Malam tadi majlis bertadarus berjalan lancar di surau kampungku. Kg
Bukit Kecil, Mukim Pernu, Melaka. Buat pertama kali, kami membaca al-Quran
beserta terjemahan. Habis 1 juzuk. Syukur, Alhamdulillah. Aku berharap dan
berdoa kami akan bertahan sehingga habis 30 juzuk. Biarlah buat pertama kali
dalam hidup ini kami mengkhatam alQuran 30 juzuk beserta seluruh terjemahan dalam
bahasa melayu.
10.7.2013. Siang hari ini
pula, pada saat aku tulis ini, ialah hari pertama berpuasa Ramadan tahun
2013, Kul 4.00 petang. Pada saat ini,
aku telah menghabisi juzuk 2 bagi
bacaan sendirian. Aku harap kurang-kurang dapat 1 kali katam bersendirian dan 1 kali katam
berkumpulan. Alangkah ‘cekai’ nya level aku berbanding , mereka yang khatam
berkali-kali dalam bulan yang mulia ini.
Tiba-tiba aku teringat aku teringat bulan puasa yang lalu, semasa
itu ada sekumpulan jemaah tabligh yang singgah bermalam beberapa hari di surau
kami. Pada malamnya, sesudah selesai solat terawikh dan witir, seorang jemaah
tabligh bergegas bangun menuju ke hadapan saf pertama untuk membaca sesuatu
daripada kitab Fadail Amal. Antaranya
dibacakan kepada kami bahawa :-
1. Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam 30 hari pada
bulan Ramadan.
2. Seterusnya ada ahli abid yang bersolat malam sepanjang malam
hingga solat subuhnya menggunakan wuduk solat isyak untuk sekitar 30 @ 50
tahun. (Mungkin memaksudkan ahli abid ini telah tidak tidur malam selama tempoh
itu).
Inilah antara 2 kisah ajaib dari kisah-kisah lain yang menyebabkan aku
merasa musykil setakat mana kesahihan kisah ini.
Please.. jangan salah
faham. Aku tidak mempertikaikan kesahihan ketokohan sesiapa apalagi Imam Syafie
yang disanjungi tapi aku hanya minta penjelasan dari segi unsur realiti dan logik
akal bagaimana ia boleh berlaku.
Beginilah, kalau kita anggap kisah itu berlaku secara karamah atau
sebagainya maka habislah cerita. Takyah lagi ungkit dari segi logik. Tertutup
diskusi ilmiah. Memang benar, kalau ia
kurniaan Allah kepada insan terpilih, ia boleh berlaku dalam apa keadaan pun
yang Allah kehendaki.
Sebenarnya, kisah khatam 60 kali dalam 1 bulan Ramadan oleh Imam
Syafie ini telah sebelum itu aku dengar dalam khutbah jumaat di sebuah masjid
di Melaka (Rasanya teks khutbah pada jumaat itu pasti sama di masjid-masjid
yang lain di Melaka).
Aku tertonton siri rancangan kuliyyah tv3 sekitar beberapa tahun lalu.
Pada akhir siaran program itu sekitar pukul 6 petang, Ustaz Dr Zahazan (jika
tidak silap) juga menyebut mengenai seseorang yang khatam quran dalam satu
rakaat solat dan hal kisah imam Syafie tadi. Aku juga dapati Dr. Abdul Basit, ilmuan sunnah
terkemuka juga ada menyebutnya.
Aku bertambah yakin kesahihan riwayatnya kisah ini (khatam 60 kali
dalam 1 bulan, 2 kali sehari) sebab kedua mereka begitu teliti dalam hukum
hadith dan mementingkan kesahihan kisah agama. Namun sekadar kerehatan dari
kesibukan harian, marilah kita lakukan sedikit kajian ilmiah mudah bersifat logik
dan rasional :-
Khatam
al Quran 30 Juzuk Sebanyak 60 kali 1
bulan (2 kali dalam 1 hari)
Seorang Insan biasa mampu
menghabiskan : 1 juzuk 1 jam – 1 ½ jam.
Seorang Qari yang hebat mungkin mampu menghabiskan: 1 juzuk - ½ jam. Bermakna 30 Juzuk memerlukan 15 jam. Iaitu
bagi = 1 kali khatam. [1 kali khatam = 30 juzuk = 15 jam. 2 kali : 30 jam] Ini telah melebihi 6 jam. [ 1 hari = 24 jam.
Jadi 30 jam - 24 jam : 6 jam].
