Social Icons

Pages

Sunday, August 18, 2013

Anak-anakku DIHALAU !

Yang mana lebih zalim?
Kisah dua orang anak lelakiku. Seorang 13 tahun seorang lagi 12 tahun. Si abang telahpun menikmati pancaran kedewasaan. Maksudnya, …fahamkan. Si adik pula belum lagi.  Keduanya telah dicuba dididik sebaiknya… walaupun masih jauh lagi dari mencapai tahap terbaik seperti ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.


Ilmu agama dibekalkan secara yang aku yakin lebih baik daripada apa yang aku dapat dahulu semasa zaman kecil dan remajaku. Kesan baik tetapi menjadi ‘bitter truth’ atau ‘hard truth’ ialah mereka telah menghafaz surah2 al Quran lebih banyak daripada aku. Bayangkanlah anakku[1] berumur 7 tahun telah menghafaz surah Mulk, sedangkan aku menghafaznya ketika umur hampir menjangkau 40 tahun.

Alasan ‘typical’ aku kepada anak-anakku apabila ada di antara mereka bertanya “kenapa abah tak hafal lagi…surah ni… surah yang ni?”  maka aku jawablah seperti ini; 
“zaman abah susah nak dapat peluang mcm korang… kalau abah dihantar macam korang..  setiap hujung minggu ke Masjid Azim  (Melaka) untuk kelas tahfiz, pastu… dapat belajar dengan ustaz best macam ustaz Muhammad Hafiz (al hafiz) bin Salleh…  rasanya umur 12 tahun abah dah katam 30 juzuk dah..”   

Lalu mereka membalas; “ ya lah tu…” “habis tu (umur) sekarang, masih boleh hafal lagi….” Lalu aku menjawab; “abah habis masa asyik nak pantau korang semua, sampai abah tak sempat nak hafal sendiri.. … cuba korang hafal tanpa perlu disuruh, bersemangat tanpa perlu ditegur dengan ‘rotan’, bila rasa ada masa free.. hafal sendiri , lepastu tasmik sesama sendiri…   kalau nak talaqi pun …boleh ambil pen quran digital tu …. Pilihlah nak talaqi ngan imam Sudais, Gamidi… Masyari….. bla, bla, bla, bla, …”

(lalu dengan bertalu-talu mereka dibebelkan … biar mereka merasa sesal bertanya soalan itu… atau serik untuk bertanya lagi soalah itu kepada seorang berpangkat –abah - hehehee)
Ok. Kembali kepada kisah asal. Sebenarnya surau dengan rumahku sangat berdekatan. Kampung Bukit Kecil. Aku berusaha latih-paksa anak-anak ku untuk solat jemaah khusus bagi dua lelaki yang di atas tadi. Setiap waktu setiap hari. Sehingga ia menjadi rutin biasa.

Latih paksa ini memerlukan masa hingga berpindah darjat, dari paksaan menjadi kebiasaan. Untuk darjat berikutnya iaitu dari kebiasaan menjadi kesungguhan … tidak mudah. Manakala dari darjat kesungguhan menjadi kesukaan …. lagi tidak mudah.  Ini tahap paling tinggi iaitu rasa suka dan ‘excited’ nak pergi solat jemaah. 

Bak kata Master Sifu (tikus) kepada Poo si Panda[2] ketika mahu belajar kungfu dan berangan untuk menjadi dragon master[3] dalam masa yang singkat bagi menanti kehadiran si harimau jahat “Tai Long” yang akan kembali menyerang.

Master mengatakan bahawa ia memerlukan latihan intensif yang lama untuk menguasai satu pergerakan kungfu…   “It took years to master… ”  

Ini belum lagi kita berbicara soal khusyuk.  Saya ada terbaca satu riwayat sorang ulama berkata…  setelah berpuluh tahun solat… mengejar khusyuk.. baru mendapat. Kita dah dapat? Betul-betul dapat?

Takpe…  ini semua ujian. Apa yang penting mujahadah- to strive, to struggle. Usaha-usaha dan usaha.  Bekalkan ilmu.. latih-latih.  Hampir keseluruhan bulan Ramadan yang lepas ini, 3 orang anakku telah bergilir melaungkan azan maghrib… Rasa tidak selesa jika tiada azan maghrib di surau (sbb semua orang kampung berbuka disurau melainkan ada jemaah tabligh). Sebagai rumah antara yang paling dekat… maka aku merasa lebih terpanggil.. untuk memastikan azan tetap dikumandangkan.

