Hanya Tinggal Ketua Negara Ini Yang Berani ! |
Mereka memberi atau mempunyai alasan tersendiri. Tidak tahu pula sama ada baki 4,000 lebih (pembaca artikel ini yang tidak memberi komen) itu menyukai pujian saya atau menyukai ustaz Zamihan atau sebenarnya mereka tidak ‘kuasa’ untuk memberi komen.
Mungkin
juga ramai lagi yang tidak berpuashati dengan pujian saya cuma malas
nak memberi komen. Baiklah bagi yang tidak berpuashati dengan pujian
itu, maka disini saya membuat pencerahan fakta penting iaitu:-
(1)
Sebelum ini terdapat beberapa perkara yang saya tidak berpuashati
dengan pandangan t atau cara ustaz Zamihan dalam beberapa isu agama atau
semasa. Ustaz ini agak famous samada dengan cara positif atau negatif,
menurut kawan dan lawan, penyuka dan pembenci atau mereka yang neutral
antara kedua pilihan itu. Maknanya, secara telus, saya boleh dikatakan
lebih banyak tidak berpuashati dengannya daripada berpuashati dengannya
tetapi saya memilih bersikap terbuka dan berlapang dada.
(2)
Namun secara professionalnya, kita menghukum berdasarkan isu-isu yang
timbul. Dalam isu Mesir (seperti rakaman ceramah Zamihan dalam web Al-
Ahkam bertajuk ‘siapa khawarij wahai Fathul Bari’) beliau menunjukkan
sokongan kepada pemerintahan Dr Mursi dan ikhwanul Muslimin serta Dr
Yusuf Qardawi. Beliau juga menyarankan qunut nazilah mendoakan
kehancuran rejim tentera Mesir. Beliau juga ada mengktitik Fathul Bari.
(3) Oleh itu dalam isu Mesir (bukan yang lain, dan merujuk isi ceramahnya (setakat yang terhad itu),
maka saya menyokong Ustaz Zamihan. Pandangan dan ketegasannya dalam
memberi sokongan itu tentulah suatu yang sangat baik dan saya sangat
menyukainya.
Kerana itu sekiranya anda amati apa yang saya tulis (pujian) itu, ia ‘dibold’kan dan berbunyi :-
We love you Ustaz Zamihan atas pandangan anda itu dalam isu Mesir ini!
(4)
Tentang Fathul Bari. Saya masih tidak begitu jelas kedudukan Fathul
Bari, dalam hal Mesir ini, sebab itu saya belum bersedia untuk
mengulasnya, Namun untuk mudah bicara, jika Fathul Bari menunjukkan
pandangan yang boleh dianggap tidak baik atau memburukkan dari sudut
kedudukan Ikwanul Muslim, Dr Mursi dan Rakyat yang berdemo menentang
rejim tentera Mesir, maka tentulah kita perlu menentang pendapatnya itu
dan saya sendiri tidak akan menerima dia sebagai ilmuan agama Islam yang
perlu dan wajar dirujuk dalam isu politik semasa atau mungkin dalam
hal-hal lain.
Sekali
lagi mari kita ingatkan sesama kita bahawa mentaliti dan jenis
pemikiran segelintir ilmuan agama yang tergamak menghukum khawarij atau
menyiratkan unsur khawarij atau sesat terhadap ikhwanul Muslimin dan
rakyat yang menyokong demonstrasi terhadap regim tentera dan menyifatkan
atau berunsur menyifatkan kematian ribuan rakyat itu sebagai sia-sia
atau rugi atau seumpamanya hingga memaknakan kepada kedudukan tidak ada
harapan kepada syahid ….
…
adalah mentaliti atau bentuk pemikiran yang merisaukan, berbahaya dalam
sudut tertentu, merugikan dan ditakuti boleh menimbulkan kacau bilau
dan ia juga sangat bertentangan dengan logik akal, kemunasabahan,
rasional, hukum alam, sifat asasi kepada keadilan, rasa nurani kepada
erti dan harga kehidupan dan rasa kasih sayang…
…
baik bagi orang Islam dan orang bukan Islam yang sudah boleh memahami
apa ertinya istilah-istilah ini “jahat, zalim, bunuh, rogol, kejam,
seksa, sembelih dan lain-lain …
Bukankah terlalu mudah untuk membezakan antara
(1) Jenderal Fatah al sisi dan regim tenteranya yang bersenjata
(2) dengan Asmah, gadis muda yang ditembak mati kerana berdiri di dalam perhimpunan tanpa senjata
siapa
yang termasuk golongan manusia yang berjiwa syaitan dan berselera
karnivor dan siapa pula golongan manusia yang berjiwa mulia sekadar
berdiri untuk meluahkan kecintaan kepada keadilan dan bantahan kepada
kezaliman!
