Social Icons

Pages

Friday, August 2, 2013

Debu Dosa Bertepek di Muka Ketika solat?

better to eat sedekah than to eat R---!

Banyak orang mengatakan bahawa benda ini (walaupun membawa dosa yang besar)  terlalu sukar dielakkan, kalau tak kena ’tahi’nya pasti terkena debu-debunya kerana ianya telah terlalu meluas dan melata disekeliling kita dan telah menjerut  leher  nenek moyang kita sedari merdeka atau sejak dari bank-bank ini diberanakkan di tanah air kita. Benda ini sangat dekat dengan diri setiap kita kerana ia begitu relevan dalam urusan wang, kewangan dan keperluan keseronokan hidup seperti rumah, kenderaan, projek, perniagaan dan pelbagai urusan.

 Tapi apakah benda ini? Apa pulak yang dikatakan debu-debunya? Apa yang bahaya pula dengan debu-debu ini?

Dosa itu tidak lain ialah dosa Riba dan debu-debu yang dikatakan ialah Debu Riba. Nampaknya kita tidak boleh salahkan banyak orang itu (yang percaya begitu) kerana mereka bersandarkan satu hadith, secara mereka sedar atau tidak (kewujudan hadith itu) . Hebat juga!. Hadith ’famous’ mengenai isu ini yang maksudnya:-  

”Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun melainkan ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)  


Taktahulah apa maksud dan tujuan sebenar dari pernyataan dan perasaan di atas ini , tetapi ia membuka kepada dua rasa, fikiran dan tafsiran --- iaitu 1. Untuk mengatakan bahawa ”apa nak buat , riba dan berlambak , memang tak boleh lari, darurat, jadi tak dosalah kalau ambil sikit-sikit!”  atau 2.  Kita mesti tentang riba dengan lebih kuat , sebelum debu itu terkena muka kita sendiri. Marilah kita teliti, antara cadangan tafsiran-tafsiran logikal akal  pada pengataan-pengataan pada hadis itu iaitu :- 

Tafsiran Perkataan-Perkataan ’Akan datang suatu zaman’.  

(1)
Bermaksud oleh kerana lafaz dan sabda hadis ini dibuat oleh nabi kita di zamannya maka perkara (keluasan aktiviti-aktiviti riba) itu  akan berlaku di suatu masa yang akan datang iaitu bersifat masa hadapan.  

(2)
Menunjukkan kelebihan mukjizat nabi s.a.w. yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah s.w.t. untuk menyatakan sesuatu yang bersifat futuristik, masa depan atau perkara ghaib.  

(3)
Zaman atau era masa itu mungkin boleh dikatakan berlaku selepas kewafatan nabi dan/atau selepas tumbangnya khalifah Islamiah atau apabila  budaya ekonomi  dan kewangan orang yahudi bersumberkan Riba dilaksanakan dengan meluas di barat dan di negara-negara bukan Islam. Ia kemudiannya dikembang-biakkan di negara-negara orang Islam melalui penjajahan. Hasil peninggalan kesan penjajahan termasuklah peninggalan budaya kewangan dan perdagangan sebagaimana dalam dilihat pada sistem perbankan kita yang bermula dengan perbankan konvensional.  

(4)
 Zaman dimaksudkan itu boleh dikatakan termasuklah pada masa sekarang dan beberapa masa sebelum sekarang dan tidak diketahui beberapa masa lagi selepas sekarang.

 Tafsiran Perkataan-Perkataan ’...di mana tidak terkecuali seorang pun melainkan ia makan Riba’.  Dalam bentuk terjemahan bahasa melayu pun, frasa ayat ini adalah menarik dan berseni. Tafsiran sesuai boleh diberikan penulis bagi maksudnya (aplikasi kontemporari) iaitu:- 

(1)
terlalu banyak dan meluasnya aktiviti-aktiviti Riba dalam kegiatan ekonomi harian khususnya melibatkan perbankan dan institusi kewangan khususnya pada urusan pinjaman wang dan simpanan.

(2) 
terlalu sukar untuk seorang melepaskan atau mengelakkan dari termakan Riba. ’termakan Riba’ ini ialah bagi pemahaman munasabah termasuklah sama ada menikmati hasil dari transaksi atau aktiviti Riba  atau terlibat (secara langsung)  dengan Riba. Keadaan ini  berlaku termasuklah kerana tiada kesungguhan untuk mengelakkan Riba atau sebenarnya merasakan dirinya terpaksa dan tiada jalan lain atas alasan antaranya untuk cari makan, survival hidup dan sebagainya.  
  
 Tafsiran Perkataan-Perkataan ’dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya seperti memaksudkan bahawa:-   

(1)
Debu-Debu Riba :- Hanya ulama yang arif dalam bahasa Arab akan beri tafsiran yang lebih baik mengenai perkataan arab yang bahasa melayunya disebut ’debu-debu’ Riba. Kita anggaplah debu-debu Riba ini ibarat kesan,  serpihan, tempias,  palitan atau penglibatan kepada Riba secara tidak langsung atau tidak sengaja atau mungkin tidak disedari.    