Ini bermakna Qari yang hebat perlu menghabiskan 1 juzuk kurang
daripada ½ jam. Oleh itu jika anggaran 1 bulan = 30 hari. Maka proses mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60
kali berjalan terus menerus, non-stop.
Siang dan malam. Tiada waktu tidur.
Tetapi selain membaca dan mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 1
hari (24 jam). Sudah tentu seorang insan sepenting Imam Syafie rahimahullah
mempunyai banyak tugas lain mungkin seperti mengimami solat jemaah, mengajar
kelas pengajian, menulis kitab, diziarahi tetamu dan lain-lain. Ramadhan juga
memerlukan aktiviti-aktiviti yang tidak boleh ‘miss’ seperti solat terawikh, witir, program tadarus dan
sebagainya. Sebagai insan biasa, terdapat juga keperluan-keperluan keinsanan
yang perlu dilakukan seperti bersahur, berbuka, tidur sekejap, diziarahi dan
menziarahi dan sebagainya. Mengambil kira lain-lain tugasan dan aktiviti itu,
berapa jam sehari yang tinggal untuk amalan mengkhatam Quran.
Bagaimana mungkin akal yang berfikiran munasabah dan logik dapat
menyesuaikan kisah ini. Sebagai seorang alim yang salih dan tawaduk, pasti Imam
Syafie takkan menyatakan kepada sesiapa akan berapakali beliau khatam,
melainkan mungkin ia hasil pemerhatian, kepercayaan dan penilaian seseorang
yang lain- adakah mungkin orang ini tersilap secara tidak sengaja?
Ya benar, kasih dan kekaguman kita kepada imam besar itu menjadikan
kita rasa tidak selesa untuk mempertikaikan kisah itu. Ingat kita bukan
pertikaikan kemampuan dan kehebatan Imam itu.. tapi ingin tahu kesahihan
periwayatan dan sumber perolehan kisah itu apabila ada keraguan pada isi
dakwaan itu yang memerlukan penjelasan.
Mungkin juga penting kita sebagai orang awam mendapat panduan
daripada ilmuan agama dalam menilai kisah-kisah ajaib sebegini? bagaimana kita
sebagai orang awam perlu melayani kisah-kisah ajaib ini ? Percaya sahaja
sepenuhnya sebab ustaz yang sebut bukan calang-calang atau bagaimana? Sebab sekarang
ramai ilmuan sunnah menyatakan bahawa kisah-kisah agama yang pelik apalagi
tidak sahih perlu ditolak kerana kita tidak mahu agama kita dikotori oleh
khayalan.
Sekiranya sekalipun sahih kisah khatam ini, ia tetap perlukan
penjelasan mengambilkira seperti ada unsur percanggahan dengan sunnah nabi
seperti di nyatakan di bawah ini.
Marilah kita rujuk dan bandingkan dengan
dalil-dalil ini:-
1.
Dalil
keperluan membaca al-Quran dengan
tartil. Diketahui semua.
2.
Dalil
Hadith sahih. Tidak pernah diketahui bahawa baginda s.a.w. membaca seluruh
Al-Quran dalam satu malam [walaupun hanya sekali]. Bahkan, baginda tidak
meredhai Abdullah bin Amr r.a. melakukan hal itu. Baginda bersabda kepadanya: “Khatamkanlah Al-Quran sekali dalam
sebulan.” Dia berkata, “Saya berkata, ‘Saya merasa lebih kuat daripada
itu,” Baginda s.a.w. bersabda, “Khatamkanlah dalam dua puluh malam.”
Dia berkata, “Saya merasa lebih kuat daripada itu.” Baginda s.a.w.
bersabda, “ Khatamkanlah dalam tujuh malam, dan jangan kurang dari tujuh
malam.”
Kemudian baginda memberi keringanan baginya untuk membaca
(mengkhatamkan) Al-Quran dalam lima hari. Hadis ini juga diriwayatkan dengan
lafaz tambahan pada matannya, yang merupakan hadis berikut ini: Lalu baginda
memberi keringanan baginya untuk membaca (mengkhatamkan) Al-Quran dalam tiga
hari.
Baginda melarang seseorang mengkhatamkan Al-Quran kurang dari
batasan itu. Alasan akan hal itu, baginda kemukakan dalam sabdanya
kepada Ibnu Amr: “Sesiapa mengkhatamkan Al-Quran kurang dari
tiga hari, nescaya ia tidak akan memahaminya.”