Walaupun, begitu … satu perkara yang aku merasa sangat sukar untuk didik anak-anak ialah menjadi berakhlak mulia… ini kerana aku sendiri masih struggle… aku mengharap sangat pada nasihat terbaik dan praktikal dlm hal ini.

Maaf. Kembali kepada kisah asal. Harap tak terpesong lagi, Ini dia. Aku telah berpesan kepada kedua anak-anakku. Bila sahaja qamat mula dibacakan … ambil terus saf pertama sebelah tepi. Jika tidak ramai orang, himpit sampai ke tengah.  Kata aku;

“Korang dah layak ambik saf 1!”

Namun subuh tadi, aku lihat mereka berada disaf dua… sedangkan asalnya mereka berada di saf pertama, sebelah tepi kiri.

“Ah rupa-rupanya, anak-anakku telah dihalau…..  kebelakang!” 

Hasil maklumat mereka barulah diketahui bahawa seorang pakcik, atau pangkat (umur) atuk bagi mereka, ahli regular surau telah menyuruh anak-anakku ke saf dua sebab katanya bagi peluang pada orang-orang tua. Betulkah tindakan ini?

“Kanak-kanak tolong solat dibelakang, nanti putus saf solat” seorang Imam Masjid membuat pengumuman sebelum imam naik membaca khutbah Jumaat.  

Lebih kurang, begitulah ucapannya. Perkara ini juga ditutur (dengan sedikit perbezaan perkataan) oleh seorang imam lain yang juga mudir atau ketua sebuah pondok pengajian ketika memberi ceramah di surauku. 

Malangnya , tiada penjelasan dibuat dalam kedua ‘fatwa’ itu… apakah definisi kanak-kanak yang dimaksudkan? Umur berapa yang boleh dihalau ke belakang? Adakah dibezakan yang bersunat dan tidak bersunat?

Seterusnya timbul pula persoalan lain; berapa belakang mereka patut dihalau? Maksudnya saf keberapa dibelakang? Contoh dalam solat jumaat itu, sentiasa ada sahaja orang dewasa yang lambat, dan sentiasa ada sahaja kanak-kanak yang didepannya? Kesianlah orang dewasa yang dibelakang jika terbatal saf mereka, tidak sah solat mereka, lupus pahala saf mereka atau hilang pahala jemaah mereka?

Atas pengumuman itu, maka  ia menjadi ‘fatwa’ yang dikongsi sekian ramai orang kampungku. Jadi tentulah bagi si penghalau itu, tindakan menghalau itu bukan sahaja tidak salah, bahkan sangat baik dilakukan demi menyelamatkan saf solat itu terputus, terbatal, atau pahala saf solat itu batal dan lupus.

Benarkah begitu?

Tidak, saya tidak bersetuju!.

Saya telah membuat kajian sendiri dan saya dapati kedudukannya adalah sebaliknya. Bagi saya, ‘Fatwa’ itu silap dan mengelirukan. 

Saya senaraikan antara rujukan terbaik yg telah diringkaskan dalam satu blog seorang ustaz sekolah menengah. Saya pohon maaf kerana hilang sumber/ linknya. Semoga pahala untuknya dan untuk saya.

Bagi yang ingin maklumat lebih tepat, rujukan jelas dan lengkap sila ke blog – hisham-ahmad.blogspot.com 

Isu 1: Hukum Menyentuh Kanak-Kanak Yang Belum Baligh Ketika Solat Berjemaah

Hadis Sahih (1) maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi r untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda bersolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…


Hadis di atas menerangkan Nabi saw bersolat bersama Anas, anak yatim dan juga neneknya. Apa yang didapati daripada hadis tersebut, anak yatim berdiri dalam saf bersama Anas r.a. Sekira anak yatim tersebut menyentuh Anas membatalkan solat, nescaya Nabi r menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang.

Hadis Sahih (2) maksudnya : Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah r sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut).



Hadis tersebut menjelaskan seorang sahabat Nabi saw iaitu ‘Abdullah bin ‘Abas telah tiba di Mina, didapati Baginda sedang bersolat berjemaah bersama sahabat yang lain. Beliau turun dari keldai lalu melalui antara saf-saf tersebut, kemudian memasuki saf untuk solat bersama. Perbuatan beliau tidak ditegur dan dibantah oleh Nabi dan juga para sahabat yang lain. Sedangkan beliau ketika itu masih belum baligh. Sekira sentuhan kanak-kanak yang belum baligh boleh membatalkan solat, nescaya beliau akan terus ditegur oleh Nabi dan para sahabat yang lain.

Hadis (3) : Maksudnya : daripada ‘Amru bin Sulaim az-Zuraqiy, sesungguhnya beliau pernah mendengar Abu Qatadah r.a berkata : Ketika kami duduk didalam masjid (menunggu waktu solat), Nabi r masuk ke dalam masjid sambil mendukung Umamah binti Abi al-As bin ar-Rabi’, emaknya adalah Zainab binti Rasulillah. Dia merupakan kanak-kanak (ketika itu) dan didukung Baginda. Lalu baginda bersolat sambil mendukung (Umamah), meletakkan disebelah (Baginda) ketika rukuk dan mendukung semula apabila berdiri sehingga selesai dari solatnya, itulah yang dilakukan oleh Baginda ketika solat


Hadis di atas menjelaskan ketika solat, Nabi r mendukung Umamah cucu baginda. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, nescaya baginda tidak akan mendukung cucunya ketika bersolat.


Hadis (4) : bermaksudnya: Daripada Abu Said al-Khudriy katanya : ketika Rasulullah r bersolat bersama para sahabat, baginda menanggalkan selipar, lalu diletakkan disebelah kiri baginda. (Perbuatan Baginda tersebut) dilihat oleh para sahabat, lalu ditanggalkan juga selipar mereka (dan diletakkan disebelah). Apabila selesai baginda bersolat, baginda bersabda : Kenapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka : Kami melihat kamu menanggalkan selipar, lalu kami juga menggalkan selipar. Rasulullah r bersabda : Sesungguh Malaikat Jibrail telah datang memberitahu saya, terdapat najis pada kedua selipar. Sabda Baginda lagi : Apabila salah seorang daripada kamu dating ke masjid hendaklah melihat (kedua belah selipar) sekira terdapat najis atau kotoran, hendaklah disapukan (terlebih dahulu) kemudian bersolat dengan memakai kedua belah selipar (tadi).



Hadis di atas menjelaskan Nabi saw sedang bersolat dan ketika itu baginda memakai selipar. Didapati pada selipar baginda terdapat najis. Setelah diberitahu oleh Malaikat Jibrail, terus baginda menanggalkan selipar tersebut dan diletakkan di sebelah kiri baginda, kemudian meneruskan solat sehingga selesai. Sekira perbuatan tersebut (memakai selipar yang terdapat najis) boleh membatalkan solat, nescaya baginda akan bersolat semula, kerana solat yang ditunaikan tersebut terbatal, tetapi baginda terus menunaikan solat sehingga selesai.


Kesimpulannya, setelah dilihat dan diteliti daripada hadis-hadis di atas, apa yang dapat disimpulkan disini ialah :


a) Kesemua hadis di atas menjelaskan Nabi bersolat dan dalam masa yang sama terdapat kanak-kanak yang belum baligh turut sama bersolat bersama Nabi dan para sahabat.


b) Ketika solat berjemaah sudah tentu berlaku sentuhan antara orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, sudah tentu akan dinyatakan oleh Nabi saw dalam hadis-hadis baginda, ini kerana perkara yang berkaitan ibadat solat merupakan perkara yang penting sekali, sudah tentu perkara yang penting ini mesti diberitahu terlebih dahulu oleh baginda.



c) Tidak terdapat hadis-hadis yang sahih menyatakan batal solat sekira bersentuhan kanak-kanak yang belum baligh dengan orang dewasa.


Pandangan ulama’ semasa:


Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu' karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-'As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.


Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.



Isu Kedua : Saf Kanak-Kanak Dalam Solat Berjemaah


Hadis sahih (1) : Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi r untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”.

Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi..



Hadis di atas menjelaskan Nabi saw bersolat berjemaah bersama Anas r.a, anak yatim dan Mulaikah (nenek kepada anak yatim). Anak yatim tersebut berada dalam saf bersama Anas r.a di sebelah dan neneknya dibelakang. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu baginda akan menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang Anas r.a.



“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”


Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.



Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain.


Menurut Khatib asy-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj : Maksudnya :
“Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….


Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.

Syeikh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.


Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang.  Wallahu taala alam.

Akhirkata ,… seperti biasa, atas prinsip terbuka dan lapang dada, saya mengalukan pandangan berbeza berdasarkan hujah bermerit dan berautoriti nas dan dalil.

Sekiranya ada kesilapan pada kepercayaan saya ini, please….  buktikan.



[1] [rakaman hafazan anakku itu ada didalam facebook aku… di mana aku ingin mendedahkan rahsia melatih anak menjadi hafiz di dalam rumah…]
 [3] Filem kartun “Kungfu Panda” yang pertama.

No comments:

Post a Comment