(2)
memang sukar mengelakkan diri dari terjebak dengan Riba itu, sehingga insan yang bersungguh-sungguhpun akan ’ditimpa dengan debu’ Riba juga mungkin sama ada secara sedar atau tidak.   

 Yang demikian itu, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh nabi kita dari pengataan hadis ini? Seandainya dilihat pada sudut penilaian logik ia boleh membawa kepada 2 bentuk tafsiran yang berbeza:- 

Tafsiran 1:-  amalan Riba telah terlalu meluas sehingga terlalu sukar untuk dielakkan. Justeru ia adalah suatu perkara haram dan dosa besar yang mesti ditentang habis-habisan tanpa kecuali dan keringanan; atau  

Tafsiran 2:- amalan Riba telah terlalu meluas sehingga terlalu sukar untuk dielakkan. Justeru mewujudkan ruang kelonggaran atau situasi pengecualian sama ada atas alasan maslahah, darurat, hajiyah atau sebagainya, menjadikan pelaku dan pengamalnya dikatakan tidak berdosa.     

Nampaknya seperti tafsiran 2 lebih diharapkan, mengambilkira situasi ’sakit’ zaman sekarang. Bagaimana fikiran tuan-tuan sekelian?    Dalam hal agama sepenting ini, tidak wajarnya kita membuat tafsiran mengikut logik akal kita semata-mata. ’Reserve’ dahulu. Mintalah pandangan dari mufti-mufti dan pakar syariah dalam hal ini.  Wallahu ’alam.  

Tafsiran Ulama Islam atau Ilmuan Agama Ust. Zaharuddin seorang Ilmuan kewangan syariah paling popular di Malaysia ada menyatakan dalam penulisannya bahawa jika wujud tanggapan menafsir hadis itu dengan tujuan memberi kelonggaran dalam penglibatan amalan Riba, hujah itu tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam al-Munziri kerana perawinya bernama al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a. (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi s.a.w. ini dari Abu Hurairah)  (Beliau menyarankan dirujuk Sunan Abu Daud dengan Tahqiq Albani, halaman 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar).

 Dilihat kepada kata-kata bergaris itu, kelihatan Tafsiran 2 di atas lebih terserlah dari hadith ini. Benarkah? Namun tafsiran itu dilemahkan dengan menimbulkan isu kedudukan hadith tersebut yang dikatakan lemah atau doif. Jika lemah, adakah dengan itu ia tidak boleh dibuat hujah? Adakah ia sekadar Doif (lemah) atau Doif Jiddan (sangat lemah).

Hadith yang lemah kerana masalah sanad atau perawi, tentu sukar diterima sebagai hujah. Adakah kandungan hadis ini ada dikuatkan oleh mana-mana Hadith Sahih. Selagi bukan kategori sangat lemah atau mauduk, kedudukan hadis lemah ini, ada kemungkinan isikandung hadith itu dari Rasul s.a.w.?

Tak wajar juga hadith ini diabai secara total apalagi isinya kandungnya berunsur pandangan bersifat futuristik yang ada kebenarannya. Wallahu alam.   Kedudukan hadith itu yang dihujahkan pada tahap yang lemah adalah penting untuk menghalang penggunaan hadith itu sebagai authoriti yang membenarkan kewujudan situasi pengecualian atau kelonggaran bagi amalan Riba.    

Mengenali Ilmuan tersebut, dipercayai beliau sangat tidak cenderung untuk membenarkan tafsiran yang memberi kelonggaran kepada amalan Riba. Sedapat dan semesti mungkin amalan Riba mesti dielakkan kecuali dan terkecuali hanya dalam  situasi yang benar-benar terpaksa iaitu tiada pilihan langsung.  

Tidak boleh bersedapan dengan Riba dan tidak boleh menjadikan Riba pilihan pertama, kedua, ketiga, keempat atau kelima tetapi pilihan terakhir itupun jika masih memerlukan untuk meneruskan satu-satu urusan atau transaksi berunsur Riba itu. Jika boleh, dibatalkan sahaja urusan itu. Bahkan dipercayai beliau pasti akan memberi pelbagai alternatif lain sehingga transaksi atau urusan berunsur Riba tidak boleh diteruskan.  

Walaupun begitu. Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-Fatwa Semasa ada merujuk kepada hadith ini dan membahaskan dari sudut maksud dan tafsiran. Namun tiada pula disebut kedudukan status hadis itu dari sudut kedudukan kekuatannya sama ada Doif atau Sohih.  

