2.7.2013, rekod terburuk saya. Artikel saya bertajuk ‘Merangkak Kepada
Berlari (Reform 1)’ hanya dibuka (dengan
harapan dibaca) tidak lebih 500 kali. Biasnya yang lain melebihi 1,000 kali dan
ada yang melebihi 3,000 kali.
Setakat selepas PRU, saya hanya menghantar artikel non-politik sebagai alternatif kepada sekian banyak artikel/ paparan politik di sini.
Setakat selepas PRU, saya hanya menghantar artikel non-politik sebagai alternatif kepada sekian banyak artikel/ paparan politik di sini.
Mungkin
kerana ia mengenai nasihat agar memahirkan diri dalam pembacaan al-Quran, maka
ia agak biasa dan tidak meransang naluri untuk dibaca. Semua orang dah
tahu. Tetapi saya risau mereka tidak
sedari bahawa ada suatu isi penting yang saya utarakan iaitu di mana seorang
itu wajar untuk mempertikaikan diri
sendiri tentang kesempurnaan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya jika dia tidak menguasai bacaan-bacaaan unik di dalam al-Quran
antaranya (1) bacaaan naqal (Rujuk surah al-Hujurat ayat 11) (2) Bacaan Iltiqa’ sakinain (2 huruf bertanda
mati (sukun) yang bertemu nun kasrah/wiqayah (nun baris di bawah – nun yang
dihilang tetapi bunyinya tetap ada) bila tanwin bertemu alif lam tanda mati)
itulah iltiqa sakinain dengan menggantikan bunyi nun di bawah (3) Cara ibtida’
hamzal wasal dan lain-lain. Seterusnya bacaan saktah, bacaan imalah, isymam,
tashil dan lain-lain.
Bukanlah
maksud saya untuk membebel dari sudut hukum tajuwid, tetapi sekiranya kita
tidak prihatin terhadap bacaan-bacaan unik ini, lantas tidak menguasainya
(iaitu membaca dengan betul) tentulah kita akan berterusan melakukan kesilapan.
Kita kata kita dapat khatam al-Quran beberapa kali setahun atau sebulan
Ramadan, tetapi bagaimana kedudukan setiap khatam itu, sempurnakah? Maka usahakanlah kemahiran ini segera.
Bagi
Ramadan 2013, ini saya telah menyuarakan cadangan agar tadarus dilaksanakan
dengan pembacaan terjemahan. Saya tahu,
tidak mudah idea saya ini dapat diterima untuk dilaksanakan di surau kampung
saya tapi saya akan cuba yakinkan kepentingannya. Saya tahu akan berlaku
pertambahan masa untuk menghabiskan 1 juzuk yang kesannya ditakuti melemahkan
semangat bakal-bakal peserta. Inilah kerisauan awal disuarakan iman (lazim
bukan rasmi) yang sering memimpin kumpulan tadarus kami. Lalu saya memberikan
beberapa hujah awal iaitu :-
(1)
Peserta
tadarus lazimnya telah diketahui setiap tahun dan mereka ini adalah orang yang
sama dan komited
(2)
Pertambahan
masa boleh dikawal dan diminimumkan dengan kebijaksanaan pemimpin/ketua
membahagikan kadar banyak bacaan peserta mengambilkira kefasihan.
(3)
Terjemahan
dibaca secara 1 mukasurat- 1 mukasurat dan saya telah membeli dua buah kitab al
Quran terjemahan (Hidayah Publication) , bahasa melayu, yang besar dan jelas,
satu untuk ketua dan satu untuk saya (helah supaya cadangan jangan ditolak).
(4)
Saya
juga minta dicuba selama seminggu (helah supaya diteruskan jelah).
(5)
Semua
di atas adalah sekadar hujah yang tidak penting tetapi apa yang penting ialah
saya katakan (di depan beberapa jemaah) bahawa sejak selama kita hidup hingga
umur sekarang (40 tahun- 50 tahun- 60
tahun), siapa diantara kita yang pernah habis membaca terjemahan secara
sempurna bagi 30 juzuk al-Quran? Saya tanya, sekali sahaja, ada tak? Saya agak yakin, tiada. Saya tanya kepada
pembaca-pembaca Tranugkite kat luar sana, ada tak yang telah pernah menghabis
membaca terjemahan (bukan tafsiran).
(6)
Saya
katakan bahawa kita selalu katakana; ini kitab panduan kita, kita rujukan kita,
kitab suci kita tetapi kita tidak pernah memahami isikandungnya secara
sempurna, walau sekali. Bukankah ia satu yang pelik! Tiada payahlah saya
memanjang-lebarkan hujah emosi ini,
harap semua boleh melakukan sendiri bagi mendatangkan rasa bersalah
dalam diri.
(7)
Saya
katakan lagi, bahawa inilah peluang kita buat kali yang ini, Ramadan yang ini (takut
takda peluang lagi), untuk kita sama-sama menghabiskan membaca makna/terjemahan
dalam bahasa yang kita faham. Alangkah indahnya kalau kita berjaya melakukan
hanya dalam satu bulan. (Sebab nak lakukan sendiri, memanglah payah)
(8)
Benar,
ia mungkin memenatkan tapi saya yakin ia satu kejayaan besar dan penting bagi
kita pencinta al Quran walaupun ia sepatutnya dikira peringkat asas
(basic). Justeru, tentulah ia perlukan
usaha bersungguh-sungguh dan bersusah payah iaitu satu mujahadah, satu bentuk jihad, ‘to struggle and strive’
(9)
Apa
kata kalau pihak pembaca sekelian juga cuba cadangkan dan laksanakan di surau,
masjid masing-masing. Jika tidak dapat semua, 1-2 kumpulan yang komited dan
sanggup. Tentulah
Kalau boleh saya ingin lagi menjelaskan bahawa kepentingan membaca al-Quran dengan kefahaman
ini telah dihuraikan dengan begitu hebat oleh Dr Zakir Naik (saya akan cuba
melengkap dengan baik dalam blog saya nanti, kunjung-kunjungilah bila ada
kesempatan).
Ketahuilah saya suka memberi sekadar 2 bukti besar dan hidup
(benar-benar hidup) kepentingan membaca dengan kefahaman:-
(1)
Joshua Evan – seorang pemuda mat salleh bekas
menteri dalam agama Kristian yang membaca terjemahan al-Quran dan
menghabiskannya dalam masa 3 hari (kalau tidak silap) dan kemudiannya
melafazkan 2 kalimah syahadah.
(2)
Dr.
Maurice Bucaille- seorang pakar
perubatan (bedah) dan saintis yang mengkaji tentang mumia Firauan. Beliau bukan
sahaja membaca terjemahan, kemudian belajar bahasa arab secara serius pada umur
50 tahun untuk lebih memahami maksud sebenar ayat –ayat al-Quran itu.
Tapi
kita, 40 tahun Islam tidak sekali habis membaca terjemahan al-quran dalam
bahasa kita sendiri, Melayu.
Ah!,
kalau lah saya ada kesempatan ini untuk menghuraikan lagi di sini. Kita jumpa
lagi.
Ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com (FB: hisham.ahmad.1240)
No comments:
Post a Comment