Satu kisah
benar dalam majalah Reader Digest, catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins,
seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic).
Ketika bertugas di Mayo Clinic di Minessota antara tahun 1979 – 1983 seorang pesakit,
Jason Withers (36 tahun) bekerja sebagai tukang kayu telah terpotong kesemua 4
jari pada tangan kanannya dengan gergaji circular. “Awak mesti tolong saya,
Dr.” pesakit untuk merayu kepda doktor itu di bilik ER.
Give me something, bro! |
“Diandaikan
pembedahan berjaya, kesemua jari dapat dicantum dan darah dapat mengalir
kepadanya , semua akan menjadi sia-sia jika awak merokok walau sebatang. Salur darah akan tersekat dan jari- jari itu akan mati,” kata Dr. Micheal kepada Jason. Jason mengeluar kotak rokok
daripada poketnya dan mencampakkan ke lantai dan berkata. “Dr. jika awak semua
dapat cantumkan semua semua jari saya, saya tidak akn merokok lagi!”
Pembedahan
kemudian dilakukan. Hari keempat , tanda kejayaan mulai kelihatan. Jari-jari
yang asalnya gelap dan seperti ‘mengarat’ kini berwarna sedikit merah jambu dan
lebih sihat. Pada hari ke 10, Jason dibenarkan peluang. Hari esok lepas Jason
pulang, Dr. Micheal menerima panggilan cemas daripada isteri Jason yang berkata
“Jari-jarinya kelihatan teruk. Kena periksa segera, Doktor”
Setelah
memeriksa kesemua jari itu, Dr. Micheal menarik lafaz dan berkata perlahan,
“Maafkan saya, Jason atas apa yang berlaku” Jason hanya diam menunduk bisu
hanya merenung lantai menyebab terlintas
difikiran Dr. Micheal bahawa Jason telah melakukan suatu yang bodoh, lalu
dengan perlahan Doktor bertanya; “Jason, awak tidak merokok, kan?” Jason
mendiamkan diri, tapi jawapan adalah jelas. Dia telah merokok. Doktor merasa
kecewa dan marah, mengapalah bodoh sangat Jason, merosakkan dirinya sendiri.
Segala yang buat untuk Jason hanya membuang masa. “Oh, Jason, apalah yang telah kau lakukan
pada diri kau sendiri.” Pembedahan
semula terpaksa dilakukan beberapa kali dalam beberapa hari hanya sekadar untuk
membersihkan dari kesan kerosakan yang berlaku. Kesemua 4 jari itu tidak dapat
diselamatkan. Jason meminta maaf kepada Dr. Micheal. “Saya menyesal dr. saya tahu kini saya cacat,
tapi saya janji saya tidak akan merokok lagi walau sebatang.” Pesakit itu
menyesal, tetapi sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Sakit,
Doktor & Allah. Manusia hari ini sangat ambil berat tentang
sihat dan sakit. Tiada ertinya kaya tanpa sihat. Apabila sakit menyerang,
manusia sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk merawatinya. Manusia akan dapatkan perkhidmatan terbaik,
doktor terbaik. Selagi mampu membayar, betapa pun tinggi kosnya sanggup
dibayar. Kalau tidak mampu, akan didaya- usahakan juga supaya mampu. Lebih
serius dan kritikal sakitnya, manusia akan lebih mentaati segala nasihat
doktor. Bahkan kerana dikatakan untuk tujuan
menyelamat nyawa maka kaki harus dibuang, manusia percaya pada doktor dan ikut
nasihat doktor lalu rela kaki dipotong supaya dirinya masih bernyawa. Daripada mati
seluruh tubuh badan, tidak mengapa kaki dikorbankan, masih ada ruang lagi untuk
menikmati dunia.
Begitulah
tinggi keyakinan kepada doktor! Begitulah juga tinggi keinginan untuk terus
selamat dan hidup!
Bagaimana pula
dengan ketaatan kepada Allah swt? Allah yang menjadikan kita dan doktor yang
kita taat itu. Ketaatan kepada Allah bukan sahaja bagi kebaikan dunia tetapi
kebahgiaan akhirat. Dalam keadaan manusia begitu mentaati doktor untuk sedikit
nikmat dunia, bagaimana pula darjah ketaatan manusia kepada Pencipta manusia dan
doktor itu? Sedangkan ketaatan kepada Allah, nikmat dunia dan akhirat. Fikirkan lah.
Kesan
ketidaktaatan
Kegagalan
pesakit tadi (Jason) itu mentaati arahan doktor pakar itu telah menyebabkan
kesan kerugian dan kesan buruk kepada dirinya sendiri tetapi tidak menjejaskan
doktor itu. Diri pesakit itu sendiri yang menderita. Doktor tidak rugi apa-apa.
Doktor itu tidak terjejaspun, reputasinya kekal ternama.
Begitu
juga, malah bahkan, jika kita tidak taat kepada Allah swt atau
kita ingkar kepada perintahnya, kita buat maksiat dan sebagainya, ia tidak
sedikitpun dan tidak samasekali menjejaskan keagungan dan kebesaran Allah swt. Allah swt kekal dan tetap sentiasa maha
agung maha besar dengan kemuliaan
nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Tetapi
ketahuilah kejahatan, kemaksiatan dan keingkaran yang kita lakukan terhadap
Allah swt, adalah kita lakukan tidak bagi sesiapun melainkan bagi keburukan dan
kerugian diri kita sendiri. Dunia dan akhirat.
Begitulah juga
kalau kita taat kepada Allah swt. ia tidak menambahkan sedikitpun keagungan dan
kebesaran Allah swt. Kerana Allah swt. adalah sentiasa dan adalah sedia maha
agung, maha besar dengan kemuliaan nama-nama dan kesempurnaan sifat-sifat-Nya.
Justeru ,
ketaatan kita kepada Allah adalah sebenarnya bagi kebaikan dan keuntungan diri
kita sendiri!
Dalil :- Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal
soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (2:82)
Justeru , betulkan
fikiran, perspektif dan prinsip kita. Motivasi diri sendiri. Ingatlah, setiap
dosa itu tidak berbaloi.
Justeru pastikan kita berjaya menjadikan bulan Ramadan kali ini sebagai
bulan reformasi dan transformasi untuk mendapat 2 objektif utama iaitu (1) ketakwaan - berdasarkan al-Quran dan (2) keampunan – berdasarkan hadith sahih.
Tambahan dalil
Bermaksud “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang
beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari
sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah
diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama
rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga
itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka
pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (2:25)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh,
merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (2:82)
Bermaksud; “dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga
itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan
mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” (4:57)
Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah Yang
benar. dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”. (4:122)
No comments:
Post a Comment