Kisah Suami dan Isteri Mithali. Seorang
suami yang marah atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara mengenai
isterinya atau terhadap apa yang dilakukan oleh isterinya akan menunjukkan rasa marah atau tidak
puashati sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Tidak pelik jika ketidaksetujuan atau kemarahan itu diluahkan secara jelas walaupun kesannya mungkin menyakitkan hati atau menyinggung hati isteri. Ada suami bertindak dengan perbuatan seperti membuat muka masam atau menghempas sesuatu barang sebagai tanda marah dan tidak puashati (asal jangan ‘naik tangan’ sudah lah).
Apapun
kaedah komunikasi menyatakan tidak puashati atau tidak setuju atau marah
sekalipun, biarlah berpatutan pada kaedah yang digunakan untuk menyampaikan ketidakpuashatian
itu sesuai dengan kadar ringan atau berat isu itu tetapi yang baik ialah
menggunakan pendekatan penyampaian ketidakpushatian atau kemarahan yang minima
tetapi memadai untuk maksud ketidakpuashatian atau kemarahan itu difahami oleh
isteri.
Susah
nak buat kan, saya faham. Cuba, cuba dan cuba berkali-kali. Kata mahu sentiasa
berusaha menjadi manusia yang lebih
baik. Ia perlukan usaha bersungguh dan
perjuangan. (Jihad- to struggle, to strive)
Mari
kita perhatikan salah satu pendekatan komunikasi antara Rasulullah s.a.w.
dengan ibu sekelian orang beriman, saiyyidatina Aisyah r.a. Betapa kreatifnya suami dan betapa prihatin
dan sensitifnya isteri.
Sahih
Bukhari, Hadith No. 4827, maksud:-
Telah menceritakan kepada kami Ubaid bin Isma'il Telah menceritakan
kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari bapaknya dari Aisyah radliallahu 'anha,
dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam perna bersabda kepadaku:
“Sesungguhnya aku benar-benar tahu saat kamu redha
padaku dan saat kamu tidak redha denganku." Aisyah berkata. Rasul bertanya,
"Bagaimana Anda mengetahui hal itu?" maka Aisyah pun menjawab:
"Jika kamu redha terhadapku maka engkau berkata, 'Demi Rabb Muhammad.'
Namun bila kamu sedang marah denganku, maka kamu berkata, 'Tidak. Demi Rabb
Ibrahim.'" Aku pun berkata, "Demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak
meninggalkan namamu."
No comments:
Post a Comment