lailatul qada terbuka utk semua! |
Sila ambil perhatian. Pengumuman penting. Masanya telah hampir tiba. Kesibukan dunia akan terhenti. Seluruh isi rumah dipunggah untuk dipindah. Bungkus segala keperluan. Sekadar yang perlu untuk ‘survive.’ Mungkin hayat kita akan berakhir di situ atau semasa itu. Malangnya tidak bukan semua yang sedar walaupun tahu. Mereka tahu tetapi tahu mereka itu tidak mampu membawa mereka ke mana-mana. Tahu mereka itu tidak bermanfaat. Mereka tahu tapi tidak sedar. Tahu mereka itu tidak menyebabkan mereka bertindak. Lalu ditakuti mereka menjadi terlambat. Rugilah mereka. Rugilah mereka bila masa yang tiba itu berakhir.
Hanya sebahagian yang
sedar. Mereka tahu dan mereka sedar. Mereka bertindak. Mereka menyediakan
diri, mental dan fizikal. Bila tiba masanya, mereka telah berada di tempat yang
selamat dan berada dalam keadaan selamat. Mereka tidak terlambat.
Wahai saudara-saudari sekelian.
Masa yang telah tiba dan dimaksudkan itu ialah 10
malam terakhir Ramadan, yang didalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik
daripada seribu bulan. Masa untuk kita meninggalkan segala kesibukan untuk kesibukan yang lain. Masa untuk meninggalkan
kesibukan dunia kepada menyibukkan diri untuk amal ibadah utama.
Malangnya saya telah terlambat menghantar artikel ini
kerana saya juga tersibuk antara dua
kesibukan. (Cuma sibuk yang mana yang telah menyibukkan saya?)
Harap ia tidak menjadi kesalan yang tidak sudah, memandangkan tinggal beberapa malam lagi.
Samada lailatul qadar telah berlaku atau tidak dalam
beberapa malam yang awal ini, tiada siapa dapat menjawab dengan pasti. Justeru,
harapan biarkan terus menggunung,
perjuangan perlu diteruskan.
“ … Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin
Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada
tahun Yang berikut). Sejahteralah malam
(yang berkat) itu hingga terbit fajar!.”
hisham-ahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment