kita sama-sama teliti dan tangani dengan
betul, ia boleh mengajar kita bagaimana untuk kita sebagai orang awam
‘berinteraksi dan respon atau bertindakbalas’ apabila isu-isu agama
seperti ditimbulkan atau dilontarkan lagi kepada masnyarakat awam di
masa-masa akan datang.
Walaupun
saya anggap isu Baharut dan Bani Tamim boleh dianggap selesai, namun
isu tentang Ikwanul Muslimin yang dilontarkan oleh Ustaz Don sangat
merunsingkan saya.. sangat merunsingkan.Saya ada beri gambaran
keseriusan itu dalam penulisan saya sebelum ini tapi saya takuti ia
tidak difahami oleh ramai. (hisham-ahmad.blogspot.com)
Saya
percaya ada penulisan lebih baik telah dibuat oleh Ustaz Solleh dalam
blognya dan bahagian pertama telah dipaparkan dalam web ini. Please baca
dalam “http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html
Maafkan saya kalaulah saya masih mengharapkan kepada Ustaz Don;
“...berikan hujah atau akui salah.”
Inilah sebahagian yang saya petik dpd blog ustaz Solleh itu::-
FITNAH IKHWAN
Antara
perkara sangat besar dan tidak boleh dimaafkan adalah tuduhan fitnah
terhadap Ikhawanul Muslimin. Dalam video tersebut, Ustaz Don tidak
menarik balik fitnah tersebut dan tidak memohon maaf terhadap Ikhwanul
Muslimin. Ustaz Don menyatakan: “Maafkan saya jika saya sebut, antara
yang paling ramai mengikut ikhwanul muslimin adalah mereka yang
berpegang dengan fahaman salafi wahabi. Dan sudah ada ura-ura dikalangan
mereka bila mereka dapat sahaja pegang mesir, pertama sekali yang
mereka nak mansuhkan adalah pendidikan university al-Azhar. Tuan-tuan
tahu tak benda-benda tu? Yang kita duk melenting at Ali Jumuah ni! Ooooh
mana boleh, kita tak tahu, tak khabar. Dia tak boleh nak khabarkan kat
kita, dia ada rancangan dia. Dia ada plan dia. Tak beritahu plan tu
adalah plan. Not telling the plan is plan. Boleh faham tak? Yang mana
lagi besar?” [Video penuh tentang Ikhwan]
Ini
merupakan fitnah yang paling besar ustaz Don terhadap Ikhwanul Muslimin
sekalipun beliau menyatakan; “Saya nak Tanya kita tahu tak apa yang
berlaku dekat mesir sebenarnya? Saya tak kata ikhwanul muslimin jahat.
Saya tak kata. Saya nak beritahu ikhwanul muslimin betul. Tapi siapa duk
bawa ikhwanul muslimin? Dr. Mursi bagus, silakan. Tapi siapa
pengikutnya? Tuan-tuan selidik tak yang tu?” [Video penuh tentang
Ikhwan].
Ketika ustaz Don mempertahankan dirinya dengan mengemukakan dalil;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,”.
Surah al-Hujurat : 6.
Apakah
prinsip ini untuk membela diri ustaz Don sahaja? Tetapi Ustaz Don boleh
sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan dan fitnah? Andai embuat video
itu memfitnah Ustaz Don, maka mangsanya adalah Ustaz Don seorang. Tetapi
apabila Ustaz Don menfitnah Ikhwanul Muslimin, bukan seorang yang
menjadi mangsa, bukan seorang yang dizalimi tetapi berjuta-juta
penyokong ikhwan dizalimi! Andai Ustaz Don benar2 jujur mohon maaf dan
Tarik balik tuduhan ini.
Namun
ustaz Don berlepas diri, bahawa berita ini diambil daripada Ustaz
Muhadir Haji Joll [Penjelasan Ustaz Don (Sebelum ke UK)]. Saya tidak
mahu mengkritik Ustaz Muhadir sebab saya tidak pasti dan tiada rakaman
tentang kenyataan tersebut. Maka kritikan ini saya tujukan kepada Ustaz
Don. Kerana Rasulullah bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Sudah mencukupi seseorang itu dianggap sebagai berdusta apabila ia menceritakan semua yang ia dengar”. (Riwayat Muslim).
Sebenarnya,
andai ustaz Don selidiki sedikit sahaja dengan membaca dan memerhatikan
apa yang berlaku di Mesir, maka tuduhan ini tidak akan terjadi. Namun
kerana sifat gopoh dan tiada disiplin ilmu, maka diceritakan apa yang
didengar sekalipun ia palsu.
Apakah
kita sedar bahawa kerajaan Saudi (yang dikatakan Wahabi) menyokong
Ikhwan dan Mursi ditumbangkan, malah menyalurkan dana untuk al-Sisi.
Apakah mereka tidak melihat bahawa Parti Nur yang bermanhaj salafi telah
keluar dan menentang ikhwan serta bergabung dengan kumpulan untuk
menumbangkan Mursi. Apakah ikhwan salafi wahabi! Tuduhan yang paling
tidak berakal adalah Ikhwan yang didalangi pengikutnya bercita-cita
untuk memansuhkan pendidikan al-Azhar. Ini merupakan satu kejahilan yang
tidak mampu dimaafkan.
[1]
(Istilah perselisihan ini harus ditanggapi secara ringan merujuk kepada
perbezaan pandangan-bukan bermaksud pergaduhan, permusuhan).
No comments:
Post a Comment