Social Icons

Pages

Wednesday, July 24, 2013

Geram Punya Pasal ... Nah ambil ni...

rukuk betul jika air tak tumpah
Sejak beberapa lama, Saya berusaha melatih anak-anak solat jemaah dan azan.  Untung surau didepan rumah. Mudah untuk solat jemaah. Maaf, saya tersilap, untung orang yang duduk jauh dari surau dan masjid. Banyak pahala perjalanan pergi balik.

Cuma satu saya geram, setiap kali habis sahaja imam bagi salam, mereka kelihatan seperti sedikit berzikir, kemudian angkat tangan untuk berdoa… supp! Beberapa ‘seconds’ sahaja . doa selesai. Tangan disapu kemuka, angkat kaki dan cabut.Bila saya tanya dah baca doa… mereka jawab dah. Doa apa? Doa biasalah.

Takpa-takpa…. Nanti korang. Akhirnya setelah beberapa lama asyik lupa, saya pun telah menyiap skrip doa untuk mereka. Saya bagi seorang setiap satu. Sila hafal dengan segera. Selagi belum hafal, bawa masa solat. Baca selepas solat.  Siapa tak hafal… dalam masa ditetapkan …dan tidak baca betul-betul, siap nanti.

Pesanan saya , baca dengan ikhlas dan khusyuk. Minta betul-betul. Alang-alang dah dipaksa baca , ikhlaskan diri. Kalau tak rugi , Allah tak terima. Masa terbuang, tapi amal tak diterima.
He!he! Geram punya pasal, nah ambil (skrip doa) ni…    

Doa Solat –hafaz dan buat setiap kali solat fardu – selepas 3kali istigfar dan ayat qursi (Talaqi dulu)

A’uzubillahiminassyaita nirrajim.   
Bismillahirrahma nirrahim.  
Alhamdulillahi robbil alamin.  
Wassola tu wassala mu ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi ajmain.  

Diikuti - baca doa arab yg hafal –kemudian doa melayu ini- 
Ya Allah, Ya Ghafar, Ya Rabbul A’lamin 

Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapa ku. Sesungguhnya mereka telah membesarkan aku sejak dari kecil lagi. Ampunkan dosa mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga-Mu.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Kau suka mengampunkan, ampunkan dosa kami, dan dosa kedua ibubapa kami, ibubapa kepada ibubapa kami dan sekelian umat Islam. 

Ya Allah, sesunggguhnya kami telah melakukan banyak dosa dan kesalahan, ampunkan kami. Tiada siapa dapat mengampunkan dosa melainkan engkau.

Ya Allah, Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang

Jadikan kami sekeluarga dari golongan orang islam, orang beriman, orang soleh, orang bertakwa, berakhlak mulia, ikhlas dan khusyuk.Jadikan kami dari orang kaya yang bersyukur dan pemurah, orang beriman yang sabar, taat pada suruhan agama, rajin bersolat dan beramal kebajikan dan suka membantu orang lain.  

Ya Allah , Ya Wahhab  Ya Zul Jala li Wal Ikram
Sihatkan tubuh badan kami. sembuhkan sakit kami khususnya sakit abah ku, ibu ku, makwe dan datukku. sampaikan hajat dan terimalah permohonan ibubapa ku, dunia dan akhirat. Berilah kami ilmu yang bermanfaat , tingkat dan luaskan ilmu kami. Berilah kami kefahaman dalam agama dan alimkan dalam tafsiran dan takwil. Berilah kami rezeki yang halal, baik, luas dan banyak.Berilah kami kebahagian hidup di dunia dan diakhirat. Berilah kejayaan dalam semua peperiksaan kami dengan kejayaan yang cemerlang
Ya Allah Ya Maha Agung,  Pemilik sekelian alam semesta

Lindungilah kami an jauhkan kami sejauh-jauhnya daripada murtad, syirik dan kufur, dari sifat nifaq dan munafiq dan dari melakukan dosa besar. Lindungi kami juga dari sifat takbur, sombong, riyak, berlagak, suka menunjuk , malas, degil, keras hati, keras kepala dan sebagainya.

Ya Allah Yang Maha Agung dan Maha Perkasa 
Lindungi kami dan keluarga kami dari kejahatan syaitan, jin , manusia dan binatang berbahaya dan dari keburukan amalan sihir dan hasad dengki dan kezaliman makhluk-Mu.Lindungilah kami juga dari kezaliman, kecuaian dan keburukan kami sendiri.Bismillahillazi la ya durru ma‘as mihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami ul’ alim
 Ya Allah, Tiada daya upaya kami melainkan dengan izin Mu 

Maha suci engkau dari segala bentuk kesyirikan – Tiada tuhan melainkan engkau.Engkau lah tuhan kami yang kami sembah … segala pujian hanya bagi –Mu.

Rabbana  atina fiddunnya hasanah wa fil akhirati hasanah.. waqina a’za ban nar.
Wa sallallahu a’la saiyyidina Muhammadin… wa ‘ala a’lihi wasahbihi wasalam
Subha na rabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun a’ala mursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Salam sayang kepada anak2 lelaki ku:- Darwish, Faruq, SYahmi & Dubeis.

Ps- tolong sesiapa ilmuan diluar sana semakkan skrip doa ini –(agak tergesa disiapkan)
–kalau ada tersilap tatabahasa atau apa jua maklumkan terimakasih

No comments:

Post a Comment