Dato Dr. Haron Din, dalam satu kuliahnya, apabila timbul soalan mengenai Isu Riba, hadith ini telah dipetik dan dirujuk. Dalam menjelaskan sedikit dan dengan ringkas, beliau mengatakan bahawa manusia tidak dapat lari daripada palitan debu-debu Riba apabila mereka terlibat secara tidak langsung dengan aktiviti atau amalan Riba.  Sebagai contoh apabila seseorang pemilik yang mendapatkan khidmat kontraktor untuk membina rumah untuknya. 

Mungkin tanpa diketahui atau dengan diketahui, kontraktor itu mendapatkan pinjaman secara Riba dari bank konvensional untuk modal pusingan atau bagi dana awalan untuk membina rumah itu.  Sekiranya, maksud perkataan Debu-Debu Riba ditafsirkan bagi tujuan penglibatan Riba secara tidak langsung, maka mungkin orang yang terlibat secara tidak langsung itu tidak dihukumkan berdosa jika ia sesuatu yang pada hidupnya menjadi sukar untuk dielakkan.  Selagi mana perjanjian dan urusan antara pemilik itu dengan kontraktor itu bukan transaksi Riba.

Namun jika modal kontraktor itu didapatkan daripada hasil Riba, pada syarak pemilik itu tidaklah bersalah atau berdosa. Wallahu alam. Namun pasti ada tugas dakwah di situ. Dengan tafsiran di atas ini juga, selesailah masalah. Bahawa hadith ini tidak boleh digunakan sebagai memberi ruang pengecualian dan kelonggaran untuk melibatkan diri dengan Riba secara langsung, iaitu pilihan transaksi Riba oleh seseorang secara terus dan langsung.  Sebagai contoh seseorang itu tidak boleh buat pinjaman konvensional (Riba) untuk kos binaan rumahnya. 
        
Tafsiran ini jelas lebih menyokong ayat Allah s.w.t. mengenai beratnya dosa Riba seperti maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah  "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya.” Namun begitu, diharapkan adanya pandangan balas dari mana-mana ilmuan agama seperti mufti dan pakar kewangan Islam atau dari mana-mana pihak dengan membawa rujukan dan authoriti yang kuat. 


 Nasihat:-   Sesungguhnya apa yang mustahak ialah kita memastikan bahawa sesuatu transaksi atau urusan antara kita dengan seseorang atau sesuatu pihak itu bebas Riba kerana itu juga adalah penglibatan yang langsung.  Tetapi jika pihak satu lagi yang berurusan dengan kita dalam masa yang sama berurusan dengan pihak lain secara yang berunsurkan Riba, maka jika kita ketahui, kita boleh hindari, hindarkanlah diri.  Jika di luar kawalan kita dan tidak dapat dielakkan, maka ’rasa benci dalam hati’ adalah selemah-lemah iman. Jika ia melibatkan orang/pihak Islam, maka sudah tentu wujud tugas dakwah. Nasihat dan berdakwahlah.  

Seloka Sinis Untuk Dianalisis



 Duhai pencinta Allah dan Rasul... ayuh,

Apa jua kadar cintamu; sikit, banyak separuh atau penuh



Tidak mengapa juga kalau kau masih mencari cinta,

kalau jujur, kelak kau  pasti akan temuinya.. cinta

asalkan kau bukan pencinta palsu atau pemalsu cinta 



Ayuh...

bersihkan diri dan keluargamu dari debu-debu Riba..

Pastikan debu itu disapu, di ’vacum’ sebelum dikau terpijak...  



Takut bila terpijak sikit secara tidak sengaja,

terasa macam tak apa-apa,

kemudian dikau sengaja biarkan diri kita didebu’nga’ ,



 sedikit demi sedikit kita  dah tak rasa kotor lagi,  

lama-lama kita rasa syok pula dengan debu (riba) ini



macam bedak talqum untuk mewangikan badan kita yang busuk

kemudian status diangkat menjadi debu tayamum pengganti air untuk wuduk 



Pada tahap ini , takda lain nak ku ucap melainkan .. ”Bro,  Ini dah kira  dahsyat!”

 ”Debu Riba dah naik status dan martabat” 



 Maknanya apa? Apa yang aku merepek?

Kau kata aku merepek....   aku tidak merepek ...

Debu riba itu yang  dah bertepek -bertepek



 Bertepek pada tubuh pada orang yang masih solat,  beribadah kepada Tuhan

Halam, haral , sorry  typo error... halal-haram... sekali jalan.

Tengoklah macammana timbangan amal baik dan buruk nanti... wallahu taala alam.  

Yet! Brothers and sisters.
 If you read this ...
meaning.... there is still time..
to do the right thing   
 if you choose to ignore this message..
 and it is in fact a true message
 then ...
when your time is up..
you will see ..

- ini adalah suntingan daripada buku Riba, dosa berperang dengan allah - terbitan kemilau publika.   nak beli sms ana ok - 0197272817 

Terbaik!!!

No comments:

Post a Comment