Prof Dr. Tariq
Ramadan , seorang tokoh islamis dan reformis dan pemikir hebat di peringkat
antarabangsa era kontemporari ini tidak
bersedia untuk menggelarkan apa yang berlaku di Tunisia adan Mesir ini sebagai “The
Arab Spring” kerana masih terlalu awal.
Perkataan Revolusi Arab juga tidak sesuai.
Beliau lebih memilih The Arab Awakening. Apa yang berlaku sekarang di Mesir, kelihatan
membenarkan telahan atau jangkaan Tariq Ramadan.
Kita bersangka
baik dan bersifat optimis dengan harapan kepada kejayaan kebangkitan umat Islam
terhadap rejim zalim tetapi kita juga perlu berhati-hati (bahawa terlalu banyak
onak duri yang merintangi jalan yang memerlukan ketelitian pada strategi dan usaha
yang tidak putus-putus).
Apapun bagi
kita di bumi Malaysia, jangan sekadar simpati sahaja kerana ia terlalu kecil
nilai ertinya sekiranya kita tidak melakukan perkara lain yang lebih penting
yang kita sebenarnya terdaya melakukannya. Adalah tanggungjawab fardu ke atas
kita untuk terus membantu setakat yang kita mampu antaranya :-
1.
memberi
sumbangan setinggi yang kita mampu kepada pertubuhan yang dipercayai yang
menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang tertindas di sana.
2.
menyebarluas
maklumat dan kefahaman yang tepat kepada semua manusia (islam dan bukan islam)
dengan tujuan mendapatkan sokongan dalam pelbagai bentuk.
3.
berdoa
sebanyak-banyaknya (dengan skrip yang
baik) bagi kebaikan umat yang ditindas dan umat Islam yang ingin memperjuangkan
Islam di Syria, Mesir, Palestin, Iraq , Burma dan lain-lain.
Namun hari ini
sempena Ramadan, ada satu idea reformasi (3) untuk saya kongsikan berkaitan
tujuan para 3 di atas iaitu tentang “Doa Dalam Bahasa Arab” di masjid dan
surau-surau khususnya di malam-malan terawikh sama ada dilakukan oleh Imam-iman
yang faham,fasih bahasa arab atau tidak :-
Doa
Bahasa Arab:-
Poin
1 : Sebahagian imam kita sangat fasih berdoa di dalam bahasa arab.
Malangnya tidak tahu bercakap berbahasa arab. Kita hafaz doa itu. Kalau hafazan
kita baik, kuranglah risiko tersilap pada lafaz doa, tertukar perkataan atau tersalah
baris - sehingga merisiko berubah makna yang baik kepada yang tidak. (Seperti
pernah seorang lelaki berusia, kerana tua nya, diminta jadi imam apabila imam
lazim surau tiada maka semasa berdoa dia membaca termasuklah ‘Allahumahtimlana……. wa la tahtim alaina
bihusni hotimah’).
Poin
2 : Kita fasih melafaz doa dalam bahasa arab setakat yang kita hafal.
Kita tidak mampu menambah secara spontan kerana kita tidak pandai bahasa arab.
Kalau nak menambah, kita perlu dapatkan skrip tambahan itu dan perlu berusaha
untuk hafal. Maka beberapa masa diperlukan sebelum kita berani untuk melafazkan
di depan umum, penambahan lafaz doa itu. Kerana itu apabila berlaku situasi
menyayat hati di Syria, diikuti Mesir, imam kita tidak mampu mencipta skrip doa
spontan untuk saudara-saudari kita yang ditindas di negara mereka. Sudahlah
sumbangan wang tiada atau tidak seberapa, berdoa pun tidak dapat dilakukan
juga.
Alangkah malang
dan teruknya, bukan mereka tetapi kita, di sisi Tuhan maha esa.
Poin
3 : Mungkin kita memahami makna doa yang dibaca, maka syok dan
syahdulah kita, kita sendiri sahaja sebab apa? Sebab majority makmum tidak memahaminya.
Bila tidak faham, tiada penghayatan. Tiada penghayatan, takut terganggu
keikhlasan dan kekusyukan. Bila yang demikian, takut kurang menjadi musabab
untuk kemakbulan. Wallahu taala alam.
Ah! kenapa umat
melayu kita ni masih tak faham-faham.
Buat sesuatu mestilah dengan kefahaman!
Resolusi:- Sudah sampai masanya untuk reformasi dibuat. Berdoalah di dalam
bahasa melayu. Kita hafal terjemahan doa itu atau lebih baik juga kita karang
skrip yang bagus dan menyeluruh. Ada bunga bahasa, ada unsur metafora, ada
pujian-pujian kepada nama dan sifat Allah yang maha sempurna dan agung, dengan
diselangseli pada bait-bait lirik doa. Buat 2-3 skrip berbeza supaya , sentiasa
segar pada malam-malam terawikh. Berlatih berdoa supaya, sebutan lancar, tonasi
baik, pitching tak lari. Biar semua dengar, ‘tangkap sayu,’ meleleh airmata
membasahi janggut sambil mengamin.
Dengan berdoa
dalam bahasa yang kita mahir dan makmum mahir, tentulah juga tiada masalah jika
ada keperluan tiba-tiba untuk kita meminda atau menambah lafaz doa seperti bagi
mendoakan saudara kita yang dizalimi di Palestin, Syria, Mesir dan sebagainya.
Pada ketika
itu, satu aspek penting dalam ibadah kita, iaitu ibadah doa yang diumpamakan
sebagai senjata orang mukmin telah dilaksanakan dengan kefahaman.
Faham… kalau faham please duhai pembaca semua.
Tolong bagi tahu semua imam kampung dan bandar di mana-mana masjid dan surau,
walau imm muda hafiz sekali. Kalau nak lebih baik ,tolong bagi mereka skrip doa
sekali. Jangan bagi mereka mencari alasan untuk berdalih…
Akhir sekali
ada satu rahsia untuk saya bisikkan kepada semua.
Masih ingat tak
artikel saya sebelum ini … iaitu membaca dengan
kefahaman (alQuran) tentang Reform 2- di mana saya mencadangkan agar
tadarus dilakukan dengan di baca juga terjemahan bahasa melayu.
Semalam selepas
solat maghrib, saya telah minta hadirin tunggu sekejap untuk saya membentang
usul ini dan hujah kenapa ia perlu dilakukan. Nampak imam dan beberapa peserta telah bersetuju.
Anda bagaimana?
Dah buat cadangan dan jawatankuasa masjid/surau anda setuju tak? Bagilah
hujah. insya Allah…
Bermakna malam Ramadan ni, kami akan
buat pertama kali nya melakukan reformasi
tadarus ….
Membaca alQuran dengan kefahaman…..
Ya Allah, Ya
Rahman Ya Rahim ,
Segala Puji
Tertinggi Dan Teragung Hanya Untuk Mu,
No comments:
Post a Comment