Duhai
ustaz-ustaz yang mendukacita perbetulkan pandanganmu. Jangan nanti
istilah ‘khawarij’ yang didakwa dan ditujukan kepada orang lain, bala
‘khawarij’ juga yang kembali memantul kepada mu….
Kita
sedar mentaliti menghukum buruk dan ketahap menyesatkan ihkwanul
muslimin ini adalah rentetan kepada ketidakpuashatian yang telah lama
menanah dalam sebahagian golongan manusia sejak dari era al Banna, Syed
Qutb. Mentaliti ini mungkinkah ada dikongsi oleh segelintir di dalam
negara kita?. Kerana itu, dan dengan cara itu, mudahlah mereka
mengunakan alasan ‘hukum’dan alasan ‘agama’ untuk mewajarkan kezaliman
regim tentera Mesir ke atas ikhwanul muslimin dan rakyat yang
menyokongnya.
Analisa
:- Cuba kita duduk relax dan fikirkan betul-betul, adakah sokongan
pemerintah negara-negara arab yang kaya raya (billion dollar) kepada
regim tentera Mesir adalah disebabkan kerana rakyat Mesir telah berlaku
‘zalim’ kerana menyokong ikhwanul muslimin yang ‘sesat’ yang menentang
pemerintah tentera yang ‘sah’ lalu menyalahi hukum agama Islam … atau
sebenarnya ada sebab kepentingan diri dan bagi ‘survival’ dinasti
keluarga atau keturunan sendiri justeru terdesak untuk melindungi kuasa
pemerintahan autokrasi, pengaruh di dunia Islam dan sistem monopoli
kekayaan emas hitam yang semua itu terlalu nikmat untuk dilepaskan dan
berisiko untuk berakhir dan ditamatkan - dalam era kebangkitan rakyat
menuntut keadilan dan demokrasi?
Adakah semua ini kerana agama atau sebenarnya kerana wang dan kuasa ….
Justeru,
biarlah jika ada segelintir yang terpedaya, nasiblah kalau golongan
ustaz pun jika membiarkan diri terkena, tetapi saya percaya tentu
majoriti kita semua yang mampu berfikir dengan adil … tahu jawapannya!
[Rujuk surah Al-Baqarah (2), 269 maksudnya:
“Allah
memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang
diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang
banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya”.]
Ketahuilah!
Tunisia, Turki kelak Syria dan kemudian diikuti Mesir … adalah bukti
kebangkitan suara rakyat yang mahukan keadilan dan sistem yang adil dan
bahawa pentadbiran kepimpinan negara perlulah bermandatkan persetujuan
majoriti rakyat bukan dikuasai dan main-main waris mewarisi dari bapa
kepada anak… Kalau demokrasi dilihat sebagai kaedah yang penting
masakini untuk menyampai maksud itu… itulah yang ditagihkan.
Nasihat akhir:
Anda tahu bila anda guna fikiran anda terpaksa tolak pandangan
ustaz-ustaz yang pandangan mereka sangat bercanggah dengan nurani
keadilan dalam diri anda. Anda juga jangan risau, hati nurani
anda juga berdiri dibelakang hujah dan dalil golongan ustaz yang
bersifat wasatiy seperti Dr. Abdul Basit, Dr Zulkifli al Bakri, Dr Asri
dan sebagainya.
Justeru,
kerana bentuk fikiran dan pandangan yang tidak dapat diterima dari
segelintir golongan ustaz dalam soal paling penting iaitu isu keadilan
di Mesir, maka ia menjadi ibarat benchmark, KPI atau test case – atau
kayu ukur – untuk kita melaksanakan tugas berhati-hati dalam menilai
pandangan-pandangan yang lain dari segelintir ustaz ini kerana ia akan
berjalinan dan berterusan dalam membentuk idea dan buah fikiran lalu
memberi kesan kepada pandangan-pandangan relevan dalam hal yang lain.
Katakan tidak
kepada ustaz-ustaz yang cenderung atau menunjukkan sifat, sikap,
tindakan, pandangan yang menyesat, mengkhawarijkan ikhwanul muslimin,
menidakkan ada jihad di Palestin, menyesatkan Qardhawi, mensifat
kematian rakyat Mesir dibunuh Regim Tentera sebagai sia-sia atau tiada
harapan kepada syahid atau seumpama, serupa dan sewaktu dengannya.
Moga difahami dengan jelas dan terang. Wallahu taala alam.
Hisham-ahmad. blogspot.com
No comments:
Post a Comment