Pada lafaz lainnya, “ Tidak akan dapat memahami (Al-Quran),
orang yang mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari.”[Ensaiklopedia Sifat solat Nabi Syeikh Muhammad Nasiruddin Albani].
Kalaulah, ada sesiapa diluar sana dapat beri pencerahan dalam
perkara ini,… jika tiada pun, takpelah anggaplah isu ini sekadar luahan isu untuk meng’cas’
kan fikiran kita dalam menentukan kesimbangan antara kisah ghaib dalam agama,
kesahihan sumber riwayat dan akal fikiran logik kita.
‘Superman’@ ‘Superhuman’ Manusia Yang Tidak Tidur Malam
Manakala kisah Abid yang bersolat dengan wuduk yang sama selama
30-50 tahun antara isyak hingga subuh. Ia seperti menunjukkan bahawa manusia
itu tidak tidur malam. Apa yang cuba ditonjolkan daripada kisah ini? Ia mungkin
bertujuan baik untuk memotivasikan kita agar kuat beribadah.
Bagaimana jika kisah ini tidak sahih? Tidak diketahui benar? atau
sememangnya tidak benar? Ia akan merosakkan kesucian Islam. Kisah agama mesti
dipastikan sahih dan benar, jika tidak ia akan menjadi ejekan seloka agama (divine jokes).
Kisah ini juga seperti bercanggah dengan sunnah nabi. Sekiranya
beginilah cara beribadah, apa sisa kudrat yang tinggal untuk keesokan siang,
selama 3o tahun. Jika berjaga sepanjang malam selama 30 tahun malamnya sudah
begitu, adakah selama 30 tahun itu dia tidur di siang hari. Bagaimana dengan
nafkah keluarga dan diri sendiri? Tidak perlu dicari? Alangkah tidak produktif!
Kisah-kisah kehebatan ibadah ini berlaku sesudah kewafatan nabi dan
bukan dicerita oleh sahabat.Ia ia bukan
kisah berdasarkan hadith. Tidak salah untuk
sesuatu kepelikan dipertikaikan. Oleh itu, adalah terlebih baik untuk
kita fokus kepada hadith-hadith sahih itu sendiri yang menceritakan bagaimana
nabi beribadah khususnya semasa bulan Ramadan.
Terdapat satu hadith sahih mengenai
3 sahabat yang ingin mengetahui tentang keadaan ibadah nabi saw.
Telah
datang tiga orang ke rumah-rumah isteri-isteri nabi s.a.w. lalu mereka bertanya
tentang ibadat nabi s.a.w. Apabila dimaklumkan (tentang ibadat nabi), mereka
merasakan seolah-olah ianya sedikit. Lalu mereka berkata: “di manakah kedudukan
kita jika dibandingkan dengan kedudukan nabi s.a.w. yang telah diampunkan
dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang?”
Berkata
salah seorang daripada mereka: “Adapun aku, maka aku akan bersolat malam
selama-lamanya.” Berkata yang lain: “Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak
akan berbuka.” Berkata yang terakhir: “Aku akan menghindari wanita dan tidak
akan berkahwin selama-lamanya.”
Maka
Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka dan bersabda: “Kaliankah yang mengatakan
begini dan begitu? (Diakui mereka) Ketahuilah! Demi Allah, sesungguhnya aku
orang yang paling takut di antara kalian kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya
di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat (malam) dan
tidur, serta aku menikahi wanita. Maka sesiapa yang berpaling dari sunnahku
maka dia tidak termasuk dari aku.” (Sahih Bukhari : Hadith no: 5063 (Rujuk Kitab
al-Nikah, Bab anjuran untuk menikah).
Ia membuktikan bahawa ibadah malam yang diberi contoh dan petunjuk
oleh Nabi sebagai cara sunnah yang benar adalah mempunyai ketetapan dan batasan. Tidak boleh berlebihan
seperti beribadah sepanjang malam apalagi berterusan selama berpuluh tahun. Ia
bukan sahaja tidak mengikut sunnah bahkan satu kesalahan besar dan dikecam.
Oleh itu, sekiranya sekalipun kisah mengenai ibadah abid itu benar-benar berlaku, ia bukan suatu
kisah tauladan untuk ikutan, sebaliknya kisah tauladan untuk jadi pengajaran
dan sempadan. Wallahu taala alam.
-Hisham-ahmad.blogspot.com
Salam.Maaf krn sy mncelah.Hadith yg sedara bacakn tu smuanya ditujukn utk org awwam(yg blum smpai thp mujtahid@org yg bleh keluarkn pndpt brdsrkn ilmu n xbrtntgn dgn syara').Adapun yg tlah smpai thp mujtahid,yg dbrikn Allah kfahaman sgala isi Al Quran,prkara trsbut bkn ssuatu yg plik.Hafazlah Al Quran,nscaya kita akn jmpa ssuatu yg br stiap kali kita khatm...walLahu A'lam.
ReplyDeletesalam. maksudnya hadith katam 3 hari itu ke? atau hadith 3 sahabat tadi yang nak tahu ttg ibadah nabi saw?
Deleteps... tak berani ana nak respons komen anta dulu...
apapun .. ana memang cuba hafaz sikit sikit.. sambil pantau dan latih anak hafaz... kesan sedih dan gembiranya
anak2 hafaz lebih pada an atau ana hafaz kurang dpd anak2...
ah! masa............... seorang pencemburu yg keterlaluan
Salam
ReplyDelete"Sesungguhnya ALLAH SWT mempunyai dua hujah keatas sekelian manusia, iaitu hujah yang nampak dan hujah yang tersembunyi .Hujah yang Zahir{nampak} dan hujah yang bathin {tersembunyi}. Ada pun hujah yang zahir adalah Rasulullah saaw, para Nabi dan para Imam manakala yang tersembunyi adalah akal".
"Manusia di wajibkan taat kepada ALLAH dan tidak mungkin ada keselamatan tanpa ketaatan.Sedangkan ketaatan itu harus dengan ilmu. Ilmu itu di pelajari dengan belajar dan belajar pula di ikat dengan
ilmu. Tidak ada ilmu yang benar kecuali dari orang yang memperolehi ilmu dari Tuhannya.Sedangkan pengetahuan orang alim itu di perolehi melalui akal".
Saiyidina Hasan menyatakan " Jika kamu ingin mengetahui sesuatu keperluan maka carilah ia melalui ahlinya. Lalu seorang lelaki bertanya kepada Beliau " Wahai cucu Rasulullah,Siapakah yang di maksudkan ahli itu? Beliau menjawab "Iaitu orang yang kisahnya di sebut oleh ALLAH di dalam Al Quran , ketika ALLAH berfirman "Sesungguhnya yang boleh mengambil pelajaran hanyalah ulul al-bab (orang yang berakal)
"Tidak sempurna akal seseorang kecuali hanya dengan mengikuti kebenaran".
"Gunakalah akal fikiran , kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup".
"Tidak akan bersopan santun orang yang tidak berakal, tidak akan berharga orang yang tidak bersemangat dan tidak akan malu orang yang tidak beragama".
Saiyidina Hussein menyatakan "Tanda-tanda kebodohan seseorang itu adalah berdebat dengan orang yang bukan ahli berfikir".
"Hanya dengan akal fikiran, dunia dan akhirat dapat di raih"
"Daku hairan kepada orang yang hanya memikirkan perutnya(makanannya) namun dia tidak memikirkan akalnya.Kemudian menjauhkan apa yang menganggu perutnya, namun dia membiarkan sesuatu yang dapat menjerumuskan {kedalam neraka}".
"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana ALLAH tidak menciptakan dirimu sia-sia"
"Sesungguhnya tiap-tiap hak itu mempunyai hakikat dan bagi tiap-tiap kebenaran itu ada cahaya. Maka apa saja yang yang sesuai dengan Kitabbulah , ambillah dan apa yang bertentangan dengannya , tinggalkanlah"
Teruskan berfikir..
tkasih atas komen, tidak kira ke arah mana tujuan di arah, krn saya memulakan tafsiran dengan sangka baik...
Delete[ps... sebenarnya sy tidak begitu faham maksud tersirat ]
Salam, wpun sy setuju adakalanya kisah2 pelik perlu penelitian lanjut dr sudut logika namun pd masa yg sama sy juga setuju mungkin kita sendiri yg kurang maklumat atau kurang rasional.
ReplyDeleteContoh nya dalam soal atau kisah khatam Quran dlm masa relatifnya sangat singkat - komen saya mungkin saja ada tokok tambah dlm pengkisahan atau boleh jadi sahih bergantung kpd individu yg terlibat kerana mungkin saja individu tsb punyai kelebihan tertentu spt umpamanya boleh membaca laju (speed reading) di mana dlm kaedah ini bg orang yg mahir, ia tak perlu baca satu-satu perkataan malah boleh terus baca dgn hadam satu paragraf setiap kelipan matanya.
Wallahu aklam